Thursday, April 09, 2009

Bekas Adun muncul selepas hilang diri

09 Apr 2009 ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Arumugam semalam muncul buat kali pertama selepas dua bulan menghilangkan diri dan meletakkan jawatan sebagai Adun dan Exco kerajaan negeri.
Arumugam mengakui sepanjang tempoh itu beliau berada di Chennai, India dan sentiasa mengikuti perkembangan politik di kawasan yang ditinggalkannya itu menerusi internet.
"Saya meminta maaf kepada semua penduduk Bukit Selambau kerana saya tidak berniat lari daripada tanggungjawab tetapi keadaan ketika itu amat memaksa saya bertindak demikian. Saya perlu memikirkan keselamatan diri dan keluarga.
"Saya tidak menyesali keputusan meninggalkan jawatan sebagai Exco kerana sudah ditentukan Tuhan... Tuhan kata saya hanya pegang jawatan itu selama 11 bulan maka itu sajalah.
"Saya juga tidak berasa bersalah mengenai tindakan itu kerana ia sesuatu yang saya perlu lakukan dan saya harap rakyat faham. Saya tidak lari... saya cuma menenangkan fikiran," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, semalam…(BH).

Ulasan: Sepanjang yang kita tahu ialah polis di beri gaji dari duit rakyat untuk menjaga keselamatan awam. Bila keselamatan diri dan keluarga sudah tak terjaga, di manakah PDRM?
Hebat sangatkah gangster BN sehingga Adun terpaksa letak jawatan dan lari dari negara?

No comments: