Friday, April 17, 2009

Kes ragut di KL naik 100 peratus!

KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.
‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes. 
“Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini…

Ulasan: Eloklah polis balik semula melakukan tugas asas supaya negara jenayah sifar. Kita risau sebab ada pendapat yang kecewa dengan sikap polis mencampuri dengan urusan politik. Kalau hendak masuk politik, sila letak jawatan. Cukuplah dengan dua orang polis yang kena hukum gantung kerana terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia yang penuh sensasi itu. Orang lain dapat seronok walaupun berdosa, kita menderita di hukum.

No comments: