Tuesday, April 07, 2009

Laporan media perlu bertaraf dunia - Najib

KUALA LUMPUR 6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara memerlukan bentuk laporan media yang bertaraf dunia dengan melaporkan berita berasaskan fakta.
Perdana Menteri berkata, media mesti berlaku adil dan bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu berita.
Katanya, adalah amat mustahak untuk media menyuburkan perdebatan yang konstruktif mengenai masa depan negara.
''Saya percaya kita boleh melangkaui pemberitaan yang menawarkan khabar angin dan teori konspirasi," katanya. 
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2008 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini malam ini…

Ulasan: Boleh bila pemimpin negara menukarkan cara berfikir ke taraf dunia. Kerana rakyat akan mengikut kesukaan pemimpin (ANNAS ALA DINI MULUKIHIM). Lebih bagus kalau pemikiran kita menjangkau dunia.

No comments: