new MALAYSIA BARU

Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, sifar rasuah, futuristik dan sebuah negara kebajikan ideal. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, futuristic with zero corruption, and ideal welfare state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...

Wednesday, December 02, 2009

Najib dan UMNO tidak harus takut doa Nik Aziz kalau....

Najib dan UMNO tidak harus takut doa Nik Aziz 
oleh Ahmad Baei Jaafar

Membaca laporan surat khabar hari ini, 30 November 2009 saya berasa lega dengan sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depannya. Malah Perdana Menteri itu secara matang berkata mahu mencari penyelesaian dengan cara yang baik.

“Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009).

Tanpa mempertikaikan kebenaran laporan Utusan Malaysia itu, Najib seharusnya tidak berasa bimbang dengan doa Nik Aziz itu jika beliau merasai bahawa tindakannya itu benar. Apatah lagi Menteri Besar itu belum lagi berdoa, sebalik berkata akan berdoa jika Najib berniat jahat dalam memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Saya percaya Najib dan seluruh orang UMNO yang memahami ajaran Islam sudah pasti sedia maklum bahawa doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah. Menyedari keadaan itu mereka sudah pasti berwaspada dan berhati-hati supaya tidak terjebak dalam menzalimi orang lain apatah lagi orang Islam. Jadi, kalau begitu kedudukannya apa yang hendak dibimbangkan.

Sebenarnya Nik Aziz dan rakyat Kelantan boleh berdoa sebanyak yang mungkin jika mereka berasa bahawa mereka sedang dan akan terus dizalimi. Tetapi Allah yang maha melihat dan mengetahui keadaan yang sebenar akan menilai doa itu sama ada mereka dizalimi atau tidak. Jika benarlah rakyat Kelantan dizalimi, pasti Allah segera mengabulkan permintaan mereka.

Dalam keadaan ini, Najib dan orang UMNO harus menilai semula hal royalti itu sama ada mereka telah bertindak secara zalim atau tidak. Jika mereka yakin dan pasti bahawa tindakan memberi wang ihsan dan tidak memberi royalti itu, tidak menzalimi rakyat Kelantan, tidak perlu dibimbangkan lagi. Sebaliknya jika dirasakan bahawa mereka bertindak secara zalim, bertaubatlah segera dan kembalikan hak mereka sebelum rakyat Kelantan berdoa.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan tindakannya mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jika kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Malah beliau sanggup berhadapan dengan cemuhan ulama lain.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat, mengapa isu ini ditimbulkan. Saya percaya, jika beliau tahu pasti dia juga menyokong kerana dengan kenyataan itu membuatkan kerajaan pusat akan berfikir dan menilai semula tindakannya.

Selain itu Naib Presiden UMNO, Datuk Hashamuddin Hussein yang menganggap kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, mungkin merujuk kepada tindakan seorang yang dianggap ulama terhadap umat Islam sendiri. Tetapi kalau dia merujuk kepada tindakan seorang pemimpin dalam menjaga hak kepentingan rakyat yang dizalimi pasti dia juga akan mengatakan wajar dilakukan.

Rasanya kita semua tahu sejarah Rasulullah semasa Taif, tatkala orang Taif menolak dakwah Baginda, dibaling dengan batu sehingga luka dan patah gigi, Baginda tidak bertindak mendoakan kemusnahan mereka. Walaupun telah ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung, Baginda sebaliknya berdoa, “Ya Allah beri petunjuk kepada kaum aku kerana mereka tidak tahu”.

Rasulullah tidak bertindak menghukum seseorang kerana kepentingan diri sendiri. Tetapi Baginda akan bertindak jika atas kepentingan rakyat umum. Dalam peperangan Khandak, Baginda berasa kedudukan umat Islam agak tertekan, kalau tatkala itu umat Islam kalah, nescaya tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah Allah. Maka ketika itu Baginda berdoa kepada Allah agar membinasakan tentera Ahzab.
Jadi, dalam keadaan ini, semua umat Islam sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata harus merujuk kepada ajaran Islam dan sejarah silam dalam mengatur hidup ini. Semoga kehidupan kita pada masa akan datang tidak ditimpa bala bencana lagi.
http://idhamlim.blogspot.com/2009/12/fikrah-islamiah-najib-dan-umno-tidak.html

Ulasan: Berikan apa telah di janjikan: Beri wang royalti minyak seperti dalam perjanjian.

298,000 penghidap AIDS di Indonesia

JAKARTA 1 Dis. - Disebabkan kes HIV/AIDS yang semakin menular di Indonesia, kerajaan semalam menggandakan usaha untuk membanteras penyakit berbahaya itu dalam sebahagian aktiviti bersempena Hari AIDS Sedunia hari ini.

Kementerian Kesihatan, Komisi Menangani AIDS (KPA), Badan Koordinasi Perancangan Keluarga Nasional (BKKBN) dan beberapa syarikat pengeluar kondom telah menandatangani perjanjian untuk memerangi HIV/AIDS.

Rekod rasmi menunjukkan terdapat 298,000 penghidap HIV/AIDS di Indonesia namun angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Walaupun bilangan kes baru di negara ini semakin meningkat, kerajaan Indonesia berasa optimistik yang ia akan dapat ditangani dengan usaha serius dan kerjasama rapat dengan pelbagai agensi dan rakyat secara keseluruhannya.

Menteri Koordinator Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono berkata, beliau yakin kerajaan akan dapat mengurangkan jangkitan HIV/AIDS kepada 1.2 juta orang pada 2015.

"Sebelum 2015, usaha kerajaan diharap meminimumkan jangkitan HIV/AIDS kepada 1.2 juta orang," kata beliau semasa melancarkan Minggu Kondom Kebangsaan (PKN) di sini semalam.

Katanya, antara usaha yang dijalankan untuk mencegah penyebaran penyakit berbahaya itu adalah mengadakan hubungan kerjasama dengan pergerakan kebangsaan yang memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai bahaya ancaman HIV/AIDS.

Usaha itu turut disertakan dengan langkah promosi dan pencegahan menerusi aktiviti PKN yang akan menerangkan penggunaan kondom untuk mengurangkan penyebaran HIV/AIDS.

Kerajaan juga akan mengambil pendekatan penyembuhan melalui rawatan dan penyelidikan dalam kes HIV/AIDS di Indonesia. – BERNAMA

Ulasan: Yang tentu buat untung ialah syarikat pengeluar kondom. Kondom tidak pun mengurangkan bala Allah. Bersama-sama menjauhi zina dan memohon keampunan Allah biasa menyelamatkan negara. Ingatlah bahawa Pompey dan Rome dulu hancur bila maksiat melanda.

Labels: ,

28 'China Doll' ditahan

SUBANG JAYA 1 Dis. - Seramai 28 wanita warga China atau lebih dikenali sebagai 'China Doll' yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke yang terletak di hotel mewah di sini malam tadi.

Serbuan pada kira-kira pukul 10.15 malam itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Pemeriksaan polis ke atas semua 28 wanita yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu mendapati, mereka memasuki negara ini menggunakan pas pelajar.

Berikutan itu, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas pelajar…

Ulasan: Mengapakah wanita sanggup menjual diri? Siapa yang sebenarnya jadi kaya dengan perniagaan haram ini?

Labels: ,

Maut selepas pembedahan plastik pada punggung

Bekas Ratu Argentina maut selepas pembedahan plastik pada punggung
BUENOS AIRES 1 Dis. - Bekas Ratu Argentina yang berusia 38 tahun, Solange Magnano meninggal dunia Ahad lalu, selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan kosmetik yang dilakukan olehnya, menurut rakan-rakan mangsa semalam.

"Wanita yang mempunyai segala-galanya ini meninggal dunia kerana dia mahu memiliki punggung yang lebih pejal," kata Roberti Piazza, seorang pereka fesyen dan teman rapat kepada Magnano, yang kebelakangan ini muncul sebagai model untuk pertunjukan fesyennya.

Magnano, yang dimahkotakan sebagai Ratu Argentina pada tahun 1994 dan ibu kepada kembar berusia lapan tahun, melakukan pembedahan plastik di sebuah pusat pembedahan plastik Khamis lalu di ibu negara, Buenos Aires, untuk menganjalkan lagi punggungnya.

Dia kemudian segera dibawa ke hospital pada Jumaat lalu selepas mengalami komplikasi paru-paru dan meninggal dunia Ahad lalu, menurut rakan-rakannya…
   
Ulasan: Setiap manusia sebenarnya cantik dijadikan Allah dan tidak perlu kepada rawatan kecantikan yang sebenarnya merbahaya kepada tubuh.

Hizbullah ikrar bina kekuatan senjata

BEIRUT 1 Dis. - Pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah berikrar pergerakan beliau akan terus membina kekuatan senjatanya bagi melindungi Lebanon daripada serangan Israel.

Nasrallah juga menuduh sekutu rapat rejim Zionis, Amerika Syarikat (AS) menjadi pengeksport utama keganasan di dunia.

"Ancaman berterusan daripada Israel memaksa pergerakan ini untuk terus meningkatkan keupayaan senjatanya bagi menunaikan peranannya dalam membebaskan wilayah yang diduduki," kata Nasrallah dalam sidang media semalam untuk membentangkan manifesto politik baru Hizbullah.

Beliau menggesa seluruh dunia supaya bangkit menentang ancaman keganasan AS.

"Tidak perlu dipersoalkan lagi bahawa keganasan Amerika telah menjadi punca segala keganasan di seluruh dunia," kata Nasrallah. – AFP

Ulasan: Keganasan Amerika telah menjadi punca segala keganasan di seluruh dunia. Ingin berlagak sebagai polis dunia telah menyebabkan AS di musuhi ramai. Sampai bila kekuatan menindas kebenaran?

Pump-gun terlepas: Dua budak cedera

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun kemungkinan hilang ibu jari kaki kanan setelah terkena peluru sesat senjata api seorang pengawal keselamatan yang terjatuh di kedai Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 8, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Selain hancur ibu jari kaki, mangsa, Ahmad Faiz Roslan, turut cedera di tiga jari kakinya dalam kejadian yang berlaku pukul 2.50 petang itu.

Dalam kejadian itu, sepupunya, Mohd. Faris Abdullah, 12, turut cedera parah di jari dan tapak kaki kanan.

Ketika insiden itu, dua kanak-kanak itu sedang menunggu ibu Ahmad Faiz membayar bil elektrik di premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pengawal keselamatan berusia 60 tahun itu gagal mengendalikan senapang pump-gun dengan baik.

''Pengawal terbabit dipercayai meletakkan senjata itu di antara dua kakinya sambil berbual sebelum ia terlepas dan jatuh ke lantai.

''Berikutan terhempas ke lantai, senjata api itu meletup dan pelurunya mengenai kaki dua kanak-kanak tersebut yang sedang duduk tidak jauh dari situ,'' katanya ketika dihubungi…

Ulasan: Tolong berikan mangsa terbabit pampasan akibat kecuaian tanpa menunggu kes mahkamah.

Selangor tetap usaha dapatkan laporan tanah runtuh

SHAH ALAM 1 Dis. - Kerajaan negeri berusaha mendapat kebenaran Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada Disember tahun lalu didedahkan kepada mangsa dan penduduk.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan tersebut dan sehingga kini masih belum ada maklum balas.

Katanya, laporan itu penting kepada mangsa-mangsa tanah runtuh setidak-tidaknya untuk mengetahui mengapa ia berlaku dan apakah pengajaran pada masa depan.

''Alasan mengapa kerajaan negeri berkeras berhubung ketulusan berkaitan dokumen tersebut ialah kerana ia berkaitan dengan tanah, apa jua keputusan oleh Kerajaan Persekutuan berkaitan tanah akhirnya kerajaan negeri yang bertanggungjawab.

''Jika gagal diperoleh, kita perlu mencari jalan lain untuk memastikan mangsa dan penduduk di kawasan itu tahu situasi benar yang berlaku,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, lima nyawa terkorban dan 14 buah banglo musnah di Taman Bukti Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada awal pagi 6 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menegaskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu memohon kepada kementerian tersebut untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh itu kepada umum.

Kata Shaziman, selagi MPAJ tidak mengemukakan permohonan, status laporan itu kekal sebagai "rahsia" dan kerajaan Selangor tidak boleh mendedahkannya kepada orang ramai…

Ulasan: Kenapa kerajaan BN takut sangat untuk memberitahu rakyat?

Rogol: Polis buru 10 lelaki tempatan

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Polis sedang memburu 10 lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian merogol secara bergilir-gilir seorang wanita warga asing di Taman Tun Teja, Rawang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, polis sedang mendapatkan keterangan dan maklumat daripada saksi di kawasan wanita itu dirogol.

Katanya, wanita warga asing itu yang berumur 28 tahun dan baru tiba di negara ini, telah dijanjikan kerja sebagai pembantu rumah oleh seorang daripada 10 lelaki berkenaan.

Dia kemudian dibawa ke sebuah rumah di Taman Tun Teja dan dikurung sebelum sembilan lelaki lain datang dalam keadaan mabuk dan merogolnya, kata Abdul Rahim…

Ulasan: Mengapakah kita tidak mampu mengawal nafsu? Kita di mana pun sepatutnya menjadi pembela wanita.

Diperdaya tukang tilik, pelajar jadi hamba seks

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Loh ialah seorang gadis berusia 21 tahun yang memiliki garisan lurus di kedua belah tapak tangannya.

Bagi masyarakat Cina, garisan tapak tangan sering dikaitkan dengan pelbagai telahan nasib, dan Loh juga tidak terkecuali berikutan keunikan tapak tangannya itu.

Namun, Loh dianggap bernasib malang kerana garisan lurus pada tangannya itu juga menjadi punca dia terpaksa menjadi hamba seks kepada seorang tukang tilik yang telah mengeksploitasinya…

Ulasan: Jangan percaya kepada tukang tilik kerana nasib kita hanya Allah yang tahu. Senantiasa kita mendoakan kebaikan dari Allah. Lebih baik kaum wanita jangan percayakan atau menjadi lebih berhati-hati untuk percaya orang lelaki. Berhati-hati kerana kebanyakan lelaki masih bernafsu terhadap perempuan. 

Pungutan suara haramkan bina menara masjid mungkin dibatalkan

GENEVA 1 Dis. - Majlis Eropah semalam menyuarakan kemungkinan keputusan pungutan suara di Switzerland untuk mengharamkan pembinaan menara masjid dibatalkan kerana pengharaman itu dipercayai melanggar kebebasan asasi.

Badan pemantau tertinggi hak asasi manusia di Eropah itu berkata, pengharaman menara baru masjid di Switzerland menimbulkan persoalan sama ada hak asasi individu yang dilindungi oleh perjanjian antarabangsa boleh dibiarkan tertakluk kepada pungutan suara. 

Kenyataan oleh Setiausaha Agung badan 47 negara itu, Thorbjorn Jagland semalam menggambarkan kes boleh difailkan bagi memohon keputusan daripada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah supaya mengutuk Switzerland kerana mencabuli kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan melakukan diskriminasi.

Menteri Kehakiman Switzerland, Eveline Widmer-Schlumpf berkata, pengharaman itu akan dikuatkuasakan serta-merta tetapi beliau juga membayangkan kemungkinan mahkamah membatalkan keputusan pungutan suara kelmarin kerana ia bercanggah dengan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Keputusan untuk mengharamkan pembinaan menara masjid yang digunakan untuk melaungkan seruan azan itu telah mendapat kutukan dari dalam dan luar Switzerland, bukan sahaja daripada negara Islam tetapi juga negara Barat lain.

Referendum anjuran parti-parti nasionalis itu diluluskan oleh 57.7 peratus penduduk, memaksa kerajaan mengisytiharkan pengharaman pembinaan menara baru masjid di Switzerland. Ia bagaimanapun tidak menjejaskan empat menara masjid yang sudah ada di negara ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menyifatkan pengharaman itu sebagai 'contoh perbuatan mengapi-apikan sentimen anti-Islam di Eropah oleh ahli-ahli politik pelampau berhaluan kanan yang mengetepikan kewarasan, kebijaksanaan dan nilai-nilai sejagat'.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner berkata, beliau 'terperanjat' dengan keputusan pungutan suara yang disifatkannya sebagai 'penindasan ke atas agama'.

"Saya berharap Switzerland akan memansuhkan keputusan itu dengan segera kerana ia menggambarkan sikap tidak toleransi dan saya membenci sikap sedemikian," kata Kouchner.

Penyiasat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kebebasan beragama, Asma Jahangir berkata, pengharaman ke atas pembinaan menara baru masjid jelas menandakan 'diskriminasi terhadap anggota masyarakat Islam di Switzerland'. – AP

Ulasan: Teruskan berdakwah walaupun di mana. Dakwah adalah kerja kita. Just DO IT. Allah akan memberi hidayat kepada sesiapa yang Allah suka. Bila hidayah datang, kegelapan akan sirna.

Biar Nik Aziz kekal - Muhyiddin

PONTIAN 1 Dis. - Sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menimbulkan kucar kacir dalam masyarakat termasuk mengeluarkan fatwa songsang, mencerminkan hala tuju sebenar parti itu yang membimbangkan rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, disebabkan itu, Nik Abdul Aziz patut kekal menjadi pemimpin parti itu kerana banyak perkara yang dilakukannya dapat menunjukkan wajah sebenar Pas.

"Saya rasa biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Banyak perkara yang dilakukannya mencerminkan sikap sebenar Pas.

"Kalau ketua mereka timbulkan kucar kacir, rakyat khususnya orang Islam, tentu rasa tidak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa songsang yang bercanggah dengan agama," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Loji Janakuasa Tanjung Bin di Serkat dekat sini hari ini…

&

Himpunan desak Nik Aziz undur

KOTA BHARU 1 Dis. - Kemelut kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin membahang apabila orang ramai di sini hari ini secara terbuka menunjukkan rasa tidak senang hati mereka dan memintanya melepaskan jawatan.

Beratus-ratus orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim di sini mulai pukul 9 pagi ini. 

Mereka menyerahkan memorandum menyuarakan bantahan terhadap Menteri Besar Kelantan itu berhubung pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini terutama doa meminta kepada Allah supaya memusnahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO. 

Wakil JRPK, Che Johan Che Pa menyerahkan memorandum itu melalui Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Anual Bakri Haron pada pukul 10.30 pagi dan kemudiannya bersurai.

Memorandum itu mengandungi dua tuntutan:

Pertama, mendesak Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan 'doa kemusnahan' dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini termasuk Perdana Menteri serta jemaah menterinya.

Kedua, memandangkan kekecohan berlarutan dan Nik Abdul Aziz telah lama memegang jawatan Menteri Besar sehingga pentadbiran Kelantan kaku, kehidupan rakyat terjejas dan isu penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), maka JPRK mendesak Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. 

Perhimpunan secara aman itu bersurai hampir sejam kemudian selepas arahan diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Mohd. Noor Idris; Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Afandi Mohd. Yusoff; Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Zahari Kechik; Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kelantan, Mohd. Rosdi Abdul Aziz dan beberapa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di negeri ini. 

Sementara itu, Che Johan berkata, perhimpunan itu adalah permulaan desakan kepada Mursyidul Am Pas itu supaya sedar dengan tindakannya yang telah memecah belahkan umat Islam dengan pelbagai kenyataan serta isu moral melibatkan menantunya dalam PMBK. 

"JRPK adalah sebuah badan yang ditubuhkan secara ad hoc melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negeri ini yang membawa suara rakyat. 

"Kami rakyat Kelantan yang prihatin mewakili pelbagai lapisan masyarakat Melayu Islam Kelantan dan NGO merasa kesal yang amat sangat terhadap kenyataan doa kemusnahan.

"Kepimpinan Nik Abdul Aziz di peringkat pentadbiran Kelantan yang sekian lama telah kucar-kacir dan terbaru skandal yang berlaku dalam PMBK melibatkan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman telah menimbulkan kekecohan, penyelewengan dan kemelut yang berpanjangan," katanya. 

Kemelut mula melanda pentadbiran Kelantan, apabila media mendedahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Ariffahmi pada 5 November lalu. 

Susulan itu, Nik Abdul Aziz mengakui menerima tajaan haji bersama keluarganya termasuk Abdul Ariffahmi berharga RM65,000 setiap seorang tetapi beliau kemudian membuat keputusan menolak tajaan tersebut disebabkan tekanan dari pelbagai pihak. 

Ekoran desakan pelbagai pihak dan nasihat daripada kepimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz bersetuju mengarahkan menantunya melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. 

Pada Hari Raya Aidiladha, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak dan jika tidak doakan supaya pemimpin nombor satu negara itu bersama konco-konconya diturunkan bala.
   
Ulasan: Kenapa PM sukar sangat nak tunaikan janji royalti minyak seperti perjanjian asal? Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa terbarunya menyatakan Nik Aziz sudah menimbulkan kucar kacir, rakyat khususnya orang Islam, rasa tidak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa songsang yang bercanggah dengan agama?

Janganlah mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan. Ingatlah serangan akan dilakukan berulang kali tanpa letih oleh UMNO dan mereka yang tidak sukakan keadilan dan kebebasan memerintah di negara ini. Semoga Allah menggagalkan segala usaha UMNO untuk menjatuhkan PAS dan Nik Aziz. 

UMNO busuk hingga ke ususnya

Orang lama dalam UMNO, Tun Dr Mahathir, yang pernah memimpin UMNO, BN dan pernah menjadi PM ke 4 menulis di dalam blognya mengenai UMNO seperti berikut:

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).


2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html#more

Ulasan: Sudah terang lagi bersuluh. Sebenarnya tulisan Tun Dr Mahathir hanya mengesahkan status UMNO yang punah kerana bermatlamatkan kepentingan peribadi dunia semata-mata lantas menghalalkan cara. Asal dapat kuasa walaupun rasuah. Kemudian bermulalah'kitaran kejam' (vicious cycle) seseorang pemimpin UMNO: kuasa buat duit, duit membeli kuasa lagi, lagi dan lagi. 

Monday, November 23, 2009

Latihan perang Iran hadapi serangan

TEHERAN 22 Nov. - Tentera Iran memulakan latihan pertahanan udara secara besar-besaran hari ini dan seorang ulama dalam Pengawal Revolusi memberi amaran republik Islam itu akan melancarkan peluru berpandu ke 'tengah-tengah bandar raya Tel Aviv' sekiranya diserang.

Latihan perang yang akan berlangsung selama lima hari itu bertujuan membantu melindungi fasiliti nuklear Iran, lapor media negara ini yang memetik kenyataan Brigadier Jeneral, Ahmad Mighani.

Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Jerman, Britan dan Perancis mengadakan pertemuan selepas Presiden AS, Barack Obama memberi amaran mengenai pakej sekatan ke atas Iran dalam masa beberapa minggu.

AS dan Israel tidak menolak kemungkinan tindakan ketenteraan sekiranya jalan diplomasi gagal menyelesaikan pertikaian mengenai program nuklear Iran yang disyaki bertujuan membina senjata atom.

Iran yang bertegas program nuklearnya adalah untuk menjana kuasa elektrik, mengancam untuk membalas serangan ke atas Israel dan pangkalan AS di Teluk sekiranya ia diserang. – REUTERS

Ulasan: Allah telah menyebut dalam Quran (Ali-'Imran : 200) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). Semoga Allah memasukkan ketakutan di hati musuh kita. Lawan tetap lawan. 

Masalah 'buta al-Quran' di kalangan generasi muda perlu diatasi segera

SIPITANG 22 Nov. - Masalah 'buta al-Quran' di kalangan generasi muda pada masa ini harus dipandang serius seterusnya diatasi segera bagi mewujudkan umat Islam yang cemerlang dan disegani.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, langkah itu penting kerana al-Quran merupakan panduan utama dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

"Untuk mendapatkan panduan itu kita bukan sekadar perlu tahu membaca al-Quran tetapi juga memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam kitab suci itu.

"Tetapi amat mendukacitakan kerana pada masa ini ramai generasi muda Islam tidak tahu membaca al-Quran," katanya ketika berucap pada majlis berkhatan dan khatam al-Quran Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) daerah Sipitang di sini hari ini…

Ulasan: Buta al-Quran di kalangan generasi muda bermula bila orang tua sibuk mencari rezeki serta pemimpin politik sibuk mengumpulkan harta melalui jalan yang tidak sah. Cinta dunia di kalangan orang dewasa telah menyebabkan generasi muda hancur. Semua perlu balik semula menghayati Islam dengan melaksanakan kehendak-kehendak al-Quran.

Kedah bina rumah kos rendah sederhana

ALOR SETAR 22 Nov. – Kerajaan Kedah menggalakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana mampu milik bagi merapatkan jurang golongan miskin dan kaya agar tidak ketara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembinaan rumah berteraskan kebajikan memberi gambaran mengenai sebuah kerajaan yang harmoni dan mengutamakan kepentingan rakyatnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada persidangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. 

Dewan meluluskan bajet berjumlah RM1.279 bilion itu yang menyaksikan defisit sebanyak RM16.1 juta atau 3.16 peratus berbanding defisit belanjawan 2008 sebanyak RM17.53 juta atau 3.4 peratus. – BERNAMA

Suami isteri dakwa pembantu perubatan enggan selamatkan anak

MELAKA 22 Nov. - Sepasang suami isteri mendakwa keengganan seorang pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Rambai memberi rawatan kecemasan, menyebabkan bayi mereka yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia petang semalam.

Lebih menyayat hati, bayi malang itu, Siti Fairuz Abdullah meninggal dunia di Balai Polis Sungai Rambai ketika dibawa ibu bapanya kira-kira pukul 6.40 petang.

Siti Fairuz meninggal dunia di pangkuan ibunya, Nurul Ain Shah Mohd. Shah, 19, setelah usaha untuk mendapatkan rawatan di klinik berkenaan gagal apabila pembantu perubatan yang ketika itu berada di kuarters klinik tersebut enggan keluar.

Menurut Nurul Ain Shah, dia bersama suaminya, Muhamad Suhaimi Rahim, 16, bergegas ke klinik terbabit setelah bayinya itu menghidap sawan kira-kira pukul 5.30 petang.

"Setibanya di klinik, kami dapati ia ditutup kerana hari Sabtu. Selepas itu, kami bergegas ke kuarters pembantu perubatan yang terletak berhampiran klinik untuk meminta bantuan.

"Malangnya pembantu perubatan itu enggan keluar walaupun anak dan isterinya tahu kami berada di luar rumah.

"Setelah menunggu hampir setengah jam, kami mengambil keputusan membawa anak yang ketika itu dalam keadaan kritikal ke Balai Polis Sungai Rambai untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini hari ini...

Ulasan: Bantulah orang lain yang berhajatkan bantuan kita supaya kita tidak menyesal selamanya.

Bayi seberat 6.15kg dilahirkan di Kedah

CHANGLUN 22 Nov. - Sepanjang sembilan bulan mengandung, selera Aisha Bee Yassin hanya tertumpu kepada kedondong (amra), bunga ros, roti serta susu.

Wanita itu tidak menyangka hasil pemakanannya itu, dia dikurniakan bayi lelaki seberat 6.15 kilogram, dipercayai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di negeri ini.

Malah, bayi seberat itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kira-kira pukul 2 pagi ini.

Menurut Aisha Bee, 35, dia mula sakit hendak bersalin pada pukul 10 malam tadi dan suaminya menghantarnya ke sebuah hospital di Jitra, namun mereka tidak mahu menerimanya kerana sudah terlewat…

Ulasan: Tahniah kepada Aishah Bee dan keluarganya kerana melahirkan seorang lagi perwira Islam yang disanjungi umat dizamannya nanti, Insya Allah. Tapi kenapa hospital di Jitra menolak pesakit dengan alasan yang pelik?

SPRM perlu tegas banteras rasuah

JELI 22 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertegas dan tidak melindungi ahli politik yang didapati terlibat dengan gejala rasuah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, jumlah kertas siasatan yang banyak dibuka menjadi bukti ketegasan kerajaan membendung rasuah.

“Kerajaan dari dulu lagi bertekad menghapuskan rasuah dan memastikan pesalah menerima hukuman setimpal dengan perbuatan keji mereka.

“Kerajaan tidak pernah melindungi sesiapa terutama wakil rakyat. Tidak kira dari parti yang memerintah atau pembangkang kerana jika terlibat rasuah, mereka akan didakwa,” tegas beliau…

Ulasan: Rasanya rakyat masih ingat selama ini - sejak Malaysia merdeka - beratus-ratus laporan rasuah terhadap ahli politik BN/UMNO hanya mengumpulkan debu dan TIDAK disiasat? Cakap vs buat? 

HUSAM mahu terus berkhidmat untuk Pas dan Kelantan

KOTA BAHARU 23 Nov. — Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai Exco kanan kerajaan negeri Kelantan…

Ulasan: Kesian kepada akhbar yang bersusah-payah menyiarkan berita auta. Ingatlah bahawa BN/UMNO akan menyerang untuk mengalahkan Pakatan Rakyat lagi dan lagi. Semoga segala usaha digagalkan Allah.

No open tender for deal building RM628m Matrade Centre for RM15 billion 65-acre prime KL land

Some Comments from Malaysian Readers:

...There are hundreds of projects with no open tender for past 52 years.

..Anybody who expects Najib to do even a wee bit better judt doesn’t understand genetics!

Corruption is in UMNO’s DNA. This will simply reproduce itself mitotically. What u get in offsprings are just clones! 

For 25 yrs or more, Najib is in that system – bred, and inbred; no genetic engineering would do as the genetic corruption is chronic, massive and terminal.

So? After Scorpene, is Matrade Centre such a shock? 

..When it comes to corruption, there’s no need for any KPI other than that of Transparency International.

.. There are always some bright sparks working on such deals to offer to the leaders. Often called ‘win-win’ contracts, the ultimate losers are the public.

It is not that our leaders are stupid, but they care more for their pockets, their party’s strength and continuity in power, more than national interests.

Like the North-South Expressway contract, the idea was brilliant but being blatantly one-sided in favour of the concessionaire showed that the leaders did not care for the ordinary users.
Now there is even talk about another company offering to buy up all the tolled roads!

We have been through all the hype about the win-win contracts and there is nothing for us to be assured of a good deal to the country.

Good companies of cronies are taken private while bad companies have to be taken over by the government.

http://blog.limkitsiang.com/2009/11/22/will-tsu-koon-dare-to-urge-in-cabinet-for-open-tender-for-building-for-land-deal-involving-65-acres-of-prime-land-in-kl-with-gross-development-value-of-rm15-billion-for-building-a-rm628-million-matrad/

Friday, November 20, 2009

UMNO selamanya Rasuah

Sungai Siput 19 November 2009 - Dato Seri Nizar Jamaluddin mengimbau kembali dan menerangkan kepada Rakyat mengenai apa yang berlaku pada waktu awal dahulu yang ketika mana diwaktu itu UBN (UMNO/BN) menawarkan kebanyakkan Adun-Adun PR dengan wang ringgit dan pelbagai lagi jawatan seperti Exco Kerajaan Negeri sekiranya mereka mahu untuk bersama UBN. Dato Seri menyatakan sendiri bahawa beliau juga turut ditawarkan wang ringgit dan jawatan Menteri Besar sekiranya Beliau mahu untuk bersama-sama dengan UBN di awal pemerintahan PR di Perak dahulu. Beliau memberikan gambaran kepada Rakyat dan menyatakan kepada mereka untuk menilainya sendiri bahawa inilah sikap Pemimpin UBN yang ketika itu cuba menyogok kami Adun-Adun PR dengan wang ringgit dan kesenangan.

Beliau turut menegaskan bahawa setelah sekian lama dan untuk selamanya Umno akan menjadi sebuah parti yang mengamalkan rasuah. Ia bukan sekadar tuduhan namun ia diakui sendiri oleh bekas pimpinan UMNO iaitu Tun Dr Mahathir dan juga Tengku Rithaudin yang mengesahkan bahawa parti UMNO ialah parti rasuah. 

Sabda Rasullulah yang bermaksud : 'Rasuah yang terdiri daripada penerima, pemberi, pencatit rasuah dan yang menjalankan kerja-kerja rasuah ini dibalas dengan siksaan Api Neraka'.

Perumpaan buat UMNO ialah seolah-olah mereka ini melihat budaya rasuah semacam seekor lalat yang hinggap dihidung, dan di kuis dengan mudah oleh mereka sedangkan kita ummat islam menggambarkan rasuah ini semacam satu gunung yang besar yang nak runtuh menghempap kita dan kita lari dengan laju.

Beliau juga menyatakan bahawa budaya ini sebenarnya dibentuk oleh pimpinan mereka apabila 1 Malaysia (Najib Tun Razak) juga menggambarkan kepada semua bahawa rasuah ini hnya sekadar kesilapan teknikal dan ia menampakan ia begitu mudah untuk dimaafkan dan diperbetulkan. Maka akibat dari itu lah maka UMNO hari ini boleh membuat perkara-perkara yang dipenuhi rasuah semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Umno membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak kerana pemikiran mereka menetapkan bahawa agama itu asing dan politik itu asing. Ia bermakna bagi fahaman mereka Allah swt hanya akan bertanya pada mereka bab-bab rukun sahaja sedangkan Allah swt berfirman di dalam surah 36 ayat 65 yang bermaksud :

'Pada hari itu aku akan kunci mulut-mulut kalian dan tangan-tangan kamu aku benarkan berkata-kata berkenaan dengan apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini dan kaki-kaki kamu menjadi saksi.'

Di akhir ceramah itu, beliau merumus dan menyatakan bahawasanya akibat dari pemikiran yang mengasingkan antara agama dan politik inilah yang membuatkan UMNO tidak takut untuk memikirkan akan salah dan silap, dosa dan pahala, akhirat dan dunia kerana bagi mereka Allah swt tidak akan bertanya tentang perkara-perkara itu.

Ulasan: Hidup lebih tenang dan aman tanpa RASUAH. Rasuah sampah kemajuan.

The First Ten Days of Zul-Hijjah

By Shaykh Muhammad Saleem Dhorat hafizahullah

Significance of the First Ten Days of Zul Hijjah 

1. Allah has taken oath of ten nights in Soorah Al-Fajr. According to the majority of the commentators of Qur'ãn, the nights are those of the (first) ten days of Zul Hijjah. 

2. Abdullah Ibne 'Abbãs radiyallahu anhu related that the Prophet sallalahu alayhi wasallam said, "Good deeds performed on other days are not superior to those performed on these (first ten days of Zul Hijjah)." The Companions radiyallahu anhum inquired, "Not even Jihãd?" He replied, "Not even jihãd, except for that person who goes out putting himself and his wealth in danger and does not return with anything." (Bukhãri) 

3. Abdullah Ibne 'Abbãs radiyallahu anhu narrated that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "On no other days are good deeds more liked by Allah than on these ten days (i.e. The first ten days of Zul Hijjah)." The Sahãbah radiyallahu anhum asked, " O Rasoolullah ! Not even Jihãd in the Way of Allah?" Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam replied, "Not even Jihãd in the Way of Allah, except for that person who goes out with his life and wealth and does not return with anything." (Aboo Dãwood, Tirmizi, Ibne Mãjah) 

4. Aboo Hurayrah radiyallahu anhu related that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "On no days is the worship of Allah desired more than in the (first) ten days of Zul Hijjah. The fast of each of these days is equal to the fast of a whole year, and the worship of each of these nights is equal to the worship of Laylatul Qadr." (Tirmizi, Ibne Mãjah)

5. The mother of the believers, Hafsah radiyallahu anhaa reports that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam used to fast the (first) nine days of Zul Hijjah. (Nasã'ee, Ahmad, Aboo Dãwood)  

6. Abdullah Ibne 'Umar radiyallahu anhu related that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "No days are as weighty with Allah and so liked by Him for good deeds than the first ten days of Zul Hijjah. So on these days increasingly read Subhãnallah, Lã ilãha illallãh, Alhamdulillah and Allahu Akbar." (Musnad Ahmad)

Virtues of the Day of Arafah (9th Zul Hijjah) 

1. 'Ã'ishah radiyallahu anhaa reports that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, " There is no day in which Allah sets free more souls from the fire of hell than on the day of Arafah. And on that day Allah draws near to the earth and by way of exhibiting His Pride remarks to the angels, 'What is the desire of these (servants of mine)?" (Muslim)  

2. Talhah radiyallahu anhu reports that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "Apart from the day of the Battle of Badr there is no day on which the Shaytãn is seen to be more humiliated, more rejected, more depressed and more infuriated, than on the day of Arafah, and indeed all this is only because of beholding the abundance of descending mercy (on the day) and Allah's forgiveness of the great sins of the servants." (Mishkãt) 

3. Aboo Qatãdah Al-Ansãri radiyallahu anhu narrated that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam was asked about the fast on the day of Arafah. He said, "It compensates for the (minor) sins of the past and the coming year." (Muslim, Tirmizi, Ibne Mãjah)  

Night of 'Eedul Adh'hã  

The nights of both 'Eed are described in the Hadeeth as amongst the great and sacred nights in the Muslim calendar. To remain awake on the nights of 'Eed and perform 'ibãdah is a source of great virtue and reward. 

1. Aboo Umarah radiyallahu anhu related that 'Ã'ishah radiyallahu anhaa reports that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "Whosoever stays awake and performs 'ibãdah (worship) on the nights of the two 'Eed, with hope for abundant reward (from Allah), his heart will not die on the day (i.e. Qiyãmah) when all hearts will be dead." (Targheeb) 

2. Mu'ãz Ibne Jabal radiyallahu anhu relates that Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "Jannat is wãjib (incumbent) for those who stay awake with the intention of making 'ibãdah on the following nights: 8th, 9th and 10th of Zul Hijjah, the night of 'Eedul Fitr and the night of the 15th of Sha'bãn." (Targheeb) 

Virtues of Qurbãni

Rasoolullah sallalahu alayhi wasallam said, "There is nothing dearer to Allah during the days of Qurbãni than the sacrificing of animals. The sacrificed animal shall come on the Day of Judgement with its horns, hair, and hooves (to be weighed). The sacrifice is accepted by Allah before the blood reaches the ground. Therefore sacrifice with an open and happy heart." (Tirmizi, Ibne Mãjah)  

Takbirãt of Tashreeq 

The Takbirãt of Tashreeq are: 

Allahu Akbar, Allahu Akbar,  

Lã ilãha illallãhu wallahu Akbar,  

Allahu Akbar, Walil lahil hamd. 

"Allah is the Greatest, Allah is the Greatest. There is no deity besides Allah and Allah is the Greatest. Allah is the Greatest and all praises are for Allah only."

It is wãjib for every adult Muslim to recite these Takbirãt of Tashreeq audibly once after every fardh salaah which is performed with jamã'at (congregation) from the Fajr of 9th Zul Hijjah to the 'Asr of 13th Zul Hijjah (i.e. total of 23 salãh).

Mas'alah: It is not wãjib for women and shar'ee travellers. But, if they are performing salãh behind an imãm upon whom it is wãjib, then it will become wãjib upon them too. However it is mustahab for them to recite in any case.

Mas'alah: Women should not say it loudly but softly. 

Mas'alah: Takbeer should be recited immediately after concluding the fardh prayer.

http://www.idauk.org/publications/leaflet39.html  
Islãmic Da'wah Academy, Leceister, UK.

Beza hadiah dan rasuah

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Seorang tok guru agama didatangi tetamu, dengan hormat dia meminta nasihat dan pandangan tentang rumah tangganya yang hampir runtuh. Tok guru itu dengan tenang mengungkai masalah tetamu itu dan seterusnya memberi pilihan beberapa tindakan untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia yang puas hati segera pulang dengan membawa harapan besar.

Tiga bulan kemudian tetamu tersebut datang semula kepada tok guru berkenaan bersama isterinya. Melihat keadaan itu tok guru itu bertanya, apakah ada masalah lagi yang boleh dibantu. Dengan senang hati dia berkata, alhamdulillah kami bahagia malah isteri saya sedang mengandung anak saya. Saya datang nak ucap terima kasih kepada tok guru. Dan sebagai tanda terima kasih, ini cek bernilai RM5,000 untuk tok guru.

Dalam kisah yang lain, seorang Pegawai Daerah yang agak berpengaruh di daerah itu didatangi tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut adalah ahli perniagan yang sangat rapat dengan pegawai daerah itu. Kebetulan penjawat itu amat arif tentang gerak kerja bisnes ahli perniagaan itu.

Tetamu itu ingin membuka syarikat sembelihan dan proses ayam segar di kawasan itu. Dia mahu mendapat sokongan pewagai daerah kerana lazimnya sokongannya itu dinilai sebagai benar oleh pihak kerajaan. Oleh kerana menghormati kenalan, walaupun dia tahu tetamu itu tidak mencukupi syarat, dia sokong juga.

Tiga bulan kemudian, tetamu itu datang lagi bertemu pegawai daerah itu. Kali ini dia datang dengan membawa cek bernilai RM 5,000, katanya terima kasih atas sokongan, permohonan itu sudah diluluskan.

Satu kisah lagi seorang Pengarah Projek didatangi oleh seorang tetamu dari luar kawasan, mereka berdua tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Dia membuat pertemuan itu dengan penuh pengharapan iaitu satu permohonan untuk membeli rumah di situ. Kebetulan pula rumah di situ menjadi rebutan, tetapi diutamakan kepada orang tempatan.

Dalam pertemuan itu tetamu tersebut merayu kepadanya agar dipertimbangkan permohonan itu. Namun dia dengan tegas berkata, saya boleh bawa perkara ini ke atas tetapi saya tidak jamin kerana ramai yang memohon, lagi pun kita akan utamakan orang tempatan. Awak bukan tinggal di sini.

Keesokan harinya sewaktu di rumah dia menerima cek bernilai RM 5,000 daripada tetamu semalam dengan ucapan terima kasih kerana melayan permohonannya semalam.

Berdasarkan tiga kisah di atas, manakah yang dikatakan hadiah dan mana pula yang dikatakan rasuah? Walaupun kisah itu bukan benar, namun kita boleh melihatnya sebagai contoh kes yang boleh kita renungkan secara serius. Ya, kes yang pertama ada hadiah, tetapi kes kedua dan ketiga adalah rasuah.

Sebenarnya, perbezaan yang jauh ini amat dekat dalam kehidupan kita. Jadi berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam kancah yang hina itu, dan berhati-hati juga supaya kita tidak dengan cepat menuduh orang itu dan ini melakukan atau menerima rasuah. Ingatlah kesilapan kita membuat perkiraan, sebenarnya sebahagian kaki kita sudah berada dalam neraka.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/beza-hadiah-dan-rasuah.html

Ulasan: Hidup lebih tenang dan aman tanpa RASUAH.

Labels:

UMNO Kedah nafi berpuak-puak?

ALOR SETAR 19 Nov. - UMNO Kedah hari ini menolak andaian bahawa wujud kumpulan atau puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri itu berpecah belah. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, semua pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

"Kalau ada cakap-cakap mengenai wujudnya puak-puak dalam UMNO Kedah, itu semua tidak benar kerana ia cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada di dalam parti," kata beliau kepada pemberita di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan dalam kolum Cuit kelolaan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Zaini Hassan semalam bertajuk 'Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah?' yang antara lain menyentuh tentang 'warlords' yang terdapat dalam UMNO negeri.

Selain itu, kolum berkenaan turut menyentuh tentang orang yang mewujudkan kem-kem dalam UMNO Kedah nampaknya tidak mahu melihat Kedah diambil balik oleh BN, jika tidak sudah tentu hanya ada satu kem iaitu kem Shafie…

Ulasan: Pelik kalau orang yang berjuang untuk mendapatkan kemegahan dunia tidak ada puak masing-masing. Mereka selalunya mempunyai agenda peribadi dan agenda puak. Perjuangan parti atau agenda parti hanya menjadi penyampai kepada agenda peribadi dan agenda puak.

PSRM soal saksi cuma waktu pejabat

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Berkuat kuasa hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Pada hemat hakim itu, peruntukan menyoal siasat saksi ‘sehari-ke-sehari’ seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.

Seksyen itu hanya menyatakan seseorang yang diarahkan oleh SPRM, hendaklah terus hadir membantu siasatan ‘sehari-ke-sehari’ seperti diarahkan.

Hakim Mohamad Ariff menegaskan, oleh kerana tafsiran ‘sehari-ke-sehari’ tidak dinyatakan secara jelas, maka mahkamah tidak boleh memberikan tafsiran secara literal atau mengandaikan ia membawa maksud 24 jam kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap kebebasan seseorang.

Menurut hakim itu, mahkamah juga perlu berhati-hati memberikan tafsiran berhubung perkara yang menyentuh kebebasan seseorang individu.

Lantaran tiadanya tafsiran tersebut, mahkamah merujuk kepada kamus Oxford berhubung definisi ‘sehari-ke-sehari’, kata Hakim Mohamad Ariff.

Berdasarkan kamus tersebut, beliau menyatakan frasa 'day to day' (sehari-ke-sehari) membawa maksud daily basis (asas harian).

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu…

Ulasan: Baguslah sedemikian supaya dapat mengelakkan penderaan mental.

Pengkid sengsara selepas jalani pembedahan

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kebiasaannya, wanita yang obses dengan keinginan untuk memiliki payu dara yang besar sanggup mengambil risiko menjalani pembedahan plastik untuk tujuan itu.

Namun, di sebalik itu, terdapat pusat kecantikan di negara ini yang menyediakan khidmat pembedahan untuk mengempiskan payu dara sehingga menjadi 'rata'.

Pembedahan sedemikian yang dipercayai menggunakan teknik menyedut tisu dan laser, disasarkan kepada golongan pengkid, wanita yang mengidamkan tubuh badan lelaki.

Ada di kalangan mereka yang telah menjalani pembedahan itu termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Yew, 37, peniaga perabot di Cheras.

Di sebalik kepuasan yang dikecapi oleh Yew selepas pembedahan itu, dia kini dibelenggu kesakitan dan kesengsaraan gara-gara pembedahan itu yang didakwanya tidak sempurna…

Ulasan: Bila kita memilih untuk menderhaka kepada undang-undang tabi'e, tunggulah kesengsaraan.

Corruption conviction rate: Indonesia 100% vs Malaysia 0%

Corruption conviction rate against ikan yu – Indonesia 100% Malaysia 0%                 http://blog.limkitsiang.com  

During the parliamentary debate during the committee stage of the 2010 budget on the Prime Minister’s Department, I compared Malaysia to Indonesia on the anti-corruption front.

Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono has declared that the war against corruption and fighting the “judicial mafia” would be a priority for his first 100 days of his second administration.

In Indonesia recently, there was a public movement and outcry in support of the country’s Corruption Eradication Commission or KPK (Komisi Pemberantasan Korupsi) whose top officers and anti-corruption campaign were undermined and threatened by the “judicial mafia” comprising top officials in the police and the Attorney-General’s Chambers trying to protect the corrupt and those who abused their public positions and power.

If there is a public movement in Malaysia concerning the Malaysian Anti-Corruption (MACC), it will not be in support but in condemnation of MACC for its failure to make a dent on corruption and for lending itself to be the catspaw of Umno/Barisan Nasional in their campaign to destroy the Pakatan Rakyat.

What has the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak got to show on the anti-corruption front after his first seven months in office?

Parliament established MACC to replace the Anti-Corruption Agency (ACA) to declare war against corruption. MACC failed in its mandate and had instead gone all-out to declare war against Pakatan Rakyat on behalf of Barisan Nasional.

What is fatally lacking in Malaysia’s campaign against corruption is “political will”. There is simply no condition to mount a successful anti-corruption campaign in any country without political will.

Since its establishment in 2002, Indonesia’s KPK has a 100 per cent conviction rate and success in exposing and prosecuting the corrupt in high places, and among its trophies are top officers in government, police, the central bank, provincial governors and city mayors.

What is MACC’s conviction rate against ikan yus among the corrupt in Malaysia? Zero per cent!

Malaysia is not short of mega scandals, the latest being the RM12.5 billion Port Klang Free Zone scandal. Malaysia makes world record in having the most number of “heinous crimes” and mega scandals but without criminals – as not a single “big gun” had been brought to court and convicted for high crimes of corruption against the state despite all the cans of worms and swamps of crocodiles in the country!

This is why there is the report today of the latest survey of voters (Sept. 16 – Oct. 12) by Merdeka Centre commissioned by the Centre for Independent Journalism (CIJ) which found that corruption and abuse of power are the most important problem which needs to be solved.

The survey showed a whopping 74 per cent of those polled dissatisfied with the government’s handling of corruption and abuse of power issues.

Among those polled, 52 per cent felt the country was headed in the right direction, while 47 per cent were of the opinion that Malaysia was headed in the wrong direction.

For those who felt the country was going in the wrong direction, political instability and graft were listed as the top reasons…

Ulasan: Apalah yang boleh diharapkan untuk BN/UMNO membenteraskan RASUAH dan PENYELEWENGAN di negara ini. Tidak mungkin. Rasuah sudah berakar umbi dan menjadi budaya mereka, di mana wang membeli kuasa untuk buat duit, berterusan seterusnya.

Comment: Can citizens expect BN/UMNO to eradicate CORRUPTION and ABUSE OF POWER in Malaysia? No way. The CORRUPTION has been deeply rooted as their culture where money buys power to make money, on and on.

Thursday, November 19, 2009

Pertahankan kebenaran dan ketinggian moral

Seseorang menceritakan: Beberapa tahun dulu, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/18/berakhir-sebuah-episod/

Ulasan: Biar hidup nampak melarat asalkan hati senang. Apalah guna menjadi jutawan tapi
berlakon dalam hidup, menipu, menyeleweng dan rendah moral.

Ulang Tahun Ke 24 Peristiwa Memali

Hari ini genap 24 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala KPN (Ketua Polis Negara) adalah Hanif Omar.

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat. 

Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.

Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah telah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.

Kini 24 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :

a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.

b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?

c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46. 

d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46) meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah. 

e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api. 

d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?

f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.

g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.

h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.

Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.

TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : "Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."

Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.

Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di Markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak..
14. Haji Abdul Rahmahbin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Saduran - http://tokpepijat.blogspot.com/2009/11/memali-hey-si-zalimambillah.html

Sumber: http://chegubard.blogspot.com/2009/11/hari-ini-utahun-peristiwa-memali.html

Ulasan: Rupa-rupanya kita membayar harga yang mahal dalam menentang ISA. Semoga 14 korban Peristiwa Memali di terima Allah sebagai sebagai syahid. Kita yang tinggal, jalan perjuangan kita adalah sama: Teruskan Perjuangan Untuk Memenangkan Islam di Bumi Allah.

Negara mana paling kurang rasuah?

New Zealand semalam disenaraikan sebagai negara paling kurang rasuah, mengenepikan Denmark.
SYDNEY 18 Nov. - Indeks tahunan yang dikeluarkan oleh Transparensi Antarabangsa itu yang menyenaraikan 180 negara dibuat berdasarkan 13 tinjauan bebas menyenaraikan New Zealand menduduki carta teratas sebagai negara paling kurang korup dengan mencatat 9.4 mata, selepas berada di tangga kedua pada tahun lalu.

Denmark yang mendahului tangga pertama tahun lalu turun di tangga kedua dengan memperolehi 9.3 mata, diikuti Singapura dan Sweden di tangga ketiga berkongsi mata yang sama 9.2 mata dan Switzerland di tangga kelima mengutip 9.0.

Negara yang berada dalam senarai 10 negara paling kurang korup ialah Finland, Belanda, Australia, Kanada dan Iceland.

Britian berada di tempat ke-17, manakala Amerika Syarikat di tempat ke-19 dengan indeks 7.5 mata.

Negara-negara yang berada paling bawah dalam senarai adalah negara yang paling tidak stabil atau akibat kesan peperangan dan konflik berterusan yang telah menjejaskan sektor awam serta telah memusnahkan prasarana kerajaan.

Somalia menduduki tangga terbawah sebagai negara paling korup dengan memperolehi 1.1, diikuti Afghanistan 1.3, Myanmar 1.4 dan Sudan serta Iraq berkongsi di tangga yang sama dengan memperolehi 1.5 mata.

"Amalan rasuah yang berakar ubi dengan kuat memerlukan pengawasan serta tindakan oleh Parlimen, tindakan penghakiman yang tegas, dan sumber pengauditan yang baik dan agensi anti rasuah, pelaksanaan undang-undang yang baik, ketelusan dalam bajet umum, aliran pendapatan dan bantuan serta peranan media yang bebas dan masyarakat yang bertanggungjawab," kata Huguette Labelle, Pengurusi Transparansi Antarabangsa.

''Masyarakat antarabangsa perlu mencari jalan yang lebih berkesan bagi membantu negara yang terlibat dalam kancah peperangan bagi mengembang dan mempertahankan institusi mereka sendiri," katanya.

Lebih 130 negara dalam senarai itu memperolehi di bawah 5 mata. – Reuters

Ulasan: Di manakah kedudukan Malaysia? Di manakah kedudukan negara-negara Islam? Kita menjadi mundur dan lemah kerana kita berpegang kepada agama Allah.

Labels:

Tanah longgar, hujan punca tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

SHAH ALAM 18 Nov. - Ikatan tanah yang longgar pada cerun yang ditambak semasa pembangunan dan kurang penyelenggaraan merupakan antara punca kejadian tanah runtuh di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang pada 6 Disember tahun lalu.

Jawatankuasa Teknikal Kajian Tanah Runtuh dalam laporannya juga memberitahu, kerosakan sistem perparitan di kawasan cerun serta hujan lebat yang kerap pada Oktober dan November turut menjadi punca kejadian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan laporan itu berkata, rekahan tanah yang berterusan menyebabkan rekahan sedia di kawasan perumahan tersebut bertambah besar.

''Faktor-faktor ini diburukkan lagi dengan kebocoran saluran paip di sepanjang kawasan projek perumahan terbengkalai di kawasan berkenaan.

''Kebocoran saluran paip yang aktif di kawasan perumahan terbengkalai telah meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan cerun,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi 6 Disember tahun lalu, 14 rumah mewah di kawasan itu musnah dan lima nyawa terkorban. 

Menurut Abdul Khalid, jawatankuasa berkenaan juga mengenal pasti tiga siri gelinciran yang mengakibatkan tanah runtuh pada hari kejadian dengan setiap satu berlaku selang tiga hingga lima minit.

''Tanah runtuh berkenaan melibatkan kawasan seluas empat hektar," katanya.

Tambahnya, jawatankuasa itu yang dianggotai beberapa jabatan kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. turut mencadangkan beberapa langkah bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, antara langkah itu adalah membaik pulih sistem perparitan di kawasan itu, memasang alat pengesan di kawasan berisiko tinggi, mengadakan pemantauan di kawasan cerun yang mempunyai rekahan serta menjalankan penyelengaraan terhadap sistem perparitan dan kumbahan secara berkala…. 

Ulasan: Selalunya tindakan manusia (bersungguh melakukan sesuatu yang tidak mengikut peraturan atau lalai mengikut peraturan) menyebabkan berlakunya kemalangan.

YTL guna TM lancar khidmat 4G

KUALA LUMPUR 18 Nov. - YTL Communications Sdn. Bhd. bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) untuk melancarkan perkhidmatan rangkaian 4G menjelang 2010 dengan matlamat merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Kedua-dua pihak hari ini memeterai perjanjian perkhidmatan pukal Ethernet dan penyewaan utama bagi perjanjian perkongsian prasarana. 

Perjanjian bagi tempoh 15 tahun itu akan membolehkan YTL Communications memanfaatkan perkhidmatan pukal Ethernet TM di samping menggunakan prasarana jalur lebar kelajuan tingginya dan kemudahan telekomunikasi lain. 

"Kerjasama dengan TM penting dan strategik kerana ia akan mewujudkan satu ekosistem lengkap yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar di seluruh negara menggunakan teknologi 4G," kata Pengarah Urusan YTL Group, Tan Sri Dr Francis Yeoh pada majlis permeterian itu di sini, hari ini. 

Di bawah perjanjian itu, syarikat tersebut boleh memanfaatkan lebih 200 menara komunikasi TM di seluruh negara bagi memudahkan pelancaran dan pemasangan radio rangkaian 4G syarikat…

Ulasan: Siapa guna siapa? Jangan berlaku lagi cerita ular lidi menelan ular sawa.

Wednesday, November 18, 2009

Terbukti Kedah Senang Bila PR Perintah

Ucapan bajet yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelmarin, menunjukkan walaupun belum memerintah sampai 2 tahun, kerajaan PR Kedah telah membuktikan mereka tidak perlukan BN untuk menjadikan Kedah senang. Seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Azizan, sepanjang jangka waktu yang begitu singkat memerintah Kedah, kerajaan negeri di bawah PR telah membuktikan banyak kemajuan: 

i) Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia yang agak merosot, Kedah sebaliknya berjaya menarik banyak pelaburan sehingga Ogos lalu apabila menjadi negeri kelima mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan keseluruhan berjumlah RM837,345,329.

ii) Ketika bilangan kemasukan pelancong ke negara ini umumnya menurun akibat krisis kewangan dunia, Kedah sebaliknya mencatat pertambahan pelancong dengan kemasukan 3.8 juta orang pada 2008 berbanding 3 juta pada 2006. 

iii) Hasil balak juga meningkat sebanyak RM8 juta setahun kepada RM35 juta pada 2009 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan kerajaan negeri.

iv) Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sebelum ini rata-rata mencatatkan kerugian semasa diperintah BN, mula menampakkan keuntungan selepas penyusunan semula GLC di bawah kepimpinan kerajaan negeri PR. Hasilnya 11 buah syarikat berkaitan GLC berjaya menyumbangkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta tahun lepas, yang merupakan pembayaran kali pertama syarikat-syarikat itu selepas asyik menanggung kerugian tahun demi tahun akibat tidak kecekapan pengurusan ketika diperintah BN sebelum ini.

v) Berdasarkan sumber Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, kadar kemiskinan di Kedah juga telah berjaya dikurangkan dari 7% sebelum ini kepada 3% sahaja pada 2009.

v) Selain itu angka terbaru juga menunjukkan Kedah semakin sejahtera apabila kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3% kepada 0.3%, pendapatan kasar bulanan isi rumah pula meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, manakala kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 % kepada 3.3%.

Tagline BN iaitu "BN Menang, Kedah Senang" tak sesuai lagi kerana apabila diberi peluang memerintah selama 50 tahun dan ketika ekonomi Malaysia di puncak prestasi, Kedah tidak sesenang mana. Yang senang selama ini ialah ahli politik UMNO dari pelbagai peringkat.
Yang nyata ialah: Kalau PR Kalah, Kedah Susah.

diubahsuai dari artikel BN Menang Kedah Kecundang, PR Kalah Kedah Susah!! http://pendikargunung.blogspot.com/

Keluarga Mohamad Tawfiq pertikai kenyataan polis

ARAU 17 Nov. - Bapa Mohamad Tawfiq Noorzan, pemuda yang ditembak mati oleh polis di Guar Sanji di sini Sabtu lepas, mempertikaikan kenyataan polis yang mendakwa anaknya itu pulang ke rumah dari Alor Setar ke Arau dengan menaiki kereta.


Noorzan Abdul Rahim, 47, berkata, sekiranya menaiki kereta, tidak mungkin Mohamad Tawfiq, 22, kelihatan pucat ketika kejadian akibat terlalu letih dan pulang ke rumah dalam keadaan mengamuk.

"Sebelum Mohamad Tawfiq ditembak, mereka (polis) beritahu, dia balik dari Alor Setar dengan berjalan kaki selepas ditinggalkan oleh rakan-rakannya.

"Hari ini, dalam surat khabar, Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa kata anak saya balik naik kereta dengan dua teman wanita. Saya dapati cerita polis dalam akhbar asyik berbohong," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau turut menyifatkan polis sengaja mereka-reka cerita dengan menggambarkan kononnya anaknya itu terlalu ganas dan berbahaya sehingga memaksa mereka menembaknya...

Ulasan: Negara ini ada undang-undangnya dan rakyat masih menghormati keputusan hakim. Biarlah hakim menghakiminya. Tapi bila polis siasat polis?

PM tidak pernah ganggu SPRM

PM tidak pernah ganggu SPRM - Abu Kassim
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan badan itu tidak pernah dipengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalankan siasatan sebagaimana didakwa pihak tertentu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pemimpin nombor satu itu tidak pernah 'mengganggu' atau campur tangan dalam soal siasatan malah menghormati suruhanjaya itu yang berfungsi secara bebas.

Beliau berkata, tindakan itu jelas memperlihatkan kerajaan tidak pernah mempengaruhi mana-mana keputusan suruhanjaya itu.

"Alhamdulillah... sejak penubuhan SPRM awal tahun ini, setahu saya tiada panggilan dari PM (Perdana Menteri) untuk mengambil tahu mengenai siasatan SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Peranan dan Tanggungjawab Sektor Perniagaan Dalam Memerangi Rasuah di sini hari ini…

Ulasan: Masa akan membuktikan sama ada penegasan yang di buat oleh Datuk Abu Kassim itu betul atau pun auta. Rakyat memerhatikan gerak-geri semua ahli politik.

AirAsia ke Jeddah tahun depan

PUTRAJAYA 17 Nov. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad akan mengembangkan sayapnya ke Jeddah, Arab Saudi menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan muktamad daripada kerajaan.

''Kita akan terbang ke Jeddah menjelang 2010, saya percaya kerajaan Arab Saudi terbuka mengenai usaha ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta Sidang Kemuncak Pemuda (YES) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang ingin tahu kenapa AirAsia tidak mengembangkan sayapnya ke Arab Saudi.

Peserta itu berharap AirAsia dapat memulakan penerbangan ke Arab Saudi supaya kos perbelanjaan untuk mengerjakan umrah dan haji dapat dikurangkan.

Tony berkata, AirAsia merupakan syarikat penerbangan yang tidak takut untuk melakukan perubahan dengan beroperasi di destinasi yang kurang popular...

Ulasan: Doakan agar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia kembali (revert) kepada Islam.

Tuesday, November 17, 2009

Tegah terima tajaan haji

MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah dengan menggunakan wang sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah. 

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak…

Ulasan: Bila kita tidak cermat, orang yang berkepentingan akan memasukkan jarum untuk melalaikan kita walaupun di atas nama agama. Rasuah yang di benci, kami kenal siapa dirimu, menjauhkan diri dari kami… Wahai Tuhan, jauhkan rasuah dari diri kami ini.

Labels:

Israel mahu rampas lebih banyak tanah

BAITULMAQDIS 16 Nov. - Seorang menteri Kabinet Israel hari ini menyuarakan kemungkinan rejim Yahudi itu merampas lebih banyak kawasan di Tebing Barat jika Palestin mengisytiharkan kemerdekaan tanpa memeterai perjanjian damai.

Menteri Alam Sekitar, Gilad Erdan yang juga sekutu rapat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, jika pihak Palestin mengambil tindakan unilateral, Israel juga perlu menimbangkan untuk meluluskan rang undang-undang bagi merampas kawasan di Tebing Barat.

Pegawai Palestin semalam berkata, pihak Palestin merancang untuk meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kemerdekaan sebuah negara Palestin yang terletak di Tebing Barat dan Genting Gaza…

Ulasan: Israel telah dan akan terus menggunakan kekuatan fizikal dan/atau undang-undang untuk merampas tanah negara yang telah 60 tahun ditawan. Lawan tetap lawan.
   

Penyakit kelamin makin berleluasa di AS

WASHINGTON 16 Nov. - Rasa tidak senang rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk membicarakan seks telah membuatkan penyakit kelamin (STD) biasa menjadi sesuatu yang lumrah, terutama di kalangan remaja yang lebih terdedah kepada jangkitan, lapor penyelidik hari ini.

Statistik terkini menunjukkan chlamydia, gonorea dan sifilis sebagai jangkitan kelamin yang terus melarat di AS.

"Chlamydia dan gonorea dicatatkan stabil walaupun pada jumlah jangkitan yang tidak boleh diterima sementara kes sifilis semakin meningkat selepas hampir tiada kes dilaporkan.

"Kita menunjukkan kadar jangkitan STD tertinggi berbanding negara maju lain di dunia," kata pengarah divisyen penyakit kelamin di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS (CDC), John Douglas.

Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama telah memberi isyarat kesediaan untuk berganjak dari pendekatan pendidikan seks hanya kepada mereka yang menjauhkan diri daripada seks yang dipromosikan bekas Presiden, George W. Bush, negeri konservatif dan kerajaan tempatan.

Beberapa kajian menunjukkan pendekatan sedemikian tidak begitu berhasil dan adalah lebih baik untuk menggalakkan menahan diri dari seks dengan pada masa sama menyalurkan maklumat kepada kanak-kanak dan remaja tentang bagaimana melindungi diri dari penyakit dan mengandung.

"Kita masih belum mempromosikan mesej itu dengan sepenuhnya. Kita masih 'memberikan satu tali pinggang untuk satu kereta," kata Douglas lagi.

Kajian terbaru CDC tentang STD mendapati:

* 1.2 juta kes chlamydia dilaporkan tahun lalu, berbanding 1.1 juta tahun sebelumnya.
* Hampir 337,000 kes gonorea dilaporkan.
* Gadis pada lingkungan 15 hingga 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia lain pada 409,531 kes.
* Golongan kulit hitam yang mewakili 12 peratus penduduk AS, menyumbang kepada 71 peratus kes gonorea dan hampir separuh daripada kes chlamydia dan sifilis pada tahun lalu.
* Gadis kulit hitam antara 15 hingga 19 tahun merekodkan kes tertinggi chlamydia dan gonorea.
*63 peratus sifilis dilaporkan berlaku kepada lelaki dengan seks luar tabii bersama lelaki lain. - REUTERS

Ulasan: Anda Bijak Jauhi Zina. Rupa-rupanya ada kebaikan daripada larangan Allah dalam Quran yang terjemahannya berbunyi, “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Quran: Al-Isra': 32) . Bersama-samalah kita menggerakkan masyarakat supaya menjauhi zina. Tidak berguna maju itu kalau terus dihinggapi dengan sampah kemajuan.

Labels: ,

Thursday, November 05, 2009

Dipenjarakan secara salah & diseksa: 5 tahanan Muslim terima bayaran

NEW YORK 4 Nov. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membayar sebanyak AS$1.26 juta (RM4.3 juta) kepada lima lelaki beragama Islam yang ditahan selama berbulan-bulan tanpa dakwaan selepas serangan 11 September 2001, setelah mereka memfailkan saman kerana dipenjarakan secara salah dan diseksa.

Kelima-lima mereka mendakwa dilayan tanpa perikemanusiaan dan menghinakan di pusat tahanan Brooklyn, termasuk kurungan seorang diri, dipukul teruk, dihambur kata-kata kesat berterusan dan dihalang daripada berhubung dengan anggota keluarga dan peguam.

Peguam untuk Pusat Hak Perlembagaan (CCR), Rachel Meeropol yang membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan Brooklyn berkata, ia adalah bayaran penyelesaian terbesar setakat ini berhubung dakwaan penyeksaan di AS.

Menurut CCR, Jabatan Kehakiman bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan yang difailkan pada 2002 itu selepas beratus-ratus pendatang ditahan dan dipenjarakan selama berbulan-bulan selepas insiden serangan 11 September itu.

Jurucakap Jabatan Kehakiman gagal dihubungi bagi mendapatkan sebarang ulasan mengenai kes itu, yang mana kerajaan AS tidak mengakui bertanggungjawab atau melakukan kesalahan.

Kelima-lima lelaki itu akan dibebaskan selepas didapati tidak mempunyai kaitan dengan keganasan sebelum diusir keluar.

Salah seorang daripada mereka, Yasser Ebrahim akan menerima bayaran tertinggi berjumlah AS$356,250 (RM1.2 juta) tidak termasuk yuran guaman.

"Selepas tujuh tahun yang panjang, saya lega kerana dapat membina semula kehidupan. Kami telah dinafikan hak dan diseksa hanya kerana agama dan warna kulit kami," kata Yasser. – REUTERS

Ulasan: Mahkamah dunia mungkin adil mungkin tidak. Hujungnya nanti semua kita akan menyaksikan mahkamah akhirat dan setiap diri akan bertanggung jawab apa yang kita lakukan.

Setakat ini 10 mayat ditemui di rumah perogol

WASHINGTON 4 Nov. - Para penyiasat menemui empat mayat lagi hasil penggalian di rumah bekas banduan perogol di Ohio, menjadikan jumlah mayat dalam keadaan ngeri, yang ditemui kini meningkat kepada 10 orang.

Ketua Polis Cleveland, Michael McGrath berkata, kerja-kerja menggali yang dilakukan polis pada waktu malam pada minggu lalu menjadikan lima tuduhan pembunuhan yang dilakukan oleh Anthony Sowell, kini bertambah selepas mayat-mayat wanita itu ditemui tertanam di rumahnya.

Menurut CNN yang memetik kenyataan polis melaporkan, Sowell, 50, turut dituduh menculik, merogol dan melakukan penyiksaan ke atas mangsa-mangsanya.

Polis telah menahan Sowell pada Sabtu lalu, dua hari selepas penemuan lima mayat yang telah reput di rumahnya dan beberapa mayat wanita lain di luar rumahnya.

Menurut Cleveland Plain Dealer, sebiji tengkorak milik seorang lagi mangsa turut ditemui di rumahnya.

Sowell akan menghadapi pertuduhan hari ini (Rabu).

McGrath berkata, para penyiasat sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mayat-mayat tersebut.

"Selera nafsu ganasnya tidak pernah puas," katanya, sambil menambah kata beliau percaya Sowell kenal setiap wanita yang dia serang.

"Saya berkeyakinan penuh semua wanita yang menjadi mangsa adalah mereka yang pergi ke kediamannya secara sukarela," tambah McGrath.

Polis turut meminta penduduk setempat yang kehilangan ahli keluarga tampil mengemukakan gambar ahli keluarga yang terlibat untuk membantu proses pengecaman mangsa.

Selepas dibebaskan pada 2005 setelah merengkok dalam penjara kerana kes merogol pada tahun 1989, Sowell telah ditangkap di Cleveland setelah penduduk mengecam penjenayah itu lalu memaklumkan kepada polis.

Dia sedang berjalan di sebatang jalan dan dia tidak melawan ketika di tangkap, kata polis. – AFP

Ulasan: SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.. AKHIRNYA JATUH KE TANAH. Bila nafsu menjadi raja, tercabut malu dan sifat penyayang insan. Kenapa lelaki menzalimi wanita?

Polis vs KPK: 2 pegawai antirasuah dibebas

JAKARTA 4 Nov. - Polis hari ini membebaskan dua pegawai badan pencegah rasuah Indonesia atau dikenali sebagai Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK) mengakhiri drama pertembungan dua badan penguat kuasa itu.

Dua pegawai KPK itu, Bibit Samad Rianto dan Chandra M. Hamzah dibebaskan pada pukul 12.10 tengah malam kemuncak kepada pertembungan polis dengan KPK sehingga menimbul kemarahan banyak pihak yang menuduh polis cuba melumpuhkan KPK.

Bibit dan Chandra dibebaskan selepas rakaman perbualan seorang ahli perniagaan, Anggodo Widjojo dengan beberapa orang yang disyaki sengaja dibuat bagi menganiaya kedua pegawai KPK, diperdengarkan di Mahkamah Konstitusi, semalam.

Di dalam rakaman selama hampir empat jam yang dibuat oleh KPK di mahkamah yang turut disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan itu disebut bahawa Chandra akan dibunuh jika Anggodo dimasukkan ke dalam lokap.

Kedua-dua pegawai KPK itu ditangkap pada 29 September lalu kerana dikatakan menerima suapan daripada Anggodo, seorang ahli perniagaan bagi membebaskan abangnya, Anggoro Widjojo

Anggoro yang disiasat kerana kes rasuah kini melarikan diri dan dilaporkan berada di Singapura sejak Julai 2008…

Ulasan: Biar putih tulang, jangan putih mata. Biasanya manusia yang baik akan diganggu oleh manusia jahat supaya hanya mereka sahaja yang hidup bebas melaksanakan kejahatannya…

Periksa kenderaan lebih 15 tahun masih dikaji

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan meneliti laporan berhubung bantahan beberapa pihak terhadap langkah mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom Sdn. Bhd. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penelitian itu perlu sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk kemungkinan mengecualikan pihak tertentu daripada peraturan itu…

Ulasan: Yang seronok buat duit ialah Puspakom dan orang-orang yang terlibat menghabiskan duit rakyat. Yang sedih dan dukacita kerana membayar yuran dan mungkin pelincir @ rasuah dan menghabiskan masa ialah berjuta rakyat pemilik kenderaan lama. Tak cukupkah kerajaan BN menyusahkan rakyat majoriti? Kenapa perlu Puspakom? Mungkin kita boleh selesaikan masalah kenderaaan lama iaitu keselamatan orang ramai tanpa melibatkan Puspakom. Mungkin rakyat boleh telan kalau terbukti daripada kajian yang sahih tanpa membelitkan statistik bahawa kenderaan lama ini paling banyak terlibat dalam kemalangan. Kalau tidak, high time untuk kita tukar kerajaan baru yang lebih prihatian @ peduli dengan masalah rakyat.

PKFZ: PAC syor siasat Kong Choy & O.C. Phang

JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan yang dikeluarkan semalam mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat penglibatan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C. Phang dalam mengeluarkan masing-masing tiga surat sokongan dan surat akujanji untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah…
&

SPRM, Polis jamin siasat isu PKFZ

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan dari semua sudut berhubung kes penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya tidak akan lepas tangan dalam menyiasat mana-mana kes yang dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa.

Malah, katanya, siasatan yang dijalankan itu akan dibuat secara teliti dan telus.

Namun, tegas beliau, pihaknya tidak akan mendedahkan kepada umum identiti individu yang akan disiasat kerana ia boleh mengganggu siasatan kes.

“Berikutan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mengesyorkan SPRM menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C.Phang, saya tidak boleh ulas.

“Tetapi, apa yang penting, SPRM akan menjalankan siasatan ke atas mana-mana individu yang dipercayai terbabit dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

PAC hari ini mengedarkan laporan jawatankuasa itu mengenai skandal projek mega yang menimbulkan kontroversi apabila mencatatkan kenaikan kos projek yang tinggi iaitu daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion setakat ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan turut menjalankan siasatan ke atas kes PKFZ itu.

Ulasan: Pelik bila melibatkan kerabat BN, PSRM dan polis macam malu kucing nak siasat. Tetapi apa hendak dipelikkan, itulah yang berlaku selama ini, sejak BN menjajah. Kalau pembangkang, laju macam lipas kudung... Lambat lagilah Malaysia nak jadi negara maju.

Kelantan dapat wang ihsan

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.

Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.

Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan…

Dalam pada itu, suasana dalam Dewan Rakyat menjadi panas antara penyokong kerajaan dan pembangkang yang mempertikaikan penggunaan istilah wang ihsan, bukannya royalti.

Salahuddin dalam soalan tambahannya meminta penjelasan Najib mengapa istilah wang ihsan digunakan, bukannya royalti seperti termaktub dalam Akta 144 Petronas.

“Istilah wang ihsan timbul selepas Pas memerintah Terengganu sedangkan dalam akta itu jelas menyebut royalti bukan wang ihsan, kami rakyat Kelantan memperjuangkan hak kami, tiada bumi Malaysia tanpa negeri dan pantai Kelantan.

“Rakyat Kelantan bukannya peminta sedekah, mereka hanya mahukan hak mereka yang jelas termaktub dalam peruntukan undang-undang, minta penjelasan,” katanya.

Najib kemudian menjawab: “Janganlah cuba mempolitikkan perkara ini, tidak habis-habis dengan politik.”

Ketika inilah wakil pembangkang membuat kecoh dengan mencelah mempertikaikan jawapan Perdana Menteri itu, antaranya Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

Buktikan 1Malaysia, bayarlah... itu adalah hak Kelantan,” kata Dzulkefly.

“Hak ini mesti diiktiraf, orang Kelantan dah tolak BN. Prinsipnya ialah keadilan, royalti ini bukan hak Pusat tetapi milik Kelantan,” celah Khalid.

“Saya tetap tidak berpuas hati. Kenapa istilah wang ihsan digunakan, bukannya royalti?” kata Salahuddin.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang turut mencelah berkata: “Inilah jenis manusia, apabila diberi tetapi tidak mahu dan tidak pandai mengucapkan terima kasih. Perdana Menteri sudah beri penjelasan, apa lagi nak jelaskan.

“Saya cadangkan peruntukan ini disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana ia adalah hak Kerajaan Persekutuan.”..

Ulasan: Lebih baik semak semula perjanjian asal di antara Peronas dan Kelantan dan melaksanakan sahaja tanggungjawab membayar royalti sekiranya memang terdepat dalam perjanjian itu. Kalau betul tidak ada peruntukan Petronas dalam perjanjian itu untuk membayar royalti barulah kerajaan BN boleh menjaja seluruh dunia pemberian wang ehsannya kepada rakyat Kelantan. 

Tiada guna kita membuat perjanjian @ kontrak tapi tidak mengotakannya. Lebih baik mansuh saja Akta Kontrak yang di guna pakai selama ini. Juga apa hak di sisi undang-undang untuk kerajaan BN menahan Petronas daripada membayar royalti?