Thursday, July 29, 2010

Melayu mundur jika Umno kalah = Tahyul

Tahyul: Melayu mundur jika Umno kalah 
harakahdaily 

PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menggertak supaya orang Melayu jangan mengundi PAS atau PKR yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana kononnya menggadai maruah kepada kaum lain.

"Sekarang ini biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun, kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya.

Rakyat, ujarnya wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Terengganu sebelum tewas pada pilihan raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah, adakah gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik.

Jawapannya, kata beliau pasti lebih cemerlang berbanding Umno dan BN kerana pentadbiran mereka penuh dengan penyelewengan, pembohongan fakta dan penipuan.

"Sebagai kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat, saya lihat sudah ada kemahiran dan pemimpin tidak melatah seperti sebelum pilihan raya 2004 yang mana DAP lari keluar yang akhirnya kita kalah sebagai pakatan pembangkang," katanya.

Namun, katanya kini Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS.

Menurutnya, mereka menggunakan mufti untuk kepentingan politik sempit padahal peranan mufti menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa. 

“Lupakanlah kerjasama tu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat yang lain," tegas beliau.

Ulasan: Lawan tetap lawan. Asalkan halal.

Remaja Palestin bantah Yahudi bina taman arkeologi di Baitulmaqdis

BAITULMUQADDIS 28 Julai - Kira-kira 200 remaja Palestin bertempur dengan polis Israel di bahagian timur Baitulmuqaddis sebagai membantah tindakan Israel menjalankan kerja-kerja pembinaan taman arkeologi di situ.

Pihak polis dan pengawal sempadan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah sekumpulan remaja Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan dengan membaling batu ke arah polis, kata saksi.

Lima warga Palestin dilaporkan cedera, manakala seorang ditahan.

Jurucakap polis Israel berkata, keadaan kembali tenang selepas pihak berkuasa tempatan Palestin menyuraikan penunjuk perasaan.

Israel merancang untuk merobohkan 22 rumah penduduk Arab bagi memberi laluan kepada pembinaan taman arkeologi yang menimbulkan kemarahan penduduk Palestin.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah menggesa Washington supaya menghalang Israel meneruskan pembinaan projek kontroversi itu.

Projek yang dirancang melibatkan kerja-kerja merobohkan kawasan kediaman penduduk Arab yang hanya berada di luar tembok Bandar Lama di situ.

Projek itu telah diluluskan oleh Dewan Bandaraya Baitulmuqaddis pada Jun lalu dan mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak di Israel dan dari luar negara….

Ulasan: Penjajah Israel hidup dengan mengazab tak henti-henti warga Palestin sejak 1948. Jom boikot produk Israel.

Pasar raya bolot semua bisnes

SUNGAI PETANI 28 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diminta supaya mengehadkan waktu operasi pasar raya besar di negara ini kepada tempoh bersesuaian bagi melindungi peniaga tempatan.

Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kedah, Shahanim Mohd. Yusof berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan memandangkan para peniaga tempatan kini terjejas teruk kerana pengguna beralih ke pasar raya besar yang kebanyakannya dibuka seawal pukul 7 hingga 8 pagi…

Ulasan: Peniaga tempatan lawan peniaga kroni? 

Tekong ditahan sogok polis

KOTA TINGGI 28 Julai - Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong ditahan dalam serbuan polis di Ladang Blok 10, Felda Kledang di sini pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, semua PATI itu ditahan kira-kira pukul 9 malam kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, lelaki tempatan itu pula ditahan setelah cuba menyogok RM7,000 kepada anggota polis sebagai usaha untuk melepaskan PATI tersebut…

Ulasan: Bila semua kakitangan kerajaan tak makan rasuah, negara akan aman tenteram. Tahniah. Rasuah  adalah haram.

MUI haram program gosip TV, pembedahan tukar jantina

JAKARTA 28 Julai - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan umat Islam menonton rancangan gosip di televisyen dan menjalani pembedahan menukar jantina.

MUI menganggap rancangan gosip yang mendedahkan butir-butir intim mengenai kehidupan seseorang iaitu satu genre popular di televisyen Indonesia, sebagai tidak bermoral dan ancaman kepada masyarakat.

"Kami menganggap penting untuk mengeluarkan fatwa itu kerana program infotainmen boleh mengandungi unsur tidak bermoral dan menyalahi etika kewartawanan," kata pegawai MUI, Asrorun Niam Soleh, hari ini.

Beliau berkata, MUI bukan menentang semua program infotainmen tetapi yang haram ialah program berunsur gosip dan mendedahkan butir-butir memalukan mengenai seseorang.

"Apabila orang mula menyebarkan khabar angin, ikatan yang menyatukan sebuah negara akan terlerai," ujarnya.

Satu lagi fatwa yang diluluskan pada mesyuarat MUI malam tadi ialah mengharamkan pembedahan menukar jantina melainkan ada sebab kukuh dari segi perubatan…
UPSR, PMR

Ulasan: Gosip ialah cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain, hukumnya haram dalam Islam. Biarlah pakar jiwa dan perubatan memutuskan siapa yang layak menukar jantina. Begitu hormatnya Islam kepada ilmu pakar.

Tiada projek rundingan langsung bawah Najib

PULAU PINANG 28 Julai - Tiada sebarang kontrak atau projek kerajaan diberi atau diluluskan secara rundingan langsung di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, jika ada sekali pun ia hanya membabitkan kementerian tertentu dan pemberian perlu melalui jawatankuasa tender.

Katanya, sebagai contoh, apabila Kementerian Kesihatan mahu membeli vaksin atau ubat-ubatan tertentu dan ia pula hanya boleh dibeli dengan pembekal-pembekal terpilih sahaja.

"Lain-lain daripada itu belum ada lagi kontrak diberi secara rundingan langsung di bawah Perdana Menteri kerana kerajaan sekarang lebih telus dalam urusan seumpama itu…

Ulasan: Dalam kes terbaru MRCB and Sunway Contructions (dua pemain besar dalam industri binaan kita). telah menawarkan tender dengan harga paling murah, yakni RM750 juta ke RM850 juta bagi pembinaan Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) berdasarkan kaedah cipta dan bina. Tetapi bagaimana jawatankuasa tender MAB (MAB. Malaysia Airport Bhd berada di bawah kawalan dan kuasa Menteri Kewangan, Dato Najib Tun Razak) boleh menganugerahnya kepada syarikat kerjasama antara Bina Puri Holdings Berhad dan UEM Group Berhad dengan harga kontrak RM 1000juta...

Semua orang tahu sesuatu yang tak kena bila bila kerajaan nampaknya suka menghabiskan RM150-RM250 juta wang rakyat. Kita tidaklah mempertikaikan jenama tender yang di gunakan untuk sesuatu projek kerajaan. Kita boleh gunakan tender terbuka atau tender perundingan langsung bila disahkan benar-benar perlu. Tetapi yang penting ialah perlu wujud semangat menjimatkan wang kerajaan (atau lebih di kenali sebagai wang rakyat). 

Mungkin pihak yang berkepentingan (kroni?) sudah ada cara untuk mengaut wang rakyat tak kira sebarang tender yang di gunakan.

Isu dengan Brunei selesai, Singapura belum

KUALA LUMPUR 28 Julai - Isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei dianggap telah selesai sementara Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) dengan Singapura masih belum selesai.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, melalui Pertukaran Surat (Exchange of Letters) pada 16 Mac 2009, persempadanan maritim, Kawasan Aturan Komersial, persempadanan darat dan akses maritim dengan Brunei telah diselesaikan.

"Pertukaran Surat itu juga telah menetapkan sempadan laut wilayah, pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif di antara kedua-dua negara yang bersifat kekal serta meletakkan blok cari gali minyak L dan M di dalam kawasan maritim Brunei.

"Walaupun Brunei kini mempunyai hak kedaulatan terhadap sumber hidupan dan bukan hidupan di blok-blok tersebut, jiran kita itu akan berkongsi hasil dari kawasan tersebut dengan Malaysia melalui satu Aturan Komersial.

"Namun, isu POA dengan Singapura masih belum selesai sepenuhnya dan Malaysia masih lagi menjalankan kajian bagi memuktamadkan opsyen penukaran tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, tanah di Kranji dan Woodlands serta tiga bidang tanah tambahan di Bukit Timah (tanah 3+3) dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor," katanya….
 
Ulasan: Dulu, negara berperang untuk meluaskan pandangannya dan jajahannya. Kini, kebanyakan pemimpin politik hanya menjaga jajahan yang ada. Tapi kita satu demi satu kawasan negara di serahkan kepada negara lain tanpa sebutir peluru pun yang keluar dari senjata tentera. Mungkin elok kita tutup Kementerian Pertahanan.Dan wajibkan semua pelajar universiti menguasai undang-undang dan kemahiran negotiation

Kisah perit episod cinta Lombok

HULU TERENGGANU 28 Julai - "Kehidupan saya amat sengsara di sana, pernah juga tidak makan dan paling menyedihkan apabila anak saya juga terpaksa mengikat perut menahan kelaparan."

Itu luahan xxxx xxxx, 33, wanita dari xxxx xxxx dekat sini yang berjaya dibawa balik selepas tujuh tahun melarikan diri bersama suaminya ke Mataram, Lombok, Indonesia…

Ulasan: Sewaktu bercinta kita anggap dunia kita punya. Rupa-rupanya cinta makhluk boleh pudar. Sebelum kita membuat keputusan yang besar dalam hidup kita, eloklah kita bertanya pakar, bermesyuarat dengan keluarga, dan solat istikharah memohon pertolongan Allah. 

Perlu ikhlas satukan Melayu

PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha penyatuan parti-parti politik di kalangan orang Melayu terutama membabitkan UMNO dan PAS boleh menjadi kenyataan jika kedua-dua pihak mempunyai keikhlasan. 

Perdana Menteri berkata, kerjasama politik seumpama itu telah berjaya dilakukan ketika kepimpinan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein kerana wujudnya sifat keikhlasan di kalangan pihak terlibat…

Ulasan: Dulu: bila UMNO lemah, PAS di junjung menyertai BN. Bila UMNO sudah kuat, PAS ditendang keluar. Begitulah ikhlasnya perjuangan UMNO. Nak jatuh lubang lagi? 

Kita hidup mewah tapi kawan makan kanji setiap hari

Makan kanji setiap hari

PULAU PINANG 28 Julai - Kanji dan air suam sudah menjadi hidangan rutin Tajenisha Beevi Sirajidin dan tujuh anaknya sejak tiga tahun lalu.

Sejak suaminya dipenjarakan, hanya makanan itu yang mampu disediakan oleh ibu muda ini untuk mengisi perut mereka setiap hari.

Bagaikan mengerti kepayahan Tajenisha, 34, anak-anaknya yang berusia di bawah 16 tahun tidak merungut meminta yang bukan-bukan.

Cuma anak bongsunya yang kadang-kala merengek meminta susu dan dia terpaksa memberikan botol berisi air kosong untuk menenangkannya.

Dia sendiri tiada daya untuk menyusukan anaknya kerana sudah lama tidak menjamah nasi.

''Saya sedih kerana anak-anak saya tidak macam anak orang lain. Usahkan hendak makan lauk-pauk yang enak, menjamah nasi pun payah.

"Sejak suami tiada, hidup kami bertambah susah sampaikan terpaksa berlapar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di flat Batu Lanchang di sini hari ini.

Ekoran kesempitan hidup, Tajenisha terpaksa memberhentikan persekolahan anak keduanya.

''Saya pernah terfikir untuk memberi anak bongsu kepada orang lain sebab tidak sanggup tengok anak- anak hidup dalam keadaan macam ini," katanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana terpaksa menjaga anak-anaknya yang masih kecil.

Tambah merisaukan Tajenisha kini, mereka sekeluarga mungkin diusir keluar daripada rumah yang didiami sekarang setelah gagal membayar sewa selama tiga bulan sebanyak RM1,200.

Dia hanya berharap tuan rumah mendengar permintaannya untuk menangguhkan bayaran duit sewa, apatah lagi dia masih menanggung hutang kos bersalin sebelum ini kira-kira RM3,000.

''Itu semua perlu dijelaskan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Saya tidak tahu sampai bila nasib kami akan begini, bukan tidak pernah bekerja tetapi anak kecil saya sering sakit dan saya tidak boleh bergantung dengan jiran selamanya," katanya.

Tajenisha mendakwa pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak tiga kali tetapi permohonannya masih belum diluluskan.

Beliau berharap pihak yang bertanggungjawab tampil membantu meringankan bebannya termasuk kemungkinan memberi peluang menyewa rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Tajenisha di talian 016-4715994….

Ulasan: Di tengah orang kita bermewah dengan makanan dan minuman, kereta, rumah dan percutian di negara asing, rupanya ada kawan yang menderita dan merana. Hulurkanlah seikhlas mungkin untuk membantu mereka.

Awasi propaganda media asing

KUALA LUMPUR 28 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menyelar segelintir pemimpin politik yang mempunyai hubungan baik dengan media asing kerana beliau percaya, organisasi media yang kebanyakannya didokong oleh Yahudi itu mempunyai niat tidak baik terhadap keharmonian Malaysia.

Beliau berpengalaman mentadbir Malaysia selama 22 tahun berkata, media asing sentiasa mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Tegas beliau lagi, propaganda itu lebih mudah apabila terdapat pemimpin politik tempatan sendiri yang sanggup memberi kerjasama demi kepentingan peribadi…

Ulasan: Media lokal pun kadang-kadang terikut cara media asing untuk menjatuhkan musuh politik.

Penulis blog perlu mempunyai kod etika

KUALA LUMPUR 28 Julai - Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog…

Ulasan: Kembalilah kepada agama yang merupakan senjata agung untuk mengawal dan mendisiplinkan diri.

Jangan lumpuhkan ekonomi melalui blog - Mukhriz

KUALA LUMPUR 28 Julai - Datuk Mukhriz Mahathir memberi amaran kepada parti pembangkang dan penulis-penulis blog agar tidak melumpuhkan ekonomi negara dengan membuat pelbagai tuduhan liar dan tidak berasas.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang memberi peringatan itu berkata, ini kerana tuduhan-tuduhan negatif itu akan menjejaskan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelaburan…

Ulasan: Elok juga rakyat mengingatkan pemimpin politik (negara dan negeri) supaya jangan songlap harta negara & negeri (wang rakyat) melalui usaha yang tidak sah.

Malaysia ada hubungan ekonomi dengan Israel?

Kita akan terkejut bila membaca kata-kata aluan Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce, seperti diberikan oleh https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN3vrdn4H_mLTX76CPEgYDbYmo_1AVv2K4fE7j_sTmZ44dj87FXjhBD17DwjRBUCViVZvjVr7nlfKeHXrhFbpUzjceZuHBAGr2aJHLs0thPJeBLLmFzEYg2ZZlGnKgVIzDNec5/s1600/pic24484.jpg

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent. 

Terjemahan bebasnya: Pengisytiharan terbuka Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia bahawa negara mereka bercadang untuk mengadakan hubungan ekonomik adalah merupakan petanda baik dalam pembangunan perdagangan dengan benua itu (Asia).

Apakah benar pengisytiharan telah dibuat oleh PM kita dan Datuk Seri Mustapa Mohamed? Kalau tidak benar, kerajaan Malaysia perlu menafikannya secepat mungkin. Pelik juga, takkanlah Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade menjadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. 

Kiranya benar, sampai hati kita berniaga dengan penjajah negara Palestin yang telah mengganyangkan dan mengazab saudara kita sejak 1948. Seolah wang lebih penting dari darah dan maruah. Apakah ini sudah di bahaskan dan persetujui oleh Parlimen? Atau terpaksa kerana untuk melindungi kudis-kudis tertentu. 

Ulasan: Nampaknya satu demi satu prinsip dan jajahan milik kita di korbankan semata-mata untuk melindungi kudis itu. Sampai bilakah kita perlu melindunginya? Kalau rakyat kita menjadi begitu teliti dalam memilih, negara ini tak akan terjajah di tengah-tengah kemerdekaan.

Wednesday, July 28, 2010

Pelajar hamil: Di mana kejujuran pemimpin, ulama kerajaan?

Hamil: Di mana kejujuran pemimpin, ulama kerajaan
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Isu pelajar mengandung, pengguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Abu Bakar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahu menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil.

“Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara menteri atau timbalan di peringkat pusat dengan menteri besar atau ketua menteri.

“Tetapi dalam kes ini, Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya.

Menurutnya lagi, adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Beliau menambah, alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

Ulasan: Sudahkah kerajaan BN membuat sehabis upaya?

Perdana Menteri Britain minta EU buang sikap prejudis

2010/07/28 ANKARA: Perdana Menteri Britain, David Cameron menuntut anggota Kesatuan Eropah (EU) menggugurkan prejudis mereka terhadap umat Islam dengan tidak lagi terus menghalang Turki menjadi anggota badan serantau itu. 

Berucap di sini, Cameron menyatakan perasaan marahnya mengenai hakikat bahawa Turki sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diminta menyabung nyawa di Afghanistan tetapi tidak diterima sebagai anggota EU. 
 
Ankara diminta menjaga kem tetapi tidak dibenarkan masuk di dalam khemahnya, kata Cameron dalam pertemuan dengan ahli perniagaan Turki di Ankara semalam. 
Beliau berkata mereka yang menghalang kemasukan negara Islam itu dalam EU yang kini mempunyai 27 anggota terbukti mempunyai pertimbangan yang salah dan prejudis. 

Kenyataan Cameron itu kemungkinan dianggap sebagai kritikan terhadap Perancis dan Jerman. 

Perdana Menteri Britain itu dalam rangka lawatan empat hari ke Turki sebelum ke India. 

Menyentuh isu keanggotaan Turki dalam EU itu yang sejak beberapa tahun lalu disokong Britain, Itali dan Sepanyol, tetapi tergantung berikutan dihalang Presiden Nicolas Sarkozy dari Perancis dan Canselor Jerman, Angela Merkel, Cameron berkata: Saya akan terus menyokong keanggotaan Turki agar negara ini dapat memainkan peranan lebih meluas dalam arena diplomasi Eropah. 
 
Kita akan secara bersama, membuka jalan dari Ankara ke Brussels, katanya. Agensi

Ulasan: Manusia memang diciptakan berbagai bangsa untuk saling kenal sebagaimana yang telah disebutkan dalam Quran (Hujurat : 13) yang bermaksud:  
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 
Bukan untuk bergaduh.

Syak kakitangan bocor maklumat

KUANTAN 27 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesyaki terdapat segelintir kakitangannya membocorkan maklumat mengenai operasi membanteras kegiatan nelayan asing dan penyeludupan sehingga menggagalkan usaha pihaknya.

Menurut agensi itu, tindakan orang dalam yang mendedahkan maklumat operasi itu dilihat sebagai 'musuh dan selimut' kerana ia mampu menjejaskan penguatkuasaan pasukan tersebut.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu, beberapa perancangan bagi membanteras aktiviti nelayan asing dan penyeludupan di laut gagal sejak kebelakangan ini....

Ulasan: Bila kakitangan kerajaan makan rasuah, peraturan negara akan jadi bahan mainan. Bagaimana sampai makan rasuah? Bayangkan wajah kita tersenyum menerima wang haram dari ajen/towkey. Siapa yang sebenarnya jadi lembu?


Pak Lah kesal isu pasir gagal ditangani pihak berkuasa

Abdullah kesal isu pasir gagal ditangani pihak berkuasa

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kesal apabila aktiviti mengorek dan mencuri pasir yang semakin berleluasa kini masih gagal ditangani pihak berkuasa.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, kegagalan pihak berwajib menangani perkara itu sebenarnya telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

"Sepatutnya kegiatan seperti itu sudah dihentikan. Pihak penguat kuasa seharusnya mengambil tindakan tegas kalau nampak lori-lori yang bawa pasir dan siasat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan Kesedaran Alam Sekitar dan Tindakan Demi Kebaikan Dunia anjuran IKIM di sini hari ini....

Ulasan: Ada veteran UMNO yang lurus betul yang tidak tahu siapa pencuri pasir Selangor? Shaari Sungip sudah dedahkan dalang di negeri sebalik insiden kes curi pasir di Selangor rupanya kerajaan pusat UMNO/BN itu sendiri!! Sila baca http://pahangdaily.blogspot.com/2010/07/kontroversi-panas-shaari-sungip.html. Kalau PDRM berani dan ingat bahawa gaji polis di bayar gunakan duit rakyat, silalah siasat curi pasir Selangor.


Syed Hamid nafi lulus calling visa

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menafikan beliau terlibat dalam meluluskan calling visa atau permit kerja pekerja Bangladesh bagi kutipan dana politik seperti yang didakwa seorang saksi dalam kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don di Mahkamah Sesyen di sini.

Syed Hamid, 66, yang hadir sebagai saksi pendakwaan ke-37 dalam perbicaraan kes rasuah tersebut menyatakan, beliau juga tidak tahu mengenai dakwaan bahawa adik iparnya, Syed Abdullah Abdul Rahmat melakukan sebarang kutipan dana politik bagi pihaknya.

"Saya tidak pernah menyuruh dia melakukan sebarang kutipan dan tiada sebarang kutipan wang patut berlaku di luar daripada bayaran levi," ujar beliau ketika disoal semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa…

Ulasan: Semua rakyat tahu industri permit kerja pekerja asing adalah laksana telaga minyak yang memungkinkan kaya melalui pemerasan orang miskin. Siasat jangan tak siasat dan pastikan keadilan wujud di negara kita.

21 kes pelajar sekolah mengandung ZINA

21 kes pelajar sekolah mengandung luar nikah
KUALA LUMPUR 28 Julai - Kementerian Pelajaran hanya mengesan sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung luar nikah di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, 12 kes yang direkodkan itu berlaku di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi berlaku di sekolah bandar.

"Sebanyak 20 kes mengandung luar nikah itu juga berlaku berdasarkan suka sama suka antara pelajar dan pasangan mereka sementara satu kes melibatkan jenayah rogol.

"Kesemua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber laporan akhbar, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah terbabit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Menurutnya, masalah sosial ini berterusan berikutan naluri kedewasaan pelajar di samping kebebasan keterlaluan yang diberi keluarga sehingga kejadian berkenaan berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri…

Ulasan: Inilah jadinya bila hanya guru yang inginkan pelajar menjadi berakhlak tapi semua institusi dalam kerajaan pusat lain tidak menyokong. Pusat hiburan, majalah yang tidak bersopan yang menjadi-jadi serta internet yang sengaja tidak di censored oleh kerajaan BN. BN ada kuasa tapi takut guna kuasa. Takut rakyat jadi baik? Biarkan perniagaan sedemikian maju tapi membiarkan akhlak remaja hancur.  Kerajaan yang baik rindukan remaja yang berakhlak.

Dua gadis bawah umur dihadap ke mahkamah kerana dadah

IPOH 28 Julai - Dua gadis bawah umur antara lima individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga tuduhan memiliki dadah.

Kedua-duanya masing-masing berusia 15 dan 16 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Tiga lagi yang dituduh bersama mereka ialah dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun serta seorang wanita berusia 23 tahun. – Utusan

Ulasan: Elakkan menggunakan masa muda untuk bersuka-suka yang akan merosakkan diri sendiri dan orang lain. Semangat dan kekuatan fizikal semasa muda wajarnya digunakan untuk mengejar cita-cita dunia serta di akhirat. Semoga Allah lindungkan anak2 kita dari sedemikian.

Tuesday, July 27, 2010

Pakistan dituduh belot AS, secara rahsia sokong Taliban

2010/07/27 WASHINGTON: Pakistan dituduh membelot Amerika Syarikat (AS) dengan secara rahsia menyokong Taliban dan pada masa sama menerima bantuan dari Washington, menurut dokumen sulit dibocorkan laman web WikiLeaks. 

Rumah Putih semalam mengecam tindakan WikiLeaks mendedahkan dokumen berkenaan dan berkata tindakan itu boleh mengancam keselamatan negara dan nyawa rakyat dan sekutu Amerika Syarikat.  

Pendedahan yang tidak bertanggung jawab ini tidak akan memberi kesan kepada komitmen kami terhadap Afghanistan dan Pakistan, kata penasihat keselamatan negara AS, Jim Jones dalam satu kenyataan. 

Akhbar New York Times melaporkan 91,000 dokumen yang dihimpun daripada tentera AS di Afghanistan menunjukkan Pakistan secara aktif bekerjasama dengan pemberontak di Afghanistan....

Ulasan: Sikap tabii yang sepatutnya ada iaitu membantu saudaramu dari tentera kafir. Alhamdulillah. Nampaknya, sepas 9 tahun berperang AS  dan konco-konconya sedang menunggu untuk dikalahkan di Afghanistan (headed for certain defeat in Afghanistan). Amin.

Hanya SPR tentukan pilihan raya berasingan: Muhyiddin

2010/07/27 SEOUL: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pakatan pembangkang. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, terpulanglah kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut berdasarkan keadaan kewangannya. 
 
"Sama ada SPR beranggapan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan lebih baik atau tidak sesuai dengan keadaan kewangannya, terpulang kepada mereka. 
"Bukan kita (kerajaan) yang tentukan perkara ini secara mutlak. Soal berkaitan pilihan raya terserah kepada SPR," katanya pada sidang media selepas bersarapan dengan wartawan Malaysia di sini, yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan bermula semalam hingga Khamis ini…

Ulasan: Sejak bila pula SPR membuat keputusan sendiri?

Pegawai Tertinggi Tentera AS di Iraq, kaji rancangan panggil balik tentera

2010/07/27 KANDAHAR (Afghanistan): Pegawai Tertinggi Tentera Amerika Syarikat (AS), Laksamana Mike Mullen mengadakan lawatan ke Iraq hari ini bagi mengkaji semula rancangan memanggil balik tenteranya dan usaha membentuk kerajaan gabungan baru di negara itu. 

Langkah itu diambil ketika Iraq sedang berdepan dengan aktiviti keganasan yang mensasarkan orang awam. 
 
Beliau yang juga Ketua Staf Bersama AS dijangka berada di Baghdad selepas membuat lawatan dua hari ke Afghanistan bagi memeriksa perkembangan situasi perang di negara itu yang sudah berlanjutan sembilan tahun….

Ulasan: Datangnya tentera AS di mana-mana memang tidak dijemput dan begitu menyusahkan warga. Eloklah balik segera ATAU keluarga anda sedang menunggu keranda anda.


Selangor peruntuk RM15 juta perluas sebaran akhbar, TV

2010/07/27

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM15 juta pada Bajet 2011 untuk meningkatkan rangkaian sistem penyampaian kerajaan negeri termasuk memperluaskan penerbitan akhbar Selangor Kini dan TV Selangor bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat mengenai aktiviti dan program kerajaan. 

Pada masa sama, Kerajaan Selangor turut merancang untuk mengadakan stesen radio sendiri dinamakan Radio Selangor Kini, yang akan dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan berkenaan diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri menyebarkan maklumat dan memberi penerangan kepada rakyat Selangor berhubung perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat. 

"Urus tadbir kerajaan negeri memang diberi perhatian khas sejak ditadbir Pakatan Rakyat, tetapi liputan diberikan selalunya tidak seimbang kerana banyak usaha memburukkan kerajaan negeri yang disifatkan bermotifkan politik kepartian dengan cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir. 

"Bukan itu saja, berita ditulis juga tidak memberi gambaran menyeluruh dan setiap jawapan diberi kerajaan negeri juga tidak mendapat liputan wajar," katanya ketika merasmikan Majlis Dialog Bajet 2011, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam. 

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor sangat memerlukan penyebaran maklumat melalui rangkaian media berkenaan berikutan ada sesetengah pegawai kerajaan negeri gagal menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan tepat dan betul sehingga rakyat menjadi keliru. 

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM15 juta itu juga masih kecil berbanding jumlah bajet Kerajaan Selangor iaitu RM1.5 bilion, selain menegaskan peruntukan itu tidak akan menjejaskan bajet lain untuk pembangunan negeri seperti dilakukan sebelum ini…

Ulasan: Biar rakyat menilai Pakatan Rakyat dengan ilmu yang tepat. Mula sekarang rakyat boleh melihat apa yang dibuat sendiri oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor dan apa yang di pandang dari sudut kerajaan pusat BN. Selamat memilih kerajaan yangh prihatin kepada rakyat.

Komando maut payung terjun gagal terbuka

2010/07/27 JERTIH: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan. 

Dalam kenyataan itu, TUDM hanya mengesahkan Hasnizam maut dalam insiden ketika menjalani latihan penerjunan dan satu lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu…

Ulasan: Siasat jangan tak siasat dan ambil tindakan yang adil. Jangan salahkan Allah.

Pasangan warga Iran hidup mewah hasil jualan dadah

2010/07/27 KUALA LUMPUR: Dalam tempoh tidak sampai tujuh bulan, sepasang suami isteri warga Iran mampu mengecapi hidup mewah, termasuk memiliki banglo bernilai RM1.5 juta di ibu negara yang dipercayai dibeli menggunakan hasil kegiatan pengedaran dadah…

Ulasan: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Carilah rezeki yang halal. Tahniah kepada polis kerana cepat bertindak untuk menjadikan negara ini bebas dadah.

Kerjasama semua pihak penting atasi masalah sosial

GEORGETOWN 27 Julai - Kerjasama dari ibu bapa, anggota masyarakat, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam membantu menurunkan kadar masalah sosial khususnya di kalangan golongan remaja di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, kerjasama itu perlu dititik beratkan oleh semua golongan ekoran kes seperti pembuangan bayi, penderaan, ketagihan dadah dan mat rempit semakin menular pada masa ini.

"Ini adalah berdasarkan perangkaan-perangkaan statistik yang banyak menunjukkan betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini," katanya di sini, malam tadi.

Musa berkata, pelbagai pihak perlu memupuk kesedaran bahawa jenayah seperti itu tidak boleh dianggap sebagai remeh oleh masyarakat…

Ulasan: Kerajaan boleh menggunakan kuasa menutup jalan-jalan yang membawa kepada masalah sosial contohnya menutup pusat hiburan. Banyak yang boleh kerajaan melarangnya.

Guru gred 41 hingga 48 dibenar terlibat dalam politik

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. 

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini....

Ulasan: Berikan kebebasan sepenuhnya untuk turun memimpin rakyat.


Angkara BN : Pentadbiran anak beranak & adik beradik

FDI merudum angkara pentadbiran anak beranak 
Abdul Aziz Mustafa  

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Penjelasan Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengenai merudum pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini mengingatkan rakyat kepada pentadbiran nepotisme, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Kenyataan jurucakap baru kabinet (Datuk Seri) Najib, iaitu adiknya sendiri, mengingatkan rakyat Malaysia kepada budaya pentadbiran nepotisme yang dipelopori di zaman Tun Dr Mahathir atau pentadbiran 'anak beranak' yang dipraktikkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi).

"Mungkinkah Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ini wajar dipanggil 'pentadbiran adik beradik' pula?" katanya.

Kenyataan dari jurucakap baru kabinet Najib itu juga, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, menunjukkan bahawa anggota-anggota kabinet serta Najib sendiri telah bankrap atau muflis idea bagaimana hendak menjanakan ekonomi Malaysia.

"Mereka adalah ibarat burung unta yang menyembunyikan kepala masing-masing dalam tanah. Tunggu masa sahaja sebelum mereka ditendang keluar oleh rakyat," katanya.

Menurutnya, memandangkan tidak ada komen atau apa-apa kenyataan langsung daripada anggota-anggota kabinet Najib atau beliau sendiri berkenaan kejatuhan pelaburan langsung asing sehingga 81 peratus itu, sekurang-kurangnya kenyataan Nazir itu menunjukkan, maka kerajaan Najib mengakui benarnya kejatuhan itu.

"Jelaslah ia ia bukan rekaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebab-sebab yang tidak munasabah lain yang diberi," katanya.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Nazir kerana perlantikannya sebagai jurucakap kerajaan abangnya.

Ulasan: Kalau rakyat lebih berhati-hati seperti orang Jepun, kita akan untung kerana rakyat akan memilih pemimpin yang berakhlak dan berwibawa.

SPRM mesti di bawah Parlimen

http://idrisahmad.wordpress.com  

PAS berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen. 

Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.

Bernama melaporkan, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Jalil, berkata perbagai perubahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mengambil pendekatan lebih telus dan profesional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya. 

Menurut beliau, suruhanjaya ini perlu meningkatkan lagi imejnya sebagai sebuah institusi yang bukan saja dihormati malah digeruni

PAS bersimpati dengan kesungguhan pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan yang dilaporkan kepada mereka. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk melakukan siasatan. 

Malangnya kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara. Manakala Peguam negara pula terikat dengan arahan yang lebih atas. Akhirnya kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM berlalu begitu sahaja, akibatnya imej SPRM yang tercemar.

Pas tetap menegaskan, SPRM mesti menjadi satu badan yang wibawa seperti zaman almarhum Tan Sri Harun Hashim yang mengetuai Biro Pencegah Rasuah (BPR). Waktu itu BPR begitu wibawa dan digeruni, bukan sahaja oleh pegawai malahan oleh menteri. 

Almarhum pernah menceritakan bagaimana almarhum Tunku Abdul Rahman tidak campur tangan urusan penyiasatan oleh Biro Pencegah Rasuah walaupun melibatkan menteri atau orang kenamaan. Malahan Tuanku memesan kalau hendak tangkap orang besar biarlah beliau tidak ada di dalam negara, supaya anak isteri mereka tidak datang minta tolong kepadanya.

PAS tidak mahu melihat persepsi orang awam bahawa SPRM hanya menyiasat kes bilis, sedangkan ikan jerung terbolos. Rujukan kepada kes Beng Hock, melambangkan bagaimana gambaran masyarakat terhadap SPRM adalah pelindung kepada pemimpin yang menjadi penguasa. 

Rakyat masih tertanya-tanya bagaimana fail Rafidah Aziz yang sudah selesai disiasat, tetapi tidak pula kedengaran di bawa ke muka pengadilan.

Kewibawan SPRM tidak akan dikembalikan kalau sekadar dijenama semula nama daripada Badan Pencegah Rasuah. Nama tidak penting sangat, tetapi yang penting ialah pengisiannya dan pelaksanaanya. 

SPRM mesti menjadi badan yang benar-benar wibawa dan berikan kepadanya kuasaa untuk mendakwa dan tidak perlu berada di bawah dagu orang lain kalau ia hendak menjadi badan yang disegani dan digeruni. 

Pakatan Rakyat berazam sekira diberi mandat maka SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, dengan harapan, rasuah sebagai musuh negara dapat diperangi.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS.

Ulasan: BN betul hendakkan menjadi kerajaan yang ADIL, TELUS dan tidak amalkan RASUAH? 53 tahun  rakyat beri peluang untuk membuktikan semua itu melalui perbuatannya. Tetapi sayang perbuatannya selama ini menyebabkan rakyat perlu bertukar kerajaan kearah yang ADIL, TELUS dan tidak amalkan RASUAH.

Vietnam pecat gabenor langgan pelacur

HANOI, Vietnam 26 Julai - Parti komunis yang memerintah di Vietnam memecat seorang gabenor wilayah setelah didapati bersalah melanggan pelacur…

Ulasan: Kita pula bagaimana?

Ketua Penjara Khmer Rouge dihukum penjara 30 tahun

Duch dihukum penjara 30 tahun

PHNOM PENH 26 Julai - Sebuah mahkamah jenayah perang Kemboja, tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas bekas ketua penjara Khmer Rouge atas peranannya dalam kekejaman 'Padang Pembunuhan' semasa era rejim komunis itu pada akhir 1970-an.

Kaing Guek Eav yang lebih dikenali sebagai Duch , 67, ialah kader Khmer Rouge pertama yang didapati bersalah oleh tribunal antarabangsa berhubung kematian lebih dua juta penduduk negara ini akibat kebuluran, dikerah bekerja terlalu teruk dan hukuman mati di tangan rejim tersebut.

Lelaki itu memohon maaf semasa perbicaraannya di Phnom Penh kerana menyelia pembunuhan kira-kira 15,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak di penjara Tuol Seng. 

Ulasan: Akhirnya, hidup penguasa yang menzalimi rakyat akan menderita.

BN sentiasa atasi masalah rakyat

SARATOK 26 Julai - Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang sentiasa menemui penduduk dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya seperti pembangkang yang hanya mempunyai agenda bermusim terutama apabila tiba musim pilihan raya.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat selama ini.

Menurut beliau yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, sebaliknya pembangkang hanya melancarkan pelbagai kempen untuk memenangi hati rakyat kerana sasaran mereka hanya untuk mendapatkan undi simpati semata-mata…

Ulasan: Parti yang menang dalam pilihan raya umum akan menjadi kerajaan negara atau negeri dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negara dan/atau negeri. Parti lain akan mencuba untuk menang kemudian. Bila parti yang memerintah sudah terlalu lama, 53 tahun BN memerintah Malaysia. keberkesannya sudah menurun dan ditimpa penyakit orang berkuasa yang berlaku disana-sini iaitu rasuah dan penyelewengan, maka rakyat perlu membuat PERUBAHAN untuk tukar kerajaan.  Parti politik boleh datang dan pergi. Kerajaan yang di pilih sewajarnya menguntungkan negara, negeri dan rakyat bila ADIL, TELUS dan tidak amalkan RASUAH.

Jangan terpedaya dakyah pembangkang

KUALA LIPIS 26 Julai - Masyarakat Orang Asli di negeri ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan pelbagai tohmahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, pembangkang kini berusaha meracuni pemikiran masyarakat Orang Asli dengan menaburkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.

"Sejak akhir-akhir ini, mereka (pembangkang) sering masuk ke penempatan Orang Asli untuk meracuni pemikiran kaum minoriti itu.

"Oleh itu, saya berharap masyarakat Orang Asli tidak mudah terpedaya sebaliknya berikan tumpuan untuk meneruskan kehidupan seperti memberi pendidikan kepada anak-anak dengan secukupnya," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran program penghayatan 1Malaysia masyarakat Orang Asli Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Betau di Pos Betau, dekat sini kelmarin…

Ulasan: Biarkanlah rakyat mendengar kedua-dua pihak iaitu kerajaan BN dan pembangkang supaya mereka mengambil yang elok-elok sahaja.  Kalau benar pembangkang menyebarkan maklumat palsu maka eloklah di hadapan di mahkamah.

Pengambilan minuman '3-in-1' perlu dikawal

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.

"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24.

Dr. Roslee berkata, pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr. Roslee berkata, untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat…

Ulasan: Makanlah yang berkhasiat bukan yang sedap.

Waving Flag - K'naan for Palestine lyrics

(FIFA WORLD CUP 2010 ANTHEM)

when I get older I will be
stronger they'll call me freedom just
like a waving flag

when I get older I will be
stronger they'll call me freedom just
like a waving flag
and then it goes back (3x)
ahhho ahhho ahhho

born to a throne
stronger than rome
but violent prone
poor people zone
but its my home
all I have known
where I got grown
streets we would roam

out of the darkness
I came the farthest
among the hardest survive
learn form these streets
it can be bleak
accept no defeat
surrender retreat
(so we struggling)
fighting to eat
(and we wondering)
when we will be free
so we patiently wait
for that faithful day
its not far away
but for now we say

when I get older I will be
stronger they'll call me freedom just
like a waving flag
and then it goes back (3x)

ahhho ahhho ahhho

so many wars
settling scores
bring us promises
leaving us poor
I heard them say
love is the way
love is the answer
thats what they say

but look how they treat us
make us believers
we fight there battes
then they deceive us
try to control us
they couldn't hold us

cause we just move forward
like buffalo soldiers
(but we struggling)
fighting to eat
(and we wondering)
when we will be free
so we patiently wait
for that faithfully day
its not far away
but for now we say

whenI get older I will be
stronger they'll call me freedom just
like a waving flag
and then it goes back (3x)

and then it goes when i get older i will be
stronger they'll call me freedom just
like a wavin flag
and then it goes back (3x)
ahhhooo ahhhoooo ahhhooo

and everybody will be singing it
and you and I will be singing it
and we all will be singing it
wo wah wo ah wo ah

when I get older I will be
stronger they'll call me freedom just
like a waving flag
and then it goes back (3x)

and then it goes when I get older I will be
stronger they'll call me freedom just
like a waving flag
and then it goes back (3x)
a oh a oh a oh

when I get older
when I get older
I will be stronger

just like a waving flag (3x)
flag flag
just like a waving flag….

http://www.youtube.com/watch?v=qUbaZ6oQdB4

Monday, July 26, 2010

Kelantan lebih awal sekat pornografi

Rizal Tahir (Sumber: harakahdaily).

KOTA BHARU, 26 Julai: Menyedari golongan remaja bebas menggunakan laman pornografi, kerajaan Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain termasuk kerajaan Pusat dalam menapis bahan berkenaan di internet.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan, memberitahu kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama dengan Jaring bagi mewujudkan ‘internet thoyyibah’.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kerajaan Pusat akan mewujudkan perisai baru bagi menapis laman pornografi di internet.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed bagi menapis bahan pornografi di internet sebagai perisai baru.

Mengulas kenyataan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Fadzli seterusnya berkata, menyedari laman tidak sihat itu akan mempengaruhi masyarakat khususnya remaja, kerajaan negeri telah memperkenalkan ‘internet thoyyibah’ untuk tujuan itu.

Jelasnya, laman tidak sihat itu bukan sahaja haram di sisi Islam, sebaliknya akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat terutama berlakunya jenayah seksual...

Ulasan: Bila taatkan agama, Kelantan sudah lama merdeka... Malaysia sedang lihat kanan kiri takut menjadi menjadi negara merdeka. Nanti menteri2 akan di tanya dihari akhirat.

Tiada tempat duduk: Ketua Menteri Pulau Pinang saman Utusan

Tiada tempat duduk: LGE saman Utusan 
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.

Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. 

Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya.

Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”," katanya.

Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

"Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

"Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya...

Ulasan: Sebagai akhbar terkemuka eloklah bersopan dalam melaporkan berita. 

Naik Harga Barang : Hadiah Untuk Pengundi Sabah

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi pengundi Sabah kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 12 yang lalu, kini sudah boleh menuai hasilnya. Kenaikan harga minyak, gas dan gula dalam keadaan kesempitan hidup rakyat amatlah tidak munasabah. Namun demikian, inilah hadiah yang pasti akan diberikan Barisan Nasional kepada rakyat khususnya pengundi Sabah. Demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah yang nyata kecewa dengan berita malang ini.

Rakyat Sabah adalah mereka yang paling merasai kepayahan, kesan kenaikan harga barang asas seperti minyak, gas dan gula. Faktor geografi yang luas, berbukit, bergunung, struktur jalanraya yang yang teruk menjadikan kenaikan yang ditentukan hanya lima sen akan menjadi lebih daripada itu, terhadap semua barang asas. Apa lagi, masih ramai rakyat Sabah yang menggunakan minyak botol yang diperolehi daripada penjaja-penjaja kecil. Pastinya, rakyat pendalaman Sabah akan mengalami kesusahan berganda.

"Siapa dari kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang boleh menjamin dan memastikan harga minyak, gula dan keperluan asas lain tidak dinaikkan lebih daripada kenaikan yang ditetapkan? Malah setiap kali berlaku kenaikan, peniaga biasanya akan menaikan lebih daripada itu, khususnya dikawasan pendalaman Sabah. Sejauhmana kemampuan pemantauan daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna?" soal Hj Hamzah lagi.

Beliau mengesa, rakyat Sabah mestilah bersedia untuk menghukum UMNO dan Barisan Nasional. Selama ini, Sabah menjadi benteng BN yang paling kuat di Malaysia setelah kubunya, Johor turut ditembusi Pakatan Rakyat. Sepatutnya, rakyat Sabah yang majoritinya di pendalaman dan menghadapi kepayahan hidup didahulukan.

Kelmarin, Datuk Seri Najib berkata, kenaikan harga minyak, gas dan gula adalah satu penyelarasan subsidi. Ianya merupakan satu langkah berani yang diambil kerajaan bagi meletakkan ekonomi Malaysia di landasan kukuh pada masa depan.

Namun demikian, kenyataan ini disanggah oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beranggapan tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. 

“Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.

“Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku,” tegasnya.

Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

http://legehiyyah.blogspot.com/2010/07/naik-harga-barang-hadiah-untuk-pengundi.html

Saari Sungip: Kerajaan Pusat BN/UMNO Petualang Sebenar Kes Curi Pasir

Saari Sungip: Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir 

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir. 

Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit. 

Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan. 

"Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari. 

Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan. 

Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. 

"Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi. 

Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG. 

Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan. 


Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat. 

"Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir". 

"Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi. 

Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh. 

Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri. 

Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri. 

Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat. 

"Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat". 

Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. 

"Inilah yang menyebabkan UMNO panik. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor". 

"Siapa yang bekalkan lori, siapa yang bekalkan kren, siapa bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham". 
-tvselangor- 

http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/07/saari-kerajaan-pusat-petualang-sebenar.html

Ulasan: Polis kenapa tak mahu tangkap pencuri pasir? Gaji polis dibayar menggunakan duit rakyat bukan duit BN/UMNO.

Kastam jangan hanya pilih 'ikan kecil'

Kastam jangan hanya pilih 'ikan kecil' - Ghapur

TAWAU 25 Julai - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah diminta berlaku adil dan tidak 'pilih kasih' dalam menjalankan operasi membanteras aktiviti penyeludupan di daerah ini.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh berkata, beliau amat kesal dengan sikap kastam daerah ini yang hanya menyasarkan peniaga kecil dalam menjalankan operasi. 

"Kenapa hanya peniaga kecil di kampung-kampung yang sering diserbu dan dirampas barang-barang mereka sedangkan peniaga besar bebas keluar masuk tanpa ditahan.

"Di manakah keadilan apabila 'ikan kecil' sahaja ditangkap tetapi 'ikan besar' terlepas tanpa penguatkuasaan. Jadi saya mahu pegawai kastam turun ke bawah bagi memantau perkara ini dalam usaha membanteras penyeludupan secara habis-habisan," katanya di sini semalam...

Ulasan: Bila kakitangan kerajaan tidak makan rasuah semua peraturan akan di patuhi. Kita buat undang-undang untuk di patuhi semua bukan untuk menahan lukah untuk terima rasuah.

Bangunan tinggi tidak tahan gempa

PUTRAJAYA 25 Julai - Tiada satu pun bangunan tinggi dan jambatan panjang di negara ini secara keseluruhannya direka bentuk tahan kepada ancaman gempa bumi. 

Pakar kejuruteraan gempa bumi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azlan Adnan berkata, malah, langkah-langkah bagi persediaan menghadapi ancaman itu bagi bangunan kerajaan yang kritikal dan penting termasuk jambatan yang akan dibina hanya dikuatkuasakan pada awal tahun ini.

''Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguatkuasakan undang-undang supaya bangunan yang akan dibina mengikut reka bentuk bersesuaian dengan ancaman gempa bumi pada awal tahun ini.

''Bagaimanapun, ia tidak diumumkan secara rasmi kepada kontraktor, hanya diletakkan dalam syarat-syarat teknikal sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azlan berkata, Jabatan Standard Malaysia yang bertanggungjawab meluluskan struktur bangunan baru juga sedang dalam proses penyediaan garis panduan dan reka bentuk bagi ancaman gempa dan masih belum lagi dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, katanya, beberapa persediaan lain sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menghadapi bencana alam ini walaupun kedudukan geografi Malaysia yang terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik bukan bermakna negara tidak akan menerima kesan gempa bumi. 

''Selain persediaan untuk mengenal pasti struktur penting bangunan memenuhi reka bentuk gempa bumi, Jabatan Meteorologi telah memasang alat-alat di 18 stesen yang boleh membantu mengesan tahap gegaran di Malaysia sekiranya berlaku ancaman itu.

''Kerajaan juga telah mewujudkan Jawatankuasa Inter Agensi di peringkat kebangsaan bagi membantu para penyelidik mengkaji tahap mana gempa yang boleh memberi kesan pada struktur bangunan," jelasnya.

Dalam konteks itu, Azlan berkata, walaupun beberapa langkah persediaan telah diambil, ia tidak bermakna rakyat tidak perlu bimbang keselamatan diri sekiranya berlaku ancaman itu di negara ini.

Menurutnya, langkah amaran keselamatan oleh pihak pemilik bangunan awam seperti kompleks beli-belah , pejabat dan pangsapuri kediaman masih di tahap rendah.

''Kita agak kurang kesedaran tentang keselamatan diri sendiri dan tidak ada kaedah untuk memberi amaran kepada pelawat dan penghuni bangunan tinggi, jadi saya rasa mereka perlu bersedia hadapi ancaman ini....

Ulasan: Bila kita sibuk dengan maksiat, azab Allah akan datang.


 

Kaedah baru tangani pornografi di Internet

Kaedah baru tangani pornografi di Internet - Rais

BATU PAHAT 25 Julai - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan keperluan menapis bahan pornografi di Internet sebagai 'perisai baru' untuk menangani gejala negatif itu yang semakin berleluasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pandangan bekas Perdana Menteri itu akan memudahkan pihaknya untuk mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah itu tanpa disalahertikan oleh mana-mana pihak yang kononnya mengagungkan kebebasan maklumat tanpa batasan di Internet...

Ulasan: Dua menteri dah sebut tentang ini, tapi BN/UMNO setakat ini tiada kekuatan spiritual untuk melancarkan perang terhadap pornografi internet... Ada kuasa, tetapi penakut kerana takut kepada kroni.

30 Pengkhianatan UMNO

oleh: Teratai. Sumber: Harakahdaily 

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19.Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, AUKU dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Ulasan: Cukuplah kita di tipu oleh UMNO.

Friday, July 23, 2010

AS jalin semula hubungan tentera dengan Indonesia

2010/07/23 JAKARTA: Amerika Syarikat (AS) semalam meneruskan hubungan ketenteraan dengan unit Kopassus tentera Indonesia selepas menggantungkan kerjasama itu sejak 1998 berikutan dakwaan perlanggaran hak asasi manusia oleh pasukan elit berkenaan. 

Setiausaha Pertahanan AS Robert Gates yang tiba di sini semalam memaklumkan keputusan itu kepada presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam satu pertemuan, semalam…

Ulasan: Kalau pemimpin Indonesia tak cekap dan  tak cermat berpolitik Indonesia akan menjadi terjajah semula.

Jaring nelayan rosak akibat ‘sabit bermata tiga’ dipasang di dasar laut

KUALA SELANGOR: Lebih 20 nelayan di Pasir Penambang di sini kerugian selepas jaring memukat ikan mereka rosak teruk akibat terkena ‘sabit bermata tiga’ yang sengaja dipasang di dasar laut, di perairan Assam Jawa, kelmarin, dipercayai angkara khianat…

Ulasan: Jangan hasad dengki kepada orang. Masing-masing telah dikurniakan rezeki oleh Allah. Carilah rezeki yang halal.

Pusat hiburan tak operasi Ramadan SAJA?

KANGAR: Semua premis hiburan, termasuk pusat karaoke di negeri ini diarah menghentikan operasi sepanjang Ramadan yang dijangka bermula 11 Ogos ini, sebagai menghormati bulan mulia itu. 

Arahan itu dikeluarkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi memastikan operasi premis terbabit yang kebiasaannya boleh menimbulkan syak, termasuk sering dikaitkan dengan perbuatan kurang menyenangkan, tidak mencemari imej Ramadan. 

Yang Dipertua MPK, Rosli Mat, berkata arahan mengenai larangan beroperasi di sepanjang bulan puasa itu sudah sedia dimaklumkan kepada semua pengusaha pusat hiburan terbabit, ketika mereka memohon mendapatkan lesen sebelum ini…

Ulasan: Inilah cara BN bekerja. Membiarkan rakyat tenggelam dalam hiburan supaya tidak sensitif terhadap masalah negara.

Rasuah rugikan negara RM10b

2010/07/23 KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini. 

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun. 
 
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion. 

“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada  Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

Ulasan: Eloklah SPRM diletakkan di bawah Agung atau Parlimen supaya semua mendapat keadilan yang tak berbelah-bahagi tanpa sebarang pengecualian.

Dua prinsip bela nasib semua kaum

BEKENU (Miri): Datuk Seri Najib Razak berkata, prinsip meritokrasi dan sosioekonomi yang diamalkan di negara ini dibentuk mengikut kesesuaian semua kaum di seluruh negara supaya rakyat mendapat hak yang adil dan saksama… 
 
Ulasan: Tapi BN tidak boleh laksanakan kerana masing-masing parti komponennya
berteraskan kebangsaan sempit iaitu membela bangsa masing-masing dan ada parti memang mengamalkan rasuah (wang untuk jawatan politik).

Era Najib: Rakyat miskin SUBSIDI rakyat kaya!

Era Najib: Yang miskin subsidi yang kaya!

http://www.merdekareview.com/bm/  

Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?

DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.

Defisit meningkat; Hutang melambak

Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.

Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.

Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!

Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.

Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.

Yang miskin subsidi yang kaya

Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.

Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?

Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.

"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.

*(Artikel di atas ditulis oleh Lim Chun Piao. Beliau ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.)

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27735:-era-najib-yang-miskin-subsidi-yang-kaya&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Kemboja menggamitku pulang

Nusaybah Mohd Asri  

HEBAT dan menginsafkan. Itulah dua perkataan yang paling sesuai untuk mencerminkan keseluruhan pengalaman yang telah penulis dan teman-teman timba daripada program khidmat sosial yang telah dijalankan di Kemboja pada bulan Jun yang lalu.

Kami bersyukur kerana berpeluang ‘hidup’ bersama-sama masyarakat Islam di beberapa buah kampung yang berbeza dan merasai kehidupan mereka yang dhaif.

Selain penulis, Nusaybah Mohd Asri, 21, misi ini melibatkan enam orang sukarela lain yakni Najiyyah Mohd Asri, 26, Mohd Naqib Derani, 24, Muhammad Amirul Azreen Mohd Azmi, 21, Siti Madihah Shaharizan, 21, Najmy Naim Zaki, 20, dan Musfirah Mohd Asri, 19.

Kami adalah sukarela yang dinaungi oleh Global Peace Mission Malaysia (GPM), salah sebuah agensi di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ditubuhkan khusus demi menjalankan misi kemanusiaan.

Kami diiringi oleh Pakcik Rahim dan Makcik Zaharah, individu yang telah berulang-alik ke Kemboja selama dua tahun untuk membina pam air di kampung-kampung komuniti Islam. Sumbangan untuk membina pam air ini dihulurkan oleh dermawan dari Malaysia.  

Kembara kami mengambil masa selama 10 hari di Kemboja dan dua hari di Thailand. Di Kemboja, kami telah menziarahi Chor Keng, Kratie, Tralach Korm dan Tebeng Bung Keib.

Di Chor Keng, kami bergotong-royong membersihkan kawasan masjid yang terbengkalai. Ruang di dalam masjid itu digunakan sebagai kelas untuk mengajar anak-anak kecil di kampung itu.

Sayu kami melihatkan keadaan kelas yang serba kekurangan di sini. Namun kami berbangga dengan sikap pelajarnya yang tidak menjadikan itu semua alasan untuk terus menuntut ilmu.

Sesudah bergotong-royong, kami melaksanakan kuiz matematik, bahasa Melayu dan geografi dengan pelajar di madrasah ini. Pelajar yang berjaya menjawab dengan betul mendapat alat tulis yang dibawa dari Malaysia. Ustaz di sini secara rasminya menjadi penterjemah antara kami dengan pelajar.

Di Kratie pula, kami telah ke sebuah madrasah bernama Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah. Di sini, kami menganjurkan kuiz yang lebih bertemakan sirah Rasulullah s.a.w. Pelajar di sini kelihatan gembira dan bersemangat menerima kedatangan kami yang bersungguh-sungguh ‘menghiburkan’ mereka.

Di Kratie ini juga, kami sempat mencipta memori dengan bermandi-manda di Sungai Mekong, sungai ke-10 terpanjang dan ke-10 terbesar di dunia itu. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana memberi kami kesempatan itu.

Perjalanan kami bersambung selama dua malam lagi di Tralach Korm. Suatu lagi kenangan peribadi tercipta apabila kami menyusuri Tasik Ton Le Sap, tasik yang menjadi kebanggaan rakyat Kemboja ini.

Tebeng Bung Keib adalah destinasi kami yang berikutnya. Di kampung ini, wujudnya seorang ustaz berhati mulia yang menggunakan ruang rumahnya sendiri untuk mengajar mengaji al-Quran. Anda harus faham bahawa rumah ustaz ini tiada bilik, menyebabkan isterinya terpaksa duduk di bawah rumah sehinggalah sesi pembelajaran tamat.

Semoga Allah SWT kurniakan rahmat dan keberkatan kepada pasangan berjiwa besar ini, amin.

Kembara kami hampir tamat. Kami bertolak ke Siem Reap untuk melawat Angkor Wat. Namun, kami tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam tempat bersejarah itu kerana kesuntukan masa.

Genap hari kesepuluh di Kemboja, kami menghala pula ke Poi Pet untuk melintasi sempadan timur Kemboja-Thailand. Setelah memasuki Aranya Prathet, Thailand, kami menginap di sebuah guest house yang terletak tidak jauh daripada stesen kereta api.

Awal pagi keesokannya, kami menaiki kereta api menuju ke Bangkok. Perjalanan memakan masa selama enam jam. Apabila menjejakkan kaki di Bangkok pada jam 12.30 tengah hari, kami bergegas pula mengejar kereta api ke Hat Yai.

Jam 10.00 pagi 24 Jun, kami tiba di Hat Yai. Di sini, kami check-in di King’s Hotel hanya untuk bersihkan diri dan merehatkan badan. Kami punya masa beberapa jam untuk berjalan-jalan di Hat Yai seterusnya menaiki pula Kereta api Tanah Melayu (KTM) ke Sentral Kuala Lumpur jam 2.30 petang nanti.

Akhirnya, tibalah masanya untuk kami pulang ke tanah air. Kami tidak akan melupakan pengembaraan yang cukup bermakna ini. Kehidupan yang amat sederhana di Kemboja mengingatkan kami agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-Nya.  

Dengan izin-Nya, akan kami bertandang lagi ke madrasah-madrasah untuk mengadakan aktiviti yang lebih fokus seperti mengajar subjek bahasa Inggeris kepada pelajarnya. Juga, kami berniat meneruskan projek pam air yang dimulakan oleh Pakcik Rahim dan Makcik Zaharah.

Perjuangan kami masih belum selesai. Bukan di sini pengakhirannya. Kami akan lakukan sedaya-upaya kami untuk menyambung misi kemanusiaan di sana. Semoga niat kami dipermudahkan Allah SWT agar rancangan kami akan menjadi lancar, amin…

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27742:kemboja-menggamitku-pulang&catid=109:remajawanita&Itemid=151

‘Orang Tengah’ yang ketinggalan zaman

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com  

Siapapun atau golongan manapun yang mendakwa diri mereka sebagai ‘orang tengah’ atau mencuba menjadi ‘orang tengah’ konon untuk berusaha mengadakan pertemuan atau hubungan antara PAS dan Umno, sudah tentu sama sekali tidak diiktiraf oleh arus perdana di dalam PAS. 

Bahkan kepimpinan PAS sendiri telah berkali-kali mempertegaskan bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno, sebuah parti yang sangat berbeza mengenai dasar dan pendekatannya. 

Ini telah diketahui umum dan telah ditegaskan banyak kali oleh pihak PAS, namun perbezaan dasar antara PAS dan Umno ini cuba dipandang sepi atau tidak diberi perhatian oleh pihak yang berhempas pulas untuk menemukan kedua parti tersebut.

Malah pihak yang dikatakan hendak menjadi ‘orang tengah’ ini sendiri tidak berminat untuk melihat perbezaan dasar itu. Yang dihujahkan berkali-kali oleh pihak ini ialah bahawa kerjasama PAS-Umno ini ialah untuk kepentingan Melayu/Islam. Sementara pemimpin PAS berulang kali menegaskan bahawa dengan Islam saja, Melayu akan menjadi kuat di samping kaum-kaum lain yang ada di negara ini.

Inilah program politik baru Malaysia yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat. Ia membela semua kaum, bukan berdasarkan kaum tetapi berdasarkan rialiti yang ada. Ia membela Melayu yang miskin, kaum Cina yang miskin, India yang miskin dan kaum-kaum lain yang miskin di bawah semangat Perlembagaan Malayia yang ada sekarang.

Semua status-quo seluruh kaum yang ada di Malaysia dari pelbagai segi kepentingan mereka - anutan agama, budaya tradisi dan lain-lain seperti yang diebut di dalam perlembagaan tidak berubah. 

Bahkan kemakmuran Malaysia dibahagi-bahagikan secara adil selaras dengan keadilan yang menjadi tunggak syariat Islam. Gagasan ini telah diterima dan disepakati oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat. Inilah kecemerlangan Islam.

Oleh itu, PAS yang amat selesa dengan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan dasar ini, yang telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia seperti yang terpancar melalui keputusan Pilihan Raya Ke-12 lalu.

Dengan kedudukan PAS yang amat kukuh di dalam Pakatan Rakyat ini, sebarang elemen yang cuba mengganggu hubungannya itu tidak mungkin berjaya betapapun diasak oleh pelbagai pihak.

Bagaimanapun, seperti kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang bahawa PAS bersedia menggantikan Umno untuk menjadi teras politik Malaysia. Masanya sudah tiba, katanya, bagi Umno/BN untuk berehat. 

Menurut Presiden PAS itu lagi, PAS telah berjaya mengubah minda panatik perkauman orang Melayu kepada Islam yang bersifat sejagat dengan mengambil kira hubunan baik dan adil dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perlu dingat bahawa Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai Agama Rasmi Perekutuan, menerima kenyataan akan Hak Istimewa Orang Melayu dengan tidak menzalimi orang lain dan menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Rasmi.

Pelbagai fitnah telah ditaburkan oleh musuh politik PAS bahawa kononnya PAS tunduk dan menjadi alat kepada DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini suatu fitnah yang tidak pernah dapat dibuktikan secara terperinci oleh mereka. Pemerintahan Pakatan Rakyat, baik di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang telah menyerlahkan pemerintahan yang adil kepada semua kaum – baik masalah pemberian tanah, peluang pendidikan, perniagaan, pekerjaan dan semuanya walaupun baru dua tahun lebih memerintah.

Semua bukti ini telah dijelaskan oleh semua negeri tersebut melalui mekanisme penerangan mereka - wabe-site negeri, risalah, wabe-tv negeri, ceramah, saluran media alternatif dan sebagainya. Sebahagian besar penerangan ini telah sampai kepada rakyat, walaupun pihak musuh politik Pakatan Rakyat sentiasa menafikan usaha Pakatan ini.

Suatu hakikat yang dilupakan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka ‘orang tengah’ atau berusaha menjadi ‘orang tengah’ bahawa ini ialah era demokrasi digital, segala maklumat diperoleh secara terbuka dan sangat luas. Ini menyebabkan rakyat menuntut perubahan, di mana mereka melihat politik perkauman Umno/BN, pendekatan dan watak pemimpin mereka sudah ketinggalan zaman dan raakyattelah menolaknya dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Sungguh malang, hakikat ini tidak disedari atau duba menafikannya oleh pihak yang beriya-iya sangat hendak menjadi ‘orang tengah’ menghubungkan Umno dan PAS. Usaha ini akan sia-sia atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Pada ketika yang sama PAS sangat selesa dengan Pakatan Rakyat.

Justru jika ada pihak atas nama individu yang berjumpa dengan ‘orang tengah’ untuk berunding cara mana menemukan PAS dan Umno, itu hanya usaha sia-sia. Ini kerana sebarang usaha seperti ini, jika benar-benar ada, tidak mewakili parti, menentang keputusan tiga Muktamat PAS dan tidak walak kepada keputusan parti.

Ini kerana walau apapun hujahnya, namun ini bukan caranya.
Harakahdaily.

BN Perlu Siapkan Segera Hospital Shah Alam

Khalid desak siap segera Hospital Shah Alam 

SHAH ALAM, 23 Julai: Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera mengambil alih projek pembinaan Hospital Shah Alam, kata Khalid Samad.

Gesaan itu ekoran pergaduhan dalaman Sunshine Fleet Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan sub-kontraktor GMH Healthcare yang akhirnya melumpuhkan keseluruhan kerja-kerja pembinaan projek mega bernilai RM482 juta itu.

"Sila siapkan segera, tiada bajet tambahan, tiada tender semula dan tiada pemberian tender secara rundingan langsung," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi khusus pada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya.

Menurut beliau, kemahiran pengurusan dan prasarana pembinaan yang ada pada pentadbiran Najib sebenarnya mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa tender semula.

Baginya, amalan tender semula sebenarnya tidak menyelesaikan masalah utama, iaitu menyiapkan prasarana kesihatan tersebut yang menjadi keperluan rakyat di Parlimen Shah Alam.

"Sebelum ini, Sunshine Fleet tender 100 peratus kepada Isyoda (sub kontraktor) secara rundingan langsung, gagal pembinaan, ditender semula lagi pada GMH Healtcare ini," ujar beliau di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, Pusat Perdagangan Antarabangsa Shah Alam (WWBC), di sini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mendesak Datuk Shaziman Abu Mansor meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sekiranya beliau tidak mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa peruntukan bajet tambah yang sebenarnya datang dari perbendaharaan wang rakyat.

"Kalau tak tahu bagaimana nak selesaikan projek-projek ini, lebih baik letak jawatan," tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua pada 23 Jun lalu mendedahkan bahawa Sunshine mendapat RM31 juta untung bersih hasil rundingan langsung dengan Isyoda atas projek mega di bawah JKR itu.

Bercakap di Dewan Rakyat, Isyoda turut diminta membayar komisyen sebanyak RM46 juta secara persendirian kepada Pengerusi Eksekutif Sunshine, Putri Arafiah Sultan Abdul Aziz Shah.

Difahamkan, GMH Healcare kemudiannya diminta membayar pendahuluan sebanyak RM10 juta pula kepada JKR dalam proses pembidaan semula tender tersebut secara tertutup.

Khalid pada kenyataan yang sama berkata, beberapa proses tender semula itu akhirnya merugikan RM77 juta wang rakyat.

Katanya, projek tersebut sepatutnya siap pada Ogos tahun ini.

Harakahdaily

Ulasan: Nampak sangat rakyat tidak diutamakan.

 

Islam dan KebebasanBersuara

Meskipun AS berusaha melakukan diskriminasi kaum di tahun sebelum enam puluhan; namun akhirnya kulit hitam mampu memperoleh hak-hak mereka, bahkan berjaya merebut jawatan presiden kulit hitam yang pertama dalam sejarah AS. Ini kerana ada mekanisme untuk sampai kepada kebenaran, iaitu melalui pilihanraya, yang memberikan kebebasan memilih tanpa ada unsur penipuan atau penyelewengan.

Jika kebebasan di Barat mampu memecah semua ikatan dan kekangan, maka kebebasan dalam Islam adalah kebebasan yang berpaksikan syariat dan berkait dengan fitrah yang sihat; sehingga wanita pada masa jahiliyah, bertanya dengan penuh kehairanan:
“Apakah engkau menzinahi kebebasan?!”

Jelasnya kebebasan berpolitik merupakan kebebasan manusia yang diktiraf sebagai cabang dari asas Islam secara umum . Islam mengakui bahawa dirinya adalah manusia, dan sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah.

Oleh sebab itu Nabi saw bersabda kepada sahabatnya:
“Janganlah seorang di antara kalian menjadi orang berperwatakan tidak tetap; dengan berkata: saya sesuai dengan keinginan manusia, jika mereka baik maka baiklah aku dan jika buruklah aku”.

Allah telah mengutus para rasul dengan membawa syariat yang memberikan kehidupan yang bebas dan mengajarkan kepada mereka cara menempuh kehidupan dan kebebasan.
Islam yang tersebar kepada umat manusia adalah untuk menghormati hak untuk hidup dan bebas serta persamaan sesama manusia yang tidak diketahui oleh bangsa-bangsa lain sebelumnya.

Demikianlah Umar Bin Al Khattab r.a yang mengecam dan mencela Amru bin Al-Ash dengan berkata:
“Bilakah kalian memperhambakan manusia padahal dilahirkan oleh ibu mereka dalam keadaan merdeka!”?;

Ini sebagai pembelaan terhadap seorang Qibti yang dizalimi oleh anak gabenor Mesir (Amru bin Al-Ash).

Justeru setiap bangsa atau umat memiliki kebebasan untuk memilih pemimpinnya. Di antara haknya ialah berbincang tentang apa yang mereka ingin laksanakan dalam urusan hidupnya, bukan hanya keputusan pihak yang berkuasa secara individu sahaja atau tanpa persetujuan suara rakyat.

Setiap bangsa atau umat memiliki hak untuk mengawasi pemimpinnya, menilai segala tindak tanduknya dan juga tindakan para pembantunya.


“Taatilah aku selama aku mentaati Allah namun jika aku bermaksiat maka tidak ada taat atas kalian kepadaku. ”
Demikianlah ungkapan Abu Bakar As-Siddiq di hadapan umat Islam ketika memegang jawatan khilafah kerana di samping umat berhak mengangkat pemimpinnya, mereka juga berhak untuk memecat pemimpinnya jika melanggar kewajibannya.

Kami menyeru kepada sekalian umat supaya segera menuntut hak-hak mereka seperti yang telah ditetapkan oleh Allah, mengambil kembali dari tangan para perampas, berusaha menjaga dan melindungi diri dari para pengintip.

oleh Muhammad Badie’ Mursyid Ikhwan Muslimin, Risalah Mursyid:Kehendak Umat .. Antara Penipuan dan Penyiksaan 
Sumber: Sebahagian daripada http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2010/07/risalah-mursyidkehendak-umat-antara.html

Islam Menentang Penyiksaan

Islam adalah yang pertama menentang penyiksaan

Pada tarikh 26 Jun dunia merayakan Hari Antarabangsa menentang penyiksaan. Sesungguhnya Islam adalah agama yang pertama melakukan hal itu ketika Allah melarang orang Islam melakukan serangan terhadap nyawa, kerana hidup merupakan kurniaan Allah dan haram hukumnya melakukan perlanggaran ke atasnya.

Allah SWT berfirman:
“Janganlah kalian membunuh jiwa yang telah dilarang Allah kecuali dengan hak” (Al-An’am:151).

Bahkan Allah juga menganggap orang yang membunuh satu nyawa seolah-olah telah membunuh nyawa semua umat manusia. Islam juga mensyariatkan qisas sebagai pecegahan dari berlakunya pembunuhan terhadap nyawa seseorang yang telah dianugerahkan Allah kepadanya untuk hidup.

Allah berfirman:
“Dan dalam hukuman qisas ada kehidupan bagi kalian, wahai orang yang memiliki akal, agar kalian bertaqwa”. (Al-Baqarah:179).

Nabi saw bersabda:ا
“Sesungguhnya Allah akan menyiksa orang-orang yang menyiksa manusia di dunia”. (Muslim)

Nabi juga bersabda:
 “Setiap Muslim atas muslim, haram darahnya, hartanya dan jiwanya”. (Muslim)
Disamping itu Islam turut melindungi seluruh hak bukan Islam secara tetap.

Nabi saw bersabda:
 “Barangsiapa yang menyiksa seorang kafir zimmi maka aku akan menjadi lawannya di hari kiamat”.

oleh Muhammad Badie’ Mursyid Ikhwan Muslimin, Risalah Mursyid:Kehendak Umat .. Antara Penipuan dan Penyiksaan 
Sumber: Sebahagian daripada http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2010/07/risalah-mursyidkehendak-umat-antara.html

Pemalsuan dan Putarbelit Fakta

Kesaksian palsu membawa kepada putarbelit fakta

Nabi saw pernah bersabda:
“Akan datang kepada umat manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipu daya, membenarkan yang dusta dan mendustakan orang yang jujur, memberikan amanah kepada pengkhianat, dan mengkhianati orang yang menunaikan amanah, dan berbicara di dalamnya Ar-Ruwaibidhah”, Ada sahabat yang bertanya: Apa itu Ar-Ruwaibidhah?! Nabi berkata: Orang yang bodoh dalam mengurus urusan umum” (Ibnu Majah).

Kemungkinan sifat yang disebutkan dalam hadits di atas bersesuaian dengan kehidupan kita ketika ini, iaitu zaman di mana kebenaran menjadi batil dan kebatilan menjadi hak, sementara pendusta dan pembohong menjadi tingkahlaku yang bermaharajalela, orang-orang bodoh berbicara dalam urusan-urusan besar umat Islam, bahkan fakta diputarbalikkan secara terang-terangan dalam berbagai suasana dan lokasi, dan langsung tidak mahu melayani sekelompok umat yang ikhlas yang hanya menghendaki kebaikan.

Bukankah ini tentunya satu kepalsuan ?! Jika kesaksian palsu setaraf dengan mensyirikkan Allah padahal kesannya hanya menimpa seorang sahaja, maka bagaimana dengan melakukan penipuan dan kepalsuan pada kehendak umat?!

Negara-negara yang melakukan penipuan, tidak mengharapkan kepuasan atau kerelaan bangsa, kerana bagi mereka bangsa tidak memiliki harga dan nilai besar dalam perhitungan mereka. Mereka hanya mahukan kepuasan dari para pendusta, berdiri di sampingnya dan menginginkan sokongannya. Hakikatnya mereka melakukan penipuan, Kita lihat dalam semua pilihanraya bebas yang dilakukan di pelbagai negara, jikalau para pemimpinnya tidak menunaikan janji-janji mereka menunggu kesempatan pada pilihanraya berikutnya untuk menjatuhkannya.
Justeru para pemerintah bekerja keras untuk mengekalkannya dengan seribu perhitungan, sedangkan di negara kita, para pemimpin tidak peduli masalah rakyatnya, kerana kekuasaan tidak bergantung kepadanya, sebaliknya hanya bergantung kepada jentera yang melakukan penipuan dan kecurangan.

oleh Muhammad Badie’ Mursyid Ikhwan Muslimin, Risalah Mursyid: Kehendak Umat .. Antara Penipuan dan Penyiksaan 
Sumber: Sebahagian daripada http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2010/07/risalah-mursyidkehendak-umat-antara.html

5 dalam 1: Dulu dan kini…

oleh: Orang Kurang Mampu  

Dulu tuan memandu kereta 1.8cc, kini tuan memandu 1.5cc
Dulu kami naik motosikal, kini kami naik basikal

Dulu tuan makan di restoran 5 bintang, kini tuan turun ke 4 bintang
Dulu kami makan di dalam rumah, kini kami makan dibawah bulan bintang

Dulu tuan guna tong gas kuning, kini tuan guna tong gas hijau
Dulu kami guna tong gas hijau, kini kami guna kayu api

Dulu tuan ambil gula sedikit, kini tuan ambil susu pekat sebagai pengganti
Dulu kami ambil gula untuk jual donut, kini kami tak mampu jual donut

Dulu tuan tak rasa apa bila harga naik, kini tuan hanya resah bila harga naik
Dulu kami papa, kini kami kedana

Dulu tuan makin kaya, kini tuan sedikit kurang kaya
Dulu kami miskin, kini kami akan terus miskin…

Ingatlah tuan bahawa …

Dulu kami tertindas, kini kami terus ditindas…

Daripada,
OKM Malaysia, Labuan
harakadaily
 

Ulasan: Bila kerajaan BN/UMNO hanya utamakan kroni, rakyat terus menderita...

Perpaduan bangsa hanya sedap di mulut

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Perpaduan sebenar di kalangan umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan kepada Allah dan bukan berasaskan bangsa, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Ia sama dengan mencari pemimpin. Sebagai orang biasa, kita mencari pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

"Begitu juga dengan perpaduan. Kita mahu perpaduan berasaskan ketaqwaan kepada Allah kerana perpaduan berasaskan bangsa lebih banyak melakukan pengkhianatan dari kebaikan," tegas beliau.

Lebih dari itu, katanya lagi, perpaduan berasaskan bangsa "hanya sedap diucapkan di mulut sahaja".

Sama seperti orang-orang Arab, beliau tidak nampak orang-orang Melayu boleh disatukan atas nama bangsa.

"Bangsa Arab tidak pernah bersatu menentang Israel dan tidak pernah bersatu untuk kepentingan rakyat Palestin yang dijajah.

"Kalau perpaduan boleh diwujudkan atas nama bangsa, sudah lama Arab bersatu melawan Israel dan membebaskan bumi Palestin yang ditakluki," katanya.

Malah, katanya, kerajaan-kerajaan Arablah yang berkomplot menentang usaha-usaha yang dilakukan Mufti Baitulmuqaddis, Muhammad Amin al-Husayni yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentang Zionisme dan penubuhan negara orang-orang Yahudi di bumi Palestin.

"Kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang enggan mengiktiraf kemenangan besar Hamas dalam pilihan raya Palestin 2006 dan kini kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang bersekongkol melakukan sekatan bantuan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya.

Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, tegas Mohamad lagi, tidak akan dibebaskan oleh perpaduan Arab.

"Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa akan dibebaskan oleh orang-orang yang bertaqwa serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang berkaitan dari Eropah," katanya.

Harakahdaily

Ulasan: Agenda perpaduan bangsa Melayu hanya talian hayat untuk UMNO menang dan menipu lagi.