Monday, July 19, 2010

Hadkan waktu operasi pasar raya besar

Bantu peniaga kecil - Dr. Kassim
KOTA BHARU 18 Julai - Malaysia disaran mencontohi Jerman yang mengehadkan waktu operasi pasar raya besar bertujuan memberi lebih peluang kepada peniaga kecil.

Felo Kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr. Kassim Buhiran berkata, di Jerman, pasar raya besar hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 6 petang, selain dilarang beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum.

"Di bandar Cologne, Jerman, pasar raya besar di situ diwajibkan menghentikan perniagaan pada pukul 6 petang dan dilarang beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum.

"Mereka benarkan pasar raya besar berniaga tetapi membuat peraturan agar peniaga kecil mempunyai peluang untuk hidup," katanya berucap pada program Siri Ceramah Utama Ke-13 anjuran UMK di Dewan Persidangan Pusat Dagangan Kelantan di sini semalam…

Ulasan: Mungkinkah kerajaan BN akan membuat yang bertentangan dengan kroni mereka?

No comments: