Monday, July 26, 2010

Kelantan lebih awal sekat pornografi

Rizal Tahir (Sumber: harakahdaily).

KOTA BHARU, 26 Julai: Menyedari golongan remaja bebas menggunakan laman pornografi, kerajaan Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain termasuk kerajaan Pusat dalam menapis bahan berkenaan di internet.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan, memberitahu kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama dengan Jaring bagi mewujudkan ‘internet thoyyibah’.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kerajaan Pusat akan mewujudkan perisai baru bagi menapis laman pornografi di internet.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed bagi menapis bahan pornografi di internet sebagai perisai baru.

Mengulas kenyataan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Fadzli seterusnya berkata, menyedari laman tidak sihat itu akan mempengaruhi masyarakat khususnya remaja, kerajaan negeri telah memperkenalkan ‘internet thoyyibah’ untuk tujuan itu.

Jelasnya, laman tidak sihat itu bukan sahaja haram di sisi Islam, sebaliknya akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat terutama berlakunya jenayah seksual...

Ulasan: Bila taatkan agama, Kelantan sudah lama merdeka... Malaysia sedang lihat kanan kiri takut menjadi menjadi negara merdeka. Nanti menteri2 akan di tanya dihari akhirat.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan Rizal,
Sampaikan salam saya kepada dR fADZLI kerana kelantan telah berjaya mengadakan internet toyibah.
Itulah hebatnya pemimpin kelantan ini, berbangsa melayu, katanya beragama Islam, baca akhbar harakah pula tu. Serba tahu dan serba boleh buat. Hasilnya?

Setakat ni apa yang saya faham Islam ala kita ialah- bercakap, berceramah, berkuliah, baca ayat tu dan hadis ni, salahkan orang tu dan orang ni, menceritakan orang Islam keagungan zaman silam.

Kita lemah bila tiba untuk mempraktikkan apa yang kita kata tidak sebagaimana kita baca ayat dan hadis tadi.

Internet toyibah- mana dia? masukkan programnya dalam internet, hebahkan, saya dan ramai pengguna Islam lain sedang menunggu nak menggunakan program tuan. biar tersekat gambar2 bogel dan bogel itu.

Kalau setakat cakap saja itu dan ini, boleh pergi mampuslah, lebih2 lagi bila bercakap atas nama Islam yang suci.

Tq tuan