Thursday, July 15, 2010

LCCT: Negara Nak Bangkrap, Namun Perangai UMNO Masih Tidak Berubah

Saya masih tidak percaya. Selepas Idris Jala memberitahu Malaysia sedang menghampiri bangkrap, kita dikejutkan dengan berita pemberian kontrak pembinaan terminal carrier kos rendah (LCCT) yang baru.

Akhbar The Edge bertarikh 5 Julai 2010 melaporkan kontrak pembinaan terminal LCCT baru (yang sekarang ini di terminal kargo) berjumlah RM1 billion. Akhbar yang sama melaporkan, Sunway Constructions telah membuat tawaran sebanyak RM750 juta untuk membina terminal yang sama.

Namun, kontrak akan diberikan kepada syarikat yang membuat tawaran RM1billion. Syarikat tersebut adalah BinaPuri, yang JV dengan UEM. Bina Puri adalah milik Syed Mokhtar yang ditadbir oleh keluarga YB Senator Tan Sri Datuk Tee Hock Seng, JP. UEM pula adalah syarikat UMNO yang telah di "bail-out" oleh Khazanah (duit rakyat) sewaktu UEM hampir bankrap pada 1997. 

Namun, Khazanah pula adalah di bawah penguasaan Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan, bermakna UEM masih kekal bawah penguasaan UMNO. 

MENGAPA BAZIR RM250 juta?

Saudara/ri pasti dapat melihat. Bagaimana mudahnya UMNO/BN membazir duit rakyat untuk mengkayakan UMNOPUTRA serta kroni2 mereka. 

Projek yang mampu diselesaikan dengan belanja RM750 juta, di berikan kepada syarikat yang membuat tawaran RM1 billion. 


Dalam keadaan ekonomi kita yang semakin menuju bangkrap, minyak yang semakin habis, Petronas yang semakin susut keuntungan, FELDA yang semakin bangkrap namun UMNO masih bermewah-mewah membelanjakan wang rakyat. 

Mereka seperti tiada belas kasihan kepada rakyat Malaysia yang bakal hidup dalam kesusahan yang amat perit sekiranya negara kita bangkrap. 

RM250 juta adalah satu jumlah yang tersangat banyak. Mengapa begitu mudah UMNO membazirkan wang rakyat sebegitu sekali?

Jelaslah, kalau rakyat Malaysia mahu menyelamatkan Malaysia dari bangkrap, maka WAJIBLAH UMNO itu dihumban ke Laut Cina Selatan.

Tulang Besi

No comments: