Friday, May 29, 2009

Sajak PPSMI - SN A.Samad Said

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati, sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi…

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu, berlidah dua.

Oleh A.Samad Said - Sasterawan Negara
Dari: http://intanhijau.blogspot.com/

Ulasan: Kenapa kerajaan BN beria-ia mempertahankan dasar PPSMI yang ditolak oleh majoriti rakyat kerana kuasanya. Bila kuasanya itu tidak ada....

Thursday, May 28, 2009

Bayi didakwa patah tulang bahu sewaktu dilahirkan di hospital

ARAU 27 Mei – Seorang pemandu lori mendakwa, bayinya, Siti Balqis Sany yang kini berusia 34 hari patah tulang bahu kiri sewaktu dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada 23 April lalu.

Sany Shahadan, 28, juga mendakwa, kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian kakitangan yang menguruskan kelahiran bayi ketiganya itu.

Katanya, doktor yang menguruskan kelahiran bayinya itu juga telah memaklumkan Balqis hanya mengalami terseliuh tangan dan akan sembuh selepas mengikuti rawatan fisioterapi yang ditawarkan.

‘‘Disebabkan doktor HTF memaklumkan anak saya hanya terseliuh, saya membawanya pulang tetapi mendapati dia sering menangis apabila tangan kirinya disentuh.

‘‘Saya yang tidak berpuas hati terus membawa anak saya ke klinik swasta dan melalui X-ray yang dijalankan, didapati tulang bahu kirinya patah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Indah Pauh di sini hari ini.

Sany memberitahu, ekoran itu dia berjumpa dengan pihak HTF termasuk Pengarahnya, Datuk Dr. Faiz Ahmad Khan tetapi dia pula yang dikatakan punca anaknya patah bahu kiri….

Ulasan: Bayangkan itu berlaku kepada bayi seorang VIP, akan gempar seluruh dunia. Apa ertinya 1Malaysia kalau layanan berbeza berdasarkan status? Selamat melantik peguam supaya dapat di selesaikan di mahkamah. Tuntutan pampasannya biarlah tinggi sebagai pengajaran supaya hospital kerajaan lebih prihatin.

PPIM dedah ada syarikat larang pekerja solat

KUALA LUMPUR 27 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan garis panduan secara rasmi kepada semua majikan mengenai kebenaran menunaikan solat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan itu perlu dibuat segera ekoran terdapat pihak majikan khususnya syarikat yang dipelopori bukan Islam menidakkan hak pekerja Muslim bersolat.

Beliau berkata, pihak kementerian harus mengambil berat isu itu kerana ia menyentuh hak seseorang Muslim menunaikan ibadat asas selain menyalahi Perlembagaan.

"PPIM pernah menerima aduan mengenai tindakan majikan yang menyekat pekerja daripada menunaikan solat dan didapati perkara ini berlaku. Sebagai tindakan susulan PPIM telah menghantar surat kepada pihak Kementerian Sumber Manusia.

"Isu ini harus diselesaikan segera kerana ia melibatkan hak menunaikan ibadat paling asas dalam Islam. PPIM amat kesal kerana ada pihak yang berani menidakkan hak orang Islam bersolat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Hinanya kita bila kita meninggalkan fardu kifayah yang menyebabkan oran kita terpaksa bekerja dengan majikan kafir yang keras kepala. Juga hinanya kita bila kita tidak solat seperti di fardukan keatas kita. Pekerja yang jiwanya merdeka akan tetap melakukan solat harian di mana saja. Pekerja Muslim sepatutnya menunjukkan kehebatan akhlak Islam kepada orang kafir.

Gembira kesungguhan kerajaan selesai isu PPSMI - Gapena

KUALA LUMPUR 27 Mei - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) gembira dengan langkah kerajaan yang bersungguh-sungguh mencari penyelesaian terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berikutan banyak pihak menolak pelaksanaannya.

Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, kesungguhan itu mencerminkan kerajaan amat prihatin dan memahami hasrat rakyat tentang isu pendidikan.

"Gapena amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran kerana mengambil berat tentang perkara ini.

"Tindakan beliau menyegerakan penilaian semula dasar dan membuat keputusan secepat mungkin akan memberi faedah kepada anak-anak di masa depan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di sini hari ini…

Ulasan: Gembira kita bila PPSMI ditarik balik pelaksanaannya tanpa syarat. 

Belum putus untuk ekstradisi

PUTRAJAYA 27 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penahanan Mas Selamat Kastari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun bertujuan membolehkan kerajaan memperoleh maklumat tambahan tentang pembabitannya dalam gerakan Jemaah Islamiyah (JI).

Perdana Menteri menjelaskan, buat masa ini Mas Selamat ditahan di negara ini dan kerajaan belum memutuskan untuk mengekstradisi pemimpin JI itu ke Singapura dalam masa terdekat.

‘‘Buat masa ini dia (Mas Selamat) ditahan di Malaysia.

‘‘Dia ditahan sebab kita perlu mengetahui maklumat tambahan tentang pemabitannya dalam JI,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini…

Ulasan: Bermakna most probably Mas Selamat akan di ekstradisi ke Singapura. Hinanya kita bila kita hidup tidak berprinsip.

Jambatan ke 3 .. Siapa Untung?

Tentunya rakyat terkejut dengan usul yang di persetujui oleh pemimpin kedua dua negara, Malaysia dan Singapura untuk membina jambatan ke 3 yang menghubungkan Singapura dan Timur Johor.

Kalau dulu, kita beranggapan bahawa Najib akan meneruskan usaha Mahathir untuk jambatan bengkoknya, tapi kita kali ni tergamam apabila, Najib juga mempunyai niat untuk membina satu lagi jambatan.

Di dalam masa yang sama, Singapura tidak mahu jambatan Tambah Johor di runtuhkan. Bermakna kapal kapal dagang masih tidak boleh menerusi Tambah Johor untuk terus ke selat melaka dan sebaliknya. Selain dari itu, bagaimana pula dengan Jambatan bengkok? Mahu di teruskan atau tidak?

Di sini .. Singapura masih mengekalkan keistimewaan mereka. Singapura masih lagi di pihak yang beruntung.

Kalau mengikut geografi .. jambatan baru nanti akan memintas jalan untuk terus ke kawasan Pembangunan Iskandariah yang di katakan menjadi tempat tumpuan pelaburan orang Singapura. Dan kalau kawasan itu di bangunkan, bermakna peniaga di Johor Bharu akan mengalami nasib malang. Pengurangan pelanggan kerana ianya tidak melalui Bandar tersebut.

Kita tak tahu apa yang di rancang oleh Singapura ketika sebelum perbincangan bersama Malaysia di buat. Tapi sejarah menceritakan bahawa setiap kali perbincangan di buat, mangsanya adalah Malaysia. Kenyataan ini di sokong oleh bekas Perdana Menteri Mahathir satu ketika dulu yang mempersendakan perjanjian pembelian senjata yang tidak di pertimbangkan dengan teliti sebelum menandatanganinya. Akhir nya Malaysia akan kerugian. Lihatkan sahaja kes batu putih yang membuat rakyat berputih mata. Pulau tersebut sudah di tangan Singapura, tapi kawasan terumbu masih tiada keputusannya. Itu lah bijaknya pemimpin kita.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana pemimpin yang tidak cerdik, satu malaysia mengalami kerugiaannya.

Ikut suka korang la .. dunia ni milik korang sorang. Kita rakyat, setakat tengok kerana masih ramai yang bodoh dan terus menyokong pemimpin yang tak betul. Bila cerita tentang penghapusan DEB dan pembaziran kos jambatan .. tak sorang pun penyokong mangkuk ni yang bersuara. Mulut bagaikan terkunci. Itu lah dia perjuangan Melayu ... kononnya.

http://radenjowo.blogspot.com/2009/05/jambatan-ke3-siapa-untung.html

Ulasan: Ayuh sila buat analisis dari berbagai sudut kerana kerajaan Singapura adalah, berdasarkan pengalaman,  jiran yang jahat. Jangan sampai jambatan ke 3 di bina dengan merugikan negara. Yang seronok tentunya kroni-kroni BN yang dapat tender RM juta-juta membina jambatan itu...

Istimewa menjadi Along?

Yang aku dok binggung sampai hari ni, Along masih bebas mendera. Mungkin aku terlepas pandang, tapi jarang aku dengar, Along di tangkap atau dihukum.
Kalau nak jerat Along cukup mudah, nombor talipon bertampal tampal di sana sini. Mangsa boleh jadi saksi, bukti pun terlalu banyak.

Apa yang tak kena ni?

Dari: http://www.wartamaya.blogspot.com/

Ulasan: Tak kena? Antaranya kalau tiada pegawai kerajaan ambil rasuah, banyak peraturan boleh dilaksanakan. Kilauan duit telah merosakkan ramai, kalau tidak berhati-hati. Jauhkan diri daripada berhutang. Lebih baik bersabar daripada diri menjadi hak oran lain dan menyusahkan keluarga. Antara doa yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita, bermaksud: …dan aku berlindung kepadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Wang hantaran untuk baiki jalan

Tajuk asal: Dugaan seorang bakal pengantin menyambut 5,000 tetamu menjelang 6 Jun
SETIU - Pada waktu gadis lain yang akan melangsungkan perkahwinan sibuk membuat persiapan diri untuk majlis bersejarah mereka, lain pula kisahnya seorang bakal pengantin di sini terpaksa mengeluarkan belanja menambak jalan berlopak sepanjang 300 meter menghala ke rumahnya.

Lebih mengharukan, Noraini Ibrahim, 27, terpaksa menebalkan muka meminta pendahuluan RM3,000 daripada wang hantaran berjumlah RM5,000 daripada bakal suaminya untuk membiayai kos menambak jalan ke rumah keluarganya di Kampung Fikri, di sini.

Dia kini mengejar masa kerana kerja menambak jalan itu perlu siap sebelum majlis perkahwinan berlangsung pada 6 Jun ini.

Pengorbanan itu terpaksa dilakukan selepas dia mendakwa sudah banyak aduan dibuat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak beberapa tahun lalu untuk membaiki jalan itu tetapi ia umpama 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.'

Akhirnya, anak kelima daripada sembilan beradik itu nekad berusaha sendiri membaiki jalan itu kerana tidak mahu menyusahkan kira-kira 5,000 jemputan majlis perkahwinannya….(Kosmo, 28 Mei 2009).

Ulasan: Kerajaan BN Terengganu kena bertanggungjawab untuk kemudahan rakyat. Jangan seronok pimpin negeri kaya ada minyak, rakyat pula dapat apa?

ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?

Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000….

Dari: http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/05/adun-bebas-terima-rm3-juta-daripada.html

Ulasan: PM kita pun merasuah? Eloklah SPRM menggunakan segala kuasa untuk menyiasat secara profesional kes yang melibatkan PM iatu imej negara dan imej 1Malaysia. Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Masa terbaik untuk membuktikan dan kembalikan kewibawaanmu dan kewibawaan PM kita. Rakyat yang pandai melihat dan akan jadi hakim bila mengundi nanti.

Wednesday, May 27, 2009

Suami curang, isteri enggan bermadu

bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Tiada persefahaman, suami curang atau isteri enggan dimadukan serta campur tangan mentua dan ipar duai adalah antara punca utama menyebabkan pasangan suami isteri di negara ini bercerai. 

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, 42.3 peratus kes perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan (12 peratus), tidak bertanggungjawab (11.5 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar duai (8.8 peratus). 

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata punca lain disebabkan ketagih dadah atau alkohol (7.1 peratus), masalah kewangan (1.6 peratus), terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan (1.1 peratus), didera (0.5 peratus) dan faktor lain (12.6 peratus). 

Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan Cina, iaitu 45.8 peratus, diikuti Melayu (44.9 peratus) dan India (20 peratus). 

"Punca perceraian pasangan India paling tinggi disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai, iaitu sebanyak 30 peratus, Melayu (7.4 peratus), manakala Cina tiada kes," katanya dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini, semalam. 

Aminah berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat juga menunjukkan perceraian wanita Melayu dan Bumiputera lebih cenderung kepada kelompok berusia bawah 25 tahun serta pasangan berumur 40 tahun ke atas. 

"Berbeza dengan tanggapan masyarakat bahawa institusi keluarga begitu rapuh dan perceraian kini berleluasa, sebenarnya data menunjukkan bahawa perceraian berlaku di kalangan segelintir penduduk (0.7 peratus) berdasarkan bancian tahun 2000," katanya. 

Beliau berkata, pembangunan sosio-ekonomi turut memperlihatkan mereka yang berumur 20-30 tahun dan tidak pernah berkahwin terus meningkat di antara 1991-2000, iaitu daripada 43.2 kepada 48.1 peratus. 

Di kalangan wanita berumur 20-24 tahun pula, 68.5 peratus masih belum berkahwin pada tahun 2000 berbanding 60.2 peratus pada 1991 dan 51.3 peratus pada 1980. 

Aminah berkata, kajian juga menunjukkan kadar minimum perkahwinan pertama lelaki meningkat daripada 28.2 tahun pada 1991 kepada 28.6 tahun pada 2000. 

Katanya, umur perkahwinan pertama untuk wanita meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun.

Ulasan: Kalau kita didik diri supaya mentaati perintah Allah dalam hidup ini mengikut cara Rasulullah s.a.w. kita akan kejayaan di dunia dan di akhirat nanti.

ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telah menyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkan al-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini…

Ulasan: Laksanakan Quran di dalam hidup kita kerana akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Quran.

Hampir 13,000 dijangkiti selesema babi

GENEVA 26 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menyatakan hampir 13,000 orang telah disahkan dijangkiti influenza A (H1N1) atau namun bilangan negara yang dilaporkan mempunyai kes kekal pada 46 buah.

Dalam angka terbaru dengan bilangan kes yang kurang daripada laporan peringkat negara namun dianggap lebih tepat, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengesahkan bahawa 12,954 jangkitan telah dicatatkan dan 92 maut.

Mexico adalah negara paling teruk dilanda wabak dengan 80 kematian dicatatkan diikuti Amerika Syarikat (AS) dengan 10 kematian, dan Costa Rica dan Kanada masing-masing satu kematian.
WHO dalam kenyataannya menegaskan, virus bawaan udara itu kini dikesan di semua benua dunia kecuali Afrika yang masih belum melaporkan walau satu kes pun. Kes-kes di luar Amerika Utara setakat ini adalah Jepun, Britain dan Sepanyol. – Reuters

Ulasan: Eloklah tinggalkan memakan babi kerana ia membawa berbagai masalah kepada manusia.

Korea Utara lancar peluru berpandu pula

SEOUL 26 Mei - Korea Utara terus membangkitkan kemarahan dunia, apabila negara komunis itu hari ini bertindak melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat pula, sehari selepas menjalankan satu ujian nuklear bawah tanah.

Negara komunis itu melancarkan sebuah peluru berpandu darat ke udara dan sebuah peluru berpandu darat ke kapal dekat pantai timurnya berhampiran bandar Hamhung, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap dengan memetik sumber kerajaan di Seoul…

Ulasan: Apakah cuma negara tertentu sahaja yang boleh mempunyai dan mengamalkan teknologi mutakhir persenjataan? 

'Ikat' kelajuan bas ekspres

KUALA TERENGGANU 26 Mei - Kerajaan bercadang 'mengikat' kelajuan yang boleh dicapai semua bas ekspres dan bas penumpang kepada maksimum 90 kilometer sejam (km/j) untuk mengurangkan kemalangan maut di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, langkah itu terpaksa dilakukan selepas sistem kotak hitam yang diperkenalkan sebelum ini tidak mampu menangani kes kemalangan maut yang kian meningkat.

''Kita 'ikat' terus 90 km/j atau berapa pun, terpulanglah. Had laju semua bas ekspres kita akan 'ikat' tanpa kecuali sebab banyak sangat sudah mati akibat mereka jadikan jalan raya pentas perlumbaan.

''Lebuh raya bukan untuk berlumba, apabila had kelajuan 'diikat,' semua kena ikut. Tidak ada syarikat ini kata mereka boleh, yang lain kata pula tak boleh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Kereta Sewa Terengganu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini hari ini…

Ulasan: Negara kita jadi indah bila pegawai kerajaan tidak makan rasuah. 

Setahun projek SK Paya Keladi terbengkalai


MURID-MURID makan di merata-rata tempat pada waktu rehat kerana masalah kantin dan blok tambahan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang yang terbengkalai semalam.

KEPALA BATAS 26 Mei - Kira-kira 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa apabila projek pembinaan blok baru di sekolah itu terbengkalai sejak setahun lalu.

Ekoran masalah itu, sekolah tersebut terpaksa dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang kerana bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi selain kekurangan kemudahan.

Sepanjang tempoh itu, murid serta guru sekolah juga terpaksa menggunakan khemah sementara pada waktu rehat memandangkan bangunan kantin sudah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Mansor Abdul Samad berkata, bilik tandas sekolah juga didapati banyak yang rosak sekali gus mengakibatkan rasa tidak selesa para guru dan murid.

''Justeru, kami merayu pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan projek terbabit boleh diteruskan dan disiapkan segera.

''Ia sudah terbengkalai begitu lama dan ia mendatangkan kesan buruk kepada proses pembelajaran murid-murid,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mansor berkata, projek itu dimulakan sekitar September 2007 tetapi dihentikan pada sekitar Disember lalu atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan oleh kontraktor.

Katanya, projek berkenaan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah selain pembinaan sebuah dewan bagi memudahkan aktiviti di sekolah tersebut.

''Selepas projek berhenti, tapak pembinaan ditinggalkan begitu sahaja dan ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan negatif termasuk menjadi tempat pembiakan nyamuk,'' jelasnya.

Selain itu, katanya, jarak tapak projek dengan blok sedia ada hanya dipisahkan kira-kira 20 meter dan ia mengancam keselamatan murid-murid…

Ulasan: Selalunya masalah pasca kontrak boleh dielakkan dengan memberi tender seperti syor juruukur bahan JKR. Tidak pelik berlaku macam-macam masalah bila lembaga tender mengenepikan pandangan profesional juruukur bahan berdaftar. Wahai juruukur bahan: Pertahankan kewibawaanmu dan maruahmu, jangan sekali-kali makan rasuah.

Mutakhir: Projek SK Paya Keladi disambung semula

KEPALA BATAS 27 Mei - Kerja-kerja pembinaan projek blok Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini yang bernilai RM3.8 juta yang terbengkalai sejak setahun lalu akan disambung semula tidak lama lagi.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad berkata, pihaknya difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa tender bagi penyambungan semula projek itu sudah dianugerahkan kepada kontraktor baru.

Beliau menjelaskan, kontraktor baru sebelum ini telah menarik diri daripada meneruskan projek itu pada Disember tahun lalu.

"Kita sudah minta penjelasan daripada JKR dan mereka memaklumkan bahawa tender projek tersebut sudah pun dianugerahkan kepada kontraktor baru.

"Tetapi kita belum diberi sebarang pengesahan apabila projek itu akan disambung semula," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan tinjauan di sekitar sekolah tersebut hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan keperitan lebih 800 murid sekolah itu yang terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa apabila projek pembinaan blok baru di situ terbengkalai sejak tahun lalu.

Ekoran masalah itu, sekolah tersebut terpaksa dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang kerana bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi selain kekurangan kemudahan.

Sepanjang tempoh itu, murid serta guru sekolah juga terpaksa menggunakan khemah sementara pada waktu rehat memandangkan bangunan kantin sudah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Sementara itu, Ibrahim menafikan bahawa projek terbengkalai di sekolah itu mengakibatkan murid lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tandas.

"Sekarang ada tiga tandas murid lelaki dan dua untuk murid perempuan, jadi isu murid berkongsi tandas tidak sepatutnya timbul," katanya.

Beliau menjelaskan, setiap blok bilik darjah di sekolah itu ada mempunyai tandas untuk kegunaan murid-murid.

Ulasan: Awad yang pertama, ikut syor QS? Awad sekarang, ikut syor QS? QS (juruukur bahan) di latih menilai keupayaan kontraktor tanpa memihak kepada sesiapa dari sudut keupayaan teknkal dan kewangan dan pengalaman dalam melaksanakan projek yang sama.




Golongan muda lebih ramai hidap diabetis di Asia

JAKARTA 27 Mei - Penyakit diabetis semakin meningkat di Asia tetapi tidak di negara Barat, kebanyakan yang menghidap penyakit ini terdiri daripada golongan muda dan mereka yang obesiti, menurut satu kajian terbaru.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal Persatuan Perubatan Amerika hari ini berkata, peyakit tersebut telah menjadi masalah dunia, dengan jumlah pesakitnya dijangka meningkat dari 240 juta pada 2007 kepada 380 juta orang pada 2025.

Lebih 60 peratus daripadanya berkembang di Asia, rantau yang mengalami pertumbuhan yang paling pesat di dunia dengan negara yang mempunyai pendapatan antara rendah ke sederhana paling tinggi menghidapinya.

India menunjukkan peningkatan dari 40 juta kepada hampir 70 juta; China 39 juta kepada 59 juta; dan Bangladesh 3.8 juta kepada 7.4 juta, kata pengarangnya yang memetik laporan Persekutuan Diabetis Antarabangsa. 

Indonesia, Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain-lain negara juga menunjukkan peningkatan mendadak. – AP

Ulasan: Berhati-hati bila makan dan minum kerana makanan dan minuman adalah penyebab utama penyakit kronik sekarang. Kurangkan mengambil gula dan garam atau yang lebih baik. Jangan bila sudah berpenyakit, menyesal tiada berguna lagi. Makanlah dan minumlah yang BERKHASIAT (nutritious) bukan hanya SEDAP. Jangan tertipu dengan sedap kerana sedap itu hanya sepanjang lidah…

TUDM peroleh Eurocopter 2011

SUBANG 26 Mei - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memperoleh beberapa helikopter EC725 keluaran Eurocopter sebelum 2011 bagi menggantikan pesawat Nuri S61A-4 yang digunakan perkhidmatan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembelian itu boleh disegerakan jika kementerian berjaya mengusulkan pakej pembelian yang tidak membebankan kerajaan. 

Justeru, katanya, kementerian itu akan mengadakan perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Perbendaharaan bagi mengemukakan pakej pembelian terbaik buat kerajaan.

"Kami akan berbincang dengan EPU dan Perbendaharaan mengenai langkah lanjut yang akan dilakukan kerana TUDM amat memerlukan aset ini (Eurocopter) bagi menggantikan aset lama.

"Bagaimanapun, kami faham kesukaran ekonomi sekarang dan akan usulkan pakej pembelian tanpa membebankan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas melawat sekitar Pangkalan TUDM Subang di sini hari ini. 

Beliau mengulas mengenai surat hasrat (LOI) kerajaan mengenai pembelian 12 unit helikopter itu kepada Eurocopter yang akan luput pada Ogos ini.

Menurut Ahmad Zahid, kementeriannya dan kerajaan sentiasa menghormati LOI itu dan keputusan memperbaharuinya akan dibuat selepas perbincangan dengan EPU dan Perbendaharaan dilaksanakan. 

September lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberitahu kerajaan telah menghantar LOI kepada Eurocopter untuk pembelian 12 unit pesawat tersebut….

Ulasan: Janganlah ada komisyennya (baca rasuah) berjuta-juta RM dalam pembelian Eurocopter itu. Cukuplah dengan yang lepas-lepas.

SPRM dah siasat laporan rasuah BN ke?

Bayangkan fakta di bawah:

i) ADUN Kulim dari PKR melaporkan kepada SPRM ia ditawarkan RM5 juta oleh BN untuk menyeberangi BN. Laporan kepada SPRM disertakan bersekali dengan pita rakaman perbualan wakil BN yang menawarkan sogokan tersebut.

ii) Fauzi Muda Ketua PKR Ipoh Barat melaporkan kepada SPRM ia ditawarkan oleh DS Najib RM50 juta untuk mendapatkan dua orang ADUN PKR

iii) ADUN Malim Nawar dari DAP dan ADUN Kuala Kurau dari PKR melaporkan kepada SPRM mereka ditawarkan sogokan bernilai RM20 juta bersama jawatan penting dalam BN Perak jika menyertai BN.

iv) Banyak lagi kes-kes sogokan BN kepada ADUN PR yang dilaporkan, bukan saja semenjak lepas PRU ke-12 ini, tapi sejak dulu-dulu lagi, yang semuanya bernilai lebih dari RM 1 juta. Semuanya nilai juta-juta!!

(Rujukan: http://pendikargunung.blogspot.com/)

Ulasan: SPRM dah ke siasat laporan rasuah BN seperti di atas? Sampai bila di simpan? Perlulah ingat bahawa gaji SPRM gunakan wang rakyat bukan wang BN/UMNO. Biar hidup berprinsip bukan yang hanya mengangguk.

Do take the trouble to understand before you find fault with the judges of the Court of Appeal — NH Chan

MAY 26 — Before you go about judging the judges of the Court of Appeal on their five minute oral decision, which they handed down on Friday, May 22, 2009, please bear in mind the wise words of the most liberal of American judges, judge Learned Hand who once wrote — The Spirit of Liberty, p 110:

… while it is proper that the people should find fault when the judges fail, it is only reasonable that they should recognise the difficulties … Let them be severely brought to book, when they go wrong, but by those who will take the trouble to understand.

I shall now try to help you take the trouble to understand the oral findings of the Court of Appeal. First of all we will look at what the New Straits Times, Saturday, May 23, 2009 has to say:

PUTRAJAYA. … In allowing the appeal by Datuk Seri Zambry Abdul Kadir that he was constitutionally appointed as Mentri besar by the sultan on Feb 6, Court of Appeal judge Datuk Md Raus Sharif said there was no clear provision in the state Constitution that a vote of no confidence against Nizar must be taken in the assembly.

Raus, who sat with Datuk Zainun Ali and Datuk Ahmad Maarop to hear submissions on Thursday, said Nizar had on February 4 made a request to the sultan to dissolve the assembly under Article 16 (6) because he no longer enjoyed the support of the majority assemblymen.

He said Nizar had no choice but to resign once the ruler declined to dissolve the assembly.

“There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution for a vote of no confidence to be taken in the legislative assembly,” Raus said in a five-minute oral ruling before a packed court room.

That was all. That is the gravamen of the five minute decision. What the Court of Appeal has said above as reported in the New Straits Times had also been said by Mr Justice Abdul Aziz in the High Court in his well considered judgment - 78 pages on A4 paper. This is what the High Court judge said, at p 30:

It is not in dispute that His Royal Highness had exercised the royal prerogative in this case pursuant to Article XVI (2) (a) and (6) of the Perak State Constitution. However the applicant [Nizar] is not asking the Court to review His Royal Highness' prerogative to appoint the respondent [Zambry] as MB Perak or His Royal Highness’ prerogative to withhold consent to dissolve the State Legislative Assembly. The applicant concedes that the two royal prerogatives are not subject to review and non justiciable. That is the reason, the applicant [Nizar] said, His Royal Highness was not made a party to the present disputes.

And at pp 36, 37 Abdul Aziz J also said:

Under Article XVI(2) of the Perak’s State Constitution His Royal Highness shall appoint as Mentri Besar a member of the State Legislative Assembly who in His Royal Highness’ judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly. …

I never had any doubt that the exercise of the royal prerogative to appoint a Mentri Besar pursuant to Article XVI(2) Perak’s State Constitution is solely based on personal judgment of His Royal Highness and that His Royal Highness may resort to any means in order to satisfy himself and accordingly to form his judgment as to whom who is likely to command the confidence of the majority of the State Legislative Assembly that he can be appointed as the Mentri Besar to lead the Executive Council.

I also have no doubt that His Royal Highness has absolute discretion with regard to the appointment of a Mentri Besar and the withholding of consent to a request for the dissolution of the State Legislative Assembly. This is plain and obvious from the reading of Article XVIII (1) and (2) (a) and (b) of Perak’s State Constitution. The High Court judge even agreed, at p 37:

… that if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council,…

So then, how could the Court of Appeal overrule the judgment of the High Court when the higher court substantially agrees with the judgment of the High Court? The newspaper report is not very clear on this point as we are still unaware of the reason for overruling the judgment of the High Court judge.

However, according to the report in the New Straits times, Raus JCA did say, “There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution for a vote of no confidence to be taken in the legislative assembly.”

So what if there is no provision for a vote of no confidence in the Legislative Assembly? The High Court had found that Nizar is still the Mentri Besar. To overrule the decision of the High Court, the Court of Appeal must explain why the judge of the High Court was wrong in finding that Nizar is the Mentri Besar.

The newspaper had even suggested that it could be implied in the ruling of the Court of Appeal that the Ruler had sacked the incumbent Mentri Besar Nizar:

The unanimous Court of Appeal ruling yesterday seems to suggest that a head of state can sack the incumbent head of government once it was determined that the politician ceased to command the confidence of a majority of the elected representatives.

The newspaper is wrong. That was not the finding of the Court of Appeal. In any case the monarch has no power to dismiss a Mentri Besar — there is no provision for it in the Perak Constitution. The trial judge Abdul Aziz J in his judgment has explained why he found that Nizar is still the Mentri Besar. This is how he puts it — see p 54 of his judgment:

It is true the request may be made only under two provisions of Perak’s State Constitution i.e. Article XVI(6) and Article XXXVI (1) and (2). But the circumstances under which the request can be made are unlimited. The request under Article XVI(6) is specific to a situation where the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority in the State Legislative Assembly; whereas under Article XXXVI (1) and (2), [the] situation is unlimited. It is up to the Mentri Besar to choose his time to make the request. However once a request is made under whichever of the two provisions, it is entirely up to His Royal Highness’ discretion whether to grant or [not to grant] the consent to dissolve the State Legislative Assembly.

Then at pp 56-58 the High Court judge comes to this conclusion:

In my view it is alright if His Highness takes upon himself to determine who commands the confidence of the majority in the State Legislative Assembly that he can appoint as the Mentri Besar. Such determination however is only good for the purpose of appointing a Mentri Besar pursuant to Article XVI(2)(a) Perak State Constitution. This is so because that provision speaks of ‘who in his judgment is likely to command the confidence of the majority’. The language used therein requires the exercise of a personal judgment on His Royal Highness.

But the same thing cannot be said with regard to Article XVI(6) in deciding whether the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly. In this case His Royal Highness, through his enquiries has judged that the respondent [Zambry] has the support of the majority. But that finding does not necessarily mean His Royal Highness can form an opinion that the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative assembly.

One reason for this is that the expression ‘in his judgment’ is not used in Article XVI(6). I am of the view that just because His Royal Highness had formed a judgment that the respondent [Zambry] is likely to command the confidence of the majority for the purpose of Article XVI(2)(a) to appoint the respondent [Zambry] as Mentri Besar it does not mean that His Royal Highness’ opinion or judgment is applicable in deciding that the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly.

In another word, one cannot say that because His Royal Highness has judged that the respondent [Zambry] is likely to command the confidence of the majority in the Legislative Assembly therefore the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly. I would say that the personal opinion or judgment of His Royal Highness is irrelevant to the construction of Article XVI(6).

The [other] reason is that Article XVI(5) Perak State Constitution states that the Executive Council shall be collectively responsible to the Legislative Assembly. Under Article XVI(2)(a) the Mentri Besar is appointed to preside over the Executive Council. Article XVI(6) speaks of “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly …”. Reading these three provisions in Article XVI Perak State Constitution it is logical and in fact Article XVI(6) requires it to be so, that it is the Legislative Assembly that determines whether it has confidence in the Mentri Besar as the Head of the Executive Council. The Legislative Assembly may make the determination through a vote of no confidence against the Mentri Besar. (The emphasis is mine)

It seems to us ordinary folk that the Court of Appeal has missed the point. They decided that Zambry was properly appointed Mentri Besar under Article XVI(6). That is not correct — he could only be appointed under Article XVI(2)(a). Since there cannot be two Mentri Besar and Nizar the incumbent Mentri Besar has not resigned and, further, since the legislative assembly did not decide if he has ceased to command the confidence of the majority of the members of the assembly, Nizar, unquestionably, is still the Mentri Besar of Perak.

Nizar’s case was that Article XVI(6) speaks of “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly”. The poser is who is to decide “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly” under Article XVI(6)? Certainly not the Ruler because the phrase “in his judgment” — which is used in Article XVI(2)(a) — is not used in Article XVI(6). If it is not to be the Ruler then who is to decide “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly”?

The answer is in Article XVI(6) itself — only the Legislative Assembly itself could decide if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Assembly. Article XVI(6) clearly states that the Mentri Besar who no longer commands the confidence of the majority of the Legislative Assembly “shall tender the resignation of the Executive Council”. This has to be done “unless at his [the Mentri Besar's] request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly”. But Mentri Besar Nizar could not admit that he ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly because he would not know until a vote has been taken at the Assembly to determine so. Only the Assembly itself would know if a vote is taken to determine whether the Mentri Besar has lost the confidence of the majority of the members of the Assembly.

Now that you have understood the five-minute decision of the Court of Appeal as well as the well considered judgment of the trial judge, you should be able to severely bring to book the judges of this Court of Appeal since you are now aware if they have done wrong.

Before I sign off, I wish to say a few nice words to the High Court judge. Mr Justice Abul Aziz Abdul Rahim is a fantastic judge. The judgment, especially the piece on the interpretation of Article XVI(6), is so good that it has persuaded me to change my mind on my view of Article XVI(6). If you remember my first article, I have expressed an opinion on Article XVI(6). Now I know I was wrong — and I have to thank Abdul Aziz J for showing me the way. — loyarburok.com

* Justice NH Chan is a retired judge of the Courts of Appeal.

Ulasan: Kadang-kadang kita agak kecewa dengan keputusan Mahkamah kerana bila di nilai semula ada lubang di sana sini. Kalau mahkamah pun buat keputusan se simple itu saja, eloklah rakyat menjadi mahkamah. Lawan tetap lawan.

Matlamat Pendidikan Seks Perlu Penelitian Semula

Oleh Ibnuamir (dari http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/47)

Istilah ‘seks’ dalam Kamus Dewan bererti – sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina dan keinginan syahwat. Manakala ‘seksualiti’ pula-sifat tabii atau dorongan seks; dan ‘seksual’ – berkenaan seks; persetubuhan antara lelaki – perempuan. 

Adakah hal ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan aspek moral dan akhlak? Ini kerana, pendidikan seks pernah diusahakan di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain. Hakikatnya, ia tidak menolong dalam mengurangkan kegawatan moral yang berkait rapat dengan aktiviti seksual remaja. 

Kita perlu mengkaji, adakah pendidikan ini bertujuan mengekang remaja terjebak daripada amalan seks bebas atau mengekang remaja wanita daripada hamil tanpa kahwin, atau mengelakkan kejadian buang bayi yang berleluasa? Ini kerana, setiap persoalan itu menuntut kepada kaedah pelaksanaan yang berlainan pula. 

Menurut kajian Stodghill (1998), Alan Guttmacher Institute (2001) dan Voss & Kogan (2001) di Amerika Syarikat, telah menunjukkan bahawa remaja lelaki melakukan hubungan seks ketika berusia 16 tahun dan remaja wanita 17 tahun. 

Perangkaan ini, menurut pengkaji itu, hampir sama dengan negara maju lain yang menyebabkan peningkatan kewujudan ‘ibu tunggal’ (takrif Barat – remaja hamil sebelum kahwin) saban tahun. Mereka biasanya tidak menggunakan kaedah pencegah kehamilan. 

Ekoran itu, pendidikan seks diperkenalkan di beberapa buah sekolah tinggi. Tapi, ada kritikan juga mengenainya. Iaitu, walaupun pendidikan seks semakin dikembangkan, aktiviti seksual remaja Barat tetap meningkat. 

Akhirnya, segolongan pakar berpendapat bahawa pendidikan seks cuma bertujuan memastikan agar remaja mengetahui dan memahami asas-asas untuk memelihara diri dari hamil dan mengelak dari jangkitan kelamin seperti Aids, siplis dan sebagainya dan bukan mengelakkan mereka dari melakukan seks bebas. 

Menurut Kajian Hubungan Seks Sejagat-Aspek Golongan Muda pada tahun 1999, remaja Malaysia secara purata melakukan seks 72 kali setahun. Kajian itu membabitkan 4,800 remaja dalam lingkungan 16 – 21 tahun bagi mengenal pasti tabiat seks mereka. 
Di Malaysia, menurut kajian itu juga, kira-kira 49 peratus remaja tidak mengguna kondom sebagai alat pencegahan ketika kali pertama mengadakan hubungan seks. Tetapi, kajian itu tidak menjelaskan kenapa mereka tidak menggunakannya. 

Walhal, alat pencegah kehamilan terjual di kaunter secara terbuka di kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7–11 dan lain-lain. Dalam era teknologi maklumat & ilmu yang berkembang, adalah mustahil ramai remaja yang tidak tahu bahawa alat pencegahan itu amat sesuai menyelamatkan mereka daripada HIV dan kehamilan tanpa dirancang. 

Dalam konteks negara kita, mungkin apa yang lebih diperlukan ialah ‘klinik seks’ di mana guru kaunseling diberi latihan, kursus dan bimbingan khusus bagi menyelesaikan permasalahan seksual membabitkan pelajar bermasalah yang terpencil saja dan bukannya pendidikan seks secara terbuka dan umum pula. 

Ini kerana tidak semua hal ehwal seksualiti mesti diajar kepada semua. Mungkin hanya segelintir yang memerlukan ketika tiba waktunya. Ada ilmu yang bersifat eksklusif dan ada ilmu diajar pada ketika murid bersedia. Seperti ungkapan hikmah, ‘apabila murid bersedia, guru akan tiba.’ Justeru, adalah rugi jika guru tiba sebelum murid bersedia. 

Oleh itu, kita berharap supaya ‘Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan’ yang dibentang di Kabinet dapat juga didedah kepada masyarakat supaya dibincangkan bersama secara terbuka. 

Seks adalah perlakuan yang berkaitan dengan ketagihan umpama tabiat merokok. Adakah ketagihan dapat dirawat melalui pendidikan dan kempen sahaja? Ia memerlukan azam sokongan moral dan usaha mewujudkan suasana yang lebih sihat di sekolah. 

Akhirnya, kita haruslah memikirkan kembali - adakah kedudukan pendidikan seks ini wajar dijadikan ‘pendidikan rasmi’ atau ‘pendidikan bukan rasmi’ di sekolah?

Ulasan: Di negara Barat pendidikan seks yang di perkenalkan di sekolah sejak lama dulu ternyata GAGAL membendung seks tanpa nikah. Yang suburnya selama ini ialah bayi dan anak-anak hasil zina. Apakah itik perlu di ajar berenang? Didiklah diri kita supaya menjaga kehormatan dan maruah diri, menjauhi pergaulan bebas dan menjauhi zina.

Himpunan penulis muda bantah keras PPSMI

AKHIRNYA, Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) baru-baru ini menyatakan dengan tegas bahawa mereka sebulat suara telah membantah keputusan PPSMI. Persidangan selama tiga hari itu membawa beberapa kesan yang tersendiri. Acara kali ini adalah acara kali kedua selepas acara di Tanjung Piai, Johor pada 2005…

Ulasan: Majoriti rakyat mahukan bahasa ibunda dalam pembelajaran dan pengajaran matematik dan sains. Yang menolaknya ialah pelaksana PPSMI iaitu kerajaan BN/UMNO. Senang sahaja: Mulai sekarang, jom mengundi selain BN dalam sebarang pilihan raya. Rakyat yang memangkah -  undi dan pilihlah kerajaan yang prihatin dengan rakyat.

Pengundi Penanti berhak tahu penyelewengan pemimpin BN

KETEREH, 26 Mei (Hrkh) Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu menutup diri daripada terdedah pelbagai penyelewengan biarpun tidak menyertai pilihan raya kecil di Penanti. 

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan berkata, Umno tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu yang berlaku sekarang kerana ia membabitkan pemimpin negara. 

Katanya, rakyat perlu diberitahu tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku kerana mereka ada hak di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. 

"Apabila rakyat sudah tahu mereka boleh membuat pilihan sendiri. Ini penting untuk membolehkan sebuah kerajaan yang adil dapat ditegakkan," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini…

Ulasan: Bukan hanya pengundi di Penanti saja tetapi juga semua rakyat Malaysia berhak tahu penyelewengan pemimpin BN. 

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?

PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.
Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat. 

Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya. 

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit…

Ulasan: Semua orang tahu bahawa dalam kebanyakan pilihan raya BN/UMNO merasuah pengundi supaya mengundi BN. Di Penanti pula agak berbeza, BN/UMNO merasuah pengundi supaya tidak mengundi dengan cara mengeluarkan mereka dari kawasan pergi rombongan ke Bukit Kayu Hitam. Lagi-lagi BN/UMNO dengan cerita merasuah pengundi dalam pelbagai bentuk. Apakah dhaif dan lapar sangatkah penduduk Penanti dengan Bukit Kayu Hitam?

Lanjut 6 bulan PPSMI lagi...

Tajuk asal: Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah! 
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh sehingga enam bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan kemarahan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia China, Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.  
   
Beliau yang dihubungi Harakahdaily mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut. 

"Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan? 

"Apa yang meragukan ialah kajian Kementerian Pelajaran Malaysia yang memilih-milih responden untuk menguatkan hujah mereka utk meneruskan PPSMI. Nasib dasar di negara kita samalah dengan kisah Yunani purba iaitu kisah seorang putera raja yg dihukum menolak batu ke puncak bukit. Setiap kali batu sampai di puncak, dewa menekan dari atas dan batu pun melorot balik. Ditolak lagi, begitu juga jadinya hingga akhirnya tak pernah lepas batu itu ke sebelah lereng. Kerana apa? Kerana ada kuasa yang menekan usaha melepaskan batu ke lereng satu lagi," tegasnya. 

Jelas Awang, kisah tersebut samalah dengan nasib dasar-dasar di negara ini seperti dasar ekonomi, dasar kebudayaan, dasar pendidikan dan dasar bahasa. 

Beliau berpandangan dasar tersebut ibarat batu yang ditolak ke puncak bukit iaitu yang hampir berjaya atau separuh berjaya ditolak ke puncak, ditekan ke bawah semua dan berulang kali. 

"Itulah tragedi dalam negara atau masyarakat yang tidak melandaskan sesuatu keputusan pada ilmu dan pemikiran yang jelas. Di satu sisi kita bercakap tentang dasar pembinaan jati diri bangsa dan negara termasuk melalui dasar bahasa, dasar pendidikan serta dasar kebudayaan.Tetapi di sisi lain keputusan tidak selaras dengan dasar, lebih condong kepada asas pragmatisme melulu,"katanya…

Ulasan: Yang banyak songelnya ialah kerajaan BN/UMNO. Bila kerajaan pusat BN sudah tidak prihatin terhadap permintaan majoriti, eloklah rakyat pangkah parti selain dari BN  dalam pilihan raya nanti. Rakyat hakim negara.

Tuesday, May 26, 2009

Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR 26 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pandan, xxxx mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 tuduhan memperolehi rasuah dalam bentuk wang dan kontrak antara tahun 2006 hingga 2007.

xxxx, 43, dituduh menerima rasuah sebanyak RM210,012 dari pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal dan kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Lembah Rimbun sebagai balasan untuk mendapatkan tender bagi Dwisakti.

xxxx ketika itu merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa tender MPAJ. – Utusan

Ulasan: Rasuah dan kebanyakan pemimpin UMNO tidak boleh berpisah. Jawatan menjadi sumber untuk menyedut duit secara tidak sah. Bahagiakah hidup yang menggunakan duit rasuah?

Bimbang trend kahwin lewat

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan bimbang terhadap trend lewat berkahwin di kalangan wanita dan lelaki yang dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang kepada negara.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika trend itu berlaku berterusan, impaknya kepada negara ialah tempoh kesuburan wanita menjadi pendek dan kesukaran mendapat anak.Menurutnya, perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaan kepada wanita dan lelaki sebaliknya sanggup melewatkannya kerana terlalu mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan enggan terikat dengan institusi perkahwinan.''Umur minimum perkahwinan pertama untuk lelaki meningkat daripada 28.6 tahun pada tahun 2000 kepada 28.9 tahun pada masa kini.''Begitu juga dengan usia minimum perkahwinan wanita yang meningkat daripada 27.8 tahun pada tahun 2000 kepada 28.6 tahun masa kini,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini hari ini…Ulasan: Berkahwin lambat walaupun telah ada pasangan? Permudahkan proses pernikahan dapat menjauhi pasangan dari zina. Kerajaan perlu tutup lorong atau lebuhraya ke arah maksiat. Semarakkan kempen bernikah awal elakkan zina. Serulah sesiapa sahaja supaya kembali mengamalkan Islam dalam hidup ini.

Politik huru-hara Perak: MB Rakyat vs MB Mahkamah

Tajuk asal: Mohammad Nizar lebih sesuai
IPOH 25 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memberikan gelaran 'Menteri Besar Mahkamah' kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana beliau yang lebih sesuai menerimanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, orang yang mula-mula mengheret isu itu ke mahkamah ialah Mohammad Nizar dan selayaknya gelaran itu diberikan kepadanya.

"Sebenarnya, yang sepatutnya 'tuan guru' (Nik Abdul Aziz) sebutkan 'Menteri Besar Mahkamah' itu ialah Nizar kerana yang menyerang dan membawa kes ke mahkamah itu bukan saya tetapi beliau yang melakukan proses itu.

"Jadi saya perbetulkan pandangan 'tuan guru' yang saya hormati kerana sebagai manusia biasa, dia buat silap juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin yang menyifatkan beliau sebagai menteri besar mahkamah dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak…

Ulasan: Jangan lupa krisis/polemik huru-hara politik di Perak berlaku bila Najib sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak 'mencuri' 3 ADUN PKR & DAP dan mempersembah mereka sebagai 'kawan' BN di luar ADUN. Secara zahir, seolah-olah Najib cuci tangan, orang lain kena. Perlukah diri berkorban untuk BN/UMNO lagi?

Selangor sokong budaya perhimpunan haram

SHAH ALAM 25 Mei - Kerajaan negeri menyokong tindakan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan budaya perhimpunan haram di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat perhimpunan seumpama itu tidak salah kerana ia salah satu cara menyatakan perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu perkara. 

Katanya, dalam persekitaran global yang terbuka ketika ini, rakyat telah matang dari segi pendapat dan idea lebih-lebih lagi negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama. 

"Malah, dalam dunia komunikasi terbuka ini, mereka (rakyat) terdedah kepada pelbagai maklumat dan idea menerusi media yang tidak terhad. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menutup mata dan telinga mereka," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini…

Ulasan: Berikan peluang kepada polis bertindak secara profesional tanpa gangguan dari orang politik BN/UMNO dalam mengeluarkan permit perhimpunan aman. Kemudian tugas polis menjaga keamanan perhimpunan itu. Kenapa polis kita tidak bertindak professional macam di Barat? Negeri maju mengizinkan perhimpunan aman. Negara yang tak berapa maju pula takut dengan perhimpunan aman yang banyaknya mempersoalkan keadilan di mana-mana lalu di namakan sebagai perhimpunan haram.

Kontraktor disenarai hitam

KOTA KINABALU 25 Mei - Kerajaan akan menyenarai hitam mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek-projek mega di Sabah mengikut jadual ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, tindakan itu wajar kerana kontraktor terlibat hanya merencatkan usaha pembangunan di negeri ini.

"Sebelum menyenarai hitam kontraktor-kontraktor tersebut, kita akan beri amaran dahulu. Selepas itu kalau masih tiada perkembangan kita gantung dan senarai hitam mereka.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan akan membuka tender semula untuk satu-satu projek yang gagal disiapkan mengikut jadual, tetapi cara ini akan memakan masa dan merugikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini…

Ulasan: Telah berpuluh kali perkara yang sama di sebut oleh pemimpin BN. Tapi bolehkah syarikat kroni di senaraihitamkan? Selagi BN memerintah agak sukar di laksanakan. Boleh bila pegawai kerajaan TIDAK lagi makan rasuah.  Selalunya bermula bila syor dari juruukur bahan JKR tidak di berikan perhatian. Sering terjadi, tiba-tiba kontraktor yang tak di kenali mendapat awad projek.

Monday, May 25, 2009

Patutlah Kita Masih Diketawakan Orang

“Saya tidak faham, bagaimana kita menilai dan mengatakan BN mempengaruhi keputusan mahkamah? Boleh kemukakan bukti? Saya juga bimbang jika kita terlalu beremosi sehingga menolak kebenaran dan mengatakan ia adalah palsu semata-mata kerana kebenaran itu tidak menyebelahi kita.

Kalau keputusan Mahkamah Rayuan itu menyebelahi Nizar, rasanya tentu melangit pujian yang kalian akan berikan. Saya fikir itu tidak adil dalam cara kita menilai. Penilaian seperti itu masih ada sentimen politik, emosi dan hawa nafsu.”


                                                               * * * * * * * * * * * 

Petikan di atas adalah sebahagian komen yang masuk ke dalam posting saya, “Angkara BN, Kita Kembali Ke Era Raja Mutlak”.

Benar, saya dan sekian banyak orang Pas akan berperasaan begitu. Bagi kami, ya, BN memang mempengaruhi keputusan mahkamah.

Cuba analisa soalan-soalan ini. Satu, salahkah kami berperasaan begitu? Dua, mengapa kami berperasaan begitu? Tiga, semenjak bila kami berperasaan begitu? Empat, bagaimana perasaan begitu boleh lahir?

Kami beremosi semata-mata? Kami tidak objektif? Orang Pas semuanya sekolah atap sahaja? Tidak faham dan tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah? Kami ikut hawa nafsu, sentimen politik sahaja?

Aduh, patutlah negara ini masih begini.

Negara kita lambat kehadapan, tidak semaju Singapura, tidak sekuat Jepun, tidak segagah China, tahu kenapa? Kerana rakyatnya tiada jiwa melawan, tiada jiwa menentang, tiada jiwa konfrantasi. 

Patutlah orang Melayu masih terkebelakang. Dia diajar bersopan-santun sehingga miliknya yang sekangkang kera dirampas pun, dia masih bersopan-santun dan tidak bangun melawan. "Tak apalah, ambillah kami cari yang lain!" Akhirnya, orang Melayu semuanya ke hutan sebab tanah mereka dirampas orang.

Mereka yang menerima bulat-bulat keputusan Mahkamah Rayuan kemudian berkata, “Cukuplah, hentikanlah setakat itu sahaja. Terimalah dengan hati terbuka, itu takdir. Biarlah…, serahlah…” 

Bagi saya orang itu adalah lemah, tiada jiwa melawan, tiada jiwa berjuang. Orang itu hanya memikirkan keselesaan sendiri tanpa sanggup berpayah bersama masyarakat. Orang sebegini sanggup menyerahkan haknya kepada orang lain jikalau mempertahankan hak itu memerlukan kepayahan dan kesulitan.

Pernah dengar hadis ini? Nabi pernah menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki. Dia pun beredar sambil berkata, “Aku serahkan semuanya kepada Allah, dialah sebaik-baik penolong.” Nabi bersabda kepadanya, “Allah mencela orang yang lemah. Kamu mesti menjadi orang yang cerdik. Jangan menyerah kalah. Apabila telah habis iktiar kamu barulah kamu berkata seperti itu.”

Saya tidak mahu menghurai mengapa kami menegaskan, BN memang mempengaruhi keputusan mahkamah. Bacalah tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh peguam-peguam juga ahli-ahli akademik.

Dalam ilmu lojik Arab, adanya asap membuktikan adanya api. Adanya tahi unta membuktikan adanya unta. Tak mungkin kambing bertahikan unta. Terlalu banyak petunjuk yang membuktikan apa yang kami rasa itu.

Cuma, apa yang saya ingin katakan ialah, kalau kita ingin semaju orang lain, kita perlu membentuk jiwa melawan. Kalau rakyat negara ini ingin setanding rakyat negara lain, rakyat negara ini perlu memiliki jiwa melawan.

Lihat apa yang orang Cina ada. Kemudian, jawab soalan ini, "Mengapa mereka ada itu semua?" Lihat pula apa yang orang Melayu ada. Kemudian jawab soalan ini, "Mengapa orang Melayu tidak ada seperti orang Cina ada?"

Ini sekadar perbandingan bukan mengapi-apikan semangat perkauman.

Inilah kejayaan Umno selama 50 tahun memerintah negara ini. Menjadikan rakyat negara ini berjiwa hamba, berjiwa amah. Mereka berjiwa hamba sehingga sanggup melutut menyembah.

Ayuh Nizar, lawan terus dan jangan undur. Selepas Mahkamah Persekutuan, kalau kita gagal juga, kita gunakan pula mahkamah rakyat.

http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/05/patutlah-kita-masih-diketawakan-orang.html

Ulasan: Lawan tetap lawan.

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? - Prof Dr Aziz Bari

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

"Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".

Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz. 

Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.

Punca : http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/05/mengapa-mahkamah-rayuan-bangkitkan-soal.html

Keputusan Mahkamah Rayuan diakui tepat?

Tajuk asal: Keputusan Mahkamah Rayuan diakui tepat

KUALA LUMPUR 24 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak diterima sebagai berada di landasan yang betul oleh pihak Queen's Counsel dari United Kingdom.


Kata Perdana Menteri, salah seorang ahli Queen's Counsel, Lord Lester yang diminta pandangan perundangan berhubung krisis di negeri itu berpendapat bahawa sistem kehakiman Malaysia berada di landasan yang betul.

"Pendapat oleh Mahkamah Rayuan itu dikongsi oleh pakar undang-undang peringkat antarabangsa seperti seorang Queen's Counsel bernama Lord Lester yang kita telah terima pendapat perundangannya.

"Kalau Queen's Counsel seperti Lord Lester boleh keluarkan pendapat kita berada di atas landasan yang betul seperti mana keputusan Mahkamah Rayuan, janganlah disalah-ertikan atau diberi pandangan negatif terhadap badan kehakiman negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di pusat membeli-belah IOI Mall di Puchong dekat sini hari ini…

Ulasan: Kenapa perlu BN merujuk kepada pakar undang-undang asing? Mungkin sebab pakar tempatan mempersoalkan tindakan Mahkamah Rayuan. Sila lihat Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? – Temuramah dengan Prof Dr Aziz Bari. Sila lihat juga artikel Do take the trouble to understand before you find fault with the judges of the Court of Appeal — NH Chan. 

Cara turun padang berbeza

BALING 24 Mei - Formula turun ke padang untuk mendekati rakyat yang digariskan oleh UMNO bagi menawan kembali hati rakyat negeri ini berbeza dengan cara turun ke padang yang diamalkan oleh para pembangkang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila pemimpin pembangkang turun ke padang untuk bertemu rakyat, mereka hanya tahu bercakap dan menabur janji semata-mata.

"Lain halnya dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila mereka turun ke padang untuk bertemu rakyat.

"Kami datang bertemu rakyat untuk memberi peruntukan, bagi rumah dan kemajuan dan tidak pernah kami datang hanya untuk bersalam kosong," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis ramah mesra UMNO Bahagian Baling dan perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO cawangan itu di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini…

Ulasan: Pembangunan negara adalah tugas asas kerajaan pusat yang di lantik majoriti rakyat. Negara China pun hebat pembangunanya. Salam berisi dari Menteri pun bukan duit parti BN/UMNO tetapi duit rakyat yang di amanahkan kepada kerajaan. Sampai bila agaknya kerajaan BN akan berhenti menggunakan hujah bodoh yang membodoh-bodohkan rakyat?

Rampasan Kuasa di Perak : Justifikasi Najib

Saya tertarik dengan satu laporan Malaysian Insider hari ini berkaitan krisis Perak. Saya turunkan sebahagian laporan itu:

        Najib also took a swipe at PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who had questioned the           integrity of the judiciary after the Court of Appeal had overruled the High Court.

       "He himself tried to establish federal government by defections," he said, referring to                    Anwar's Sept 16 takeover plan.

        "So, the judiciary is right in saying it is legal," Najib concluded.


1. Najib sering menjadikan September 16 sebagai justifikasi rampasan kuasa di Perak.

2. September 16 tidak berlaku; oleh itu justifikasi itu hipotetikal dan penuh spekulasi.

3. Misalkan Anwar berjaya menarik AP dari BN menyertai PR shingga mencapai majoriti dalam Parlimen. Apa yang masih tidak jelas (dan menjadi spekulasi) bagaimanakah Anwar akan membentuk kerajaan?  

4. Dikelilingi oleh pakar perundangan dan (dia sendiri) kerap menjadi objek perundangan, tidak mustahil Anwar melakukan sesuatu yang berada dalam batasan perundangan.

5. Tidak mustahil Anwar membentuk kerajaan melalui undian tidak percaya kepada Kerajaan BN.

6. Bagaimanapun, itu semua hipotesis; tidak mungkin diketahui sama ada benar atau palsu, kerana Spetember 16 tidak berlaku.

7. Untuk Najib menjadikan September 16 justikasi menghalalkan tindakannya di Perak, suka diterima oleh akal yang waras.

8. Yang lebih menarik, laporan di atas memberi gambaran seakan-akan September 16 menjadi alasan perundangan bagi keputusan Mahkamah Rayuan.

9. Secara perundangannya, PR tidak mempersoalkan tentang pergerakan anggota Pakatan sehingga menjadikan kedudukan dalam Dewan Undangan mungkin memihak kepada BN. Tetapi PR mempersoalkan bagaimana kerajaan baru Perak dilantik?

10. Aneh, sekali, bagi Najib, apa yang Anwar 'mungkin lakukan pada September 16' itu sudah menjadi pemutus bagi Najib untuk kes perundangan yang agak berat. Sesungguhnya, itu satu penghormatan bagi Anwar.

AAR

Ulasan: PR tidak mengumpan dengan duit. Tapi dengan prinsip membela rakyat. Kalau ada satu sen dipersilakan PRSM siasat mengenai hal ini. BN/UMNO pula dengan wang berjuta seperti akuan bersumpah Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye  mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua ADUN dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008. PRSM sudah siasat hal ini? 

Friday, May 22, 2009

Polis tidak dakwa lima peguam

May 22, 09 Tiada sebarang dakwaan akan dikenakan terhadap lima peguam dan 15 orang lagi yang ditahan pada 7 Mei lalu kerana didakwa menyertai perhimpunan haram, demikian menurut polis hari ini.

Mereka dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hadir melapor diri di ibu pejabat polis daerah Brickfields pagi ini.

Lima peguam itu - Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar - ditahan ketika cuba memberi bantuan guaman kepada kumpulan 14 orang yang ditahan mengadakan bantahan di depan balai tersebut.

Mereka, tidak termasuk seorang lagi yang ditahan bersama kumpulan peguam tersebut, ditahan sewaktu menyertai perhimpunan nyalaan lilin sebagai tanda sokongan kepada jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chun Huat.

Wong, juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), direman bawah Akta Hasutan di balai tersebut selepas menyeru orang ramai berpakaian hitam pada hari persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.

Pagi ini, peguam terbabit - kecuali Puspawati yang mengendalikan kes di Shah Alam - tiba di balai polis berkenaan kira-kira jam 10.10 pagi.

Mereka ditemani peguam masing-masing: Latheefa Koya, N Surendran dan Lim Chee Wei. Kira-kira 20 orang peguam lagi turut hadir untuk memberi sokongan…

Ulasan: Kenapa polis tidak dakwa? Apakah polis mahu menunjukkan kuasa terhad yang ada kepada peguam-peguam itu. Permainan ini seolah menguji siapa yang tahan di uji: Di tangkap polis dan di bebaskan tanpa pendakwaan. Kenapa polis suka sangat menggunakan wang rakyat?

Tiga konstabel polis ditahan disyaki rogol remaja Indonesia

22/5/09 KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes merogol seorang remaja warga Indonesia ditahan di Serdang, petang semalam.

Ketiga-tiga konstabel berumur 22 hingga 26 tahun itu yang bertugas di Balai Polis Serdang, ditahan sehari selepas remaja berusia 17 tahun tersebut membuat laporan polis.

Menurut laporan yang dibuat remaja terbabit, dia dirogol kirakira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Serdang.

Mangsa yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dipercayai pendatang tanpa izin.

Difahamkan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ketiga-tiga anggota polis itu hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut. –BERNAMA

Ulasan: Bila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara boleh terjadi terutama bila kita mempunyai sedikit kuasa. Kepada ketua polis – sila galakkan polis bujang supaya bernikah cepat kerana bernikah menundukkan nafsu. Walaupun mereka pendatang tanpa izin bukan bermakna kita mengambil peluang merogol mereka. Bila polis pun lakukan jenayah...

Thursday, May 21, 2009

Kekayaan calon Presiden Indonesia didapati meningkat

JAKARTA 20 Mei - Semua calon Presiden pada pilihan raya Republik Indonesia memiliki kekayaan yang meningkat dengan Megawati Soekarnoputri mencatat peningkatan ketara.

Megawati semasa bertanding pada pilihan raya Presiden pada 2004 mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM26 juta dan semasa pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) semalam mendapati kekayaannya meningkat sebanyak RM18 juta kepada RM44 juta.

Jusuf Kalla pula mencatat peningkatan kekayaan kedua tertinggi daripada RM77 juta pada tahun 2004 kepada RM92 juta kali ini.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula memiliki kekayaan sebanyak RM2 juta pada 2004 dan meningkat kepada RM5 juta kali ini.

Pengisytiharan harta merupakan sebahagian prosedur yang harus dilalui oleh calon-calon yang ingin bertanding jawatan Presiden dan Naib Presiden pada pilihan raya Presiden Indonesia…

Ulasan: Patutlah ramai suka jadi Presiden terutama di negeri yang mundur. Minimum dapat tingkatkan kekayaan peribadi di atas nama menolong rakyat yang tertindas.
Bagaimana pula dengan kekayaan Perdana Menteri dan semua Menteri di Malaysia pula?

Kabinet Palestin dirombak

RAMALLAH 20 Mei - Sebuah kerajaan baru Palestin yang diketuai sekali lagi oleh Perdana Menteri pro-Barat, Salam Fayyad mengangkat sumpah jawatan semalam.

Kabinet baru itu mengangkat sumpah di hadapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Seramai 10 daripada 23 menteri adalah anggota Fatah, manakala selebihnya daripada pertubuhan lain.

Tidak ada seorang pun tokoh Hamas dilantik menganggotai Kabinet Palestin, yang telah berikrar tidak akan mengiktiraf kerajaan baru itu…

Ulasan: Yang kita tahu tiada pilihan raya. Mana datangnya kerajaan baru Palestin? Presiden nya pun dah lama habis tempoh. PLO dan Fatah, apa sudah jadi?

Wednesday, May 20, 2009

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; 

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; 

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; 

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; 

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; 

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; 

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; 

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; 

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; 

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; 

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; 

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; 

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Dari: http://kelakarsiot.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

Ulasan: Berhati-hati mencari kawan. Bawalah kawan ke syurga Allah.

Rasuah membimbangkan, indeks persepsi menurun

JOHOR BAHRU 19 Mei - Amalan rasuah di negara ini berada pada paras yang membimbangkan apabila persepsi masyarakat terhadap amalan itu menunjukkan penurunan dari setahun ke setahun.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, daripada skala 10 sebagai skor penuh, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia berada pada skor 7.04 pada 2006, merosot kepada 6.76 pada 2007 dan turun 6.32 pada 2008.

"Kebimbangan tinggi masyarakat sehingga menyebabkan indeks persepsi rasuah yang semakin buruk, dipengaruhi kemunculan banyak kes tangkapan, aduan dan siasatan pada tahun lalu.

"Amalan rasuah ini tidak boleh dihapuskan tetapi kita boleh kurangkan dengan mendadak menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk lebih agresif menangani gejala ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Pertandingan Debat Perdana Integriti Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2009 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah.

Kajian berkenaan pada tahun lalu melibatkan lebih 15,000 responden yang mewakili isi rumah, penjawat awam dan sektor swasta.

Mohd. Tap berkata, persepsi amalan rasuah tinggi secara tidak langsung menjejaskan imej negara di mata dunia apabila pelabur luar enggan datang ke Malaysia.

Katanya, kesan paling ketara apabila ketiadaan pelabur luar akan menghalang kewujudan industri baru untuk membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga tempatan…

Ulasan: Mahu tidak mahu terpaksa berdepan dengan fakta yang semua orang tahu tapi tidak banyak di perkatakan: Kerajaan BN/UMNO pencetus budaya rasuah di negara kita. Kalau pegawai kerajaan Melayu tidak menerima rasuah alangkah indahnya negara ini.

Dilarang hadir selama setahun

SHAH ALAM 19 Mei - Selepas Perak, Selangor pula nampaknya bakal menjadi tumpuan apabila bercadang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun.

Tindakan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor yang bermesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim.

Jawatankuasa itu mendapati bekas Menteri Besar Selangor tersebut bersalah terhadap tiga pertuduhan kerana membuat kenyataan menghina kewajaran mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) menerusi kenyataan di media dan laman blognya.

Chang Khim berkata, DUN akan disyorkan menggantung Mohamad Khir enam bulan bagi setiap pertuduhan tersebut. Selain itu, kesemua elaun dan keistimewaan yang diterimanya sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) juga dicadang digantung untuk tempoh tersebut.

Bagaimanapun berbeza dengan di Perak, Chang Khim berkata, hukuman terhadap Mohamad Khir hanya akan dikenakan jika syor tersebut diterima pada sidang DUN Julai ini.

''Syor itu dilakukan setelah jawatankuasa berkenaan mendapati Mohamad Khir bersalah kerana tidak menghadiri pendengaran awam yang dikendalikan oleh Selcat pada Mac lalu.

"Semua syor hukuman itu akan dibentangkan pada sidang DUN sebelum sebarang keputusan diambil,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Bangunan Annex di sini…

Ulasan: Itu baru satu kes. Banyak lagi laporan lama PRSM kalau di buka siasatannya. Yang bersalah akan di hukum seadil-adilnya di bawah PR.

KDN perlu tegas tangani Hindraf - Khir

SHAH ALAM 19 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta bertegas termasuk menahan semula pemimpin pertubuhan haram Hindraf, P. Uthayakumar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terus mempermainkan undang-undang negara.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan itu perlu sebagai langkah melindungi kedudukan undang-undang dan menjaga kestabilan rakyat di negara ini…

Ulasan: KDN perlu tegas dengan semua jenayah tak kira siapa.

BN tak 'sponsor' mana-mana calon bebas

19 May 2009 KL: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menaja mana-mana calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. 

Bercakap dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Umno di sini, tengah hari ini, beliau berkata BN adalah parti berprinsip dan tidak akan terjebak dengan permainan politik pembangkang. 

Semalam, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan BN tidak meletakkan calonnya bertanding di Penanti. 

Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Petaling Jaya, malam tadi berkata, pembangkang mungkin menghadapi calon Bebas yang ditaja Umno di Penanti. / BHM

Ulasan: 1. BN parti yang berprinsip? Atau sentiasa melanggar prinsip? Bila BN mencuri 3 ADUN PR Perak pun berprinsip itu tandanya matinya demokrasi di negara ini. 
2. BN telah lama bermain di alam politik yang tidak rata. Berhati-hatilah Pakatan Rakyat supaya jangan akan terjebak dengan permainan politik BN. 
3. Pemenang Penanti nanti akan di umpan menyertai BN?

Bukan takut tapi protes – Khairy

KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.

“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.

“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang pertama di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini….

Ulasan: PR atau dulunya Barisan Alternatif pernah memboikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam atas alasan SPR berat sebelah, tidak telus, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Akhirnya PRK itu dilangsungkan dengan BN ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang yang berhadapan dengan calon BN Abdul Aziz Md Kiram (http://mutaligat.blogspot.com/2009/05/boikot-pilihanraya-dulu-pr-protes-kini.html). Juga lihat http://malaysia-baru.blogspot.com/2007/01/pas-keadilan-boikot-pilihan-raya-batu.html

Setakat ini perangai SPR mengikut kerajaan Pusat iaitu tidak berubah pun. Oleh sebab itulah rakyat melihat bahawa BN memboikot PRK Penanti kerana takutkan rakyat akan menghukumnya. Rakyat telah di zalimi berpuluh-puluh tahun di bawah BN.
 

BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti?

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya. 

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka…

Ulasan: Memang BN mempunyai asas kukuh kerana takut dikalahkan lagi dan lagi setelah ramai rakyat sedar kebobrokan BN/UMNO sepanjang memerintah negara. Apakah BN sudah jadi baik lalu tidak mahu membelasah parti pembangkang? Selama ini peranan tradisi media massa kerajaan BN ialah untuk membelasah parti pembangkang.

Sila lihat juga http://malaysia-baru.blogspot.com/2007/01/pas-keadilan-boikot-pilihan-raya-batu.html

Tuesday, May 19, 2009

UMNO Ibarat Kapal Yang Hampir Karam

UMNO suatu ketika dulu dianggap sebagai parti keramat, parti yang menyelamatkan bangsa melayu. Tanpa UMNO, tiadalah Melayu. Itulah falsafah orang Melayu pada beberapa dekad yang lalu. Zaman sekarang yang serba moden, falsafah itu sudah tidak lagi digunakan, cuma mungkin diamalkan oleh sesetengah orang yang berotak kemetot. Yang masih setia rata-ratanya terdiri daripada pengundi di saluran 1. Dahulu parti ini disokong kuat oleh orang Melayu, sehinggakan parti saingannya, yang juga merupakan parti Melayu, iaitu PAS, gagal menyaingi popularitinya.

Ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PAS ketika dulu kurang mendapat sambutan, terutamanya di sebelah negeri Pantai Barat dan juga Selatan. Pernah Mohamad Sabu menceritakan semasa berceramah di Negeri Sembilan pada tahun 80-an dulu, "tukang bagi ceramah 5 orang, yang dengaq 3 orang,". Di Johor pula, sampai peringkat Almarhum Ustaz Fadzil Noor berdoa, "semoga tumbuhan dan pokok kayu beriman kepada Allah, kerana manusia sudah tak mahu lagi beriman," kerana jumlah pokok yang mendengar ceramah melebihi jumlah hadirin! Namun, itu semua berlaku pada waktu dulu. Parti UMNO ada pasang surutnya. Pernah mengalami kekalahan di dalam PRU pada tahun 1969, 1990, dan 1999. Tapi oleh kerana terlalu lama berkuasa, mereka merasakan negara ini beserta hasil mahsulnya milik mereka sejak dari dulu hingga ke cucu cicit.

Benih-benih penyelewengan beserta korupsi bermula pada zaman Madey, PM ke-4. Lahir pula kronisme, nepotisme, amalan politik wang, yang kemudiannya membarah sehingga hari ini, dan sukar untuk dibendung atau dihapuskan. Bermula pada zaman itulah mahkamah, polis, BPR, dan lain-lain menjadi talibarut pemerintah. Amalan demokrasi pula semakin ditindas. Dan semua perkara negatif ini berkembang dan bertambah ketara semenjak kemenangan besar UMNO/BN pada 2004, dan di bawah pemerintahan Dollah Badawi. Segala kepincangan yang berlaku di dalam negara ini, bermacam-macam isu, barang naik, indeks jenayah meningkat, menyebabkan rakyat sudah mula menjauhkan UMNO/BN. Tengok sajalah rasuah beserta politik wang yang berlaku di dalam UMNO menjelang Perhimpunan Agung. Calon yang didapati mengamalkan politik wang dibenarkan bertanding, serta masih lagi kekal menjadi Ketua Menteri.

UMNO sekarang ini mempunyai Ketua Pemuda yang rasuah, dan tidak terpilih menganggotai kabinet. UMNO semakin suram, terutama sayap Pemudanya. Gagal menambat hati pengundi muda, yang majoritinya lebih cenderung kepada parti haluan kiri. Pemuda UMNO tidak lagi segah seperti mana zaman Dato' Harun Idris dan juga pada zaman Anwar Ibrahim pada tahun 80-an (foto). Mohd Ali Rustam, dibuktikan rasuah, dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi PM masih lagi membenarkannya mengetuai negeri Melaka. Di mana maruah UMNO Melaka? Berketuakan seorang perasuah.

UMNO sekarang ini sudah tidak relevan, Kalau dahulu, di mana-mana Pilihanraya Kecil, pasti mereka akan menang, sekarang, tengok sajalah, semenjak kalah teruk pada PRU ke 12, mana-mana PRK di adakan di semenanjung, BN pasti akan menemui kekalahan. Sekarang tidak mahu bertanding di Penanti, takut kalah. Bekas tahanan ISA, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, baru saja mengugut mahu letakkan jawatan, cepat-cepat kerajaan membebaskannya daripada ISA, takut PRK diadakan di sana pula. Isu Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, mana ada lagi pemimpin UMNO yang menyuruh dia meletakkan jawatan, kerana bimbang akan berlaku pula PRK di sana! Di Perak? Mereka akan sedaya upaya memastikan agar DUN tidak dibubarkan, walaupun pemimpin Gerakan, beserta Timbalan Presiden MCA Chua Soi Lek, dan juga bekas pemimpin UMNO sendiri, Ku Li bersetuju agar DUN dibubarkan.

UMNO sudah menuju ke zaman kehancuran, mereka sudah tidak lagi mahu diterima oleh rakyat. Menunggu masa saja untuk ditalkinkan. Bahtera yang gah satu ketika dulu sudah bocor di sana-sini, dan akan tenggelam pada bila-bila masa, umpama kapal Titanic!

Dari: http://reformisjalanan.blogspot.com/2009/05/umno-ibarat-kapal-yang-hampir-karam.html

Ulasan: Sesuatu parti boleh datang dan pergi. Yang penting negara dan RAKYAT sentiasa mendapat manfaat dari kewujudan ssesuatu parti. Bila sesuatu parti tetap hidup tetapi menyusahkan negara dan rakyat, maka kita tentulah terlalu sudi melepaskannya pergi dan karam. 

Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia

Semalam telah selesai membaca buku Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia yang di tulis oleh Wira Daratan Dato’ Hassan Nawawi Abd. Rahman yang di terbikan pada 2003 di Shah Alam oleh Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd. Pengembaraan beliau dan adiknya mengambil masa 389 hari (4/1/01- 27/1/02) meliputi 18 buah negara sejauh 26,565 km.

Dalam perenggan terakhir di muka surat 276, pengarangnya menulis: Alhamdulillah, kini harapan dan impian sudah jadi kenyataan. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia akan mencipta sejarah sendiri dalam bidang yang diminati, asalkan ada impian dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh. Tiada ada yang mustahil bagi orang yang berkata “Saya boleh”.

Ulasan: Asalkan niat dan caranya baik. Kemerdekaan pun bermula dari dalam diri rakyat yang asalnya terjajah menyebabkan penjajah tidak lagi mendapat tempat dan mereka terpaksa balik ke negara asal. Kita boleh mengalahkan BN/UMNO dan menggantikannya dengan kerajaan yang lebih baik yang prihatin kepada rakyat kalau kita ada impian dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh.

Perompak panik van bawa wang RM4 juta tiba-tiba terkunci

KUALA LUMPUR 18 Mei - Kegembiraan tiga penjenayah yang melarikan sebuah van keselamatan yang dipercayai membawa sejumlah besar wang tunai tidak bertahan lama, apabila kenderaan itu berjaya dikunci oleh sistem keselamatan automatiknya.

Penjenayah terbabit hanya sempat melarikan kenderaan itu sejauh beberapa ratus meter dari lokasi rompakan sebelum sistem keselamatan kenderaan diaktifkan menyebabkan ia terhenti dan terkunci secara automatik di Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras di sini hari ini.

Bagaimanapun, kesemua suspek berjaya meloloskan diri. 

Polis bagaimanapun setakat ini belum dapat menentukan sama ada suspek dapat melarikan wang tunai dalam van itu atau sebaliknya….

Ulasan: Gunakan kreativiti akal kita untuk mencari rezeki yang halal. Merompak adalah haram.

Contohi Sabah haram import babi

KUALA LUMPUR 18 Mei – Langkah mengharamkan pengimportan babi dan semua produk haiwan itu bagi mengawal penularan wabak selesema babi -influenza A (H1N1) - ke seluruh negara perlu dilaksanakan secara konsisten oleh semua kerajaan negeri.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, tindakan kerajaan Sabah untuk mengharamkan import babi dan semua produk haiwan itu perlu dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Semua pihak perlu bertindak secara proaktif untuk mengawal penularan wabak influenza A (H1N1) di negara ini jika terdapat bukti kukuh menunjukkan virus itu berpunca daripada babi.

“Langkah-langkah yang bertujuan melindungi keselamatan rakyat harus dilaksanakan secara telus sebelum wabak tersebut mengorbankan nyawa rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Sabah mengharamkan import babi dan semua produk haiwan itu sebagai langkah mengawal wabak influenza A (H1N1) menular ke negeri itu.

Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Yahya Hussin berkata, notis larangan itu sudah dihantar kepada semua syarikat pengimport makanan sejuk beku yang berkuatkuasa pada 28 April lalu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, larangan tersebut termasuk import produk babi dalam tin dari Semenanjung dan Sarawak.

Marimuthu berkata, golongan pengguna boleh memilih berhenti makan daging babi dan produk haiwan itu buat sementara waktu dan menggantikannya dengan makanan lain sebagai langkah berjaga-jaga.

“Lagi pun mereka tidak akan mati kerana tidak makan daging babi,” ujar beliau…

Ulasan: Eloklah tinggalkan makan daging babi kerana berbagai penyakit yang di bawanya. Kata orang, apa yang kita makan mempengaruhi kelakuan kita. 

Sultan tidak boleh singkir Nizar

KUALA LUMPUR 18 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar memandangkan beliau memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda.

Sebaliknya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, ini jelas terkandung dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.

''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain.

''Maksudnya, dengan pelantikan tersebut, Menteri Besar memimpin negeri melalui barisan Exco dan menasihatkan baginda berhubung hal ehwal negeri seperti yang termaktub di bawah Perkara 18(1) Perlembagaan negeri Perak,'' katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu menyatakan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat yang diperoleh pihak media hari ini.

Pada 11 Mei lalu, beliau membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam keputusan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku responden untuk menangguhkan perintah perisytiharan itu sehingga rayuan didengar.

Rayuan Zambry yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakimannya juga menyatakan, walaupun Sultan Perak selepas menemui anggota DUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah membuat pengadilan yang Zambry mendapat sokongan majoriti, baginda tidak sepatutnya berpendapat bahawa Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

''Satu alasannya ialah pernyataan 'dalam pengadilannya' tidak digunakan dalam Perkara 16(6) perlembagaan tersebut,'' ujar beliau.

Menurut hakim tersebut, pengadilan atau pendapat peribadi Sultan Perak adalah tidak relevan kepada tafsiran Perkara 16(6) UTKP, selain daripada alasan bahawa Exco kerajaan negeri seharusnya bertanggungjawab kepada DUN.

''Ia adalah mengikut logik pada peruntukan Perkara 16(5),16(2)(a) dan 16(6) UTKP malahan Perkara 16(6) memerlukan DUN yang menentukan sama ada mereka mempunyai kepercayaan atau tidak kepada Menteri Besar sebagai ketua Exco kerajaan negeri,'' ujar beliau.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga menyatakan jika dakwaan Zambry mendapat kepercayaan majoriti selepas memperoleh sokongan daripada tiga lagi ADUN adalah benar dan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengapa Zambry tidak memohon perkara yang sama.

''Mengapa responden (Zambry) yang mewakili BN tidak memohon perkenan baginda untuk mengadakan sidang khas DUN supaya usul undi tidak percaya boleh dibuat dan diterima terhadap pemohon (Mohammad Nizar).

''Dengan cara itu, ia lebih menepati amalan dan prinsip demokrasi,'' kata beliau.

Di akhir penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut membenarkan permohonan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar untuk tidak meneruskan tuntutan ganti rugi, taksiran serta diadakan inkuiri dan perintah kos.

Ulasan: Sultan hanya lantik MB tapi tak boleh singkir MB. Itulah yang rakyat faham selama ini. Nampaknya rakyat lebih faham kerana mereka rajin membaca pandangan pakar. 

Tiada calon di Penanti

KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. 

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan…

Ulasan: Baguslah dengan BN tidak menyertai PRK ini duit rakyat tidak di bazirkan dengan merasuah pengundi seperti yang berlaku sebelum ini. Rupa-rupanya BN takut juga dengan apa yang di istilahkan mereka sebagai helah Pakatan Rakyat. 

Tapi keADILan serta Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan helah BN/UMNO seperti yang di ceritakan dalam http://pendikargunung.blogspot.com/: 'Tapi PR jangan seronok sangat Umno tak bertanding. Umno parti lama, macam orang tua, banyak tipu daya. Hai...hang tau dak depa tak bertanding, tapi depa main 'baling batu sembunyi tangan', tau" 

"'Baling batu sembunyi tangan'?. Maksud hang?", tanya saya. 

"Depa akan taja calon bebas, kempen untuk calon bebas, biayai kempen untuk calon bebas dan iklankannya di TV, macam calon Umno juga. Orang Umno akan diseru pilih calon bebas tajaan Umno. Mungkin menang tu tidak, tapi kalau calon bebas ni dapat undi ribu-ribu itu dah kira baik, tau. Lepas pilihanraya selesai Umno akan kata: tengok, PKR dengan bebas pun terkial-kial untuk menang, majoriti tak banyak! Akhbar-akhbar akan buat analisis pengaruh PKR semakin merosot, makin ramai yang menolak PKR di Pulau Pinang!", katanya.'