Wednesday, November 29, 2006

Bil air diseleweng -- Keng Yaik: Perbuatan ‘bisa diatur’ punca kerugian JBA negeri

PULAU PINANG 28 Nov. – Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik mengesyaki wujud penyelewengan dalam urusan pengeluaran bil air oleh syarikat pemegang konsesi dan Jabatan Bekalan Air (JBA) negeri-negeri.
Dengan menyifatkannya sebagai perbuatan ‘bisa diatur’, beliau berpendapat, gejala itu adalah punca ada syarikat konsesi dan JBA negeri yang merekodkan kerugian air tanpa hasil (NRW) sehingga mencecah lebih 50 peratus.
Katanya, penyelewengan tersebut banyak membabitkan syarikat gergasi yang menggunakan air sehingga bilnya mencecah ratusan ribu ringgit sebulan…(UM 29.11.06).

Ulasan: Kalau orang biasa terlambat sedikit membayar bil sudah kena potong airnya. Negara ini milik rakyat atau negara milik syarikat gergasi?

Jangan bercakap saja. Tindakan adil sewajarnya nampak di lakukan. Kalau berlaku penyelewangan, BPR pohon pantau.

Rasuah: BPR diarah bertindak

PORT DICKSON 28 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak segera menyiasat aduan rasuah dan menghadapkan mereka yang didakwa melakukan jenayah itu ke mahkamah tanpa mengira mereka ‘orang besar’ atau ‘orang kecil’.
Menurut Perdana Menteri, BPR perlu menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu laporan polis jika mereka yakin maklumat yang diterima berhubung sesuatu kes rasuah benar-benar berasas…(UM 29.11.06).

Ulasan: Jangan halang BPR menyiasat orang tertentu dan jangan pengaruhi mahkamah dalam sebarang bentuk. Fair & square: Rakyat jadi selamat bila siapa saja membuat salah kena tindakan yang adil.

Tuesday, November 28, 2006

Pelajar IPT tak terbabit pelacuran

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata kes pelacuran kanak-kanak seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin tidak membabitkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Mustapa berkata, sepanjang 35 tahun iaitu daripada 1971 hingga 2006, hanya 3,818 kes salah laku membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan.
Beliau berkata, jumlah sebanyak 3,818 itu hanya menunjukkan purata sebanyak 100 kes setahun. Daripada jumlah itu, katanya, kes khalwat di kalangan pelajar IPT paling tinggi iaitu 735 kes."Selain itu, penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107)," …(BH, 27.11.06).

Ulasan: Memanglah kajian itu melibatkan pelacuran di kalangan kanak-kanak (berumur kurang 18 tahun), tidak termasuk pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Tapi majalah Mastika yang baru ada menyiarkan pengakuan pelajar IPT yang melacurkan dirinya…
Bagaimana anak haram yang di lahirkan oleh siswi akibat khalwat? Kerajaan yang benar-benar sayangkan rakyatnya perlu laksanakan sesuatu supaya jalan-jalan zina di tutup serapat mungkin.

Perhimpunan UMNO: Tiada sebab berasa cemas

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak ada sebab untuk mana-mana pihak berasa cemas dengan kelantangan beberapa perwakilan UMNO memperjuangkan isu-isu Melayu pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini…(UM).

Ulasan: Kokok berderai-derai, macam nak runtuh Bangunan PWTC dek gema pejuang Melayu tapi tanpa Islam, agama sebagai sandaran yang kukuh, tak ada apa-apa kehebatan kita. Lepas perhimpunan kebanyakannya balik dengan agenda peribadi untuk mengumpulkan harta, wang dan nama di sebalik nama perjuangan bangsa. Bukan setahun dua.

Rakyat jemu mendengar hujjah lama orang politik UMNO perjuangan orang Melayu belum selesai….walaupun UMNO berkuasa penuh dalam politik di Malaysia. Nak lagi?

Yang sebenarnya kaya ialah towkay-towkay di belakang kebanyakan orang politik UMNO. Orang lain jadi kaya tapi kita menyembah towkay kafir walaupun kelihatan hebat di mata pengikut.

‘Kerajaan Thailand terdahulu bunuh suspek pemberontak’

BANGKOK 27 Nov. – Panglima Tentera Darat Thailand, Sonthi Boonyaratglin hari ini mendedahkan kerajaan sebelum ini telah membunuh suspek pemberontak yang diserahkan oleh Malaysia kepada Thailand…(UM).

Ulasan: Sampai hati negara kita mempersembahkan saudara kita untuk di bunuh oleh kerajaan Thai tanpa melalui mahkamah. Sila buktikan suspek bersalah dahulu.

Malaysia terkejut laporan Thailand bunuh suspek pemberontak

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Wisma Putra melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan kerajaan Thailand mengaku membunuh suspek pemberontak yang diserahkan oleh kerajaan Malaysia kepada negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan yang diambil kerajaan Thailand itu jelas melanggar aku janji yang telah dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.…(UM 29.11.06).

Ulasan: Ye ke? Semudah itu dan amat mengecewakan.

Thursday, November 23, 2006

Jangkitan HIV setiap 8 saat

GENEVA: Jangkitan HIV, virus yang membawa kepada Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) berlaku setiap lapan saat dan meningkat di setiap benua serta paling teruk di Uganda dan Thailand meskipun dua negara itu dianggap mencapai kejayaan melawan Aids.
Seramai 39.5 juta orang dewasa dan kanak-kanak dijangkiti HIV di seluruh dunia, paling banyak berlaku di timur Asia dan timur Eropah serta tengah Asia, kebanyakannya berpunca daripada penyalahgunaan dadah dan seks rambang, dedah agensi UNAIDS dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin.
Selain itu, jangkitan HIV berlaku setiap lapan saat yang bermakna 11,000 orang dijangkiti setiap hari dan 8,000 lagi yang turut dijangkiti menemui ajal, menurut laporan bersama pertubuhan berkenaan bertajuk ‘2006 Aids Epidemic Update’ (Keadaan Terkini Wabak Aids 2006).
“Bukti menunjukkan sekali lagi bahawa wabak Aids berkembang di semua tempat,” kata Pengarah Eksekutif UNAIDS, Peter Piot, pada sidang media.

Ulasan: Ada dua punca HIV iaitu penyalahgunaan dadah dan seks rambang, zina.
Selagi tidak di bendung kedua punca ini, segala yang di buat hanya menghabiskan peruntukan saja kerana akan ada pesakit HIV dan semakin bertambah.

Sudah tentu ramai orang terlibat dalam zina berbanding penyalahgunaan dadah. Zina mudah berlaku percampuran bebas daripada cara hidup bebas ala Barat seperti yang di amalkan sekarang. Patutlah Dato Maharajalela dan kawan-kawannya sanggup membunuh JWW Birch di Perak dulu kerana inginkan generasi akan datang hidup sihat.

Ceritanya bermula dan kemuncak dengan nafsu menguasai diri dan kemudian berzina. Kemudian melanggani pelacur. Kemudianya menyebarkan secara tak sedar virus penyakit kepada yang di sayangi: isteri dan anak dalam kandungan. Hujungnya terlantar dan menderita dan mendatangkan masalah kepada semua termasuk negara yang mengizinkan tempat maksiat beroperasi secara terang atau haram.

Jangan kita mendekati zina. Kerana sesungguhnya zina satu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan. Lebih 1400 tahun yang lalu Allah telah mengingatkan kita dalam Quran. Sila semak Surah Al Isra, ayat 32.

Anak luar nikah makin ramai di AS

ATLANTA: Kadar wanita bujang melahirkan anak luar nikah mencapai angka tertinggi di Amerika Syarikat dengan hampir empat daripada 10 bayi yang dilahirkan tahun lalu membabitkan golongan itu. Kira-kira 4.1 juta bayi dilahirkan di Amerika tahun lalu, meningkat sedikit berbanding 2004. Lebih 1.5 juta bayi itu dilahirkan oleh wanita yang tidak berkahwin atau 37 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Pada 2004, kira-kira 36 peratus kelahiran adalah hasil hubungan luar nikah.
Selain itu, bilangan pasangan luar nikah yang mempunyai anak semakin meningkat, mencecah 1.7 juta tahun lalu, meningkat daripada 200,000 pada 1970…(BH, 23 .11.06)

Ulasan: Angka ini bagi negara kita pun malah setiap negara akan naik setiap tahun kerana kita terutama belia mengamalkan cara hidup bebas Barat (mulai kebebasan bercampur lelaki-perempuan di ikuti seks bebas, zina).

Amat sedih dan menghairankan kenapa kita – di semua negara yang pernah terjajah sebelum ini - bersusah payah berjuang untuk merdeka dari penjajah barat tetapi seronok mengamalkan cara hidup mereka. Sayang kemerdekaan yang tidak di jaga dengan teliti akhirnya musnah di tangan nafsu sendiri. Setiap yang bermula akan sampai walaupun lambat. Sekarang ini sudah nampak masalah yang dulunya amat di khuatiri dan di geruni : bergaul bebas, zina, anak haram dan menggugur anak secara haram.

Mengapakah wanita sanggup menyerahkan dirinya untuk di zina oleh lelaki yang bukan suaminya yang sah? Tidak ada siapa yang yang boleh membantu mengelakkan tubuhnya dari jamahan lelaki kecuali diri wanita terbabit. Kalau wanita yang betul-betul sayang kepada dirinya mesti sanggup mengelakkan zina dan menjauhi mukadimmah zina. Apa di harap dari hero lelaki yang sanggup berzina kemudiannya menjadi penakut dan menghilangkan diri laksana David Cofferfield.

Pesanan kepada belia: Jagalah tubuhmu, kawal nafsumu dan jangan serahkan dirimu sehingga malam pengantin yang sah.

Jangan kita mendekati zina. Kerana sesungguhnya zina satu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan. Allah telah mengingatkan kita dalam Quran. Sila semak Surah Al Isra, ayat 32.

4 pegawai diarah buat laporan kes balak haram

ALOR STAR: Jabatan Perhutanan Kedah mengarahkan empat pegawainya yang ditugaskan di stesen renjer Hutan Simpan Gunung Inas di Baling, mengemukakan laporan penuh berhubung kegiatan pembalakan haram di situ.

Ulasan: BPR tolong siasat. Rasuah yang berleluasa dalam pelbagai bidang boleh menyebabkan negara jadi ranap. Sudah terang lagi bersuluh. Berikan kuasa sepenuhnya kepada BPR. Jangan ganggu siasatan BPR dan laksanakan keadilan.

Rasuah: Hukuman bekas jurutera ditentukan Jumaat

SHAH ALAM 22 Nov. – Seorang bekas Jurutera Daerah, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kuala Selangor yang sebelum ini dibicarakan atas tuduhan rasuah, hari ini menukar pengakuannya kepada bersalah menerima wang tunai RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh seorang kontraktor.

Ulasan: Ini hanyalah small tip of iceberg. Banyak lagi yang hebat dan jumlah yang hebat. Tanya BPR. Berikan kuasa sepenuhnya kepada BPR. Kalau benar sayangkan Malaysia : Jangan ganggu siasatan BPR dan laksanakan keadilan.

Lesen kelas F terus dibeku

PETALING JAYA 22 Nov. – Kerajaan akan terus membekukan pemberian lesen kontraktor kelas F kepada bumiputera sehingga golongan itu mampu menguasai sepenuhnya bidang keusahawanan.

Ulasan: Semoga hajat itu di capai. Jangan pula guna peluang ini untuk hidup seorang tapi tak kisah untuk jadi ‘pemain tulen’ pun. Bercita-cita besar syarat utama untuk maju.

Kita beli lapan pesawat latihan tempur

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kementerian Pertahanan hari ini memeterai perjanjian perolehan lapan pesawat latihan tempur Fighter Lead-In Trainer (FLIT) Aermacchi MB-339CM buatan Itali bagi melatih bakal juruterbang pesawat generasi baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti F/A-18D dan Sukhoi 30MKM.

Ulasan: Bersiap siaga untuk menggempur musuh.

Tentera Islam ke Iraq? -- Indonesia mahu negara-negara Islam hantar askar

JAKARTA 22 Nov. – Indonesia menyatakan kesediaannya menghantar tentera ke Iraq untuk berkhidmat di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika masyarakat antarabangsa bersetuju dengan penempatan pasukan itu.

Ulasan: Masalah umat Islam kenapa kita tidak selesaikan ikut cara kita? Negara Islam bercakap hebat dan punya imej hebat di hadapan rakyatnya tetapi belum keluar dari kepompong. Go and belajarlah dari amal semasa.

Sindiket asing terlibat -- Punca 80% rompakan mikrocip gagal diselesaikan sejak 1995

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir 80 peratus kes rompakan peralatan komputer dan mikrocip melibatkan kerugian ratusan juta ringgit yang dilaporkan sejak 1995 sehingga kini belum dapat ‘diselesaikan’.
Kegagalan pihak berkuasa itu, difahamkan kerana modus operandi atau taktik rompakan itu telah dirancang dengan begitu licik dan teliti sekali. Perompak berupaya memastikan hasil rompakan itu dibawa keluar dari negara ini dalam tempoh 24 jam atau kurang.

Ulasan: Di zaman yang canggih ini polis dan perompak: Siapa lebih smart? Tentu sahaja menggunakan akal. Lawan tetap lawan untuk pastikan Malaysia bebas dari jenayah.

Wednesday, November 22, 2006

Chinese HIV cases up 30 percent in 2006

BEIJING - Reported cases of HIV and AIDS in China has jumped 30 percent this year, with intravenous drug use the main source of infection, Chinese state media said Tuesday.
The reported number of cases has grown to more than 183,000 this year, up from 144,000 at the end of last year, the China Daily newspaper reported, citing figures from the Ministry of Health.
Of the reported cases, more than 40,000 have developed into AIDS, it said.
http://news.yahoo.com/s/ap/20061122/ap_on_he_me/china_aids

Ulasan: Punca utama HIV dan AIDS ialah penyalahgunaan dadah dan zina. Kalau manusia tidak boleh mengawal nafsu seksnya dan berzina di mana-mana, tunggulah azab dunia. Bagaimana mahu menundukkan nafsu? Senang sahaja. Dalam hidup ini, ikutlah perintah Allah seperti di contohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nafsu tanpa agama sangat merosakkan.

40 peratus penempatan Israel di Tebing Barat haram

BAITULMAQDIS 21 Nov. – Sebanyak 40 peratus daripada penempatan Israel di Tebing Barat didirikan di atas tanah persendirian milik rakyat Palestin.

Tindakan itu sekali gus membuktikan kesemua binaan yang didirikan di kawasan tersebut dibina secara haram, demikian menurut satu kumpulan pemerhati penempatan hari ini dengan menegaskan bahawa pendedahan pihaknya adalah berdasarkan maklumat tentera Israel.

Ulasan: Negara Palestin telah di jajah sejak sekian lama oleh Israel dengan bantuan Amerika dan sekutunya. Penduduk Israel pula menduduki atas tanah persendirian milik rakyat Palestin. Sama sahaja perangai negara dan rakyat Israel. Bebaskan Palestin.

Bahasa Melayu dibenar di selatan Thai

BANGKOK 21 Nov. – Thailand mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kerja bagi pegawai kerajaan di selatan negara ini.
“Kerajaan meluluskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kerja tambahan dan akan memastikan bilangan pegawai kerajaan yang boleh berbahasa Melayu mencukupi,” kata jurucakap kerajaan, Yongyuth Mayalarp.
“Kami akan meminta para pegawai belajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” tambah beliau.

Ulasan: Kerajaan Thai selama ini menzalimi orang Islam penduduk asal wilayah selatan Thai yang berbeza budaya. Hasilnya penentangan gerila berlaku. Paling kurang berikan autonomi kepada orang Islam di selatan Thai.

Sultan kenakan syarat lebih ketat anugerah Datuk di Selangor

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sultan Selangor mengenakan syarat yang lebih ketat termasuk menetapkan usia minimum 45 tahun sebelum seseorang layak menerima anugerah Datuk di negeri itu.

Ulasan: Asalkan Datuk tidak menggunakan pangkatnya untuk buat untung.

Tuesday, November 21, 2006

MT kaji kewajaran siaran langsung perhimpunan UMNO – Najib

PUTRAJAYA 20 Nov. – Wajarkah Perhimpunan Agung UMNO disiarkan secara langsung melalui televisyen?. Jika dibenarkan, apakah para perwakilan yang membahaskan usul-usul perlu diingatkan supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan sebagainya.

Ulasan: UMNO kena ingat bahawa TV1 dan TV2 milik kerajaan Malaysia bukannya milik peribadi UMNO. Nak guna TV1 dan TV2 kenalah bayar. Atau kita seragamkan supaya parti-parti politik lain yg ada di Malaysia boleh menggunakannya percuma.

Monday, November 20, 2006

Saranan guna dwibahasa Matematik, Sains UPSR

KUANTAN 19 Nov. – Kerajaan digesa memperkenalkan soalan mata pelajaran Matametik dan Sains pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu menjelang 2008.

Ulasan: Jimat kos dengan menggunakan satu bahasa saja.

Friday, November 17, 2006

Syarikat tujuan khas bekal bahan binaan

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno menggesa ditubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) di kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memecahkan dominasi atau kartel dan rangkaian pembekalan bahan binaan yang ketika ini dikuasai bukan Bumiputera.
Exco pergerakan itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican, berkata SPV akan berperanan sebagai pembekal utama bahan binaan kepada semua kontraktor Bumiputera yang memperoleh kontrak kerajaan melalui skim pembekalan secara lebih sistematik.
Beliau berkata, SPV itu dapat menghapuskan ketirisan dalam kontrak kerajaan yang telah menyebabkan keuntungan ratusan juta ringgit yang sepatutnya menjadi milik orang Melayu berpindah ke tangan pihak lain.
Memberi contoh ketirisan tidak disengajakan, beliau berkata, daripada keseluruhan nilai kontrak kerajaan, 15-20 peratus adalah upah, kos pengurusan dan bahan binaan (60 peratus) dan kos perkhidmatan seperti kos kewangan, insurans, pengangkutan dan sewaan (20 peratus).
"Pemerhatian Pemuda mendapati hampir 80 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan pergi ke tangan bukan Melayu. Ini kerana pembekal bahan binaan terdiri kaum Cina yang wujud dalam rangkaian kartel yang begitu kuat sejak sekian lama.
"Jika sudah begitu senarionya, apa erti Agenda Melayu jika kontrak yang bernilai RM1 juta umpamanya, hanya 20 peratus saja yang dinikmati kontraktor Melayu manakala selebihnya berpindah ke tangan bukan Melayu," katanya.

Ulasan: Kenapa kaum China perlu bolot semua peluang berniaga? Perlu ingat bahawa we are sharing the world. Ingat: Bolot dan kunci pintu semua peluang, yang tertindas akan menderita, 13 Mei berlaku lagi...

Kegiatan pengacau perpaduan dipantau

PERMAISURI: Perpaduan dan hubungan baik antara kaum serta penganut agama di negara ini tidak terjejas walaupun ada golongan tidak bertanggungjawab cuba mengkucar kacirkan kehidupan masyarakat berbilang kaum.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun, berkata walaupun golongan itu kecil, kerajaan sentiasa memantau dan akan bertindak segera menyelesaikan masalah yang sengaja dicetuskan bagi menimbulkan suasana huru hara.

Ulasan: Jadilah warganegara yang berilmu dan matang dalam tindakan. Jom kenal dan hormatlah jiran kita. Islam menetapkan ada hak yang perlu di sempurnakan kepada jiran kita berlainan agama.

ISP diarah tapis bahan lucah percuma

SYARIKAT telekomunikasi dan penyedia khidmat internet (ISP) diarah menyediakan khidmat penapisan bahan lucah secara percuma kepada pengguna secepat mungkin bagi menangani keruntuhan moral remaja.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata arahan itu juga membabitkan pengusaha kafe siber sebagai syarat mendapatkan lesen perniagaan mereka. Katanya, langkah itu dibuat untuk memastikan semua pihak mematuhi keputusan Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NITC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, April lalu.
"Khidmat penapisan ini disediakan kepada pelanggan internet dan pengguna telefon bimbit yang boleh memuat turun bahan dari internet serta syarikat telekomunikasi yang mempunyai capaian internet serta kafe siber” katanya.

Ulasan: Kalau pemimpin BN/UMNO betul-betul sayangkan rakyat, ISP mesti tapis SEMUA bahan lucah samada percuma atau berbayar. Cukuplah negara di bebani rogol, zina, sumbang muhrim dan anak haram. Sayangilah wanita kerana wanita tiang negara.

Bush melawat, Bogor di tutup

JAKARTA 16 Nov. – Pihak berkuasa Indonesia hari ini berkata, mereka merancang untuk menutup sebahagian bandar Bogor yang bakal menjadi tuan rumah, kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush minggu depan.

Ulasan: Kenapa pengganas dan penjenayah perang di layan? Hukum Bush kerana menyebabkan puluhan ribu rakyat Afghanistan dan Iraq di bunuh dan menderita akibat perang yang di lancar oleh AS dan sekutunya.

Mengapa Amerika menyokong Israel yang telah mengebom Palestin dan Lebanon?

Mukhriz melampau

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO akan mengkaji semula kedudukan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pergerakan itu jika beliau terus mengkritik kepimpinan kerajaan dan politik.
Hishammuddin mengulas kenyataan Mukhriz dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa tiada perkara baru dalam ucapan dasar Presiden parti semalam.
Mukhriz dipetik sebagai berkata: ‘‘Saya rasa ucapan (Presiden) itu telah disampaikan tahun lalu. Saya mengharapkan ada perkara baru. Mungkin dia (Abdullah) ada idea lain.”

Ulasan: Jalan paling selamat untuk naik dalam UMNO ialah sokong apa yang pemimpin kata dan belum kata. Tidak ramai yang sanggup untuk berbeza dengan pemimpin UMNO kerana di cemuh oleh sebahagian penyokong setia pemimpin UMNO yang kerjanya memuji apa yang datang dari mulut pemimpin sewaktu masih berkuasa saja. Demi perjuangan bangsa dan agama, pejuang mesti sanggup merintang arus.

Thursday, November 16, 2006

PKMM mahu bincang dengan UEM

GEORGETOWN: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kumpulan UEM untuk membincangkan kontrak yang boleh dikendalikan ahlinya dalam pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Ulasan: Kalau iman tidak kuat, orang akan mengutamakan agenda peribadi. Selamat berjaya untuk kebaikan ummat sejagat.

Tujuh kes bunuh diri dilapor setiap hari

SUBANG JAYA: Sejumlah tujuh kes bunuh diri dicatatkan berlaku di negara ini setiap hari dengan jumlah purata 2,000 kematian setahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, jumlah itu mewakili nisbah antara 10 hingga 12 peratus bagi setiap 100,000 penduduk setahun akan membunuh diri.
Katanya, kejadian bunuh diri berlaku akibat tekanan hidup dan ketidakupayaan mengatasi masalah dan gagal memenuhi keperluan sosial.

Ulasan: Malaysia kini berdepan dengan sampah pembangunan ekoran kita mengikut pembangunan ala Barat...

Kefahaman dalam subjek Matematik, Sains merosot

KUALA LUMPUR: Umno Johor mendakwa pelajar luar bandar kini hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan sejak bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada 2003.

Ulasan: Terima kasih UMNO kerana bersungguh-sungguh merobohkan kota Dasar Bahasa Kebangsaan via Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971) yang kita perjuangkan bersama walaupun UMNO berkuasa di Malaysia.

Ingatlah bahawa Bahasa Kita: Air Mata & Maruah Kita

Pagar sempadan RM44 bilion

JEDDAH 15 Nov. – Arab Saudi akan membina pagar keselamatan di sepanjang sempadan dengan Iraq bermula tahun depan bagi menghalang pergerakan pengganas.
Menteri Dalam Negeri, Putera Naif berkata, projek sepanjang 900 kilometer itu menelan kos RM44.16 bilion.

Ulasan: Kalau kerajaan di sukai rakyat kerana menegakkan keadilan, perjuangan pihak pengganas tiada tempat di hati rakyat.
Cuma seronok kontraktor mendapat projek mudah tapi besar, tapi matlamat sebenar sukar di capai.

Abdullah rayu bantu hapus rasuah, politik wang

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini merayu kepada semua ahli UMNO di segenap peringkat supaya membantu usahanya menghapuskan rasuah dalam kerajaan serta amalan politik wang dalam parti.
Menurutnya, beliau cekal mahu membanteras politik wang dan rasuah, namun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri beliau tidak mampu melaksanakan tugas itu seorang diri.

Ulasan: Sekurang-kurangnya PM menerima bahawa rasuah (UMNO menggunakan istilah lembut politik wang) adalah amalan dalam parti UMNO. Kitaran kejam terus berlaku : Rasuah untuk mendapatkan kedudukan dalam UMNO, kemudian membuat duit, harta, kekayaan dan nama, gunakan pengaruh wang untuk merasuah perwakilan supaya dapat kedudukan lebih baik dalam UMNO, dan kitaran ini berterusan selagi orang UMNO cinta dengan dunia dan tarikan dunia yang menipu. Perjuangan bangsa menjadi cuma alat untuk mendapatkan agenda peribadi. Yang menang sebenarnya ialah towkay kafir yang menjadi pembiaya (financier).

Syor supaya PM sendiri memberi kebebasan kepada BPR menyiasat rasuah dalam UMNO sepertimana rasuah dalam kerajaan kerana rasuah ialah jenayah negara, tidak kira di mana berlaku. Kalau tidak, nampaknya PM berjuang seorang diri...yang lain cuma menunggu peluang dengan agenda peribadi bertopengkan perjuangan Melayu.

Tindakan undang-undang terhadap pihak pertikai kontrak sosial

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang ke atas pihak yang terus mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak akan membenarkan dokumen penting itu yang telah menjadi asas pencapaian hebat negara dipersoalkan secara berterusan.

Ulasan: Pemimpin UMNO bercakap sewaktu UMNO masih berkuasa. Jutaan rakyat melihat kata UMNO dikota.

Islam dilindungi & Kerajaan pertahan Islam: Pak Lah

Islam dilindungi

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan Islam mahupun bukan Islam yang melampaui batas dengan mempersoalkan status agama suci itu.
Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan kesucian Islam dan fungsi Mahkamah Syariah terus terpelihara daripada sebarang cubaan untuk merendah-rendahkannya…UM.

Kerajaan pertahan Islam: Pak Lah

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kerajaan akan terus memelihara kesucian Islam dan menangani cubaan merendahkan fungsi Mahkamah Syariah, tetapi pada masa sama tidak akan membenarkan penyuburan sikap kebencian dan tidak toleran…BH.


Ulasan: Yang paling utama ialah melaksanakan tuntutan Islam per se. Bukan macam orang pergi beli-belah di supermarket, pilih mana yang perlu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat kata dikota, berjuta rakyat menjadi saksi.

Sejak bila pula mengucap selamat kepada warga Malaysia yang berlainan agama sempena perayaan mereka kita terima menjadi budaya kita? Tak jadi masalah buat rumah terbuka untuk jamu rakyat khususnya yang miskin. Cuma jangan reda agama mereka. Sebarkan dakwah terhadap masyarakat majmuk dan doakan mereka supaya masuk Islam.

Wednesday, November 15, 2006

BPR awasi 30 kakitangan awam

SEREMBAN: Tiga puluh kakitangan awam di Negeri Sembilan kini sedang diawasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana dipercayai hidup mewah melebihi kemampuan kewangan mereka dengan seorang sudah diarah mengisytiharkan aset dan harta miliknya.
Pengarah BPR Negeri Sembilan, Mohd Yusoff Md Zain, berkata pihaknya dalam proses melengkapkan profil dan data semua penjawat awam terbabit, termasuk harta dimiliki mereka.

Ulasan: Tahniah BPR. Dari firasat rakyat eloklah tindakan itu di perkembangkan ke setiap negeri supaya negara bebas dari rasuah dan penyelewengan. Bukan hanya kakitangan awam tetapi termasuk wakil rakyat meliputi bilis dan jerung. Hidup bahagia tanpa rasuah.

Tuesday, November 14, 2006

Melayu pantang berundur – Najib

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak akan sesekali berundur dalam perjuangan membela nasib orang Melayu sehingga matlamat mengangkat martabat dan agenda bangsa tercapai sepenuhnya.

Ulasan: Setiap kali persidangan UMNO maka bergemalah kata-kata perjuangan Melayu belum mencapai matlamat sepenuhnya. Pelik kerana dalam keadaan berkuasa penuh sejak merdeka pun tidak banyak di capai.

Sudah 60 tahun UMNO berkuasa dan berjuang untuk mengangkat martabat dan agenda bangsa Melayu tapi yang jelas terangkat martabat dan agenda peribadi untuk kaut kuasa buat menambah kuasa, kekayaan dan harta ialah diri sendiri, kaum kerabat dan kawan-kawan SEBAHAGIAN orang politik UMNO.

Nak lagi 50 tahun supaya kaut habis-habis? Enough is enough.

Monday, November 13, 2006

CEO syarikat berkaitan kerajaan perlu sertai UMNO

BATU PAHAT 12 Nov. – Biro Ekonomi UMNO Batu Pahat mahu mereka yang dilantik mengepalai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disyaratkan menganggotai UMNO supaya perjuangan memajukan kedudukan bangsa Melayu dalam sektor korporat menjadi lebih jelas.

Ulasan: Sejak bila pula GLC kepunyaan UMNO? Kalau benar-benar hebat sila buat syarikat sendiri tanpa sebarang ikatan politik dengan UMNO.

Pelaksanaan bina jambatan mengagumkan

KUALA LUMPUR: Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah projek yang mengagumkan terutama dari segi kepantasan pelaksanaannya apabila tempoh yang diambil untuk membuat keputusan dan pelaksanaan sebenar hanya mengambil masa beberapa bulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, berkata biasanya projek bersaiz besar seperti itu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat dilaksanakan serta perlu melalui pelbagai proses birokrasi.

Ulasan: Ini bermakna bahawa birokrasi menyebabkan banyak masa terbazir. Kerajaan perlu kurangkan birokrasi yang tidak berguna. Laksanakan dalam setiap projek. Jangan hanya untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jangan untuk lepaskan setiap birokrasi, minyak pelincir iaitu rasuah perlu ada.

Bermula cepat di tapak hanyalah satu kehebatan dalam projek. Yang paling utama ialah siap projek seperti di jangka tanpa sebarang kelewatan atau lebih cepat.

PM perlu lebih sepenggal

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pemimpin UMNO dan kerajaan sependapat bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu diberi masa lebih sepenggal sebagai Perdana Menteri untuk menjayakan setiap rancangan yang diatur bagi membangunkan rakyat dan negara.

Ulasan: Sudah banyak kali rakyat melihat pengampu berlakon.

Jangan rosakkan parti

KOTA BHARU: “Umno sudah melalui segala-galanya untuk berada pada tahap ini dan tolonglah jangan rosakkan satu-satunya payung orang Melayu ini,” demikian luahan hati veteran Umno, Tan Sri Hussein Ahmad.
“Dulu kami berjuang tanpa memikirkan kepentingan diri dan bekerja untuk parti tanpa apa-apa habuan,” katanya.
Malangnya kata Hussein, Umno kini tercemar oleh pelbagai kerenah sesetengah pemimpin, termasuk yang terbabit dengan politik wang.
Dulu orang Melayu menyertai Umno kerana mahu menyumbang khidmat kepada bangsa dan negara, tetapi sekarang ada segelintir orang Melayu menyertai Umno untuk mendapatkan sesuatu, katanya…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Kenapa ramai pemimpin Umno kecil atau besar sanggup merasuah (Umno memanggilnya politik wang yang sebenarnya jenayah tapi BPR tidak boleh menyiasatnya, konon Umno boleh menyelesaikan sendiri) untuk menjadi pemimpin pelbagai peringkat Umno kalau bukan mendapatkan wang dan harta. Yang sebenarnya kaya ialah pembiaya mereka yang selalunya orang bangsa asing. Sedih bila pemimpin Umno yang rasuah nampak hebat depan orang Melayu tapi melutut depan depan towkay kafir..

Kalau betul-betul sayangkan Melayu dan Islam, tinggalkan Umno.

Syor kawasan hiburan khas pelancong

KEMENTERIAN Pelancongan mencadangkan kawasan hiburan khas diwujudkan sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengimbangi keselesaan pelancong selepas membuat keputusan tidak melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di beberapa tempat tertentu negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata kawasan hiburan khas ini akan diurus dengan baik dan menjadi satu produk pelancongan yang dapat dipasarkan pada peringkat antarabangsa bersama-sama sumber pelancongan lain seperti KLCC.…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Jangan korbankan budaya timur semata2 hendakkan pelancong. Kenapa jadikan Malaysia tempat hiburan pelancong? Kalau betul sayangkan rakyat, elakkan wanita (tempatan atau asing) dari memuaskan nafsu pelancong dalam pelbagai bentuk. Pelancong datang bukan hendak melampiaskan nafsu - minum dan seks - di negara kita. Mereka yang hendakkan itu boleh pergi negara lain.

BPR siasat cara senyap

KOTA KINABALU: Sebarang siasatan ke atas projek pembangunan di Sabah yang dianggap mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan dilakukan secara senyap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohamad Yatim, berkata langkah itu selari dengan peraturan yang mengikat agensi berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Senyap atau tak, siasatan terus berjalan. Yang penting rasuah dan penyelewengan perlu di banteras dari Negara ini.

PM bangga kita jadi negara pembangunan insan tinggi

KUALA LUMPUR: Malaysia melepasi tahap penting dalam Indeks Pembangunan Insan (HDI) apabila dikategorikan sebagai negara pembangunan insan tinggi, meningkat daripada kategori negara pembangunan insan sederhana.
Pencapaian itu yang pertama bagi negara ini sejak pelancaran HDI oleh Program Pembangunan Bangsa Bersatu (UNDP) pada 1990, meletakkan Malaysia dalam kedudukan sama dengan negara maju berkaitan kemajuan pembangunan modal insan…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Bagaimana untuk menjadi insan tinggi?

Kejayaan insan di mana saja, di dunia dan di akhirat bergantung hanya kepada ketaatan kepada perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan keredaanNya kepada para sahabat Rasulullah. Pernah Rasulullah s.a.w. bersabda: As-habi kannujum, fa iqtaitum ihtadaihum (Sahabatku bagaikan bintang-bintang (untuk panduan), maka sesiapa mengikuti mereka akan terpimpin).
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan perundangan tetap akan dikenakan ke atas pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia di Shah Alam, dua minggu lalu, tidak kira siapa pihak tersebut.
‘‘Tiada siapa yang berada di atas undang-undang. Ia merupakan suatu yang perlu diingat,’’ katanya…(UM).

Ulasan: Tidak siapa terlepas daripada keadilan undang-undang di negara kita walaupun
Perdana Menteri sendiri dan kaum kerabatnya. Cuma rakyat ternanti-nanti bila 18 kes high profile yang di janjikan tidak lama dulu akan di adili undang-undang.

Khabarnya ada menteri kabinet sekarang pun terdiri dari orang yang punya masalah berkaitan rasuah dari kabinet lama menyebabkan rakyat kurang percaya. Semak balik laporan polis dan BPR. Selesaikan dahulu kes-kes tertangguh. Jangan jadikan itu sebagai pegangan untuk dapatkan sokongan politik tanpa berbelah bahagi. Dalam bahsa yang mudah : Bebaskan BPR dari cengkaman politik pemerintah.
Kearah keadilan sejati di Malaysia tercinta.

Perdana Menteri dukacita laporan terkini CPI

PUTRAJAYA 9 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 adalah mendukacitakan dan membawa tanda tanya sama ada kajian itu sahih serta benar-benar mencerminkan keadaan di negara ini atau sebaliknya...(UM).

Ulasan: Senang saja untuk mengetahui persepsi rakyat Malaysia dengan bertanya kepada orang awam mengenai rasuah yang berlaku di Malaysia. Ramai mengetahui mengenai kewujudannya di negara kita secara langsung atau tidak langsung. Tanya kepada mereka yang berkerja di mana saja samada profesional atau tidak, mereka akan menceritakan apa yang mereka tahu mengenai rasuah. Bila masyarakat awam pun mengetahuinya bermakna ia sudah berleluasa.

Dalam negara kita rasuah bermula sudah lama. Bacalah buku mengenai rasuah oleh Professor Syed Hussin, dan kajian yang di lakukan oleh pelajar universiti selepasnya. Benar kata-kata orang tua-tua : Sedikit lama-lama jadi bukit.

Skala rasuah yang berlaku pada awal kemerdekaan negara mungkin kecil jika di bandingkan dengan sekarang kerana negara itu masih lagi miskin. Rasuah menjadi rahsia yang diketahui ramai (known secret) dan perbualan umum sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri Ke-4 (Tun Dr Mahathir Mohamed)). Era Dr. Mahathir merupakan era melimpahnya projek mewah dan projek mega menyebabkan ramai jutawan segera terutama dari bangsa Melayu. Suka kerana melahirkan ramai jutawan Melayu tapi sedih dengan cara yang tidak alami (natural) yang boleh membebankan bangsa kita.

Berbagai sistem turnkey iaitu rekabentuk & bina (design & build) di cipta atau di ambil dari luar untuk mencepatkan dan merancakkan apa yang di panggil pembangunan negara walaupun menggunakan tenaga asing. Cuba bayangkan bila arkitek dan jurutera profesional sebenarnya bekerja di dalam kumpulan yang di ketuai oeh kontraktor.

Tentunya kita ingat bila projek rekabentuk dan bina kerajaan mesti di laksanakan melalui kumpulan pengurusan projek (project management team, PMT) di ketuai oleh pengurus projek. Masalah demi masalah menyebabkan keberkesanannya di ragui lantas tidak di amalkan lagi di bawah Perdana Menteri Ke-5 sekarang.

Walaupun telah lama peraturan mengenai perolehan tender kerajaan di laksanakan tetapi kita sedih kerana Laporan Audit tahunan memaklumkan terdapat kontraktor yang tidak di kenali tiba-tiba melaksanakan projek dan projek menjadi sakit lantas terbengkalai.
Sedihnya bila ada kontraktor Melayu yang betul-betul melaksanakan sendiri kerja dengan tidak menjual projek (iaitu mensubkontrakkan keseluruhan) kepada kontraktor lain terutama bangsa lain, tidak mendapat projek semata-mata kerana tidak mempunyai hubungan dengan orang politik Umno.

Rasuah terjadi dalam segenap bidang. Orang BPR tentu lebih tahu. Memang susah hendak menyelesaikan masalah rasuah dalam negara yang membelit kita. Kejujuran dari setiap menteri kerajaan yang ada, not just PM saja, di perlukan supaya benar-benar RASUAH 0% supaya anakcucu kita hormat kepada kita bukan menyampah kepada kita kerana semuanya kepada orang lain terjual akibat rasuah.

Kalau sungguh, buktikan dengan aksi. Jangan hanya bercakap kerana masa bercakap sudah berlalu. Menang bercakap tapi mana aksi? Orang lain tertawa kerana mereka tahu orang yang lapar duit ialah orang kita. Walhal semua orang tahu rasuah itu haram.

Berikan BPR kuasa setingginya untuk menangani masalah rasuah withot any fear or favor.

Thursday, November 09, 2006

Angka murtad dalam SMS tidak betul

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin hari ini menyangkal dakwaan terdapat sejumlah 100,000 orang Islam di negara ini telah murtad. ‘‘Saya sudah beri maklumat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keadaan di Malaysia terkawal.
‘‘Saya difahamkan, angka (murtad di Malaysia) tidak menggerunkan. Maknanya, tidak banyak dan ada di kalangan mereka saudara baru dan (kelemahan) ini kita akan mantapkan.


Ulasan: Kenapa kita bersungguh-sungguh merpersoalkan jumlah tepat yang telah murtad TETAPI kita tidak sensitif dengan persoalan pokok iaitu telah berlaku dari kalangan orang kita. Tetapi kita menerima berita Utusan Melayu (5 Nov. 2006) iaitu dianggarkan lebih 70,000 rakyat Malaysia dijangkiti HIV, membabitkan lebih 8,000 kematian, sejak kes HIV positif pertama dikesan 20 tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sedikit atau ramai yang murtad menjadi agenda utama kita kerana tugas kita ialah menyelamatkan saudara kita yang murtad. Jangan bergembira bahawa keadaan murtad terkawal di negara kita terkawal dan tidak menggerunkan.

Pemimpin sayanglah rakyatmu yang telah murtad walaupun seorang kerana dia akan pasti menerima siksaan neraka. Kita kena ingat one is too many. Persoalan yang pemimpin kena jawab : Apa tindakan untuk mengelakkan gejala murtad berlaku dan tindakan untuk membawa balik kepada Islam. Dan mendakwahkan Islam kepada semua.

Monday, November 06, 2006

70,000 rakyat Malaysia dijangkiti HIV sejak 1986

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Dianggarkan lebih 70,000 rakyat Malaysia dijangkiti HIV, membabitkan lebih 8,000 kematian, sejak kes HIV positif pertama dikesan 20 tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, lebih 80 peratus mereka yang dijangkiti HIV berumur dalam kumpulan umur 20 hingga 40 tahun.

Ulasan: Majoriti kes HIV/AIDS berpunca dari dua perbuatan haram: zina dan penyalahgunaan dadah. Perlu ingat bahawa Umno/BN telah memerintah Malaysia sejak merdeka hingga sekarang. Apa yang telah dilakukan selama ini dan selamanya untuk menutup pintu-pintu zina? Atau semakin membuka pintu-pintu maksiat? Kalau betul sayangkan rakyat, pimpinlah rakyat kepada Kebenaran.

Pengajaran Matematik, Sains dalam BI dibantah

JOHOR BAHRU 5 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Johor membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Ulasan: Sampailah masanya Umno bantah program Umno/BN. Apalah gunanya merdeka kalau menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri di negara sendiri. Perancis, Jerman, Jepun, Russia dan China menjadi maju bukan kerana pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah mereka.

Fikir pelita hati.

Media dinasihat usah keterlaluan eksploitasi unsur seks

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan media agar tidak mengeksploitasi unsur seks secara keterlaluan kerana ia akan menambah masalah dan penyakit sosial di kalangan masyarakat.

Ulasan: Jangan hanya fikirkan keuntungan. Kehadiran media sepatutnya menyelesaikan masalah dan penyakit sosial di kalangan masyarakat bukan menambahkannya. Jangan sampai pemikiran kita di tumpukan untuk merosakkan rakyat terutamanya belia. Tak perlu di ajar itik berenang. Rom musnah kerana zina.

Peguam wanita ditegah pakai purdah

ISLAMABAD: Mahkamah Tinggi Peshawar mengarahkan peguam wanita supaya tidak memakai purdah di mahkamah untuk mengemukakan kes rayuan.

Ulasan: Carilah jalan untuk memudahkan Islam di amalkan bukan dengan melarang amalan. Apakah makna kemerdekaan?

Ambulans tidak diswasta

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan memutuskan untuk tidak akan meneruskan cadangannya menswastakan perkhidmatan ambulans di hospital kerajaan, sebaliknya hanya menyerahkan kerja penyelenggaraan kenderaan itu kepada pihak swasta.

Ulasan: Rugi masa rakyat membaca berita yang sebenarnya tidak.

Kontraktor kelas F diingat tak jual projek

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mengingatkan kontraktor kelas F supaya tidak menjual projek bernilai kurang RM200,000 yang diperoleh melalui sistem pembahagian secara adil oleh Pejabat Daerah atau Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah.

Ulasan: Kalau kontraktor Melayu kelas yang lebih tinggi pun boleh jual projek kepada bangsa lain dan makan atas angin inikan pula kontraktor kelas F. Ini semua terjadi sepanjang Umno memerintah Malaysia. Kuatkuasakan semula pelaksanaan yang sedia ada supaya tidak boleh jual projek dan kena lakukan sendiri projek atau di senarai hitamkan dari projek masa depan. Kalau mahu melihat orang Melayu benar-benar boleh buat kerja dan maju beginilah caranya. Lupakan politik Umno semata-mata untuk cari peluang berniaga kerana dapat wang atas angin tapi tak boleh buat sendiri walaupun berpuluh tahun berpengalaman melobi dan mengipaskan orang besar.

Mana waja diri Melayu? Sayangnya rosak oleh politik Umno.