Thursday, November 16, 2006

Abdullah rayu bantu hapus rasuah, politik wang

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini merayu kepada semua ahli UMNO di segenap peringkat supaya membantu usahanya menghapuskan rasuah dalam kerajaan serta amalan politik wang dalam parti.
Menurutnya, beliau cekal mahu membanteras politik wang dan rasuah, namun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri beliau tidak mampu melaksanakan tugas itu seorang diri.

Ulasan: Sekurang-kurangnya PM menerima bahawa rasuah (UMNO menggunakan istilah lembut politik wang) adalah amalan dalam parti UMNO. Kitaran kejam terus berlaku : Rasuah untuk mendapatkan kedudukan dalam UMNO, kemudian membuat duit, harta, kekayaan dan nama, gunakan pengaruh wang untuk merasuah perwakilan supaya dapat kedudukan lebih baik dalam UMNO, dan kitaran ini berterusan selagi orang UMNO cinta dengan dunia dan tarikan dunia yang menipu. Perjuangan bangsa menjadi cuma alat untuk mendapatkan agenda peribadi. Yang menang sebenarnya ialah towkay kafir yang menjadi pembiaya (financier).

Syor supaya PM sendiri memberi kebebasan kepada BPR menyiasat rasuah dalam UMNO sepertimana rasuah dalam kerajaan kerana rasuah ialah jenayah negara, tidak kira di mana berlaku. Kalau tidak, nampaknya PM berjuang seorang diri...yang lain cuma menunggu peluang dengan agenda peribadi bertopengkan perjuangan Melayu.

No comments: