Friday, August 28, 2009

JPJ periksa bas ekspres di depot

PUTRAJAYA 27 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menggunakan kaedah baru untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan awam semasa musim perayaan sentiasa terjamin.

Pasukan penguat kuasa jabatan itu itu bersama-sama pegawai dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan membuat pemeriksaan mengejut di semua depot bas ekspres di seluruh negara.

Ini merupakan kali pertama JPJ memeriksa bas ekspres di depot masing-masing, khususnya menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemeriksaan sudah dilakukan di Kelantan dan Wilayah Persekutuan bagi memastikan apabila masuk minggu ketiga bulan puasa, bas ekspres yang akan beroperasi berada dalam keadaan selamat.

"Tumpuan kita ialah keadaan tayar dan brek bas yang perlu berada dalam keadaan yang selamat digunakan.

"Kita anggarkan sejumlah 5,000 buah bas ekspres akan diperiksa oleh 257 kakitangan JPJ dan Puspakom," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini…

Ulasan: Semoga pasukan penguat kuasa JPJ dan pegawai Puspakom tidak MAKAN RASUAH.
Kalau kita makan RASUAH, siapa yang jadi lembu? Taukeh atau kita? Apakah ada agama yang membenarkan makan rasuah?

Tari Pendet: Kedutaan kesal tuduhan media Indonesia

JAKARTA 27 Ogos - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini kesal kerana kekeliruan yang timbul berikutan penggunaan elemen Tari Pendet berasal dari Bali dalam klip komersial oleh Discovery Networks Asia-Pacific.

Pihak kedutaan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, kekeliruan dan dakwaan yang mengaitkan penglibatan Kerajaan Malaysia dalam menyediakan bahan berkenaan telah menjadi isu hubungan antara kedua-dua buah negara.

"Seharusnya pihak yang berkenaan di Republik Indonesia terlebih dahulu menyelidiki hal ini sebelum membuat kesimpulan mengenainya," jelas kenyataan itu…

Ulasan: Negara maju memikirkan perkara besar di masa depan. Negara yang tak berapa maju suka memikirkan perkara kecil di masa lalu.

CIA guna taktik halang tidur walaupun telah menafikannya

WASHINGTON 27 Ogos - Setahun selepas pentadbiran Bush mengatakan soal siasat kejam tidak lagi digunakan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggunakan taktik menghalang tahanan daripada tidur terhadap seorang suspek keganasan pada penghujung 2007, dengan membiarkan dia berjaga selama enam hari berturut-turut dengan kebenaran daripada peguam kerajaan.

Penyiasat membuatkan tahanan tidak dikenali itu kekal berjaga dengan merantai tangannya pada dinding dan merantai kaki pada lantai, menurut pegawai kerajaan dan memo yang dikeluarkan bersama laporan dalaman CIA. Pentadbiran Obama mengeluarkan laporan dalaman tersebut minggu ini.

Menurut dokumen tersebut, tahanan itu dibiarkan berjaga dengan dipaksa berdiri dengan tangan digari di atas paras jantung. Dia dipakaikan dengan lampin supaya penyiasat dapat merantainya berterusan tanpa perlu ke tandas.

Dokumen itu menjelaskan bahawa tahanan dipantau dengan televisyen litar tertutup (CCTV). Sekiranya dia tertidur, rantai pada tangannya akan ditarik untuk membuatkannya terjaga.

Sekiranya kaki tahanan bengkak akibat edema yang boleh menyebabkan darah tersekat dan strok, penyiasat akan merantainya pada bangku tidak rata atau pada lantai dengan tangan diregangkan.

Halangan tidur selama 48 jam akan menghasilkan halusinasi, mengurangkan daya tahan terhadap rasa sakit dan menjadi seseorang lebih mudah dipengaruhi. – AP

Ulasan: Bagaimana dengan polis kita? Semak balik dengan berwawancara pengalaman dan/atau daripada buku yang ditulis oleh ramai graduan ISA. Rasanya tak jauh beza. Tukar kerajaan akan secara otomatik menukarkan gaya polis bekerja. Oleh itu rakyat perlu menukar kerajaan dulu.

Merdeka: Apakah percikan bunga api boleh kembalikan keyakinan rakyat?

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Bukan kibaran bendera, nyanyian lagu, percikan bunga api, perarakan, ciptaan logo dan slogan yang utama tetapi bebas dan merdeka dari sebarang penindasan yang mencengkam minda, hak-hak dan keadilan sama rata menjadi harapan rakyat sejak 52 tahun yang lalu. 

Dengan belenggu kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, gaji sedikit harga barang meningkat, jenayah bercambah, gejala keruntuhan akhlak makin menjadi dan kualiti kesihatan yang bertambah buruk lantaran penularan wabak terbaru, menjadikan rakyat makin resah gelisah mendiami negara tercinta ini. 

Bukan itu sahaja, gelodak runsing rakyat, makin terpampang tatkala api perkauman mula dinyalakan, mula mengusik batas agama,hak-hak kebebasan bersuara dinafikan, cakaran politik di sana sini, agensi-agensi penguatkuasaan yang sudah hilang intergriti dan aneka keserabutan menjadikan 'Merdeka' tidak mempunyai erti, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, kemerdekaan perlu kepada satu anjakan baru yang lebih meyakinkan rakyat dan mendemokrasikan negara dalam erti kata sebenarnya. 

"Saya akui ada peningkatan kemudahan asas dan pembangunan fizikal memang wujud namun itu tidak cukup. 

"Yang menjadi virus kepada negara ialah intergriti,di mana rakyat semacam hilang kepercayaan kepada pemimpin dan kerajaan. Ini perubahan yang perlu dilakukan," jelasnya kepada Harakahdaily pagi ini. 

Katanya keadaan yang tidak kondusif seperti agensi penguatkuasaan umpama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang semakin diragui menunjukkan bahawa 'perjuangan kewibawaan' ini masih belum selesai. 

"Intergriti mesti dibaik pulih, keamanan sahaja tidak cukup untuk memacu pembangunan ekonomi, sosio politik. Mesti ada perpaduan dan iltizam. 

"Akta-akta draconian seperti ISA mesti dimansuhkan dan penegasan terhadap penyelewengan yang terpilih seperti melibat kepimpinan negara perlu didedahkan dan dikenakan tindakan," katanya yang juga Chief Komandan Himpunan Mansuhkan ISA 

Awal bulan ini, lebih 100,000 rakyat berhimpun secara aman membantah dan menggesa kerajaan memansuhkan ISA yang zalim dan menganiaya rakyat tanpa bicara. 

Sebelum itu 7 Mac lalu, rakyat turut 'bangkit' menentang dasar kerajaan melalui PPSMI yang meminggir bahasa kebangsaan dan menyebabkan pelajar semakin tercicir, dan ibu kota menjadi saksi ratusan ribu rakyat menunjukkan solidariti. 

Dalam kedua-dua isu itu atau apa yang didakwa sesetengah pihak bahawa pembangkang mencetuskan suasana tidak senang itu, Salahuddin menjelaskan kedudukan sebenar peranan semak dan imbang (Check and balance) yang dilakukan oleh pihak mereka. 

"Peranan pembangkang bukan bersifat pengacau atau pencetus huru hara negara tetapi lebih bersifat "memulakan suatu langkah hari ini, bagi membekalkan perkara yang lebih baik kepada generasi akan datang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. 

Lain pula pandangan Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang melihat penindasan dan penjajahan bentuk baru sedang berlaku dalam negara ini. 

"Kalau dulu penindasan datangnya daripada penjajah dan kini penjajah masih wujud dengan mekanisme yang sama cuma 'tukar kulit' sahaja. 

"Merdeka tulen ialah apa yang dimimpikan dan apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang zaman dahulu iaitu bebas daripada penindasasn, boleh menjadi pemilik harta kekayan negara," jelasnya. 

Kini negara katanya, mengalami kemerosoton dari segi hak asasi kepada rakyat dan pelbagai institusi yang 'check and balance' sudah hilang peranannya. 

"Tiada banyak yang berubah kecuali Pilihan Raya Umum ke-12 menunjukkan kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan kerajaan dan pemimpin yang sedia ada 

Berkaitan slogan yang dicanangkan katanya aianya tidak lebih kepada slogan ubah suai setiap pemipin yang jadi Perdana Mneteri malah rakyat sendiri tidak faham apa makna 1Malaysia, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari 

"Saya berharap rakyat terus maju, dan rakyat boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dan mempunyai rasa 'sense of belonging' dan menjadi bangsa yang berdaulat." kata Ahli Parlimen Batu itu. 

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan pula berpendapat semenjak 52 tahun negara merdeka jurang pendapatan kaya dan miskin semakin melebar dari tahun ke tahun dan jurang pendapatan negara yang kedua terbesar di Asia. 

"Kita bercakap soal hak dan rakyat menikmati kekayaan negara, tetapi hanya segelintir golongan sahaja yang kaya. 

"Sepatutnya kerajaan mesti memberi perhatian kepada isu-isu berhubung akta gaji minimum, polisi tanah-tanah untuk petani dan membela nasib rakyat golongan berpendapatan rendah," katanya. 

Baginya, walaupun slogan Perdana Menteri iaitu 'rakyat didahulukan , pencapaian diiutamakan' adalah baik tetapi implementasinya yang perlu diambil kira. 

"Satu Malaysia yang diuar-uarkan tidak mengambarkan apa yang terjadi terhadap institusi yang melindungi rakyat seperti SPRM yang jelas wujud pilih kasih. 

"Media masih dikongkong dan ISA, OSA dan pelbagai akta yang mencengkam masih wujud. Yang penting dalam mengisi kemerdekaan ialah kebebasan hak rakyat itu ditunaikan dan kesaksamaan itu mesti diutamakan," katanya. - mks. _ 

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22290&Itemid=1

Ulasan: Rakyat perlu bertegas memerdekakan Malaysia dari penjajahan BN/UMNO. Caranya mudah saja: Dengan mengundi parti yang lain selain dari parti BN dalam mana pilihan raya selepas ini. Lepas itu baru negara kita bebas dari rasuah dan penyelewengan.

Thursday, August 27, 2009

PKFZ: Konspirasi lima pihak?

PUTRAJAYA 26 Ogos - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa lima pihak berkonspirasi dalam isu penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Lima pihak tersebut ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) termasuk pengarah dan pegawainya; bekas Pengurus Besar PKA, Datin Paduka O.C. Phang; Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing; BTA Architect (BTA) dan perunding projek PKFZ, Bernard Tan Seng Swee.

Hwa Beng berkata, pihaknya akan menggunakan semua saluran perundangan yang ada untuk mencabar tuntutan berjumlah RM1.4 bilion yang didapati bermasalah.

''PKA meminta SPRM menyiasat O.C. Phang serta hubungan antaranya dengan King Sing, BTA dan Bernard Tan.

''Kita mempunyai alasan yang kukuh untuk percaya bahawa kemungkinan wujud konspirasi di kalangan pihak-pihak ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan dan menyerahkan bahan bukti di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Hwa Beng berkata, pihaknya telah mengesan penyelewengan oleh O.C Phang yang memudaratkan PKA tetapi memanfaatkan KDSB.

''O.C. Phang umpamanya gagal memberi amaran kepada kerajaan berhubung keupayaan kewangan PKA untuk membeli tanah, PKA sebaliknya memeterai dua perjanjian bernilai RM1.055 bilion dengan KDSB lalu menambahkan liabiti kewangan PKA.

''O.C. Phang juga berkeras mahu melantik Perunding BE Sdn. Bhd. sebagai juruukur bahan tunggal walaupun syarikat ini mempunyai hubungan dengan KDSB.

''O.C. Phang pada masa yang sama membuat keputusan secara unilateral tanpa kelulusan daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah PKA," katanya.

Dalam pada itu, Hwa Beng berkata, KDSB dan BTA telah mengeluarkan notis bayaran yang mengandungi unsur kepalsuan, kesilapan dan kekurangan yang dipercayai untuk mengelirukan PKA.

Menurutnya, KDSB antaranya didapati menuntut bayaran yang tidak sepatutnya termasuk tuntutan dilakukan sebelum kerja dimulakan, tuntutan berlebihan dan tuntutan yang tidak tepat.

''Notis bayaran ini telah menuntut bayaran ke atas kerja-kerja yang mana pada realitinya tidak pernah dijalankan, King Sing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDSB sepatutnya tahu bahawa notis bayaran ini adalah tidak benar.

''Notis bayaran ini termasuk perihal lain yang tidak mematuhi peraturan adalah bernilai RM657 juta dan saya telah membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya.

Ulasan: SPRM perlu segera menyiasat kes ini. Nampak-nampak macam berlaku penyelewengan melalui tuntutan berlebihan kata juruukur bahan yang berpengalaman. Kalau SPRM mendapati ianya satu penyelewengan. Demikianlah salah satu cara duit negara (duit rakyat) dihabiskan tanpa hak selama BN memerintah negara ini. Tapi beranikah SPRM menyiasat kalau melibatkan duit juta-juta, pemainnya pun hebat-hebat dan kabelnya besar-besar.

Muhyiddin bercakap benar - Dr. M

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. 

"Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr Mahathir dalam laman blognya hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbincangan antara Dr. Mahathir; Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin; Kuan Yew; dan beliau, Kuan Yew mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

"Kuan Yew berkata, Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

"Saya berkata, kami tidak mempunyai wang dan Kuan Yew berkata, Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen Pilih Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatan air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor. 

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.

"Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap." kata Dr Mahathir dalam blognya. - BERNAMA

Ulasan: Bohong adalah sifat pemimpin UMNO? Seorang kata Lee Kuan Yew ancam berperang, lagi seorang kata dia tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Polis dan SPRM sila siasat untuk mencari siapa yang penakut sekaligus berbohong dan bawa mereka ini ke pengadilan.

Hishammuddin sedih, kecewa

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedih dan kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam.

Menurutnya, perasaan itu timbul kerana beliau mengharapkan Barisan Nasional (BN) dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon Pas dalam jumlah yang besar.

“Sedih dan kecewa, ini tidak dapat dinafikan kerana saya mengharapkan pengurangan majoriti di kubu kuat Pas ini adalah lebih besar daripada keputusan semalam,” katanya…

Ulasan: Sepatutnya BN/UMNO menjadi terlalu gembira dan bangga kerana rakyat sudah pandai memilih pemimpin yang berakhlak mulia. Bila rakyat bertegas memilih calon yang terbaik dalam semua segi maka Malaysia akan dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin yang baik. Orang yang baik tidak akan belot kepada perjuangan: agama, negara dan bangsa. 

Penerangan hukuman sebat perlu disegerakan

PUTRAJAYA 26 Ogos - Penerangan secara ilmiah dan tepat mengenai hukuman syariah termasuk sebat perlu segera dilakukan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat umum terhadap undang-undang Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, salah faham mengenai undang-undang syariah menyebabkan banyak pihak khususnya orang bukan Islam menganggap hukuman yang dijatuhkan bersifat zalim.

Menurutnya, melalui penerangan sedemikian, orang ramai boleh mengetahui matlamat hukuman itu dan kebaikan yang bakal diperoleh selepas ia dilaksanakan.

"Jika hukuman bagi pesalah jenayah syariah diterangkan secara ilmiah dan bukan mengikut perasaan, semua orang termasuk bukan Islam akan faham kenapa ia dilaksanakan.

"Ia perlu dikupas dan diterangkan secara menyeluruh supaya salah tanggapan yang menghantui banyak pihak selama ini dapat dipadamkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Pihak IKIM, Majlis Agama Islam semua negeri, Fakulti Pengajian Islam di semua universiti serta semua stesyen TV yang ada bolehlah melancarkan kempen Cintailah Undang-Undang Jenayah Islam di seluruh negara.

Hukum Hudud Untuk Elak Jenayah

Apabila menyebut hudud ada yang rasa jelek dan tidak kurang juga yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya hudud itu. Yang demikian itu dirasai oleh umat Islam yang berbangsa Melayu apatah lagi yang belum beragama Islam.

Sesetengah orang tidak mahu bercakap soal hudud kerana terlalu sinonim dengan agenda parti politik. Pada mereka hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk. Manakala orang bukan Islam langsung tidak mahu menyebut hukum hudud kerana sering dinegatifkan oleh orang politik.

Hari ini saya ingin mengajak ahli jemaah sekalian keluar dari persepsi di atas dan melihat kembali hudud di sudut hukum Islam yang sebenar. Barangkali benarlah, “tidak kenal maka tidak cinta”, ramai yang tidak kenal dengan hudud lalu mereka membencinya, apatah lagi jika sering diberi gambaran salah tentang hudud.

Sebenarnya hudud ialah satu dari hukum-hukum Islam yang melibatkan kesalahan jenayah. Selain hudud ialah qisas dan takzir.

Hudud ialah hukum yang ditentukan oleh Allah atas beberapa kesalahan terhadap Allah dan Allah telah ditetapkan bentuk hukumannya. Hukuman itu tidak boleh dimaafkan oleh manusia tetapi yang bersalah boleh bertaubat kepada Allah.

Kesalahan hudud

Apakah kesalahan seseorang manusia yang membabitkan Allah? Terdapat kesalahan yang disepakati oleh ulama dan ada juga yang masih khilaf.

Senarai yang sepakati ialah:

1. Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.

2. Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan.

3. Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.

4. Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.

Senarai yang tidak disepakati ialah:

1. Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.

2. Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.

Semua kesalahan di atas dianggap melakukan kesalahan terhadap Allah dan mereka wajar diberi hukuman hudud. Hukuman ini perlu dilaksanakan oleh pemerintah yang sah, bukan individu yang mendakwa dia berkuasa. Hukuman ini tidak boleh bertolak ansur apatah lagi dimaafkan oleh pihak tertentu.

Bentuk hukum itu juga telah ditentukan oleh Allah iaitu untuk kesalahan zina, sebat 100 kali rotan bagi yang bujang sama ada lelaki mahupun perempuan. Tetapi rejam dengan batu sehingga mati bagi mereka yang berkahwin.

Bagimanapun jika mereka bertaubat dalam tempoh kesalahan itu sama ada semasa menunggu hukuman dia terlepas lari atau kerana belum ada hukuman hudud dalam negara itu, Allah bersedia menerimanya. Mereka yang bertaubat adalah seperti tidak dosa lagi, demikian janji Allah.

Perlu diingat kesalahan zini tidak sampai melibatkan keceraan atau kematian seseorang. Jika berlaku begitu lelaki yang terlibat telah melakukan dua kesalahan iaitu kesalahan di bawah hudud dan satu lagi kesalahan di bawah qisas yang akan dibincangkan nanti.

Bagi kesalahan qazaf (menuduh), pelakunya dikenakan hukuman sebat 80 kali rotan. Kes ini sering berlaku dalam masyarakat kita tanpa mereka sedari bahawa yang demikian satu dosa qazab. Sebagai contoh, suami melihat isterinya keluar dengan seorang lelaki dan kebetulan isterinya mengandung, lalu dia menuduh isterinya curang kepadannya.

Perbuatan suami itu ada qazab dan boleh dihukum 80 kali rotan. Jika negara kita belum laksanakan hukum itu lagi maka dia perlu bertaubat dan hilangkan rasa curiga itu dan terima seadanya anak dalam kandungan isterinya itu. Begitulah ajaran Islam.

Bagi kesalahan mencuri, pelakunya perlu dihukum potong tangan sebelah untuk satu kesalahan. Tujuannya supaya dia tidak boleh mencuri lagi pada masa hadapan. Tetapi jika negera ini belum laksanakan hukum itu, dia wajib bertaubat sepenuhnya.

Bagaimanapun jika di samping mencuri dia turut mencederakan orang lain seperti meragut, merompak dan sebagainya, dia telah melakukan dua kesalahan iaitu mencuri di bawah hudud dan mencederakan di bawah qisas.

Bagi kesalahan minum arak, pesalah perlu dihukum dengan hukum sebat 40 kali rotan. Jika hukuman itu tidak dilaksanakan di negara itu, dia perlu bertaubat dengan sesungguhnya. Bagaimanapun jika dengan minum itu dia melakukan zina atau membunuh orang, maka banyak lagi hukuman yang menunggunya.

Jika semua umat Islam tahu hukum ini, pasti mereka tidak mahu melakukan kesalahan itu walaupun belum ada perlaksanaan hukum hudud. Tetapi jika ada manusia yang degil, terus melanggar hukum itu, maka di sinilah perlunya hukum hudud itu dilaksanakan oleh pemerintah.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah
http://pasbtp.blogspot.com/2009/08/hukum-hudud-untuk-elak-jenayah.html

Ulasan: Kita sangat sukar memahami mengapa UMNO melarang umat Islam di Malaysia daripada BEBAS mengamalkan hukum jenayah Islam. Padahal terbukti hukum jenayah buatan manusia yang diikuti selama ini tidak efektif untuk mengawal jenayah di dalam negara. Selamatkan negara dan rakyat dari penjenayah!

Lain orang kena sebat, lain orang rasa sakit!

oleh : ummiAnni

Ummi terpanggil nak komen tentang isu hukuman sebat Kartika..hukum sudah dijatuhkan si tertuduh sudah mengaku dan terima hukuman yang diterima dengan hati yang insaf..dengan niat agar hukuman yang bakal dia terima akn menjadi pengajaran terhadap ramai umat Islam yang terjebak dengan arak..betapa suci niatnya..

Seorang yang bersalah mengaku bersalah dan sanggup menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya kita anggap dia seorang yang berani...tapi yang pak2 menteri dan mak2 menteri tiba2 boleh hangat pijar ni kenapa? mereka kah yang nak dihukum? atau mereka terasa2 akan menerima hukuman yang sama? kalau korang tak bersalah kenapa korang pulak yang lebih menggelabah?

Kalau pemerintah rasa kasihan pada Kartika tolong kawal anak2 Islam kita yang lain dari mendekati arak..baru la dikatakan pemerintah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya.. sepatutnya sebagai pemimpin negara yang mengaku sebagai hamba Allah..kita menyokong dan memberi semangat kepada Kartika untuk menjalankan hukuman demi maruah agama Isalm..

Tapi bila dengar para pemimpin yang beragama Islam komen..aduii rasa malu la pulak ngaku depa2 ni pemimpin negara yang beragama Islam..

http://paszbb.blogspot.com/2009/08/lain-orang-kena-sebat-lain-orang-rasa.html

Ulasan: Sepatutnya pemerintah BN/UMNO mengawal anak2 Islam kita yang lain dari mendekati arak dari dulu lagi. Tak tahu cara? Eloklah rakyat bertegas memilih kerajaan peringkat persekutuan dengan mengundi parti selain BN yang sentiasa sayangkan anak dan tidak mahu anak mendekati arak. Rakyat telah selama ini di khianati oleh kerajaan BN/UMNO.

UMNO is Engineering the Breakdown of Pakatan Rakyat

By Tulang Besi

UMNO knows, on it's own, Pakatan Rakyat has the ability to work out their differences. So, what they are doing now is trying to engineer the breakdown of Pakatan Rakyat. Why is this so? Noticed that whenever the BN is facing a splintered and broken, they will tend towin handsomely. But, whenever the opposition is united and in one front.

Apparently they have plans tailored for each party. Allow me to break them down for clarity: 

1.0 PAS:
a. Make PAS feels uncomfortable using using DAP as boogeymen. 
b. Create a faction within PAS that is so pro to joining up with UMNO in the name of protecting Islam and guarding the Malay race
c. The factions in PAS makes the entire PR machinery weaker since PAS has the biggest machinery in Pakatan Rakyat.
d. Now that PAS is weakened and divided, it's easier for UMNO to work the ground and regain lost Malay votes.
e. Already we are seeing how weak the PAS machinery is in Permatang Pasir and Manek Urai. The division is breaking the core of PAS's strength.

2.O PKR:
a. Many of PKR's Malay wakil rakyat are former UMNO people.
b. They can be bought over and manipulated. For instance, the former Lunas ADUN, Radhi, has 4 wives and has been warned about his ridicolous claims.
c. Use the MACC to scare some of the ADUN into submission while offering monetary gains.
d. Jail Anwar Ibrahim on trumped up charges.

3.0 DAP:
a. Use DAP as a boogeyman to scare PAS and the Malay voters
b. Try to link DAP with the triads
c. Use MACC to harras and scare the DAP into submission

While all of this is going on, UMNO invokes every government agencies such as SPR, MACC, Police etc to work on their behalf.

This is so that they can break Pakatan Rakyat into pieces. So, please don't get distracted by the beer issue, the Kartika Sari issue, the DAP triad issue, that DAP is anti islam etc.

UMNO has no conscience. They have no soul. They are evil incarnate. They will sell their parents if it means to get them back into seats of power.

http://www.malaysiawaves.com/2009/08/umno-is-engineering-breakdown-of.html

Awas Taktik Baru UMNO dalam Pilihan Raya

Oleh ati suam-suam on Ogos 27, 2009 at 5:11 am

Salam…kepada pejuang Islam. Pengalaman bertugas di 4 lokasi PRK baru2 ini banyak memberikan pengalaman dan pendedahan kepada apa yang dinamakan politik sebenar BN. Semuanya terbongkar dan ditelanjangkan semasa PRK N11 baru2 ini. Diantara pembaharuan yang dibuat oleh UMNO adalah seperti berikut. 

1. Umno telah menubuhkan pasukan risik ala2 CIA untuk mencuba strategi2 baru yang dijangka berkesan untuk melemahkan pihak lawan 

2. Mengisytiharkan bahawa pejuang UMNO adalah berdasarkan A-Quran dan Hadis. – rujuk http://prkn11.net/index.php (flash banner) 

3. Menubuhkan skuad 3 jenis skuad gerak gempur ala2 unit Amal 

i) beret hijau – tugasan mencetuskan provokasi dengan maki hamun melampau.-ditarbiah oleh geng2 bina insan dan menanamkan doktrin pelampau bangsa. 

ii) baju kuning – kumpulan bermotor budak2 sekolah – tujuan memekak sepanjang jalan dan membawa risalah2 dan media propaganda untuk ditaburkan di kawasan2 strategik, terutamanya pos2 UPU dan markaz utama MTD 

iii) Baju putih – pihak pengurusan yang menjadi perantara kepada golongan atasan dan beret hijau dan menyalurkan maklumat kepada baju kuning. 

4. Umno menegaskan bahawa mereka juga pejuang Islam, sebelum ini mereka mencemuh takbir dan sekarang mereka menggunakan takbir untuk menunjukkan mereka benar2 Islam. 

5. Umno menanamkan doktrin bahawa merekalah pembela bangsa dan agama. tanpa Umno kemungkinan orang melayu akan merempat di negeri sendiri dan Islam tidak akan syumul. 

6. Umno sekarang dalam usaha utama untuk menarik kembali sokongan melayu dan inilah satu2 talian hayat mereka.untuk barisan komponen, mereka sendiri sudah pening dengan MCA, MIC dan kebayakan mengalami masalah dalaman yang paling kronik termasuk Umno. 

7. Umno pasti merekrut belia & remaja dengan ganjaran wang sebagai “shield” semasa pilihanraya dan untuk mencetuskan keadaan seolah-olah bilangan belia & remaja yang ramai itu menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Umno. 

8. Umno kalah dalam pilihanraya, bagi salah tak bagi kalah.tetapi mereka percaya, merekalah juara perang saraf dan propaganda. Pelbagai risalah dan dokumen yang merbahaya telah ditemui semasa prk 

9. Unit risik BN akan mengumpulkan segala maklumat pejuang2 PR dan penyokong2 tegar PR melalui hubungan internet termasuk facebook, friensdter, email, blog , tko dan lain2 dan terus track mereka ini hingga ke lubang cacing. 

10. Unit ini menubuhkan pasukan gempur “internet information booster” – memasuki laman2 web PR dan memasukkan thread & info yang mengelirukan dengan matlamat memecahbelahkan penyokong pr dan memberikan kekuatan kepada BN 

11. Menubuhkan laman2 web ala2 menyokong PR tetapi dalam pada masa yang sama menanam jarum2 hasutan yang melampau! 

12. Dari mana maklumat ini ->>> jauh berjalan, luas pandangan, jauh pandangan, banyak pengalaman! 

Umno diambang kejatuhan, tetapi mereka tidak akan jatuh dengan senang, mereka akan gunakan apa2 sahaja untuk mempertahankannya. 

Pejuang Islam yang sebenar akan meletakkan dasar perjuangan atas nama Islam, meletakkan al-Quran sebagai dasar perjuangan. 

Jika Umno benar2 pejuang Islam, saya cabar letakkan dasarnya dalam perlembagaannya dengan dasar al-Quran dan Hadis. 

Kami memusuhi Umno kerana dasarnya bukan kerana namanya Umno!

Komen ati suam-suam terhadap artikel http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/08/25/pas-menang-besar-walau-bn-guna-taktik-kotor/

Wednesday, August 26, 2009

Pilih Pemimpin: Anak Soleh atau Anak Emas?

Berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng “Ustaz Salleh Man ini kita tengok mukanya pun kita tahu, dia seorang yang baik dan beriman. Kita mahu seorang yang baik, kita mahu anak soleh bukan anak emas, anak soleh ini dia tak menipu dan tidak buat penyelewengan” (Harakah, 3-6 Ramadhan 1430, ms N3).

Ulasan: Anak soleh akan bukan hanya anugerah kepada ibubapa tetapi juga kepada negara. Pilihlah pemimpin dari golongan anak soleh.

Utamakan tarbiah – PM

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menjatuhkan hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama golongan wanita.

Perdana Menteri berkata, Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan inti pati dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Oleh itu, apabila mengenakan hukuman (terhadap pesalah) proses tarbiah sepatutnya lebih penting berbanding hukuman fizikal kerana ia sejajar dengan sifat Islam yang simpati dan belas kasihan kepada umatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini…

Ulasan: Apa yang kerajaan BN buat untuk menutup jalan maksiat? Memberi lesen mengilang arak dan mengizinkan jualan arak di kedai runcit. Tapi dalam sejarah Islam yang gemilang, wanita tetap menerima dan kena hukum.

Kerajaan yakin SPRM – PM

PUTRAJAYA 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pihak tertentu jangan menjadikan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai mainan politik atau sentimen mereka.

Tegas Perdana Menteri, pihak berkenaan tidak boleh menuding jari menyalahkan SPRM hanya berdasarkan kes tertentu khususnya kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menurutnya, dalam apa jua keadaan, semua pihak diminta tidak terlalu cepat menyalahkan institusi itu dalam usahanya untuk memerangi rasuah dan membawa urus tadbir baik untuk negara.

‘‘Kerajaan masih yakin dengan kewibawaan SPRM. Dalam kes melibatkan mendiang Teoh, saya percaya ia bukan suatu yang diinginkan oleh SPRM sebab insiden berlaku di pekarangan bangunan SPRM (Selangor).

‘‘Sudah tentu ia menimbulkan banyak persoalan tentang kredibiliti SPRM namun saya harap ia tidak dijadikan mainan politik kerana ini boleh membawa keadaan negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2009 di Kementerian Kewangan di sini hari ini…

Ulasan: Tetapi rakyat kurang percaya kepada SPRM. Bukan kerana kakitangan tidak berupaya menyiasat kes rasuah dan penyelewengan tapi kerana SPRM di bawah PM, seorang ahli politik BN/UMNO. Rakyat tertanya-tanya bila agaknya boleh SPRM diletakkan di bawah Parlimen atau DYMM Agung?


Polis Indonesia BATAL pantau ceramah agama

JAKARTA 25 Ogos - Polis Indonesia memutuskan untuk membatalkan rancangan bagi memantau ceramah agama yang disampaikan di masjid dan dalam perhimpunan umum, selepas beberapa parti politik dan pertubuhan Islam menyuarakan bantahan terhadapnya.

Jurucakap Polis Negara, Inspektor Jeneral Nanan Soekarna dalam mesej teks yang diterima oleh Jakarta Post kelmarin berkata, polis tidak akan melaksanakan rancangan tersebut.

"Tidak ada langkah untuk memantau atau membataskan ceramah agama kerana cadangan ini telah membimbangkan sesetengah pihak.

''Bagi memastikan ketenteraman dan keselesaan untuk mereka yang taat beragama, saya ingin menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan konflik antara Polis Negara dengan umat Islam," katanya.

Nanan mengumumkan rancangan itu pada Jumaat lepas, dengan memberi amaran ulama akan ditangkap dan dikenakan tuduhan jenayah jika mereka menyampaikan ceramah yang mencetuskan provokasi dan kebencian.

"Kenyataan itu berkait rapat dengan penangkapan 18 lelaki Filipina di Jawa Tengah dan persoalan bagaimana polis boleh mengawal ulama yang memberi ceramah untuk mencetuskan provokasi atau menarik anggota baru sebagai pengganas," katanya.

Polis di Jawa Tengah sebelum itu menahan 18 lelaki berkenaan yang disyaki terlibat dalam keganasan. Mereka telah memberi ceramah di beberapa masjid.

Namun begitu, sejak rancangan tersebut diumumkan, polis dihujani bantahan ramai.

Parti-parti berhaluan Islam adalah antara yang paling lantang membidas rancangan polis itu.

Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP) sebulat suara menyifatkannya sebagai ancaman kepada kebebasan bersuara, manakala Parti Demokrat juga menentang pemantauan ceramah.

"Keputusan polis untuk melakukan pemantauan hanya satu pembaziran," kata Timbalan Ketua Umum Parti Demokrat, Anas Urbaningrum.

Pemerhati politik menyifatkan strategi tersebut sebagai keterlaluan.

"Polis bertindak secara keterlaluan kali ini dan keputusan mereka untuk mengumumkan strategi mereka adalah tidak wajar," kata penganalisis politik di Universiti Negara Islam, Bachtiar Effendy.

Beliau berpendapat, jika polis mahu memantau ceramah agama, mereka hanya perlu melakukannya tanpa menghebahkannya kepada semua orang kerana ini hanya akan menimbulkan tanggapan salah bahawa situasi tidak stabil dan tidak selamat.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Amidhan berkata, keganasan adalah aktiviti bawah tanah dan dengan itu tiada keperluan untuk memantau dakwah dan ceramah yang disampaikan secara terbuka.

"Semua ceramah di masjid tidak pernah membawa mesej keganasan atau kebencian," ujar beliau. - Agensi

Ulasan: Terima kasih kerana polis bersikap profesionalisme. Di Malaysia pula, bagaimana? Susah bila orang politik memperkudakan polis.

Ramai pemimpin Umno terlibat jika skandal PKFZ didedah

Ramai pemimpin Umno terlibat jika skandal PKFZ didedah - Chua Jui Meng 
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). 

Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut. 

Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya. 

Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing. 
KDSB ialah pemaju PKFZ. 

Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya…

Ulasan: Masa untuk buktikan kelakian SPRM.

Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, polis di arah bayar gantirugi

KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya. 

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini. 

Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu. 

Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini. Harakahdaily.

PPSMI: Pendapat Bebal Lagi Membebalkan

Golongan yang mempertahankan PPSMI mengatakan jika PPSMI dimansuhkan, negara kita akan menjadi negara mundur dan miskin kerana tidak mampu bersaing dalam dunia moden yang global.

Berdasarkan hipotesis itu, bagaimanakah hendak diterangkan mengapa negara-negara yang mengamalkan PPSMI seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Burma, Filipina, Ghana, Zimbabwe, Kenya, Nigeria, Uganda, Jamaica, Botswana dan banyak lagi, semuanya gagal menjadi negara maju, kayaraya dan berjaya bersaing dalam dunia moden yang global.

Bagaimanakah hendak diterangkan mengapa negara-negara yang TIDAK mengamalkan PPSMI, sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri, seperti Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Sweden, Denmark, Finland, Austria, Belgium, Switzerland, Jepun, Korea, China, Taiwan dan banyak lagi, semuanya menjadi negara-negara maju, kayaraya dan berjaya bersaing dalam dunia moden yang global.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd 
Presiden, 
Universiti Terbuka PTS 
ainon@pts.com.my
http://universitipts.com/index.php/site/comments/pendapat_bebal_lagi_membebalkan/

Hukum Sebat JAIP: Nak atau tak nak?

Tajuk asal: APE KE JADAH JAIP OOII!! 

Saya naik hairan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dalam kes pelaksanaan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Syukarno (32). Kartika telah dihukum rotan enam kali pada 20 Julai 2009 lepas oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Dato' Abdul Rahman Yunos setelah didapati bersalah kerana meminum arak ditempat awam.

Alhamdulillah daripada hukuman rotan itu, Kartika telah mendapat kekuatan untuk melihat kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berubah. Untuk menunjukkan keikhlasan beliau bertaubat, beliau telah tidak membuat rayuan terhadap hukuman tersebut, malahan bersedia untuk dirotan sebagai kiffarah kepada kesilapannya. Saya mengangkat tabik kepada Kartika atas keikhlasan dan keinsafan beliau.

Kes ini telah menarik perhatian media dan NGO tempatan dan antarabangsa kerana jarang hukuman rotan dikenakan terhadap seorang wanita kerana kesalahan meminum arak. Sedangkan Islam tidak mengenal batasan gender dalam menguatkuasa dan melaksanakan hukuman. "Demi ALLAH, sekiranya Fatimah puteriku sendiri yang mencuri, akan ku potong tangannya"..begitu tegas Nabi dalam melaksanakan syariat ALLAH!

Dalam keadaan kes ini mendapat perhatian dan liputan begitu rupa, pihak berkuasa JAIP sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti kes ini kerana sebarang kesilapan akan memberi imej burok bukan kepada JAIP tetapi kepada agama Islam.

Hukuman rotan ini adalah hukuman syarie dan menurut ketetapan yang ditentukan ALLAH dan Rasul. Tiada siapa boleh pertikaikan persoalan ini, dan bagi yang mempersoalkan perlaksanaan hukuman ini sama saperti mempersoalkan hukuman ALLAH dan Rasul. Cuma yang berbeza adalah metode dan cara perlaksanaan hukuman itu sahaja yang ada kekhilafan. Keberanian Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan melaksanakan hukuman tersebut adalah sesuatu yang perlu diberi penghormatan.

Kita pejuang dan umat Islam tidak bersorak-sorai apabila hukuman ini dikenakan. Walaupun ada diluar sana sekelumit insan toghut mendakwa kita bergembira, namun itu adalah putar belit dan propaganda murahan untuk menimbulkan rasa gelisah dan kurang senang beberapa pihak tertentu terhadap Islam. Hakikatnya kita sangat sedih kerana masih ada umat Islam yang masih engkar mematuhi perintah ALLAH dengan meminum arak secara terbuka. Tidak ada umat Islam yang tidak tahu arak itu haram dan hukuman meminumnya adalah rotan. Tidak timbul disini soal nak mendidik atau berdakwah, nak didik dan dakwah apa lagi! Kalau ada orang Islam yang kata dia tidak tahu arak itu haram, samada skrew otak dia perlu diketatkan atau pun dia baru keluar dari gua yakjuj makjuj mana kita tak tau!

Tapi apa yang malang tindak-tanduk pihak penguatkuasa JAIP telah memberikan gambaran buruk dan bodoh kepada Islam. Kalau nak laksana hukuman tu laksanakanlah dengan penuh professional dan berhemah. Ni ape cerita dah ambik Kartika kat rumah boleh u-turn balik kereta tak sampai 200 meter berjalan, peh tu kensel pulak tangguh hukuman sebab menghormati Ramadhan. Takkanlah pegawai JAIP bodoh sangat tak tahu ni dah bulan Ramadhan. Dah tau bulan Ramadhan dok beriya-iya nak keluarkan waran, siap nak tahan kat penjara lah macam-macam story apa ke he ni. Tau-tau kensel setelah Kartika bersiap sedia nak dihukum, siap dengan tahlil solat hajat lagi dah buat kat Sg. Siput.

Tindakan bodoh ini benar-benar memalukan Islam. Seolah-olah Islam ni lekeh sangat sampai tak reti nak laksana hukuman rotan. Sebenarnya yang bodohnya pegawai JAIP, tapi yang malu ialah agama Islam. Ada pulak yang buat kenyataan sebenarnya pegawai yang nak merotan cara syariah tidak ada, dan para pegawai penjara tak reti nak laksana hukuman. Apalah susah sangat, impot sahaja para pegawai syarie daripada Aceh Darul Islam, mereka dah punya pengalaman luas dalam melaksanakan hukuman rotan bagi peminum-peminum arak dan kesalahan syarie yang lain. Tak pun hantar aje pegawai penjara ke Aceh pegi kursus cara merotan mengikut syara'. Saya ingat dalam dua minggu setel dah isu remeh ni.

Apa pun, kita mintak sangat kepada para pegawai JAIP, tolonglah buat kerja tu profesional sikit. Janganlah bagi malu kat Islam disebabkan kebodohan kita. Hukuman ALLAH itu adil dan saksama, jangan dicemar akibat kejahilan dan kebodohan kita!

Mungkin pihak berkuasa perlu menimbang untuk menyemak semula hukuman rotan yang dikenakan kepada Kartika. Saya melihat beliau telah benar-benar menunjukkan keinsafan dan keikhlasan dalam kes ini. Malahan ibubapa dan keluarga beliau juga menunjukkan sikap yang sama. Saya sangat berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa Kartika. Ini satu sikap terpuji yang jarang nak dijumpai lagi hari ini.

Mungkin kita perlu menunjukkan ehsan kita. Ini tidak bermakna kita tidak melaksanakan hukuman rotan itu. Tetapi suasana dan keadaan dah berubah terlalu banyak akibat kelemahan dan kesilapan pihak berkuasa sendiri.. Bukan Kartika enggan dihukum, tetapi dengan takdir ALLAH suasana sudah berubah. Mungkin para ulama' dan ilmuan Islam, mungkin para Jawatankuasa Fatwa yang begitu ghairah nak berfatwa boleh duduk segera bermuzakarah untuk menimbang samada hukuman rotan tersebut boleh disemak semula atau tidak demi memperlihatkan sistem keadilan dan kasih sayang Islam, wallahua'lam.

Moga ALLAH memberikan keampunan dan kekuatan serta istiqomah kepada kita serta mengampunkan kelemahan dan kebodohan kita..astaghfirullah hal azheem.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/ape-ke-jadah-jaip-ooii.html

Mengaku kalah ajalah Muhyiddin, usah cari dalih lagi...

Oleh Paktam Mat

Bagi sesiapa yang tonton Buletin Utama TV3 malam tadi tentu perasan bagaimana kecewanya Muhyiddin Yassin yang siang malam bertungkus lumus berkempen di Permatang Pasir, tetapi akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan kemenangan besar calon PAS.

Menariknya, dan itulah setiap kali dilakukan TV3 dan media talibarut Umno yang lain, bila mereka kalah, maka dicarilah segala daleh ke atas kekalahan mereka. Muhyiddin sebagai contoh menyalahkan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, yang mengasak ke kampung-kampung yang ramai penyokong Umno sehingga penyokong Umno itu takut untuk keluar mengundi.

Bagi Muhyiddin, kalau penyokong Umno tidak dihalang daripada keluar mengundi sudah tentu BN dapat menang kali ini. Langsung tak masuk akal! Kalau Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ada bukti bahawa penyokong PAS menganggu penyokong Umno untuk keluar mengundi, beliau sepatutnya membuat laporan polis pada petang tadi juga.

Kepada Muhyidin mengaku ajalah bahawa Umno-BN masih belum dapat dipulihkan. Rakyat tetap menolak dan mahukan Pakatan Rakyat terus memerintah. Bukankah sejak hari pertama lagi calon Umno sudah buat hal dengan begitu banyak masalah peribadi yang membelitnya? Seolah-olah Umno ketandusan calon berwibawa untuk bertanding dalam pilihan raya yang diakui cukup penting itu.

Satu lagi daleh Umno bila kalah ialah dengan membawa alasan kuno iaitu penyokong Pakatan Rakyat melakukan keganasan atau kekerasan kepada petugas BN. Maka ditunjukkan beberapa orang Pemuda Umno yang kena "belasah" oleh penyokong PAS sehingga berdarah-darah. Dan sewajibnya bekas darah itu akan difokuskan oleh kamera TV.

Penonton sudah muak dengan agenda yang sudah tidak laku ini. Kita belum lupa dengan peristiwa semasa Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh dulu. Macam itu jugalah media talibarut memainkan peranan mereka. Ditunjukkan berulang-ulang kali "kesamsengan" penyokong KeADILan tetapi akhirnya kalah lagi teruk juga calon Umno.

Kepada Muhyiddin, cukup-cukuplah bermain politik dengan daleh yang orang sudah naik muak. Mengaku ajalah kelemahan dan perbaikilah. Kalau tidak, Umno bukan saja terus kalah dalam siri pilihan raya kecil (setakat di Semenanjung 7-0), tetapi nasibnya dalam pilihan raya umum akan datang bertambah kritikal lagi.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN ANWAR IBRAHIM MENGULAS KEMENANGAN SALLEH MAN

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang .DetikDaily
http://zabidi-morad.blogspot.com/2009/08/mengaku-kalah-ajalah-muhyiddin-usah.html

JIM sasar bantu 60,000 orang

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Sebanyak 60,000 orang dari 14 negara dikenal pasti untuk menerima bantuan bernilai RM300,000 menerusi Program Rayuan Ramadan Jamaah Islah Malaysia (JIM) tahun ini.

Timbalan Pengarah Program Rayuan Ramadan JIM, Wan Mohd. Zukri Che Mat Zin berkata, program tersebut merupakan usaha berterusan untuk membantu golongan fakir miskin, ditindas, ditimpa musibah serta dipinggirkan.

Beliau berkata, hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui program sama tahun lepas, JIM telah berjaya mengagihkan sumbangan kepada lebih 40,000 penerima di seluruh dunia.

Katanya, mereka yang bakal menerima sumbangan kali ini ialah dari Palestin, Mindanao, Indonesia, Rohingya, Vietnam, Kemboja, selatan Thai, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Bangladesh, Iraq dan Turkestan Timur.

‘‘Walaupun secara umumnya, setiap orang hanya menerima bantuan RM5 tetapi kalau di negara-negara Arab, ia sudah cukup untuk mereka membeli sebuku roti,’’ katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Program Rayuan Ramadan 1430 Hijrah di sini, semalam.

Beliau berkata, sumbangan itu akan diagihkan melalui dua institusi iaitu Hidayah Centre yang merupakan pusat sokongan saudara baru dan pusat bimbingan remaja puteri yang dikenali Raudhatus Sakinah.

Wan Mohd. Zukri menjelaskan, semua sumbangan akan disalurkan melalui wakil JIM di negara terlibat.

Katanya, mereka yang berminat boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), nombor akaun 1211-3010-00597 atau Bank Muamalat Malaysia Berhad, nombor akaun 1403-0000-391 713.

Sumbangan juga boleh dibuat dengan melayari laman web di www.jim.org.my/e-bazaar. 

Sebarang pertanyaan, hubungi Sekretariat Program Rayuan Ramadan di 03-4108 9669 dan 03-4105 3159 atau emelkan ke ramadhan-qurban@jim.org.my.

Ulasan: Bersama-sama kita meringankan penderitaan saudara kita di negara lain.

Tuesday, August 25, 2009

PAC akan soal siasat Kuala Dimensi esok

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kuala Dimensi Sdn. Bhd., kontraktor siap guna projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan disoal siasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) esok.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) akan hadir.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, syarikat itu telah diberi notis untuk menghantar seorang wakil. 

“Kalau Datuk Seri Tiong King Sing yang datang, lagi bagus,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Ditanya jika Kuala Dimensi diminta memberikan banyak penjelasan, Azmi berkata: “Itu saya tak boleh cakap.” 

PKFZ, sebuah zon bersepadu komersial dan perindustrian bebas seluas 400 hektar yang bersebelahan dengan Pelabuhan Klang, terbabit dalam kontroversi setelah mendapati kos pembangunannya meningkat daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Selain siasatan PAC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat isu PKFZ itu. – BERNAMA

Ulasan: Siasat, siasat dan tinggal begitu saja kerana tidak boleh buat apa. Awalnya supaya nampak prihatin dengan masalah penyelewengan yang ada. Hujungnya sama. Tapi selagi BN/UMNO berkuasa menjajah Malaysia, selama itu rasuah dan penyelewengan akan berlaku lagi dan lagi. Bukan setahun dua kita kenal dengan BN/UMNO. Tapi dah terlalu lama kita kenal BN/UMNO. Rakyat perlu tegas dalam memilih kerajaan yang anti-rasuah.

PKS bidas polis mahu pantau ceramah agama

JAKARTA 24 Ogos - Parti Keadilan Sejahtera (PKS) membidas keputusan polis untuk meningkatkan pengawasan terhadap kegiatan dakwah dan ceramah agama.

Jurucakap PKS, Mutammimul Ula memberi amaran, tindakan polis tersebut boleh menjadi punca ketegangan baru antara umat Islam dengan kerajaan Indonesia.

"Kita tidak boleh menjadi sebuah negara polis kerana ini sama bahayanya seperti sebuah negara yang diperintah oleh tentera," tegas Mutammimul, lapor agensi berita Antara semalam.

Beliau yang menganggotai Suruhanjaya I Dewan Perwakilan berkata, pendirian partinya berhubung isu tersebut adalah jelas iaitu menentang keputusan berkenaan.

"Seperti yang saya katakan tadi, keputusan itu akan menimbulkan ketegangan baru antara umat Islam dengan kerajaan dan dalam kes ini masyarakat Islam akan menjadi pihak yang disyaki," katanya.

Menyentuh tentang ungkapan yang digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar itu seperti 'dakwah yang bersifat provokasi dan menyalahi undang-undang', Mutammimul berkata, ungkapan sedemikian boleh digunakan untuk tujuan politik dan ditafsirkan secara longgar.

Beliau berpendapat polis tidak sepatutnya panik dalam berdepan dengan pengganas yang bilangan mereka sebenarnya sangat kecil.

"Polis tidak boleh menumpukan perhatian mereka terhadap kelompok majoriti dalam menangani bilangan pengganas yang sangat kecil. Langkah ini akan memerlukan banyak tenaga," katanya.

Mutammimul berkata, polis juga memikul tugas untuk menghapuskan jenayah lain selain keganasan seperti penyalahgunaan dadah yang mendatangkan banyak kerosakan kepada masyarakat.

Beliau menyeru pasukan polis supaya bersikap bijaksana dan rasional.

"Jangan biarkan negara demokrasi bertukar menjadi sebuah negara polis. Ini sama bahayanya seperti negara tentera," tegas beliau. – Agensi

Ulasan: Betul kata Mutammimul Ula. Jangan biarkan negara demokrasi bertukar menjadi sebuah negara polis. Ini sama bahayanya seperti negara tentera.

Majlis Peguam mahu sebat dihapuskan

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Majlis Peguam hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menghapuskan hukuman sebat untuk apa jua kesalahan jenayah.

Menurut kenyataan itu, Majlis Peguam mengutuk dan menolak hukuman sebat kerana tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.

"Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera. Hukuman ini dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kami menggesa kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat ini," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, hukuman sebat terbukti bukanlah suatu hukuman yang boleh dijadikan teladan kepada orang lain…

Ulasan: Hukuman sebat terbukti bukanlah suatu hukuman yang boleh dijadikan teladan kepada orang lain? Ye ke? Oleh itu banduan akan terus menjadi liabiliti kepada negara kerana hukuman yang ada tidak mendidik.

Tapi hukuman sebat wujud dalam Islam. Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) lagi Mahkamah Sivil tidak terdapat hukuman sebat untuk pesalah wanita, lelaki berumut 50 tahun (kecuali atas kesalahan rogol), atau pesakit mental, tetapi perlu ditegaskan bahawa dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan. 

KDN serbu pejabat majalah Zunar - Gedung Kartun

Ogos 25, 09 Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.

Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.

Ia juga memuatkan "Nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4….

Ulasan: Pegawai-pegawai Hishamuddin dari KDN, bertindak pantas apabila kandungan majalah tersebut mengusik Piem Satu Malaysia yang kebetulan sepupunya. Hebatnya PM 1Malaysia kita...... tak boleh di'sentuh' dan di'usik' langsung. Mengapa perlu rasa gelisah.... kalau rasa diri tak bersalah... Biaq pi la apa orang nak buat.... lukis kartun ke.... bersatira politik ke.... whatever ler.... buat nohen jer udah. Apabila mengambil tindakan yang tidak demokratik seperti ini, pasti orang akan lebih mencurigai dia. Ya tak begitu komer??

Apakah benar persepsi orang yang 1Malaysia di bawah Najib sedang menuju ke era pemerintahan kuku besi? Tindakan terbaru yang diambil oleh KDN seolah-olah mengukuhkan lagi persepsi tersebut. Nampak macam bebas tapi sebenarnya tak bebas. Kata sudah merdeka tapi rakyat masih dibelenggu!!!

Kini.... mereka menganggap mesej dalam lukisan kartun pun boleh menggugat kuasa PM 1Malaysia. Atau pun..... takut imej PM 1Malaysia yang memang sudah 'down the drain' akan terus hanyut dibawa arus air longkang.

Weh..... tak kan kebebasan nak berkarya pun komer nak sekat. Tak kan ler semua karya-karya asyik nak menjilat komer jer!!! Kalau menjilat komer...... no problem.... tak apa... komer suka... komer puji..... tapi apabila hasil karya perli komer sikit..... mengacah komer sikit..... mengusik komer sikit..... tak boleh!!! Serbu.... kacau... ganggu... ugut... rampas... tarik balik permit....!!!! Demokrasi apa ke bendanya ni??? Demokrasi taik kucing!! Isy.... isy.... demo ni memang tak mengasi betoi!!

Kepada Zunar dan team majalah Gedung Kartun..... bersabar aje lah. Be strong dan jangan cepat putus asa. Panjangkan akal dan cari jalan macam mana nak overcome masalah buli daripada KDN ini. Apa-apa pun.... teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dengan cara anda sendiri!!!

Komen dari: http://motherof3mohd.blogspot.com/2009/08/pejabat-malajah-gedung-kartun-diserbu.html

Monday, August 24, 2009

BETULKAH MUSA AMAN KALIS SIASATAN SPRM?

RAKYAT Sabah terasa sangat hairan kerana para pemimpin UMNO Sabah mempunyai rumah ala-mansion atau istana, namun tidak pun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ?

Yang paling menghairankan dari mana mereka mendapat duit sebanyak itu untuk membina rumah ala mansion itu sedangkan gaji mereka hanya mampu untuk membeli rumah yang bernilai RM1 atau RM2 juta melalui pinjaman bank. Rumah yang mereka miliki bernilai lebih RM20 hingga RM100 juta!

Datuk Seri Musa Aman dikhabarkan mempunyai beberapa buah mansion walaupun menggunakan nama anak, isteri, menantu atau proksi. Begitu juga dengan Datuk Seri Yahya Hussin yang turut memiliki koleksi beberapa buah rumah bungalow dan mansion; yang diikuti oleh jemaah menteri kabinet, namun oleh kerana prinsip ‘NO CASE TO ANSWER’ maka mereka kalis siasatan SPRM.

Berbanding rakyat biasa yang berhempas pulas memburu hidup di penjuru nasib yang sekadar memiliki lesen PKK kelas F dan memiliki rumah pangsa atau dua buah proton saga kelabu, pasti akan diburu SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagaikan pesalah yang mencuri berjuta ringgit harta kerajaan.

Bukan sahaja Ketua Menteri yang kalis siasatan, malah Jemaah Menteri Sabah juga kalis dari sebarang pertuduhan rasuah dan tidak pernah disiasat, melainkan melalui khabar angin sahaja. Kalaupun Musa Aman didatangi Pegawai Siasatan SPRM, hanya sekadar untuk berbasa basi yang dibalas dengan pengurniaan Pingat Kebesaran Negeri termasuk Datuk Seri Panglima ataupun Datuk ataupun ASDK yang lebih kurang bermaksud ‘Angkat Semua Dua Kaki’ atau remaja kita menggelarkannya sebagai ‘Aku Suka Dengan Kamu’.

Untuk meyakinkan orang ramai, satu reformasi harus dilakukan iaitu sistem penyiasatan SPRM terhadap pemimpin politik UMNO dan pembangkang, mestilahlah dibuat dari satu badan berkecuali, bukan terdiri daripada kaki tangan Kerajaan yang boleh dipengaruhi dari pertalian persahabatan dan sama-sama cari makan dengan Kerajaan “you scratch my back, I punch your ribs”. Tutup kes, maka jadilah “No case to answer” walaupun daripada 81 Dalil yang difailkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap Musa Aman, sekurang-kurangnya 10 Dalil mempunyai asas yang kukuh untuk pendakwaan.

Ironinya, Menteri Besar Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat yang menyedekahkan lembu korban pula akan dituduh rasuah, sehingga Tan Sri Khalid mahu mengganti kereta lama pun dituduh menyalahguna kuasa, namun SPRM di Sabah hanya membisu seribu bahasa apabila melihat kapal di laut, pesawat di udara dan Gedung harta di Darat serta Kayu balak di rimba semuanya milik Musa Aman dan kroni, sedangkan gajinya sekadar mampu beristeri dua dan memiliki harta ala kadar yang setaraf dengan Ninja King atau Kong.

Kewibawaan SPRM sebagai sebuah badan berkecuali kini sangat diragui oleh rakyat Malaysia, begitu juga dengan polis yang tidak lagi diyakini rakyat, kerana mereka tidak menjalankan penyiasatan ke atas semua harta Datuk Seri Musa Aman di Singapura, Hong Kong, Australia dan sebagainya kerana sebelum menjadi Ketua menteri Sabah, beliau telah mengisytiharkan diri bernilai RM300 Juta atau ‘Three Hundred Million Dollar Man’ lebih hebat daripada siri TV, ‘Six Million Dollar Man’.

Namun menurut sumber yang dipercayai, saya bersyukur kerana Musa Aman adalah salah seorang yang terkaya di Asia dengan asset luar negara bernilai USD 16 Billion, namun tidak diisytiharkan. Hanya Allah dan orang tertentu sahaja yang tahu! Kalau tidak percaya tanya Richard Barnes atau Michael Chia. Mungkin Daud Tampokong pun tahu tetapi buat-buat tidak tahu.

Bukankah lebih baik jika Kerajaan Malaysia melantik Badan Bebas atau pihak berkecuali untuk menyiasat mereka yang berpengaruh seperti ‘Raja Bersiong’ Musa Aman; terutama tokoh yang dipercayai masyarakat antaranya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Professor Khoo Kay Kim untuk mengulangi penyiasatan yang dibuat oleh kakitangan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang selama ini amat diragui ketelusannya?

Kes paling menjolok mata ialah pemilikan bangunan Wisma Bandaraya oleh Musa Aman dan Isterinya yang disewakan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah serta subsidiarinya; sedangkan pada dasarnya Musa menyedarinya tugasnya sebagai Menteri Kewangan ialah memastikan semua sewa bangunan kerajaan negeri dibayar oleh Kementerian Kewangan dan wang tersebut masuk ke koceknya!.

Ramai rakyat mendesak agar Panel Khas yang dilantik turut menyiasat jasa-jasa Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kepada Negeri Sabah sehingga dikurniai pingat Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.D.K) tidak lama setelah beliau selesai membuat penyiasatan ke atas Datuk Seri Musa Aman yang bukan sahaja didapati BERSIH daripada sebarang Skandal rasuah, malah berbau bersih daripada sebarang skandal lain di Sabah.

Kemungkinan keberangkalian kalau Musa Aman menyedekahkan sejuta lembu menggunakan wang kerajaan negeri untuk dikorbankan sekalipun beliau akan tetap kekal bersih, kelihatan bersih dan berbau bersih. Itulah kehebatan Musa Aman yang tidak dimiliki oleh Semua Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia. Wallahualam!

http://www.sabahkini.net

Ulasan: Cuma SPRM yang boleh buktikan semua Menteri Besar atau Ketua Menteri atau semua menteri di Malaysia sebenarnya boleh didakwa terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan harta negara melaui jalan yang tidak sah. Apakah SPRM punya kekuatan zahir dan bathin untuk melakukannya? Masa untuk menguji samada berkhidmat untuk negara atau untuk BN/UMNO.

PESANAN KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

Dari http://misabah.blogspot.com/2009/08/pesanan-tok-guru.html

24 PENGKHIANATAN UMNO BN TERHADAP ORANG MELAYU/ISLAM SEJAK 50 TAHUN DAHULU

24 Pengkhianatan UMNO BN terhadap orang Melayu/Islam sejak 50 tahun dahulu.

1. Memperkenalkan program "perancang keluarga" yang telah ditentang habis-habisan oleh PAS suatu ketika dulu.
2. Menghapuskan tulisan jawi.
3. Memperkenalkan Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris.
4. Meluluskan judi dan arak dijual untuk keuntungan yang berlipat ganda.
5. Mengizinkan kelab gay di Bukit Bendera sehingga DAP pulak yang menutupnya. Kelab gay di KL masih beroperasi kerana UMNO BN takutkan Marina Mahathir.
6. Memisahkan agama dan politik di kalangan orang Melayu/Islam.
7. Memecat mufti Selangor selepas mufti Selangor menyokong tindakan ke atas ratu cantik Melayu.
8. Membuang kekebalan dan keistimewaan Raja-raja Melayu.
9. Mencaci, memaki dan mencerca Raja-raja Melayu sewaktu krisis perlembagaan dahulu.
10. Menggadaikan tanah rezab Melayu kepada bukan bumiputera.
11. Membuang kuota Melayu di IPT dan memperkenalkan meritokrasi yang mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
12. Menghapuskan pemberiaan biasiswa kepada bumiputera Melayu
13. Menghina dan mencaci para ulama.
14. Menghina sunnah Nabi.
15. Mempertikaikan keadilan syariat Islam.
16. Gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga orang Melayu hanya mengawal 18% sahaja ekuiti negara.
17. Gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga 70% perbelanjaan Rancangan Malaysia ke 8 dimonopoli oleh syarikat-syarikat milik bukan Melayu.
18. Menjalin hubungan dengan Israel yang telah membunuh puluhan ribu umat Islam Palestin dengan menjemput pemain kriket Israel datang ke Malaysia, dan melalui pertemuan Zahid Hamidi dengan rakan sejawatnya dari Israel.
19. Tidak menentang resolosi PBB supaya Amerika dan sekutunya menyerang Iraq & Afghanistan.
20. Tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS dalam pilihanraya di Palestin sedangkan HAMASlah yang berjuang mati-matian melawan Israel.
21. Menarik balik royalti petroleum ke atas Terengganu yang diperintah PAS sedangkan rakyat Terengganu majoriti Melayu/Islam.
22. Menghentikan bantuan perkapitan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat di seluruh Malaysia.
23. Membiarkan gejala murtad berlaku.
24. Anak-anak ibubapa yang masuk Islam kekal dengan agama asal ibubapa mereka.

Dari http://misabah.blogspot.com/2009/08/siapa-sebenar-pengkhianat-melayuislam.html

Ulasan: Baca dan fikir. Tidak suka hendakak hakimkan UMNO sebab UMNO sebagai bukan pelakon di pentas  tapi sebagai pemerintah negara kita samada kita setuju atau tidak selama lebih 50 tahun. Fakta ada di depan mata atau kena carilah sikit melalui pembacaan dan bertanya khabar dengan orang tua di sekitar kita.  Janganlah takut membuat keputusan peribadi. Ramai yang telah buat keputusan menolak pengkhianatan UMNO terhadap bangsa Melayu sekaligus Islam. Anda bagaimana?

Friday, August 21, 2009

Pemimpin Malaysia Penakut: Apa Erti Merdeka?

Tajuk asal: Muhyiddin Nafi Tohmahan Kononnya Jual Tanah Kepada Singapura 

BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata," kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini malam Rabu.

Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor.

"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi Menteri Besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri ketika itu (Dr Mahathir) telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew (Perdana Menteri Singapura ketika itu) ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Katanya dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup
dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau...

Ulasan: Rakyat sedih kerana 3 pemimpin kita jadi penakut bila di gempar (istilah utara) oleh 1 pemimpin negara kecil Singapura. Apalah gunanya kita merdeka kalau takut di bumi sendiri? Berbilion RM wang rakyat pun telah dihabiskan untuk melengkapkan keupayaan tentera kita. Apalah gunanya menghabiskan duit berjuta-juta menyambut Hari Kemerdekaan kalau pemimpin kita penakut? Hari Kemerdekaan bukan tempat lakonan pemimpin penakut. Biar mati berprinsip, dari hidup negara tergadai.

SPRM diserang

SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar dengan beberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabat itu, Jalan Kota, awal pagi semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyifatkan bom-bom api yang dilemparkan itu cukup untuk membakar bangunan pejabat itu sekiranya tidak dihalang…

Ulasan: Kenapa sebuah saja? Nampak macam lakonan. Maklumlah sekarang ramai yang boleh berlakon. Macam mana pun, apa kata polis?

SPRM diserang

SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar dengan beberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabat itu, Jalan Kota, awal pagi semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyifatkan bom-bom api yang dilemparkan itu cukup untuk membakar bangunan pejabat itu sekiranya tidak dihalang…

Ulasan: Kenapa sebuah saja? Nampak macam lakonan. Maklumlah sekarang ramai yang boleh berlakon. Macam mana pun, apa kata polis?

Halang isteri dari tunaikan solat dan puasa

Tajuk asal: Isteri lelaki dakwa hartawan Lebanon tuntut cerai 
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Isteri kepada seorang lelaki yang mendakwa hartawan Lebanon, Elie Yousseff Najem memohon cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Farinnie Mohd Farid memfailkan permohonan tersebut atas alasan Elie seorang yang panas baran, berkelakuan tidak senonoh pada dirinya dan orang gaji serta menghalang isterinya dari menunaikan solat dan puasa.

Pasangan itu yang bernikah pada 2005 mempunyai dua orang anak. – Utusan

Ulasan: Pilihlah suami yang taat beragama. Bila-bila masa pun isteri akan di hormati dan di sayangi.

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. 

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. 

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin. 

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya. 

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir. 

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. 

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana. 

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan. 

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu. 

Ia secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik. 

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu. 

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi. 

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir. 

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu 

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. 

2. Melemahkan sistem kehakiman negara. 

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu. 

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu. 

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu. 

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu. 

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu. 

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. 

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu. 

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu. 

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation. 

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja. 

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno. 

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. 

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan. 

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu. 

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22196&Itemid=1

Ulasan: Harapkan pagar, pagar makan padi. Dengan sokongan padu umat Melayu selama ini kepada UMNO, rupa-rupanya UMNO menghiris hati umat Melayu. Kera dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan. Rupa-rupanya UMNO  sendiri berkhianat kepada Melayu.

Pindaan akta beri ruang rakyat bersuara

MUAR 20 Ogos - Cadangan untuk meminda beberapa akta bagi membolehkan perhimpunan dijalankan tanpa permit, membuktikan sikap terbuka kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi ruang yang luas kepada rakyat menyuarakan pandangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan perkembangan semasa, kerajaan prihatin bahawa orang ramai memerlukan platform tertentu untuk meluahkan pandangan atau kritikan namun sewajarnya ia dilakukan dalam situasi yang terkawal.

"Ini adalah satu cara untuk memberi ruang kerana kita tak boleh sekat pandangan, mungkin ada baik juga bila ada orang bersuara secara betul dalam platform yang terkawal.

"Jadi kita tidak terlalu emosional sehingga timbul huru hara, saya tidak fikir ada rakyat Malaysia yang hendak melihat negara hancur lebur, lebih baik duduk satu tempat dan cakap apa yang mahu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas beramah mesra dengan penduduk di Gerai Makan Majlis Perbandaran Muar (MPM) Bukit Kepong di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan cadangan pindaan terhadap beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 dalam membolehkan perhimpunan dilakukan tanpa permohonan permit...

Ulasan: Kalau duduk satu tempat dan cakap apa yang mahu itulah majlis anjuran UMNO. Ada lagi: Semua benda di taja oleh kroni untuk dapat projek. Rakyat mahukan hak demo aman seperti di kota London. Mungkin kerajaan perlu hantar rombongan mengkaji demo aman di negara maju. Rakyat sudah semakin pandai, sayangnya pemimpin tak pun.

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ UM

Ulasan: Bawalah transkrip ke Mahkamah Syariah. Dakwa Nik Aziz di Mahkamah Syariah kalau benar-benar kerajaan BN/UMNO benar.

Thursday, August 20, 2009

MENGINGATI 40 TAHUN MASJID AL-AQSA DIBAKAR YAHUDI


FIRMAN Allah S.W.T.: ‘‘Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (synagogue kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Haaj: ayat 40).

Jika dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka di kala peperangan dan di kala damai, sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam.

Sering kali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran.

Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India, masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia, masjid-masjid di Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera “paling bertamadun” di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat (AS).

Di tanah Palestin, ada masjid yang dirobohkan, ada yang dijadikan muzium dan ada yang ditukarkan kepada kandang lembu.

Ada juga masjid yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran seperti mana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, United Kingdom dalam filem dokumentari mereka The Cries of the Minarets.

Lebih malang lagi, Masjid al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas pihak Zionis.

Dalam peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya.

Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:
“Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah, Muhammad telah mati.  Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah.”

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam.

Ia juga menandakan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!

Bermula tarikh itu, pihak rejim penjajah Israel telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. 

Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai ‘Tembok Buraq’ (kerana dikatakan Rasulullah telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada ‘Tembok Meratap’ (Wailing Wall).

Ia telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat ‘meratap’ di atas kehilangan ‘Haykal’ yang pernah dibina oleh Nabi Sulaiman di atas tapak tersebut. 

Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan ‘haji’ mereka di sana. 

Bagi tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan ‘angkat sumpah’ di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. 

Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah satu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai The Mount Temple ataupun Haykal Sulayman.

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. 
Antara yang mengalami kemusnahan daripada tindakan keganasan tersebut ialah mimbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahannya. 

Sehari suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut.

Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.

Bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar Masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati ‘tidak siuman’, walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. 

Sejak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia.
Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu Masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.

Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satu pun yang dapat dilaksanakan.

Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv.

Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan Masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut. 

Sepatutnya, negara-negara OIC menjadikan tarikh 21 Ogos sebagai tarikh untuk diingati oleh semua umat Islam di serata dunia setiap tahun.

http://amaslamujahid.blogspot.com/2009/08/mengingati-masjid-al-aqsa-dibakar.html

Kalau Nik Aziz Menghina Islam, Dakwalah dia di Mahkamah Syariah

Oleh Tulang Besi

Setelah TokGuru mengagalkan sama sekali usaha UMNO untuk membawa PAS ke pangkuan UMNO, maka usaha terbaru mereka adalah dengan mencuba menyebarkan was-was dan keraguan terhadap ketokohan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Artikel Utusan terbaru bertajuk "Nik Aziz Liabiliti PAS" cuba sekali lagi untuk memutar belitkan kenyataan Tok Guru.

Mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk menghancurkan kredibiliti serta penghormatan rakyat MAlaysia dan ahli-ahli PAS kepada Tok Guru. Mereka perlukan ini demi untuk memastikan usaha mereka membawa PAS kepada UMNO berjaya.

Semua tokoh2 usaha membawa PAS kepada UMNO sekarang telah di "discredit" oleh Tok Guru. Mereka menghadapi jalan buntu. Tiada lagi usaha agresif untuk membawa PAS kepada UMNO.

Maka usaha terakhir adalah memburukkan Tok Guru Nik Aziz. Dan serangan terbaru mereka adalah seperti yang cuba digambarkan oleh Awang Selamat. Yakni, Tok Guru cuba digambarkan membawa Islam yang sesat dari landasan yang sebenar.

Bagi saya, kalau benar Tok Guru menyeleweng dari Islam, saya cabar UMNO mendakwa Tok Guru Nik Aziz di Mahkamah Syariah.

Saya pernah mencabar UMNO untuk mendakwa Tuan Guru Haji Hadi atas tuduhan UMNO terhadap "Amanat Haji Hadi" di Mahkamah Syariah. Namun sehingga hari ini tiada apa2 dakwaan yang dibuat oleh mereka.

Saya cabar kamu semua, saya cabar. Jangan hanya pandai bercakap sahaja. 

Tulang Besi
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3366

Ulasan: Biar hakim Mahkamah Syariah memutuskan duduk perkara. Atau hanya mainan politik UMNO?

Muhyiddin Nafi Tohmahan Kononnya Jual Tanah Kepada Singapura

BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata," kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini malam Rabu.

Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor.

"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi Menteri Besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri ketika itu (Dr Mahathir) telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew (Perdana Menteri Singapura ketika itu) ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Katanya dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.

Muhyiddin berkata isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu dakwaan yang bodoh dan dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu.
- BERNAMA.

Ulasan: Jangan hanya menafikan. Kalau berani, biar telus dan beri izin PSRM menyiasat. Dipersilakan PSRM buka kertas siasatan. Kes ini bukannya rumit sangat. PSRM cukup cekap dalam menyiasat kes-kes sebegini. Tapi beranikah PSRM melanggar pantang BN/UMNO?


Afghan War Not Worth Fighting, Say Majority Of Americans Polled

WASHINGTON — A majority of Americans say the war in Afghanistan is not worth fighting, according to a poll released on the eve of that nation's elections.

An ABC News-Washington Post poll found 51 percent who said the war was not worth fighting, while 47 percent said it was worth it.

Only a quarter in the poll favored sending more U.S. troops to Afghanistan while almost twice as many would like to see the number of troops decreased. At the beginning of this year, people were slightly more inclined to say the number of troops should be increased than decreased.

Three years ago the U.S. had about 20,000 troops in Afghanistan. There are expected to be about 68,000 by year's end…

Comment: Muslims fight to die as martyrs. US and allies' troops fight for worldly recognition. 

Anugerah Merdeka: Pengiktirafan cukup besar ertinya

Pengiktirafan cukup besar ertinya

JOHOR BAHRU 19 Ogos - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang dan Penyelidik Bersekutu UTM, Prof. Dr. Halimaton Hamdan menyifatkan Anugerah Merdeka 2009 yang dimenangi mereka sebagai pengiktirafan cukup besar kepada komuniti akademik seluruh negara.

Zaini yang memenangi kategori Pencapaian Ulung Akademik berkata, ia adalah satu penghormatan tinggi bukan sahaja kepada diri dan keluarganya tetapi kepada UTM serta warganya yang menyediakan ekosistem sebagai pendorong untuk memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.

"Saya mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Zaini yang merupakan Pengerusi Majlis Alam Sekeliling Malaysia dan Halimaton yang merupakan Pengarah Eksekutif Sains Gunaan dan Nanoteknologi UTM diumumkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka sebagai pemenang Anugerah Merdeka 2009 di Kuala Lumpur hari ini.

Zaini memenangi anugerah tersebut bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik manakala Halimaton memenangi bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi Anugerah Merdeka 2009.

Ia diumumkan oleh Pengerusi lembaga amanah tersebut, Tan Sri Mohd. Hassan Merican. 

Sementara itu, Halimaton yang juga merupakan pemenang anugerah 'Best Women Inventor 2008' berkata, beliau amat bersyukur dengan anugerah tersebut dan berharap ia akan menyemarakkan semangatnya untuk meneruskan kecemerlangan.

"Ini satu pengiktirafan tinggi kepada saintis seperti saya yang terlibat dalam penyelidikan bagi membantu pembangunan negara dan masyarakat," katanya.

Beliau berjaya menyiapkan penyelidikan mengkagumkan dalam Maerogel iaitu bahan nano yang dihasilkan daripada sekam padi untuk menjimatkan tenaga.

Selain itu, Tun Fatimah Hashim yang merupakan bekas Pro Canselor UTM dari 1995 hingga 1998 turut menerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pendidikan.

Ulasan: Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah selama ini. Walaubagaimanapun, eloklah gunakan sedikit masa hidup ini untuk berfikir secara kreatif supaya siswi tidak berzina sepanjang di universiti. Cukuplah dengan apa yang masyarakat dengar dan lihat mengenai masalah sosial siswa siswi. Wahai kakitangan universiti awam dan swasta, berilah sedikit masa anda untuk membimbing dan menegur pelajar anda supaya menjauhi zina dan sebarang mukaddimahnya. Jangan hanya bergembira dengan kemenangan dan mendapat pengiktirafan di sana sini, tapi siswa siswi sibuk dengan anak haram bersepah. Yang ketara di universiti dulu dan sekarang ialah pergaulan semakin bebas. Please do something our dear lecturers.