KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kuala Dimensi Sdn. Bhd., kontraktor siap guna projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan disoal siasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) esok.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) akan hadir.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, syarikat itu telah diberi notis untuk menghantar seorang wakil.
“Kalau Datuk Seri Tiong King Sing yang datang, lagi bagus,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Ditanya jika Kuala Dimensi diminta memberikan banyak penjelasan, Azmi berkata: “Itu saya tak boleh cakap.”
PKFZ, sebuah zon bersepadu komersial dan perindustrian bebas seluas 400 hektar yang bersebelahan dengan Pelabuhan Klang, terbabit dalam kontroversi setelah mendapati kos pembangunannya meningkat daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Selain siasatan PAC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat isu PKFZ itu. – BERNAMA
Ulasan: Siasat, siasat dan tinggal begitu saja kerana tidak boleh buat apa. Awalnya supaya nampak prihatin dengan masalah penyelewengan yang ada. Hujungnya sama. Tapi selagi BN/UMNO berkuasa menjajah Malaysia, selama itu rasuah dan penyelewengan akan berlaku lagi dan lagi. Bukan setahun dua kita kenal dengan BN/UMNO. Tapi dah terlalu lama kita kenal BN/UMNO. Rakyat perlu tegas dalam memilih kerajaan yang anti-rasuah.
No comments:
Post a Comment