Innalillah hiwa inna ilaihiroji'un dan takziah atas pemergian mengejut penyanyi nasyid terkenal, Ustaz Asri Ibrahim, 40 tahun dari kumpulan Rabbani pada pagi 13/8/09 Khamis.
Ustaz Asri telah menulis di dalam pembukaan blognya http://asrirabbani.blogspot.com/ seperti berikut:
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Kita?
Pergi Tak Kembali [Munsyid : Rabbani]
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Ulasan: Kita yang masih tinggal eloklah juga memperjuangkan dakwah supaya Islam menang kembali.
No comments:
Post a Comment