SEPANG 4 Ogos - Kerajaan Singapura memuji langkah yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan demonstrasi haram. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan timbalannya, Wong Kan Seng yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di negara republik itu semalam.
Musa berkata, Singapura menyifatkan pendekatan PDRM menangani perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lalu itu sebagai profesional kerana tidak menggunakan kekerasan fizikal.
"Malah, PDRM dipuji kerana menggunakan semburan air untuk menyuraikan orang ramai yang terlibat dalam demonstrasi selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam menghadapi sesuatu perhimpunan haram. Ia disambut baik oleh pihak penguat kuasa Singapura," katanya…
Ulasan: Malaysia, Singapura, Burma dan Israel sama-sama guna ISA. Puji memuji sesama kitalah ye. Siapa lagi nak puji kita kalau tidak kawan-kawan rapat. Demikianlah ISA – akta yang memboleh sesiapa pun di tahan tanpa bicara. Tanpa ada bukti. Tanpa perbicaraan di mahkamah. Patutlah rakyat menggelarkanya ISA – Ikut Suka Aku. Adakah anda mahu keluarga anda di tahan dibawah ISA?
No comments:
Post a Comment