Pertemuan antara menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Pertahanan
Israel merupakan satu lagi gurisan hati terhadap para pejuang keamanan
dan pembebasan Palestin secara khusus dan para pencinta keamanan
seluruh dunia. Israel yang terkenal dengan sifat kejam dan tidak
berperikemanusiaan adalah satu entiti haram yang diwujudkan di atas
tanah Palestin yang dirampas.
Sudah tentu pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia yang beragama Islam
dan Agama rasmi adalah juga agama Islam menggambarkan
ketidaksensitifan dipihak menteri tersebut terhadap penderitaan rakyat
Palestin yang berjuang selama lebih 60 tahun membebaskan tanahair
mereka dari penjajah kejam zaman moden iaitu rejim haram Israel.
Selama 60 tahun Israel telah menunjukkan sikapnya yang sombong dan
mengetepikan kesemua resolusi antarabangsa yang mahukan rejim ganas
itu berundur dari wilayah Palestin yang diduduki. Malangnya bukan
setakat tidak mengendahkan saranan antarabangsa malah mereka terus
menerus membunuh rakyat Palestin yang bangun menentang pendudukan haram Israel.
Lantas langkah Menteri Pertahanan Malaysia bertemu dengan Ehud Barak tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada perjuangan umat Islam Palestin sebaliknya akan mengundang mudarat yang lebih besar kepada umat islam di Palestin. Ini kerana pertemuanringkas ini akan dieskploitasikan habis-habisan oleh media barat yang pro Israel yang menggambarkan kesediaan sebuah Negara umat Islam seperti Malaysia melakukan hubungan dua hala. Ini akan dijadikan ‘lesen’ untuk bertindak lebih kejam ke atas umat Islam di Palestin.
seluruh dunia. Bagaimanapun pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia ini
seperti bergerak kebelakang dan memecahkan kesatuan ummat yang cuba
dibina bukan sahaja oleh masyarakt Islam tetapi juga seluruh
masyarakat dunia. Seluruh dunia mengutuk kekejaman Israel ke atas
rakyat Palestin sejak 60 tahun lalu tetapi apa yang dilakukan oleh
menteri Malaysia ini seperti menggadai prinsip keadilan sejagat apatah
lagi dirinya sebagai seorang Islam yang menuntut lebih daripada itu
iaitu persaudaraan Islam.
PACE mengutuk sekeras kerasnya tindakan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
bertemu dengan Menteri Pertahanan Rejim Haram Israel atas alas an apa
sekalipun. Perkara seperti ini tidak sepatunnya berlaku dan beliau
wajib meminta maaf kepada para pejuang keamanan diseluruh dunia dan
secara khusus kepada rakyat Palestin yang ditindas.
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)
24 Julai 2009 Kuala Lumpur
Ulasan: Bak kata pepatah, hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong. Negara haram pun kita jumpa buat apa? BN oh BN. UMNO oh UMNO. Sayangnya pemimpin BN/UMNO tidak merasai azabnya penjajahan Israel.
No comments:
Post a Comment