Thursday, August 06, 2009

Buta : Kerajaan, PDRM disaman RM10 juta


Kerajaan, PDRM disaman RM10 juta
KOTA BHARU 6 Ogos - Pelajar tahun dua Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, Muhammad Huzaifah Mohd. Noor hari ini memfailkan tuntutan sebanyak RM10 juta di mahkamah tinggi di sini terhadap tiga defendan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia.

Tuntutan tersebut sebagai ganti rugi terhadap mangsa yang buta mata sebelah kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk meleraikan rusuhan penyokong selepas perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Mohamad Ke IV 7 Julai lalu. – Utusan

Ulasan: RM1o juta bukan nilai sebelah mata buta. Sepatutnya dituntut lebih lagi sebagai pengajaran kepada FRU. Semoga berjaya dengan apa yang di tuntut. Masa untuk 1Malaysia membuktikan RAKYAT DIUTAMAKAN atau hanya laungan sahaja. Lawan tetap lawan.

3 comments:

Adobe Photoshop Learning said...

kita jgn slh kn polis sj..polis byk keja.klu da pegi tgk bola..tgk bola jela..yang pegi ikut merusuh 2 nape???
klu adik tu terus balik,x ikut merusuh, ikut join merusuh..terus ikut jalan balik rumah, rasanya xjadi hal bgini..itu pendapat sy..polis akan keluarkan siren amaran suruh beredar..ikut la..bukan sj2 bg siren..fikirla anda jika arahan untuk tujuan keselamatan tidak diendahkan..balik jela umah..tido.mesti selamat..itulah melayu kita, bila kena baru nk sedar..masa celik xnk fikir baik2..
sy xsokong polis atau mana2 pihak, tp harap sedar la..merusuh pasal bola sepak..xde guna la..saman bukan main..dia pun kna fikir nape la dia g merusuh..bila da jadi mcm ni ckp polis zalim, butakan mata dia..aduh..renung2 kan lah..salah polis ke salah empunya badan..klu balik tido tentu da selamat..

Adobe Photoshop Learning said...

entah la labu...

malaysia baru said...

Jgn pakai tembak saja...
Kena bertanggungjawab terhadap tembakan kita.
Orang nak cari makan pun kena tembak...