Thursday, August 27, 2009

Penerangan hukuman sebat perlu disegerakan

PUTRAJAYA 26 Ogos - Penerangan secara ilmiah dan tepat mengenai hukuman syariah termasuk sebat perlu segera dilakukan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat umum terhadap undang-undang Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, salah faham mengenai undang-undang syariah menyebabkan banyak pihak khususnya orang bukan Islam menganggap hukuman yang dijatuhkan bersifat zalim.

Menurutnya, melalui penerangan sedemikian, orang ramai boleh mengetahui matlamat hukuman itu dan kebaikan yang bakal diperoleh selepas ia dilaksanakan.

"Jika hukuman bagi pesalah jenayah syariah diterangkan secara ilmiah dan bukan mengikut perasaan, semua orang termasuk bukan Islam akan faham kenapa ia dilaksanakan.

"Ia perlu dikupas dan diterangkan secara menyeluruh supaya salah tanggapan yang menghantui banyak pihak selama ini dapat dipadamkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Pihak IKIM, Majlis Agama Islam semua negeri, Fakulti Pengajian Islam di semua universiti serta semua stesyen TV yang ada bolehlah melancarkan kempen Cintailah Undang-Undang Jenayah Islam di seluruh negara.

No comments: