Tuesday, August 18, 2009

Kebakaran: Jiran selamatkan lima beranak

SEREMBAN 17 Ogos - Tindakan pantas jiran memecahkan pintu belakang sebuah rumah teres setingkat yang sedang terbakar di Taman Angsamas, Mambau di sini hari ini, berjaya menyelamatkan lima beranak daripada maut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mereka yang menyedari kebakaran ekoran terdapat kepulan asap tebal telah bergegas ke rumah tersebut untuk menyelamatkan mangsa.

Tanpa berlengah mereka terus memecahkan pintu belakang rumah itu dan membawa keluar kesemua mangsa yang dalam keadaan sesak nafas dan separuh sedar.

Penolong Penguasa Bomba Seremban, Jaafar Yusof berkata, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut…

Ulasan: Berbuatlah sesuatu untuk membantu orang lain. Kita hebat hanya bila kita memberi bantuan kepada orang lain. Apalah hidup tapi tidak membantu orang lain.

No comments: