"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.
Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.
Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.
"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.
"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.
Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.
"Apa jua pun kebaikan-kebaikan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.
"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.
"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.
Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/110902
Ulasan: Sudah terang lagi bersuluh – BN/UMNO awal-awal lagi kalah hujjah. Adakah pemimpin yg anda pilih mempunyai sekurang2nya 4 sifat Nabi: siddiq, amanah, tabligh, fatonah (benar, amanah, menyampaikan, bijaksana)?
***Anda buatlah penghakiman sendiri megenai kes berikut:
Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong
Aug 20, 09 BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.
Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Salam hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.
"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.
Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya… http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022185&Itemid=85
&
Rohaizat's offence a personal misconduct, Ragunath says
Monday, 17 August 2009 PERMATANG PAUH: The offence for which Permatang Pasir Barisan Nasional (BN) candidate Rohaizat Othman was struck off the Malaysia Bar Council's list involves the individual lawyer.
Bar Council president Ragunath Kesavan told The Edge Malaysia that the proceedings under Section 103D of the Legal Profession Act 1976 involved misconduct of the individual lawyer.
"The offence was for personal liability and does not involve any other persons as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner.
"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year," he added…. http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147425-rohaizats-offence-a-personal-misconduct-ragunath-says.html
No comments:
Post a Comment