MUAR 2 Ogos – “Di Selangor ada stadium yang dikuasai kerajaan negeri mereka... bertempiklah sampai subuh tapi jangan kacau jalan dan lalu lintas orang ramai.”
Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai demonstrasi jalanan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara semalam.
Najib berharap, tidak ada lagi demonstrasi seperti itu yang memberi masalah kepada rakyat…
Ulasan: ISA terbukti telah memberi masalah kepada rakyat yang di tahan tanpa bicara. Pelbagai cara sudah di laksanakan untuk memprotes kewujudan ISA sebelum ini. Rakyat pun berharap supaya tidak perlu turun lagi untuk berdemonstrasi seperti 1 Ogos 2009. Kalau kerajaan BN/UMNO mansuhkanISA, banyak masalah selesai.
No comments:
Post a Comment