RAKYAT Filipina memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino di Manila, kelmarin. Mendiang yang juga dikenali sebagai Cory memimpin pemberontakan dalam revolusi 'Kuasa Rakyat' berikutan pembunuhan suaminya Benigno Aquino (gambar kanan) setibanya di lapangan terbang republik itu pada 1983. Revolusi itu menumbangkan diktator Ferdinand Marcos. - AFP
MANILA 2 Ogos - Ribuan rakyat Filipina sanggup berbaris selama berjam-jam hari ini untuk melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden Corazon Aquino - ikon demokrasi kesayangan yang menyingkirkan seorang diktator dan menjadi inspirasi bantahan tanpa keganasan terhadap pemerintahan autokrasi.
Aquino, 76, mati Sabtu lepas di sebuah hospital di Manila selepas bertarung dengan kanser kolon selama setahun.
Ribuan rakyat berarak ke sebuah stadium universiti di pinggir Manila, di mana keranda Aquino yang dipenuhi dengan mawar kuning dan orkid yang diletakkan di atas pentas.
Sesetengah hadirin meratap secara terbuka dan membawa reben kuning - warna yang menandakan sokongannya terhadap demokrasi.
Seorang yang lain membawa poster lama Ferdinand Marcos, diktator yang disingkirkan oleh 'kuasa rakyat' pimpinan Aquino pada 1986.
Aquino bangkit menjadi orang penting selepas pembunuhan suaminya pemimpin pembangkang, Benigno 'Ninoy' Aquino Jr. pada 1983.
Pemberontakan yang diketuainya pada 1986 telah menumpaskan rejim penindasan Marcos selama 20 tahun dan menjadi inspirasi terhadap penentangan tanpa keganasan serata dunia, termasuk yang mengakhiri pemerintahan komunis di Eropah Timur…
Ulasan: Rupanya rakyat adalah lebih berkuasa meruntuhkan diktator di mana jua pun. Dengan semangat yang tinggi untuk memerdekakan negara dari rejim BN yang telah lama memerintah negara penuh dengan kebejatannya, rakyat di Malaysia pun boleh menukarkan kerajaan BN kepada kerajaan yang lebih baik dan tidak rasuah dengan cara yang di bolehkan perlembagaan Malaysia. Go For A Change. Why not?
No comments:
Post a Comment