Wednesday, August 05, 2009

Salam ISA

Pengalaman yang manis telah ku lalui bersama sahabat2..seawal jam 9 pagi kami keluar menuju ke checkpoint yang telah ditetapkan..seusai sarapan kami pun keluar. awal lagi polis dan konco2nya telah memulakan operasi...lebih kurang setengah jam kami sampai ke CP1...
1-'ai deq nak ke mana ramai2 ni?'
2- 'jangan sertai perhimpunan haram'
ni di antara kata2 jalanan yang keluar dari mulut polis sepanjang kami melalui perjalanan ke CP1..buat tak tahu je. 

sudah ramai rupanya yang telah berkumpul di CP1..untuk mengisi masa yang ada kami membaca buku...mengasah otak dengan Sudoku...hingga tibalah masa yang ditetapkan...kemudian kami ke surau untuk menunaikan solat zohor. Keadaan di surau telah pun sesak..kami solat beramai2 berimamkan Dr Rohani wakil dari Muslimat Kedah..seusai solat kami pun keluar. ada sahabat2 yang tidak muat solat di dalam surau terpaksa solat di tempat parking..memohon perlindungan dari Allah agar perjalanan dipermudahkan..

'adik jaga barang elak2 nanti ada pencuri kami tidak bertanggungjawab' ada sorang pakcik mengingatkan..aku rasa lelaki ini SB sebab semasa bercakap matanya liar melihat kuantiti di dalam surau muslimat...buat tak tahu jerk..dah memang ramai..100,000 orang lebih..

kami pun keluar dari sogo menuju ke jalan utama..perjalanan bermula..baru ja berkumpul datang sekumpulan FRU dengan kayunya..huh menakutkan habis bertempiaran lari masuk ke kedai2 di sekitar Jalan TAR...ini pengalaman yang paling menakutkan kerana hampir2 saja nak ditangkap..rasa macam di zaman Jepun pulak..tak pun rasa macam di kejar Yahudi...

kemudian kami berkumpul kembali....kena sembur lagi...huh memang pedih tapi biasa saja. habis disemburnya orang awam tak kira dia sertai demo atau tak...sapa yang buat kacau?????
lepas kena sembur..kami berkumpul lagi....begitulah seterusnya..sampai kami dapat berkumpul di depan pejabat Pas jalan Raja Laut....perhimpunan tamat jam 5 petang..pimpinan mengarahkan kami supaya bersurai dengan aman.

rupa2nya mereka belum puas hati...kami disembur lagi..pejabat pas di kepung..kami x dapat keluar. sahabat yang dalam perjalanan pulang ada yang kena tangkap..penangkapan di buat hingga jam 10 malam...Era Najib sedang bermula..lebih Ganas dari era Mahadhir. dah habis perhimpunan pun masih membuat penangkapan...apa cerita ni!!!

mereka cuba untuk memasuki pejabat Pas untuk menangkap pimpinan..habis kedai2 di jalanan mereka sembur..padahal masa tu perhimpunan telah pun tamat..erm ni lah bukti RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...seusai jam 6 petang kami pun keluar dari pejabat Pas ke stesen Komuter..Alhamdulillah selamat sampai ke rumah...

pengalaman yang cukup berharga...ada satu sesi tiba2 terpijak kasut orang mana ntah...'ops sory2'...'tak pe2'..erk macam kenal ja suara ni..lor Kak Su...n Kak Long..jumpa juga kakak2 kesayangan aku ni..pas tu dah tak jumpa dah...masing2 lari meyelamatkan diri...nanti kita jumpa lagi ye kak...di 'pertarungan' akan datang..ameen.
http://mirasafiah.blogspot.com/

No comments: