Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan perkembangan semasa, kerajaan prihatin bahawa orang ramai memerlukan platform tertentu untuk meluahkan pandangan atau kritikan namun sewajarnya ia dilakukan dalam situasi yang terkawal.
"Ini adalah satu cara untuk memberi ruang kerana kita tak boleh sekat pandangan, mungkin ada baik juga bila ada orang bersuara secara betul dalam platform yang terkawal.
"Jadi kita tidak terlalu emosional sehingga timbul huru hara, saya tidak fikir ada rakyat Malaysia yang hendak melihat negara hancur lebur, lebih baik duduk satu tempat dan cakap apa yang mahu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas beramah mesra dengan penduduk di Gerai Makan Majlis Perbandaran Muar (MPM) Bukit Kepong di sini hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan cadangan pindaan terhadap beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 dalam membolehkan perhimpunan dilakukan tanpa permohonan permit...
Ulasan: Kalau duduk satu tempat dan cakap apa yang mahu itulah majlis anjuran UMNO. Ada lagi: Semua benda di taja oleh kroni untuk dapat projek. Rakyat mahukan hak demo aman seperti di kota London. Mungkin kerajaan perlu hantar rombongan mengkaji demo aman di negara maju. Rakyat sudah semakin pandai, sayangnya pemimpin tak pun.
No comments:
Post a Comment