BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Penularan wabak selesema babi yang semakin membimbangkan menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan negara kini berada dalam keadaan seakan darurat kesihatan.
Sehubungan itu, beliau mahu supaya penutup hidung dan mulut diwartakan sebagai barang kawalan bagi memastikan ia dapat diperoleh pada harga yang munasabah berikutan pemakaiannya adalah satu keperluan pada ketika ini.
''Setidak-tidaknya kita jadikan penutup hidung dan mulut sebagai barang kawalan sehingga wabak ini berakhir. Dengan itu rakyat akan mudah dapat bekalan dengan harga munasabah.
''Alat itu adalah keperluan sekarang dan maka sepatutnya dalam kesulitan seperti ini, tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan," katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini…
Ulasan: Bila Allah datangkan azab kerana maksiat tidak di cegah semua orang kena. Wahai kerajaan dan penguasa@pemerintah, kembalilah kepada tugas asasi iaitu cegahlah maksiat. dimana saja. Gunakan segala jenteramu untuk mencegah maksiat dalam negara. Jangan sampai suka dan redha dengan maksiat.
No comments:
Post a Comment