Golongan yang mempertahankan PPSMI mengatakan jika PPSMI dimansuhkan, negara kita akan menjadi negara mundur dan miskin kerana tidak mampu bersaing dalam dunia moden yang global.
Berdasarkan hipotesis itu, bagaimanakah hendak diterangkan mengapa negara-negara yang mengamalkan PPSMI seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Burma, Filipina, Ghana, Zimbabwe, Kenya, Nigeria, Uganda, Jamaica, Botswana dan banyak lagi, semuanya gagal menjadi negara maju, kayaraya dan berjaya bersaing dalam dunia moden yang global.
Bagaimanakah hendak diterangkan mengapa negara-negara yang TIDAK mengamalkan PPSMI, sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri, seperti Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Sweden, Denmark, Finland, Austria, Belgium, Switzerland, Jepun, Korea, China, Taiwan dan banyak lagi, semuanya menjadi negara-negara maju, kayaraya dan berjaya bersaing dalam dunia moden yang global.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
http://universitipts.com/index.php/site/comments/pendapat_bebal_lagi_membebalkan/
No comments:
Post a Comment