BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.
Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.
“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.
Ulasan: Adakah lagi ahli politik UMNO Baru kini yang berpegang kepada perjuangan asal UMNO dulu? Ramai orang masuk UMNO sebab hendak jadi memperkayakan diri, keluarga dan kroni. Hari-hari berfikir apa lagi boleh di buat untuk jadi kaya sendiri. Jeritan dan kata-kata perjuangan bangsa Melayu tak akan selesai cuma di Perhimpunan Tahunan UMNO. Siapa pengkhianat?
No comments:
Post a Comment