Thursday, August 06, 2009

Al-Quran tunggak rujukan - Agong

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan umat Islam di negara ini supaya kembali menjadikan al-Quran sebagai tunggak rujukan utama.

Selain itu, titah Seri Paduka, masyarakat Islam juga wajib melaksanakan segala arahan serta pengajaran yang terkandung di dalam kitab suci tersebut.

"Untuk menjadi umat terbaik mereka perlu memiliki ciri-ciri kecemerlangan dan bahan yang boleh merangsang kecemerlangan itu ialah al-Quran.

"Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa menggali segala mutiara yang terkandung dalam al-Quran secara berterusan. Mutiara yang diperoleh daripadanya akan menyuntik semangat baru yang boleh merubah minda umat kepada budaya bertindak matang dan mantap," titah Tuanku Mizan.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini…

Ulasan: Apakah cukup setakat berlumba Tilawah al-Quran? Mari kita berlumba amalkan Quran pada peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

No comments: