Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ketenteraman boleh tergugat dan negara boleh kacau bilau jika amalan itu dibiarkan menjadi budaya rakyat di negara ini…
Ulasan: Himpunan aman di anjurkan oleh GMI bertujuan membantah kewujudan ISA yang zalim. Di bawah ISA, orang yang kena tahan merengkok tanpa bicara whatsoever.
Himpunan aman tidak berniat sedikit pun untuk menggugat ketenteraman negara. Bahkan rakyat akan turun kalau negara terancam kerana kami adalah rakyat yang sangat sayangkan negara. Ketenteraman negara didapati bukan dengan melaksanakan undang-undang zalim ISA.
Polis pula seolah-olah melepaskan dendam melepaskan gas pemedih mata, menyembur air kimia kepada rakyat, memukul dengan belantan dsbnya. Sejak bila rakyat bergaduh dan bermusuhan dengan polis? Kezaliman polis kepada rakyat akan mencepatkan lagi kejatuhan kerajaan BN/UMNO. Banyak lagi parti yang boleh memerintah negara ini selain BN/UMNO.
No comments:
Post a Comment