Wednesday, August 05, 2009

Industri mainan diberi masa 6 bulan patuhi peraturan

PUTRAJAYA 4 Ogos - Pihak industri mainan kanak-kanak tempatan diberi tempoh selama enam bulan bermula hari ini untuk memastikan produk keluaran mereka mematuhi Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak yang diwartakan hujung bulan lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia perlu bagi memastikan semua produk mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran tempatan adalah selamat.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan dasar kerajaan yang tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan keselamatan dan kebajikan pengguna.

''Para pengilang, pembekal dan penjual termasuk pengimport mainan kanak-kanak perlu memastikan produk mereka mendapat pengesahan kualiti daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sebelum dijual di pasaran.

Ulasan: Tanpa rasuah semua peraturan dapat di kuatkuasakan. Dengan rasuah, undang-undang jadi mainan.

No comments: