Friday, August 07, 2009

Ketua Taliban Pakistan, Baitullah Mehsud dipercayai terbunuh

WASHINGTON: Ketua Taliban Pakistan, Baitullah Mehsud kemungkinan maut dalam serangan udara tentera Amerika di Peshawar, Pakistan menurut seorang pegawai Amerika Syarikat, semalam.

"Ada alasan untuk mempercayai bahawa Mehsud mungkin terbunuh tetapi ia tidak dapat disahkan buat masa ini," kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Isteri Mehsud dilaporkan terbunuh kelmarin, juga dalam satu serangan udara tentera Amerika Selatan Wilayah Waziristan, di sempadan Afghanistan…

Ulasan: Sedihnya bila orang Islam dibunuh di negara Islam oleh tentera negara kafir. Hinanya kita. Apakah erti sebuah kemerdekaan?

No comments: