Friday, August 14, 2009

Demonstrasi jejas perpaduan - Hisham

LANGKAWI 13 Ogos - Demonstrasi jalanan bukan sahaja mampu menyebabkan ketegangan di kalangan penduduk setempat, malah berpotensi merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang berlaku kebelakangan ini amat menyedihkan dan orang ramai sebenarnya sudah muak dan tidak boleh menerima cara seperti itu kerana ia bukan nilai agama dan budaya penduduk negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Kursus Gerak Kerja Pergerakan Wanita UMNO Terengganu, di sini hari ini, beliau berkata, rusuhan jalanan merupakan serpihan budaya negatif yang dibawa pihak tertentu yang rakus mengejar kedudukan tanpa mahu melalui proses demokrasi yang betul...

Ulasan: Bezakan demonstrasi aman dengan rusuhan jalanan. Kenapa polis dan FRU menimbulkan huru-hara pada 1 Ogos dulu? Polis punya pilihan untuk di perkudakan terus oleh UMNO atau bertindak profesional. Polis adalah milik negara bukan milik parti BN/UMNO.

No comments: