Thursday, August 20, 2009

Anugerah Merdeka: Pengiktirafan cukup besar ertinya

Pengiktirafan cukup besar ertinya

JOHOR BAHRU 19 Ogos - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang dan Penyelidik Bersekutu UTM, Prof. Dr. Halimaton Hamdan menyifatkan Anugerah Merdeka 2009 yang dimenangi mereka sebagai pengiktirafan cukup besar kepada komuniti akademik seluruh negara.

Zaini yang memenangi kategori Pencapaian Ulung Akademik berkata, ia adalah satu penghormatan tinggi bukan sahaja kepada diri dan keluarganya tetapi kepada UTM serta warganya yang menyediakan ekosistem sebagai pendorong untuk memberi sumbangan kepakaran dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.

"Saya mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Zaini yang merupakan Pengerusi Majlis Alam Sekeliling Malaysia dan Halimaton yang merupakan Pengarah Eksekutif Sains Gunaan dan Nanoteknologi UTM diumumkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka sebagai pemenang Anugerah Merdeka 2009 di Kuala Lumpur hari ini.

Zaini memenangi anugerah tersebut bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik manakala Halimaton memenangi bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi Anugerah Merdeka 2009.

Ia diumumkan oleh Pengerusi lembaga amanah tersebut, Tan Sri Mohd. Hassan Merican. 

Sementara itu, Halimaton yang juga merupakan pemenang anugerah 'Best Women Inventor 2008' berkata, beliau amat bersyukur dengan anugerah tersebut dan berharap ia akan menyemarakkan semangatnya untuk meneruskan kecemerlangan.

"Ini satu pengiktirafan tinggi kepada saintis seperti saya yang terlibat dalam penyelidikan bagi membantu pembangunan negara dan masyarakat," katanya.

Beliau berjaya menyiapkan penyelidikan mengkagumkan dalam Maerogel iaitu bahan nano yang dihasilkan daripada sekam padi untuk menjimatkan tenaga.

Selain itu, Tun Fatimah Hashim yang merupakan bekas Pro Canselor UTM dari 1995 hingga 1998 turut menerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pendidikan.

Ulasan: Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah selama ini. Walaubagaimanapun, eloklah gunakan sedikit masa hidup ini untuk berfikir secara kreatif supaya siswi tidak berzina sepanjang di universiti. Cukuplah dengan apa yang masyarakat dengar dan lihat mengenai masalah sosial siswa siswi. Wahai kakitangan universiti awam dan swasta, berilah sedikit masa anda untuk membimbing dan menegur pelajar anda supaya menjauhi zina dan sebarang mukaddimahnya. Jangan hanya bergembira dengan kemenangan dan mendapat pengiktirafan di sana sini, tapi siswa siswi sibuk dengan anak haram bersepah. Yang ketara di universiti dulu dan sekarang ialah pergaulan semakin bebas. Please do something our dear lecturers.

No comments: