Kalau kita berjawatan jangan habiskan masa untuk membunuh karier kawan-kawan. Kita perlu melihat dari sudut perjuangan Islam yang lebih luas bukan hanya menjaga periuk nasi kita saja.
Ingatlah mati sama. Kita terhormat di sisi Allah bukan dengan mencantas sahabat-sahabat seperjuangan tetapi dengan memenangkan Islam ke seluruh dunia. Bukan hanya menang di peringkat negeri atau negara.
Apakah Nabi s.a.w. mengajar kita supaya menjadi begitu ‘cengih’ sesama sendiri? Ajaran siapa yang diikut? Apakah baru dapat satu dua negeri pun bukan main dengan agenda mencantas.
Eloklah pemimpin peringkat pusat melihat supaya tidak berlaku cantas mencantas kerana itu bukan cara kita. Ada sesiapa mempunyai maklumat eloklah di sebarkan kepada umum supaya budaya ini tidak mengotori kita.
No comments:
Post a Comment