Monday, August 03, 2009

Melayu diperkuda menentang ISA?

SHAH ALAM 2 Ogos - Perhimpunan haram semalam menyaksikan orang Melayu telah diperguna dan diperkudakan pihak tertentu untuk menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, jika benar orang Melayu mahu berdemonstrasi untuk menghapuskan ISA, ia sepatutnya telah lama dilakukan iaitu semasa penahanan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Jemaah Islamiah, bukannya semalam.

''Tetapi waktu kita tangkap ahli KMM dan JI yang memang melibatkan orang Melayu, tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya…

Ulasan: Kenyataan Datuk yang sangat tidak tepat. Islam telah lama mengajar erti keadilan dan melarang kezaliman dalam sebarang bentuk. ISA telah lama diprotes rakyat dalam pelbagai cara tetapi kerajaan berpejam mata saja. Sekarang bila berjaya mengadakan demo besar-besaran walaupun di halang polis. Kalau tak tahu berlembut dengan rakyat, silakan turun wahai BN/UMNO. Berikan kerajaan Pakatan Rakyat yang anti-ISA untuk menjaga rakyat Malaysia.

No comments: