Friday, August 14, 2009

UMNO Serang 2 Tokoh Ini: Nik Aziz & Anwar Ibrahim

Tajuk asal: UMNO Serang 2 Tokoh Ini

Dua senjata utama yang UMNO akan gunakan di Permatang Pasir. Malah UMNO sudah menggunakannya semenjak satu-dua hari yang lalu. Senjata itu tidaklah setajam mana dan saya amat menyakini ia akan menjadi senjata makan tuan.

Senjata ini bukanlah se ampuh bom nuklear atau peluru berpandu. Ia sangatlah lemah kerana datang dari orang yang lemah, tiada berwawasan dan korup idea.

Senjata yang sedang dan akan terus digunakan sehingga tamat pilihanraya kecil Permatang Pauh ialah 'memburuk-buruk'kan dua batang tubuh yang sangat berpengaruh di arena politik tanahair sekarang ini.

Dua tokoh ini yang mempunyai karismanya tersendiri, menjadi duri dalam daging bagi UMNO. Setiap patah percakapan, setiap ungkapan, setiap tingkahlaku, setiap langkah, setiap tuturkata, setiap degupan jantung, setiap komen dan seribu satu macam lagi perbuatan dari kedua-dua tokoh ini akan diteliti bukan untuk diambil pedoman tetapi diambil untuk diputar-belit.

Tujuan memutarbelit setiap ungkapan kedua tokoh ini, adalah untuk mempengaruhi pengundi-pengundi di Permatang Pasir. Mereka menyerang peribadi kedua-dua tokoh ini secara 'pondan siam'. Kedua-dua tokoh ini tidak berupaya menjawab kerana tiada media pro UMNO rela memberi ruang dan luang kepada mereka.

Pimpinan tertinggi UMNO akan memulakan dulu 'pelancaran' serangan kepada kedua-dua tokoh ini, selebihnya akan berkokoklah semua Tiong-Tiong Emas yang menggunakan 'air-liur' untuk memburukkan kedua-dua tokoh ini.

Mereka telah menggunakan modus-operandi yang sama di Manik Urai dan hampir berjaya. Tetapi kali ini, senjata itu akan makan tuannya kembali. Tempat berjuang adalah berlainan sekali. Manik Urai dengan Permatang Pasir adalah berbeza sama sekali. Isu setempat berbeza sama sekali. Isu nasional lagi parah bagi UMNO. Pengundi di Permatang Pasir sudah arif segala tipu helah UMNO. Tari-lagu UMNO telah lama sumbang. Gerak langkah UMNO telah lama tempang.

Saya amat yakin pengundi di Permatang Pasir tidak mudah tertipu oleh UMNO dan kedua-dua tokoh ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendapat tempat di hati pengundi Permatang Pasir.

http://al-brangi.blogspot.com/2009/08/umno-serang-2-tokoh-ini.html

Ulasan: Sudah terang lagi bersuluh. Rakyat tahu siapa Nik Aziz dan siapa Anwar Ibrahim dan kehidupan mereka. Dan rakyat tahu gaya hidup pemimpin UMNO. Siapa yang tipu siapa?

No comments: