Waktu singgah di R&R Sg Perak berenti solat Isyak, saya sms sorang kawan kat negeri Perak tu tanya dia, depa turun ka tidak. Dia kata, depa turun besok pagi.
Tat pa depa dok Perak, dekat ja dengan KL, sat saja sampai. Kami terus lagi, sambil tu dok sms kwn-kwn kat KL dok tanya jln nak pi. Sebetoinya, saya ni dah berapa kali dah turun KL tapi - rasa segan gak nak habag - memanjang ja sesat.
Celah-celah tu si Apit kwn baik saya yg dok buat Bendang di Paya Ketiau kat Kedah nu call mai, dia tanya saya dok mana, saya habag kata on the way; dia kata depa dah ada kat dlm bilik hotel mana entah kat area Sogo sana nu. Tu dia aih, demo zaman la ni - siap bermalam kat Hotel lagi; dulu-dulu org pakat tidoq kat tepi jalan ja. Apit walaupun buat bendang tapi dah tak sama mcm zaman arwah ayah dia dulu, la nie org buat bendang pendapatan kalah kwn-kwn yg dok kerja kjaan atau swasta.
Kemudian dpt sms dari sorang kwn, dia offer tidoq kat surau dekat rumah dia kat pinggir KL sana nu, dia kata nanti dia sediakan bantal dan kain selimut dll, mintak kami terus lajak pi sana. Tu dia, siap offer bantal lagi - nak demo ka nak pi tidoq ni.
Sedaq tak sedaq dah dekat pukul 1 pagi, baru sampai R&R Tapah. Lajak lagi lebih kurang jam 2am sampai kat Hentian Beranang ka apa (lupa lak - ngantuk sgt), parking keta Wira buruk 1.3 kat depan kedai minyak tu. Member tidoq kat depan, saya pi landing kat belakang. Antara risau dan takut kena rompak dan kena gigit dek nyamuk aedes, ngantuk punya pasal, lelap la jugak.
Sedaq-sedaq dah dekat pukul 6 pagi, tu dia ada ramai gak yg landing tidoq kat situ. Lepas solat subuh, lajak turun lagi, sampai R&R Sg Buluh berenti sat, pi mandi dan buat apa lebih kurang. Kat situ cukup meriah, bila tgk ramai wajah-wajah yg nak menuju ke tempat yg sama, terus teringat nostalgia demo BERSIH hari itu. Rugi wei mana-mana kaki demo yg tak turun kali ni.
Lebih kurang jam 9:30 pagi, kami selamat mendarat dgn LRT di Masjid Jamek. Waktu kat R&R Sg Buluh tadi, bekas org kuat Pemuda PAS Kedah ada habag yg geng-geng Kedah semua kena berkumpul di Sogo, tapi saya ni jenis turun sendiri-sendiri tak ikut mana-mana cawangan/kawasan/negeri dan kebetulan saya memang no idea langsung mcm mana nak pi Sogo, yg saya tau masjid Jamek ja sebab beysa dok pi situ beli brg2 borong balik niaga kat Kedah ni.
Rupa-rupanya modus operandi demo ISA ni sama ja dgn demo BERSIH, geng2 Utara berkumpul di Sogo, geng2 pantai Timur di Masjid Jamek, geng2 lain di tempat lain-lain, masjid negara, pasar seni, KTMB dsgnya. Patut la SB dan Polis boleh kepung keliling sebab demo kali ini sebijik mcm ulang tayang demo BERSIH ja. Entah la siapalah penulis skrip demo ISA ni, tak patut sungguh pi copy sebijik demo BERSIH - no wonder sampai 500 org lebih kena cekup!
Next time, kena ambik org lain pulak jadi pengarah.
Pukul 10:00 kami jln-jln dari masjid Jamek ikut laluan BERSIH itu hari terus menghala ke Masjid Negara. Tu dia, terkejut jugak sebab kali ini nampaknya Polis memang well prepared; tempat dan lorong-lorong yg demo BERSIH itu hari ramai yg berjaya memboloskan diri, kali ni polis kepung keliling, memang tak boleh lari dah. Kami patah balik cari laluan lain; cuma ada satu area saja dari masjid jamek ke masjid negara yg line klia, masuk ke dlm Pasar Seni, terus keluar ikut KTMB ka apa nama, terus ke masjid negara.
Pukul 11:00 lebih kurang, sahabat dari Perak yg saya sms mlm tadi tu habag mai depa dah sampai KL, saya kata payah nak masuk, polis merata. Dia kata tat pa, depa tau jalan KL. Lebih kurang pukul 12:00 sahabat tu sms mai, dengan bangganya dia tulis:
"Dah selamat sampai ke masjid negara, line klia, no hassle, no r/blok ok"
Dlm hati saya dok kata hebat gak sahabat saya ni, dlm polis merata tu pun siap boleh drive mai (bukan naik LRT) terus parking di masjid negara pulak tu. Memang hebat ni.
Waktu saya masih dok tertanya-tanya tu, lebih kurang 15 minit lepas tu dia sms balik; dia habag kata DUA ORANG KAWAN DIA YG MAI SEKALI DENGAN DIA TU - DAH KENA CEKUP, KENA PI BALAI!!.
Ha, kan orang dah habag.
Sejak tu saya tau, demo kali ni memang tak serupa demo-demo yg sebelum ini.
Sebelum sebelum ini, biasanya polis akan cekup lepas FRU bunyi loceng, sebelum tu depa tak akan buat apa-apa, hg nak takbir ka hang nak jerit ka hang nak hamun ka apa ka, buatlah, depa tak tangkap punya. Tapi kali ini, belum apa-apa lagi dah kena cekup.
Masuk waktu zohor, saya ikut geng2 lembah Kelang kalau tak silap yg berkumpul kat KTMB tu, beratus org berduyun duyun menuju ke masjid Negara. Sampai sana, terkejut saya, mcm pi majlis Anugerah/Konvo PULAPOL ka apa, polis penuh, itu tak kira yg SB tak beruniform lagi, tak pernah saya tengok suasana mcm ni kat mana-mana demo sebelum ini. Bila ramai polis pakai uniform, makna kata polis memang mean bisness, memang depa mai nak cekup!
Celah-celah tu dok nampak polis dok kutip IC dan cekup sorang-sorang, depan depan wartawan kat depan Masjid Negara tu. Wa, ini sudah hebat, tak sempat demo lagi dan kena tahan.
Mcm-mcm cerita sebenarnya bab kena tahan ni.
Ada sorang brader tu, pucat muka dia, dia habag kat saya, dia tengah dok cari jln nak balik pi ke stesen bas, nak balik Johor.
Pasal pa?
Dia kata, dia mai 3 org dari Johor; pertama kali dia ikut demo sebab selama ni seronok sangat dok dengar cerita kwn-kwn dia yg turun mai tu. Entah mcm mana, baru ja sampai masjid negara, di kala kwn dia yg sorang tu dok tengah seronok jual lilit kepala tulis mansuh ISA ka apa, kawan dia tu kena cekup, dan kemudian kwn dia yg sorang lagi pun kena cekup.
Dia dah naik panik - sebab dia habag kata, dia kakitangan kerajaan. Dia kata kat kat kami:
"Nko org tak pe ler, kerje kilang - aku ni kerje kerajaan, kalau kena tangkap mampos aku!!"
Ha,ha,ha antara kesian kat dia, kami sama-sama tergelak.
Dia habag kata nasib baik dia ada duit cukup-cukup aja nak balik Johor sebab mai pun tumpang keta member ja, tumpang nak mai seronok rasa berdemo, tak sangka sampai nak kena tangkap mcm tu - last sekali lari balik Johor sorang-sorang. Kesian kat dia.
Lepas tu saya terima SMS dari Apit kat Sogo, kwn dia Aziz drebar bas sidam kiri kena tahan. Ha,ha,ha siapa lah nak bawak bas Sidam Kiri pulak lepas ni. Lepas tu ramai lagi yg kena cekup.
Sebenarnya ramai gak yg turun pi tu sebab nak merasa acid, nak merasa gas dan mungkin gak ada yg memang turun nak merasa kena cekup. Saya heranlah dgn unit inteligen politik kjaan yg memerintah ini; depa patut buat kajian saikology pendemo-pendemo yg turun tu.
Saya sendiri, waktu tengok satu bas dari Baling dok amik jln short cut turun kat satu LRT stesen tu, bila tengok wajah-wajah dlm tu, memang boleh tengok muka-muka depa, excited sungguh mcm org nak pi terjun kolam renang ja, tak rasa takut dan tak rasa gabrah langsung.
Depa-depa ni memang tak kisah langsung kalau kena sembur gas ka kena sembur acid ka, kena cekup apa ka; depa motong getah ja, depa dah biasa dengan acid cuka getah yg jauh lebih merbahaya berbanding acid FRU tu. depa dah biasa dgn bau getah sekerap rendam dlm pot sampai lima enam hari tu lebih busuk drpd bau asap FRU, kalau kena cekup setahun pun, lepas keluar pagi tu depa terus boleh pi motong getah; so depa tak kisah langsung bab-bab nak kena sembur acid, gas atau pun kena tahan ni.
Patutnya Polis sediakan keta pengiring, suruh depa semua kumpul ramai-ramai, cepat-cepat iring depa semua tu pi ke Istana Negara, lepas tu bersurai, sat saja tak sampai pun 1 jam. Sure puak-puak ni tak mai dah demo-demo lepas ni dari Baling sana nu, sebab dah tak dak UMPPP!!
Sebenarnya rasa mengidam nak demo ni bukan saja pada brother dari Johor yg saya cerita tadi atau pun dari geng-geng Baling dan juga Apit dan kwn-kwn yg saya dok habag tu, tapi sekarang ni dah berjangkit sampai ke merata dah.
Balik Kedah, Apit cerita kisah dua org makcik (50an) dari Mersing Johor. Bila dah bersurai, waktu nak balik ke LRT, Apit tengok sorang makcik tu mcm sedih ja dan sorang lagi masih tak tanggal google penutup mata mcm yg budak2 pakai kat kolam renang tu.
Apit tanya kat makcik yg sedih tu apasal nampak muram ja; makcik tu kata:
"Tak sedia haih, cuma letih sikit ja, tapi hari ini makcik rasa puas hati sungguh, sebab selama ini makcik cuma dengar cerita aje pasal org kena sembur acid dan kena gas, hari ini makcik betul-betul kena dan dapat rasa sendiri, rasa berbaloi sungguh turun demo kali ini. Boleh balik cerita kat orang Mersing!!"
Apit kata, dia rasa mcm nak meleleh air mata dengar cerita makcik tu.
Kemudian Apit tanya pula kat makcik tu masih dok pakai google budak tu.
"Apasal makcik pakai google?"
Makcik tu jawab:
"Ader org cakap, kalau pakai google ini gas tak masuk mata, tak pedih mata, jadi makcik pakai ler. Rupa-rupanya gas tu memang tak masuk ke mata tapi masuk ikut hidung, bila pedih air keluar ikut mata, sama ajer lah!!"
Ha,ha,ha mcm-mcm cerita kisah org turun demo ini, kalau ada 50,000 org turun, ada 50,000 cerita. 50,000 org ni akan balik cerita kat kwn-kwn dan sedra mara depa pulak, lepas ni kalau ada demo lagi ramai yg akan turun, bukan sebab Demo tu sangat, sebab seronok nak merasa sendiri apa-apa yg org-org sebelum ni dok cerita. Macam ni dok ada, lepas-lepas ni, kalau ada seruan demo, koi makin ramailah pendemo akan turun mai!!
So, kpd pihak kerajaan, eloklah dan mungkin sudah tiba masanyalah, kalau rakyat nak berdemo tu, sediakan platform yg sewajarnya. Tak payahlah nak sembur sembur gas dan lempar bom asap ini. Mungkin dengan itu semua pihak akan puas hati, kerajaan puas hati, pembangkang puas hati, rakyat puas hati dan pihak-pihak yg menguatkuasakan undang-undang pun akan puas hati.
Sekian.
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/coretan-satu-kesah-hari-sabtu-lepas-di.html
Ulasan: Kerajaan zalim mengundang banyak lagi demo aman. Kezaliman polis hanya mencepatkan kejatuhan kerajaan BN/UMNO.
No comments:
Post a Comment