BALING 2 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera…
Ulasan: Nampaknya talian hidup BN/UMNO semakin sempit sehingga hendak isytihar darurat. Negara darurat atau BN/UMNO yang menghadapi darurat? Negara darurat suatu yang tak mungkin kerana himpunan aman di adakan kerana semua RAKYAT mencintai negara yang indah ini. Kerajaan BN/UMNO eloklah jangan menyalahgunakan polis untuk mengazab rakyat yang tak sebulu dengannya. Polis dan tentera bukan milik parti BN/UMNO. Polis dan tentera milik negara yang berdaulat. Jangan menggunakan polis untuk menentang musuh politik BN/UMNO. Jangan berdoalak-dalik. Rakyat sudah cerdik dan tahu memerhatikan perkembangan politik dalam negara.
No comments:
Post a Comment