Lima pihak tersebut ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) termasuk pengarah dan pegawainya; bekas Pengurus Besar PKA, Datin Paduka O.C. Phang; Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing; BTA Architect (BTA) dan perunding projek PKFZ, Bernard Tan Seng Swee.
Hwa Beng berkata, pihaknya akan menggunakan semua saluran perundangan yang ada untuk mencabar tuntutan berjumlah RM1.4 bilion yang didapati bermasalah.
''PKA meminta SPRM menyiasat O.C. Phang serta hubungan antaranya dengan King Sing, BTA dan Bernard Tan.
''Kita mempunyai alasan yang kukuh untuk percaya bahawa kemungkinan wujud konspirasi di kalangan pihak-pihak ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan dan menyerahkan bahan bukti di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Hwa Beng berkata, pihaknya telah mengesan penyelewengan oleh O.C Phang yang memudaratkan PKA tetapi memanfaatkan KDSB.
''O.C. Phang umpamanya gagal memberi amaran kepada kerajaan berhubung keupayaan kewangan PKA untuk membeli tanah, PKA sebaliknya memeterai dua perjanjian bernilai RM1.055 bilion dengan KDSB lalu menambahkan liabiti kewangan PKA.
''O.C. Phang juga berkeras mahu melantik Perunding BE Sdn. Bhd. sebagai juruukur bahan tunggal walaupun syarikat ini mempunyai hubungan dengan KDSB.
''O.C. Phang pada masa yang sama membuat keputusan secara unilateral tanpa kelulusan daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah PKA," katanya.
Dalam pada itu, Hwa Beng berkata, KDSB dan BTA telah mengeluarkan notis bayaran yang mengandungi unsur kepalsuan, kesilapan dan kekurangan yang dipercayai untuk mengelirukan PKA.
Menurutnya, KDSB antaranya didapati menuntut bayaran yang tidak sepatutnya termasuk tuntutan dilakukan sebelum kerja dimulakan, tuntutan berlebihan dan tuntutan yang tidak tepat.
''Notis bayaran ini telah menuntut bayaran ke atas kerja-kerja yang mana pada realitinya tidak pernah dijalankan, King Sing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDSB sepatutnya tahu bahawa notis bayaran ini adalah tidak benar.
''Notis bayaran ini termasuk perihal lain yang tidak mematuhi peraturan adalah bernilai RM657 juta dan saya telah membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya.
Ulasan: SPRM perlu segera menyiasat kes ini. Nampak-nampak macam berlaku penyelewengan melalui tuntutan berlebihan kata juruukur bahan yang berpengalaman. Kalau SPRM mendapati ianya satu penyelewengan. Demikianlah salah satu cara duit negara (duit rakyat) dihabiskan tanpa hak selama BN memerintah negara ini. Tapi beranikah SPRM menyiasat kalau melibatkan duit juta-juta, pemainnya pun hebat-hebat dan kabelnya besar-besar.
1 comment:
Dah berbelit tengkuk masing2, mulalah nak report SPRM. Barulah sedar itu tak betul, ini tak ikut peraturan. Masa mula2 dulu masing2 macam lembu kenyang, terjelepuk keriangan.
Post a Comment