Friday, August 07, 2009

Penyair WS Rendra meninggal dunia

Penyair terkemuka WS Rendra meninggal dunia
JAKARTA: Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra, yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.

Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia jam 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya, Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda…

Ulasan: Semoga Allah menerima ruhnya di kalangan orang yang soleh. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu. Kita yang masih tinggal, ambillah dakwah sebagai asas perjuangan hidup yang sementara ini.

No comments: