KUALA LUMPUR: Enam warga Myanmar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh rakan senegara mereka menggunakan pemutar skru dan parang, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membuat keputusan itu mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan…
Ulasan: Jangan lakukan jenayah kalau tak mahu sebak.
Hizbullah dapat pengiktirafan
Media Al Manar dibenar beroperasi di Australia
CANBERRA: Australia membenarkan televisyen satelit Hizbullah, Al Manar, membuat siaran di benua berkenaan dan menarik balik dua keputusan awal yang menghalang media pejuang melakukannya sebelum ini, satu keputusan yang menimbulkan kemarahan Yahudi.
Pihak berkuasa Komunikasi dan Media Australia (ACMA) memutuskan, rangkaian yang berpangkalan di Lubnan itu tidak melanggar piawaian antikeganasan tempatan walaupun ia dilarang di Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Jerman…
Ulasan: Warga dunia buatlah pilihan sendiri setelah menonton Al Manar. Jangan sampai kerajaan memutuskan untuk anda kerana mereka pun tidaklah terpelajar sangat berbanding anda. Anda boleh mengubahkannya.
Mufti sokong larangan jual arak
SHAH ALAM 6 Ogos - Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menyatakan sokongannya terhadap mana-mana pihak yang memperjuangkan larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di negeri ini.
Beliau menegaskan, pendiriannya adalah jelas bahawa walau berapa peratus pun kandungan alkohol dalam minuman tersebut, ia tetap haram kepada orang Islam.
''Kenapa perlu dipersoal lagi kerana ia sudah termaktub dalam hukum Islam, minuman yang mengandungi walaupun setitik alkohol, haram diminum oleh orang Islam.
''Hukum ini tidak perlu disangkal lagi kerana yang haram tetap haram, ia tidak akan berubah sampai bila-bila," tegas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Tamyes menambah, larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam sudah lama dikuatkuasakan sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi, tetapi sehingga kini perbuatan itu masih belum ada penghujungnya.
''Sebab itu, saya bersetuju apabila pihak berkuasa tempatan dan JAIS diberi kuasa merampas arak di premis berlesen jika menjualnya di kawasan majoriti penduduk Islam," katanya.
''Tindakan menghalang perbuatan tersebut (menjual arak) seperti membuka 'ikatan tali yang diikat erat'," jelas beliau.
Ulasan: Jangan sampai hina di tempat sendiri. Orang kafir pun ada yang tak mahu arak di jual sewenang-wenang dalam negara ini. Mereka pun mahu anak mereka tidak minu
No comments:
Post a Comment