Friday, August 07, 2009

Mufti sokong larangan jual arak

SHAH ALAM 6 Ogos - Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menyatakan sokongannya terhadap mana-mana pihak yang memperjuangkan larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di negeri ini.

Beliau menegaskan, pendiriannya adalah jelas bahawa walau berapa peratus pun kandungan alkohol dalam minuman tersebut, ia tetap haram kepada orang Islam.

''Kenapa perlu dipersoal lagi kerana ia sudah termaktub dalam hukum Islam, minuman yang mengandungi walaupun setitik alkohol, haram diminum oleh orang Islam.

''Hukum ini tidak perlu disangkal lagi kerana yang haram tetap haram, ia tidak akan berubah sampai bila-bila," tegas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Tamyes menambah, larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam sudah lama dikuatkuasakan sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi, tetapi sehingga kini perbuatan itu masih belum ada penghujungnya.

''Sebab itu, saya bersetuju apabila pihak berkuasa tempatan dan JAIS diberi kuasa merampas arak di premis berlesen jika menjualnya di kawasan majoriti penduduk Islam," katanya.

''Tindakan menghalang perbuatan tersebut (menjual arak) seperti membuka 'ikatan tali yang diikat erat'," jelas beliau.

Ulasan: Jangan sampai hina di tempat sendiri. Terdapat sebahagian orang kafir  yang tak mahu arak di jual sewenang-wenang dalam negara ini. Mereka pun mahu anak mereka menjadi penagih arak.

No comments: