Tuesday, July 04, 2006

Syor wujud pegawai agama di hospital

KOTA BHARU 3 Julai - Persatuan Perubatan Islam Malaysia hari ini mengesyorkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pegawai agama di hospital memandangkan kira-kira 40 peratus pesakit tidak dapat menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.
Presidennya Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata walaupun beberapa hospital telahpun mewujudkan konsep mesra ibadah tetapi usaha itu masih belum mencukupi.

Ulasan: Semua orang tahu bahawa solat fardu wajib dilaksanakan walaupun sakit selagi mempunyai akal. Pegawai agama boleh tolong bantu ajarkan pesakit dan ingatkan keluarga yang menjaga pesakit. Setuju dengan syor itu.

Pegawai kerajaan jangan amal sikap ‘ya tuan’ – Najib

PUTRAJAYA 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pegawai kerajaan supaya mendengar serta memahami dengan baik setiap keputusan dasar yang disampaikan oleh menteri dan tidak mengamalkan sikap ‘ya tuan' terhadap semua perkara. Tegas Timbalan Perdana Menteri, ini kerana pegawai berhak memberi teguran atau pandangan kepada menteri berkaitan sesuatu keputusan yang diterima sebelum dasar itu dilaksanakan.

Ulasan: Seolah-olah semua yang datang dari menteri dianggap perintah padahal itu hanyalah syor yang perlukan kajian yang menyeluruh. Contohnya bila pimpinan IPTA cepat-cepat merombak kurikulum untuk memendekkan tempoh pengajian tanpa mengambil kira pandangan institusi/lembaga yang mengawal sesuatu profesion semata-mata bila Menteri Pendidikan sewaktu itu menyebut perkara itu.

Pegawai kerajaan wajar ingat bahawa merekalah pakar sesuatu bidang dan menjadi tonggak menjaga bidang masing-masing supaya berjaya dilaksanakan mencapai cita-cita negara. Menteri cumalah orang politik yang silih berganti.

Yahudi berniat hapuskan Hamas

BAITULMAQDIS: Israel mungkin melancarkan operasi ketenteraan bagi membebaskan seorang askarnya yang ditawan pejuang Palestin tetapi motif sebenarnya ialah menjatuhkan kerajaan Palestin yang diterajui pergerakan Hamas, kata penganalisis.

Ulasan: Lawan tetap lawan. Apalah hidup ini kalau tidak berjuang untuk pastikan ank-cucu merdeka…

Ramli Sarip mahu peserta AF4 sahut cabaran

SUDAH lebih lima minggu Ramli Sarip memainkan peranannya sebagai pengetua program realiti televisyen Akademi Fantasia 4 (AF4). Pengetua AF4 rakyat Singapura itu banyak mencorakkan bakat para pelajarnya sebelum mereka muncul menerusi konsert mingguan program realiti TV itu pada setiap Sabtu.

Ulasan: Kalau benar sayangkan bangsa dan negara jangan rosakkan muda mudi kita. Apa akan jadi sekiranya secara terencana orang-orang TUA mengajar pemuda pemudi menjadi artis.

Kalau sayangkan bangsa dan negara kita selaku orang TUA wajarlah mengajak secara terencana orang muda mencintai ilmu, sarjana dan cendiakawan. Cukuplah dengan maksiat kita waktu dulu, jangan sebarkan maksiat, nanti kena jawap dengan Allah...

200 wanita tuntut hak pakai tudung

ISLAMABAD: Lebih 200 wanita berhimpun di ibu negara Pakistan semalam menuntut kerajaan mewajibkan pelajar perempuan memakai tudung atau hijab di sekolah dan kolej.

Ulasan: Perkara yang jelas wajib patutnya diutamakan. Hak orang Islam untuk amalkan segala ajaran agama. Kenapa kira orang lain?

Hukuman gantung Mohd Abbas kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, kerana membunuh murid Tahun Empat, Nurul Huda Abdul Ghani, dalam rumah pengawal stesen pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Johor Bahru, dua tahun lalu.
Selain itu, dia juga dipenjara 20 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 26 Januari 2006 selepas mengaku salah merogol dan meliwat kanak-kanak itu.
Mayat Nurul Huda yang bogel ditemui tersandar pada dinding tandas rumah pengawal Tenaga Nasional Bhd dalam keadaan mencangkung. Mulutnya disumbat dengan sehelai kain dan tangannya memegang lehernya sendiri. Dia ketika itu hendak balik ke rumah selepas membeli barangan di kedai 500 meter dari rumahnya.

Ulasan: Terima kasih kepada PDRM kerana berjaya membawa kes. Mari kita sama-sama pastikan Malaysia selamat untuk semua.

Dari satu segi kita terpaksa terima kesalahan kita kerana kalaulah masyarakat kita atau instrumen/institusi dalam masyarakat kita telah berjaya mendidik Mohd Abbas menjadi orang yang kukuh agamanya, dia membela masyarakat dan negara, laksana Nabi Muhammad mendakwahkan kebenaran dan laksana Sayyidina Abbas yang berjuang menyebarkan hidayah keseluruh alam.

Buku khas perjelas isu dibangkit Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk menerbitkan buku khas bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ulasan: Terima kasih dan kita nanti kemunculannya. Boleh dikaji oleh anak-cucu kita untuk tahu kedudukan perkara sebenar..

Datuk Bandar KL sedia berundur

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan, sedia berundur dan mengosongkan jawatan itu yang kontraknya akan tamat pertengahan Disember ini sekiranya beliau dilihat tidak lagi layak menjawatnya.
Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk melepaskan jawatan itu kerana kuasa melantik adalah dalam tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukannya melalui pemilihan awam.

Ulasan: Carilah calon terbaik yang dapat membawa Bandaraya Kuala Lumpur sehingga di puji di dunia dan di akhirat nanti.

Monday, July 03, 2006

Undergraduates may get leeway on political activity

KUALA LUMPUR: Some provisions of the Universities and University Colleges Act 1971 (UUCA) may be amended to allow undergraduates to participate in political parties and youth organisations outside their campuses.
Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed, however, said the authorities had yet to decide on the extent of the undergraduates’ participation.

Comments: The undergraduates of today are the future leaders of tomorrow. We want them to be better than us in all aspects. They need the training while they are students to be best leaders of our nation who are not blindly following others but use the brains to analyze the situation and take best solution for the nation.

Kami tidak akan memilih kecuali jalan Islam

“Kami tidak akan memilih kecuali jalan kemuliaan dan Islam. Kehinaan tidak ada dalam kamus dan sejarah kami.”

“Mungkin mereka membunuh para pejuang dan pemimpin. Namun mereka tidak akan membunuh sikap kami. Benteng tidak akan roboh dan panji tidak akan jatuh, meski banyak korban berjatuhan. Israel memanfaatkan kisah seorang serdadu yang tertawan untuk melaksanakan rencana besarnya.”

Hal tersebut ditegaskan PM Palestin Ismai Haniyah saat menyampaikan khutbah Jumaat, 30/06, di masjid al-Tufah di kota Gaza.

Sumber: http://www.eramuslim.com/news/int/44a53a5f.htm

Ezam, Azmin bebas tuduhan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Mohamad Ezam Mohd. Nor bersama tujuh yang lain daripada tuduhan terlibat dalam satu perhimpunan haram pada tahun 1999.

Ulasan: Selamat berjuang. Lawan tetap lawan menegakkan kebenaran dalam negara.

Sasar 20.1j pelancong asing lawat Malaysia

JOHOR BAHRU 2 Julai - Kerajaan mensasarkan 20.1 juta pelancong asing melawat negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan yang dijangka akan menjana pendapatan RM44.5 juta bilion.

Ulasan: Jangan hanya mengharapkan wang daripada pelancong tapi kemaskan jati diri orang tempatan. Jangan kerana pelancong, orang tempatan buat yang haram…

MTUC: Jangan hapuskan subsidi minyak

KUALA LUMPUR 2 Julai - Cadangan untuk menghapuskan subsidi minyak adalah satu tindakan yang tidak bijak kerana ia akan menjadikan harga bahan itu naik mendadak dan membebankan rakyat.
Presiden Pergerakan Pengguna Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (3P MTUC), Shafie BP Mammal berkata, kerajaan perlu menimbangkan cadangan itu dari pelbagai sudut sebelum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, sebagai negara pengeluar minyak, sebarang keputusan yang tidak tepat berhubung perkara itu boleh menyebabkan kerajaan `menyesal di kemudian hari'.

Ulasan: Kalau BN dah habis idea ekonomi dan dah tak sayangkan rakyat, jom pilih parti lain jadi kerajaan Malaysia dalam pilihanraya terdekat. Kita cuba satu penggal…

Remaja bawah 15 tahun diancam penyakit strok

PULAU PINANG 2 Julai - Golongan remaja seawal usia di bawah 15 tahun di negara-negara maju merupakan kumpulan yang secara puratanya diserang penyakit strok.

Sementara lebih separuh pesakit yang diserang penyakit yang boleh membawa maut itu merupakan penduduk di negara-negara yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Ulasan: Berhati-hati orang muda kerana bila-bila boleh kena serangan strok. Makan dan minumlah yang berzat dan di perlukan oleh badan kita. BUKAN yang lazat dan sedap saja.

Gerbang tuntut RM360j -- Bagaimanapun angka baru Samy Vellu dipertikai GPSB

KUALA LUMPUR 2 Julai - Isu pampasan pembatalan pembinaan jambatan di Tambak Johor dijangka menjadi panas lagi. Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, Gerbang Perdana Sdn. Bhd., (GPSB) membuat tuntutan baru iaitu sebanyak RM360 juta daripada angka asal kira-kira RM100 juta.

Ulasan: Cara tipikal kontraktor menyediakan tuntutannya ialah dengan tuntut lebih banyak supaya jumlah lebih bayaran yang di terima nanti. Kepada semua juruukur bahan di JKR: Selamat menyelamatkan wang RAKYAT.

1.2 juta penduduk Malaysia penagih dadah

KEPALA BATAS 2 Julai - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberi amaran ancaman dadah di negara ini semakin membimbangkan apabila dianggarkan 900,000 hingga 1.2 juta penduduk Malaysia kini menagih dadah.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom menambah, ancaman dadah perlu ditangani secara menyeluruh kerana ia juga menjadi penyebab utama kepada penyakit berbahaya terutama AIDS.
Johari menarik perhatian, pada 1986 hanya empat kes HIV dilaporkan tetapi hari ini terdapat lebih 80,000 penghidap HIV di negara ini.

Ulasan: Selagi kita secara sombong menjauhkan diri dan negara kita dari jalan hidup yang di redai Allah iaitu Islam, tunggulah azab yang menimpa orang yang engkar sebelum kita.

Apabila berbagai cara sudah di cuba dan didapati gagal, kenapa KITA tak hendak balik kepada Allah?