PUTRAJAYA 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pegawai kerajaan supaya mendengar serta memahami dengan baik setiap keputusan dasar yang disampaikan oleh menteri dan tidak mengamalkan sikap ‘ya tuan' terhadap semua perkara. Tegas Timbalan Perdana Menteri, ini kerana pegawai berhak memberi teguran atau pandangan kepada menteri berkaitan sesuatu keputusan yang diterima sebelum dasar itu dilaksanakan.
Ulasan: Seolah-olah semua yang datang dari menteri dianggap perintah padahal itu hanyalah syor yang perlukan kajian yang menyeluruh. Contohnya bila pimpinan IPTA cepat-cepat merombak kurikulum untuk memendekkan tempoh pengajian tanpa mengambil kira pandangan institusi/lembaga yang mengawal sesuatu profesion semata-mata bila Menteri Pendidikan sewaktu itu menyebut perkara itu.
Pegawai kerajaan wajar ingat bahawa merekalah pakar sesuatu bidang dan menjadi tonggak menjaga bidang masing-masing supaya berjaya dilaksanakan mencapai cita-cita negara. Menteri cumalah orang politik yang silih berganti.
No comments:
Post a Comment