Thursday, January 31, 2008

Jangan lupa jasa BN

KUALA KANGSAR 30 Jan. – Pengundi-pengundi muda diminta tidak melupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menyediakan kemudahan pendidikan sempurna melalui pembangunan dalam bidang pelajaran.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, kerajaan menyediakan kemudahan persekolahan yang sempurna dari peringkat sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi untuk menimba ilmu....(UM, 30/1/08).

Ulasan: Hujjah antik yang di gunakan 30 tahun dulu di gunakan kembali untuk memujuk rakyat mengundi BN/UMNO. Tugas menyediakan kemudahan pendidikan sempurna melalui pembangunan dalam bidang pelajaran dilakukan oleh semua negara di dunia ini. Ini bukan hak mutlak kerajaan BN/UMNO. Hatta negara komunis seperti China, Russia dan Cuba pun lebih maju dulu dari kita.

Kerajaan BN/UMNO yang ada pun TIDAK menggunakan wangnya sendiri untuk memajukan negara. Kerajaan BN/UMNO hanyalah menjadi pentadbir kekayaan negara tapi sayang kerap-kali dalam sejarah BN/UMNO selama ini di selewengkan dengan pelbagai cara untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni melalui jalan tidak sah.

Enough is enough. Cukuplah BN/UMNO menipu rakyat. Kemilau dunia telah banyak melupakan janji wakil rakyat BN/UMNO untuk menolong rakyat, agama, bangsa dan negara. Rakyat boleh BERUBAH dengan mengundi parti selain BN/UMNO yang berazam untuk menjadikan Malaysia negara SIFAR RASUAH.

Pemimpin negeri akur nasihat Najib
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Beberapa pemimpin negeri memberi jaminan hanya akan mengemukakan senarai pemimpin yang benar-benar layak untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka juga akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan wakil rakyat yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu memberikan khidmat yang berkesan kepada orang ramai...(UM, 30/1/08).

Ulasan: Dari dulu pun BN/UMNO mendidik ahlinya supaya taat walaupun mungkar. Ini mewujudkan budaya pak turut yang berkembang biak di Malaysia di jabatan kerajaan. Budaya pak turut akan merosakkan pimpinan masa dapan Malaysia. Menjadi senyap dan mengikut saja rentak pemimpin yang ada bukanlah cara untuk menjadi pemimpin hebat masa depan.

Tuesday, January 29, 2008

Jawatan hanya sementara

KOTA KINABALU 28 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan wakil-wakil rakyat bahawa jawatan yang mereka sandang bukan untuk dipegang selama-lamanya. Perdana Menteri menegaskan, apabila tiba masa yang sesuai, jawatan itu perlu diberikan kepada orang lain pula....

Ulasan: Berdasarkan sejarah BN/UMNO selama ini, dan memang BN/UMNO kaya dengan sejarah seperti ini. Jawatan wakil rakyat walaupun semua orang tahu hanya sementara tetapi menjadi kedudukan yang di cari-cari kerana melaluinya harta dan kekayaan negara boleh di kaut dengan cara yang tidak sah melalui kroni-kroni. Bertopengkan negara, agama dan bangsa tetapi sebenarnya membuncit diri, keluarga, sahabat-handai dan rakan-rakan perniagaan (towkey). Tinggalkan BN/UMNO sekiranya anda menyayangi agama, bangsa dan negara.
Orang Malaysia dari parti lain pun belajar tinggi dan boleh perintah Malaysia dengan SIFAR RASUAH dan PENYELEWENGAN.

BN janji tidak abai pembangkang
KOTA BHARU 28 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjanji tidak akan mengabaikan rakyat di negeri ini termasuk penyokong Pas sekiranya kembali memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, pilihan raya umum ke-12 adalah peluang terbaik untuk menyatukan semula rakyat di negeri ini yang berpecah belah disebabkan fahaman politik....

Ulasan: Tidak susah menilai parti yang telah lama memerintah Malaysia iaitu parti BN/UMNO kerana segalanya berada di depan kita. Kalau depan kita pun pembohongan berlaku, inikan pul di belakang kita. Sepanjang sejarah 50 tahun BN/UMNO memerintag membuktikan penyokong parti pembangkang menerima layanan yang berbeza (baca: buruk) dari kerajaan dalam semua segi. Kalau sudi, sokonglah parti pembangkang kerana anda akan merasa. Sila tanya sendiri untuk menyelami penderitaan mereka. Tanya orang yang pernah menyokong Semangat 46. Mereka mempunyai banyak cerita untuk di kenang.

Monday, January 28, 2008

Habib Jewels penaja terbesar

Dengan jumlah tajaan bernilai RM2.5 juta, Habib Jewels muncul sebagai penaja terbesar Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 yang di jadualkan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 30 Mac ini. Ia penyertaan kali ketiga syarikat pembuat barang kemas itu dalam penganjuran majlis berprestij itu, sejajar komitmen mereka dalam menghargai penggiat hiburan tanah air. (Pada masa yang sama, penajaan RM2.5 juta membabitkan wang tunai RM1.5 juta serta pelbagai set barang kemas ekslusif Habib bernilai RM1 juta..)..(BM, 27/1/08).

Ulasan: Kita sedih kerana ada syarikat orang Islam sanggup bersekongkol untuk menjayakan program yang kebanyakannya maksiat. Siapa sumber mutlak rezeki bagi perniagaan kita? Semuanya ini terjadi kerana kerajaan yang ada menggalakkan maksiat dalam negara. Undi kita setiap pilihan raya sebagai rakyat untuk memilih kerajaan yang menggemari maksiat pasti akan di tanya nanti. Kenapa pilih yang sukakan maksiat?

TPM: Ekonomi negeri hanya berkembang di bawah BN

ALOR STAR 27 Jan. - Kerancakan ekonomi dan kemajuan sesebuah negeri hanya dapat berkembang dengan baik jika negeri itu dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Katanya, rakyat harus sedar bahawa pembangkang tidak berkeupayaan untuk memajukan negeri dan perkara itu terbukti apabila negeri yang berada dalam pemerintahan parti pembangkang didapati hanya mengharapkan bantuan kerajaan pusat.

Ulasan: Bila BN memerintah terlalu lama, BN memperkecilkan semua rakyat (terutama pengundi) bahawa orang lain tidak tahu memerintah. Kita terpaksa menerima bahawa BN/UMNO hebat memerintah dengan mengaut harta dan kekayaan melalui jalan yang tidak sah melalui kroni-kroninya. Rakyat perlukan kini kerajaan yang baru yang sayang kepada rakyat.

Kita perlukan PERUBAHAN kerana yang penting setiap masa ialah rakyat dan negara menjadi pemenang. Kerajaan datang dan pergi. Yang menang sepatutnya ialah rakyat dan negara.

BN perlu mandat besar
TEMERLOH 27 Jan. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat besar rakyat dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan masa depan bangsa dan negara lebih cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang 2020 menjadi satu kenyataan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menegaskan, kejayaan Malaysia dalam tempoh 50 tahun pertama kemerdekaan negara, merupakan satu lonjakan berganda yang telah berjaya mengubah landskap status sosial, pendidikan dan ekonomi rakyat.

Ulasan: Rakyat sewajarnya bijak memilih kerajaan yang penyayang kepada mereka, yang mengutamakan rakyat. Bukan yang tak habis-habis mencari jalan untuk menghabiskan poket rakyat. Parti BN/UMNO nak lagi 50 tahun memerintah?

Najib kesal pihak hina mutu sektor awam
ALOR STAR 27 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan pihak-pihak tertentu yang menghina mutu perkhidmatan kakitangan awam.

Ulasan: Mutu perkhidmatan kakitangan awam boleh di banggakan dan boleh di perbaiki lagi. Mutu yang menjadi persoalan ialah pemimpin kerajaan dari parti BN/UMNO dan menjadi macam ketam mengajar kakitangan supaya mengamalkan rasuah. Rakyat kini perlukan kerajaan yang bersih dari rasuah.

BN beri khidmat sepanjang masa
RAWANG: Barisan Nasional (BN) adalah parti rakyat yang sentiasa membela hak semua tanpa mengira kaum dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan sepanjang masa berbanding pembangkang yang hanya muncul ketika musim pilihan raya dan memperjuangkan isu yang memberi manfaat kepada mereka.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata rakyat seharusnya membuka mata dan memahami taktik yang digunakan pembangkang supaya mereka tidak tertipu dengan segala janji palsu dan fitnah yang disebarkan.

Ulasan: Bukan senang hendak mengalahkan parti besar yang terlalu lama memerintah negara serta tidak pernah kalah dalam pilihan raya umum. Teruskan menyampaikan kebenaran kepada rakyat biar rakyat memilih. Satu hari parti itu akan kalah dan kerajaan baru yang lebih berwibawa akan memerintah lebih baik dari yang sebelumnya.

Wakil rakyat veteran digugur
SHAH ALAM 27 Jan. - Wakil rakyat di Selangor yang digugurkan daripada senarai calon pada pilihan raya umum akan datang merupakan mereka yang telah berkhidmat terlalu lama dan lanjut usia.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, sudah tiba masanya wakil rakyat itu mengundurkan diri dan memberi peluang kepada muka- muka baru yang diyakini mampu membawa perubahan besar kepada kemajuan negeri ini.

Ulasan: Beri pula peluang kepada muka- muka baru untuk buat harta melalui jalan tidak sah.

Istiadat pemakaman Suharto bermula, Najib wakili Malaysia
JAKARTA 28 Jan. – Istiadat pemakaman bekas presiden Indonesia Suharto dari Jakarta menuju Istana Giribangun di Solo, Jawa Tengah, bermula di kediamannya di Cendana pada pukul 7 pagi ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mewakili Malaysia pada istiadat pemakaman di Solo itu dengan diiringi Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Ulasan: Manusia seluruhnya menjadi saksi terhadap mayat yang akan di kebumikan. Tidak sama orang soleh dengan yang tidak.

Friday, January 25, 2008

Formula `ABCDE' Najib untuk tingkat perkhidmatan awam

SEREMBAN 25 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan formula 'ABCDE' untuk meletakkan penjawat awam sebagai yang terbaik, sekali gus meningkatkan integriti dalam perkhidmatan mereka.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, formula 'A' bermaksud 'Amanah', 'B' sebagai 'Bijak', 'C' pula 'Cekap', 'D' ialah 'Dedikasi' dan 'E' pula bermakna 'Efektif'...

Ulasan: Dulu BCA sekarang ABCDE. Hasilnya ramai penguatkuasa yang mengamalkan rasuah. Sebagai contoh, kenapa dadah dan VCD masih ada dalam pasaran gelap? Kerajaan mesti bermula dengan diri pemimpin politik dulu bertegas untuk menghancurkan (mensifarkan) rasuah dan penyelewengan dari negara ini.

Mexico City rolls out women-only buses
MEXICO CITY - Groping and verbal harassment is an exasperating reality for women using public transportation in this sprawling capital, where 22 million passengers cram onto subways and buses each day. Some men treat women so badly that the subway system has long had ladies-only cars during rush hour, with police segregating the sexes on the platforms. But that hasn't helped women forced to rely on packed buses, by far the city's most-used form of public transportation — until this week.
Acting on complaints from women's groups, the city rolled out "ladies only" buses, complete with pink signs in the windshields to wave off the men.
Women-only buses or subways have been rolling for years in India, Brazil, Japan and other countries. Mexico City finally took the action as part of a growing responsiveness to complaints about discrimination against women, Ariadna Montiel, who directs the public bus system said...(Associated Press, Jan 24, 2008).

Ulasan: Negara kita bila hendak selamatkan maruah wanita dengan sediakan bas khusus untuk mereka daripada gangguan lelaki?

Thursday, January 24, 2008

China Closed 44,000 Porn Websites In 2007

Beijing, China (AHN) - China's intense campaign against pornography resulted in the closure of 44,000 local Web sites and homepages containing lewd photographs. Following the drive against porn, the state investigated 524 criminal cases and imposed fines on almost 2,000 Chinese involved in 1,609 pornographic activities.
Most of the porn sources were from outside China, but the country was the source for the development of the lewd websites...(allheadlinenews.com January 23, 2008).

Ulasan: Negara China sudah memulakan tugas membenteras web lucah daripada internetnya. Wahai wakil-wakil rakyat kita yang di pilih oleh rakyat untuk bersungguh-sungguh menjaga maruah anak bangsa dan negara: Kita pula bila lagi? Web lucah walaupun di mana saja hanya merendahkan maruah wanita.

Tuesday, January 15, 2008

Pemimpin Hizbullah selar AS

BEIRUT: Pemimpin Hizbullah kelmarin membidas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush kerana melemparkan tuduhan kepada Iran sebagai penyokong kepada kumpulan militan di rantau berkenaan yang digelarnya ‘pengganas’.
Sebaliknya, Sheik Hassan Nasrallah berkata, beliau bangga kerana memusuhi ‘syaitan yang terbesar. ’
‘Saya tidak mahu menyembunyikan perasaan saya. Saya begitu bangga apabila Bush bercakap mengenai Hizbullah dan gerakan penentangan yang lain sebab apabila Firaun dan ‘Syaitan Besar’ menuduh kita dan menganggap kita musuhnya, ia adalah kebanggaan bagi kita.’

Ulasan: Bayangkan kalau Malaysia kena marah dengan Presiden Amerika Syarikat.

Rasuah antara punca alam sekitar terabai
BANGKOK: Sekumpulan peguam mendakwa gejala rasuah dan kurangnya usaha politik adalah antara faktor yang menjejaskan rancangan menguatkuasakan undang-undang melindungi alam sekitar di rantau Asia Pasifik.
Bercakap pada satu persidangan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mereka mendakwa biarpun beberapa negara seperti Australia dan India mewujudkan mahkamah khas berhubung isu alam sekitar, campur tangan dan kekangan politik sebaliknya menyukarkan usaha pemulihan alam sekitar.
“Keadaannya amat menyedihkan. Kita ada peraturan tetapi malangnya, sukar dipatuhi,” kata M C Mehta, peguam India yang bertugas di Mahkamah Agung New Delhi.

Ulasan: Kita ada peraturan tetapi malangnya, sukar dipatuhi. Kita pernah dengar ungkapan persis itu di negara kita. Maknanya bila rasuah membelit negara, peraturan dan undang-undang ada tetapi macam tidak ada. Hapuskan rasuah dari negara kita.

18 wanita didera setiap jam di India
NEW DELHI: Setiap jam yang berdetik di India menandakan lebih banyak kekejaman berlaku terhadap wanita dengan dua kes rogol, dua penculikan, empat pencabulan dan tujuh kes kekejaman suami dan saudara mara.
Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB), pada purata setiap jam sekurang-kurangnya 18 wanita di negara itu menjadi mangsa penderaan pada 2006 dan lebih mengganggu, angka itu menunjukkan peningkatan.

Ulasan: Islam datang untuk mengangkat martabat insan sayang kepada semua. Kita perlu berdakwah kepada semua orang.

Calon BN mesti bersih moral

SHAH ALAM 14 Jan. – Hanya calon yang bebas daripada masalah moral termasuk skandal seks yang layak menjadi calon untuk Barisan Nasional (BN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah dari segi kepimpinan dan keyakinan rakyat terhadap parti.

Ulasan: Calon di mana pun bukan setakat bersih moral, menjauhi zina tetapi juga membenci rasuah dan penyelewengan serta tidak terlibat dalam mengaut harta kekayaan melalui cara yang tidak sah.
Hapuskan rasuah dan penyelewengan dari negara kita.

Lupakan terus PKR – Mahdzir
KAMPUNG GAJAH 14 Jan. – Pengundi perlu menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ia hanya wujud secara bermusim iaitu pada setiap kali tiba pilihan raya umum.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti itu juga terbukti tidak mampu memberi perkhidmatan yang diharapkan sehingga akhirnya ‘ditinggalkan’ oleh majoriti rakyat.

Ulasan: Sila fikir balik bahawa ramai ahli PKR pernah terlibat dengan BN/UMNO dan sangat mengetahui bagaimana kebanyakan pemimpin BN/UMNO dalam semua peringkat mengaut harta kekayaan dengan dengan cara yang halus tapi tidak sah melalui kroni dan sahabat handai mereka. Isinya milik kroni, rakyat hanya dapat kuah kalau baki. Kalau sayangkan negara, tinggalkan BN/UMNO.

Lapan tentera Thai maut -- Serangan ragut korban terbesar sejak Jun 2006
BANGKOK 14 Jan. – Lapan anggota tentera Thailand terbunuh apabila kenderaan mereka diserang hendap oleh puak pemisah di wilayah selatan, kata jurucakap tentera.
Anggota tentera terbabit diserang hendap kira-kira pukul 9.40 pagi (10.40 pagi waktu Malaysia) di Narathiwat, sebuah daripada tiga wilayah bersempadan dengan Malaysia yang bergolak sejak empat tahun lalu, kata jurucakap itu, Acar Tiproch kepada AFP.

Nota: Wilayah selatan dikuasai oleh kesultanan Melayu yang beragama Islam sehinggalah penganut agama Buddha masuk pada 1902, mencetuskan ketegangan di wilayah berkenaan sejak berabad yang lalu.
Lebih 2,800 orang terkorban sejak pemberontakan bermula pada Januari 2004, dengan pembunuhan dan keganasan terus meningkat.
Banyak pihak menyalahkan pendekatan keras bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, sebagai punca kepada kekacauan di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.

Ulasan: Kerajaan yang melatah dan terlalu cepat menggunakan kekerasan biasanya mendapat balasan tunai bila rakyat sering dihina dan dikeji di negara sendiri.

Friday, January 11, 2008

Usah lepas tangan didik anak

KEPALA BATAS: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak 'menswastakan' tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pihak ketiga kerana ia boleh menyebabkan anak rasa terabai dan mudah terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata ada ibu bapa zaman moden menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan membimbing anak mereka kepada orang lain seperti guru sekolah dan guru tuisyen...(BH, 8/1/08).

Ulasan: Semua didikan asas dari ibu bapa dan didikan yang lebih terancang dari guru di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah menjadi SIA-SIA bila kerajaan yang ada membiarkan media elektronik (tv, radio, video dll) dan cetak (majalah, dll) bermaharajalela menyemai benih hedonisme, mencintai aksi ganas dan berunsurkan seks serta membuka seluas-luas lorong-lorong maksiat yang boleh mendorong kepada berlakunya zina (disko, arak, kelab malam, clubbing, GRO, pelacur tempatan dan asing dll yang seumpama).

Masalah bermula dengan diri KITA yang sudah dewasa (dan diantara yang lebih dari setengah umur) dan dikurniakan dengan sedikit kuasa pentadbiran dan pemerintahan akan membuat apa saja untuk mengaut menimbun harta melalui jalan yang tidak sah melalui kroni masing-masing. Apa yang kita buat bagai menyemai anak-anak bangsa menjadi jauh dari jiwa merdeka. Wahai wakil rakyat: Buatlah sesuatu untuk menebus kesalahan kita kepada anak-anak bangsa. Musnah manusia ekoran nafsu kerana nafsu sentiasa muda.

Wanita Indonesia menawan, menggoda


KUALA LUMPUR 7 Jan. – Rupa paras menawan dan telatah menggoda dikatakan punca wanita Indonesia menjadi pilihan lelaki Malaysia. Pensyarah Politik dan Polisi Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, faktor itu menjadi tarikan kuat kepada lelaki Malaysia untuk mendekati wanita dari negara seberang...(UM, 8/1/08).

Ulasan: Orang tua-tua sudah lama berpesan supaya kita memilih isteri yang beragama dan berakhlak mulia untuk selamat di dunia dan akhirat. Jangan hanya melihat dari sudut nafsu.

Syor sagu hati RM2,000 diteliti
PUTRAJAYA 7 Jan. – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan membawa kepada Perdana Menteri cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung bayaran sagu hati RM2,000 yang diminta oleh kakitangan awam.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, selain mengemukakan saranan itu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Mohd. Sidek juga bersetuju meneliti cadangan melanjutkan umur persaraan kakitangan kerajaan dari 56 kepada 60 tahun...(UM, 8/1/08).

Ulasan: Kalau kerajaan BN beri, kakitangan awam boleh menerimanya dengan syarat dalam pilihan raya akan datang kita sama-sama mengundi selain dari BN. Kerajaan BN sudah terbiasa merasuah pengundi melalui pelbagai cara. Kita memberi kuasa pemerintahan kepada BN sejak merdeka. Tempoh 50 tahun sudah terlalu lama menyebabkan BN merasakan seronok berkuasa tanpa terfikir perjuangannya melalui ras sudah outdated. Apakah rakyat hanya perlu sewaktu mengundi 5 tahun sekali dan lepas itu hanya melihat kekayaan negara di kaut secara tidak sah melalui kroni masing-masing.

Kita perlu menjadi rakyat yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang berakhlak, bermaruah dan tidak mengamalkan rasuah dan mengaut harta kekayaan melalui jalan yang yang tidak betul.

Tiada siapa berhak cakap pasal tarikh pilihan raya
KEPALA BATAS 7 Jan. – Semua pihak termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung tarikh sebenar pilihan raya umum.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya boleh ditentukan dan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.....(UM, 8/1/08).

Ulasan: Negara kita yang telah lama amalkan demokrasi sepatutnya tarikh pilihan raya telah di tentukan selepas pilihan raya yang lepas. Barulah bersih dan adil. Kenapa sebuah negara jadi kalut bila seorang PM menunggu ilham untuk tetapkan pilihan raya?

Tiga dipenjara edar, cetak DVD seks Soi Lek

BATU PAHAT 7 Jan. – Tiga orang termasuk dua wanita masing- masing dihukum penjara lima dan empat hari serta denda RM10,000 dan RM15,000 setelah mengaku bersalah memiliki, mengedar dan mencetak semula cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Pada 1 Januari lalu, Soi Lek mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam kerajaan, parti dan sebagai Ahli Parlimen Labis setelah sehari sebelumnya mengakui beliau merupakan lelaki yang dirakamkan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda dalam DVD yang tersebar luas di Muar dan Batu Pahat. Soi Lek turut mengakui pasangannya itu merupakan rakan baiknya.

Ulasan: Subky Abdul Latif melihat apa jua tujuan pengedaran VCD itu, yang jelas ia telah mendedahkan perangai buruk seorang menteri dan pemimpin negara.

Betapa baik pun seorang pemimpin, tetapi dia melakukan kesalahan berzina, sekalipun sekadar sekali, dia telah melakukan dosa besar. Bagi penganut Islam dosa besar ini ada cara dan kaedah pengadilannya. Tidak terlepas begitu saja sekalipun mengaku salah.

Bagi bukan Islam konsep pahala dan dosa tidak jelas. Tetapi zina tetap satu kesalahan terkutuk bagi semua agama. Jika hukum zina tidak berkuat kuasa di semua negara maju sekarang, bukan kerana ia bukan satu kesalahan, tetapi kerana tidak diketahui siapa antara anggota masyarakat itu yang tidak berzina. Antara ibu bapa yang ada sekarang, yang mana yang tidak pernah berzina? Zina jadi budaya atas nama seks bebas.

Bagi setiap agama samawi yang bertolak dari agama yang ditegakkan oleh Nabi Ibrahim a.s. - Islam, Kristian dan Yahudi - zina adalah kerja terkutuk dan tetap dikutuk. Ia adalah kelakuan orang yang runtuh akhlak atau orang tidak berakhlak.

Orang yang tidak berakhlak seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dalam apa bentuk jua. Bukan sekadar tidak layak jadi wakil rakyat dan jadi menteri, jadi ketua kampung dan ahli JKKK pun tidak layak. Apa lagilah menjadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, gabenor dan raja.

Negara dan masyarakat akan jadi tidak bermaruah dan tidak berakhlak, tidak barakah dan tidak bercahaya, apabila ia berpemimpinkan orang yang pernah berzina yang tidak diketahui taubatnya.

Semua raja tidak mahu ibunya, isterinya, kakak dan adiknya, anak perempuannya ditiduri oleh jantan lain. Perdana Menteri dan menteri-menteri juga begitu. Presiden MCA dan Presiden MIC juga tidak mahu ibu mereka, isteri mereka, kakak dan adik mereka serta anak-anak perempuan mereka ditebuk oleh jantan asing.

Kerana mereka tidak setuju dengan hubungan seks yang disebut zina itu, maka mereka tidak boleh bersikap lunak terhadap kejadian zina seperti yang dilakukan oleh Soi Lek.

Soi Lek mungkin orang baik dalam semua hal kecuali tentang betina. Walaupun ia berlaku dengan seorang kawannya yang baik, tetapi dia berzina dan ia melakukan hal yang terkutuk. Maka perbuatan terkutuknya apabila diketahui mesti didedahkan.

Sama ada tujuannya dengki atau khianat atau mahu mencari untung atas pita lucah atau apa jua, maka kejahatan Soi Lek sudah dapat didedahkan. Orang yang tahu akan kecurangan Soi Lek patut membongkarnya. Bukan mudah untuk membongkarnya. Islam memerlukan empat saksi yang adil. Angkara Soi Lek sudah dirakamkan dalam VCD. Soi Lek mengaku kecurangannya.

Maka apa pun tujuan di sebalik pembuatan video itu, ia telah membongkar kecurangan seorang menteri yang tidak bermoral. Mungkin ia usaha jahat tetapi pembongkaran kecurangan menteri itu juga adalah kejayaan antikecurangan.

Siapa lebih salah antara menteri yang curang akhlak dengan kesalahan membuat dan mengedar VCD lucah?

Jika polis melakukan penyiasatan, biarkanlah sebagai satu kegiatan penyiasatan inteligen, bukan kerana tujuan menghalang menjatuhkan pemimpin. Maruah dan kecurangan pemimpin perlu dipantau. Yang tidak ditemui bukti, tidaklah boleh diapa-apakan. Tetapi yang terbukti curang, mengapa pula diratapi kecurangannya?

Nekad lawan 10 penyamun
MUAR: Walaupun cedera, seorang anak nekad bangun melawan sekumpulan 10 penyamun dipercayai warga asing yang mahu mencederakan bapanya dalam kejadian samun di Kampung Arab, Batu 6, Jalan Bakri di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, peniaga nasi ayam, Tan Zit Shan, 47, cedera di kepala apabila ditetak dengan parang oleh seorang daripada 10 penjenayah yang berada di dapur rumah setingkat tiga bilik itu, ketika cuba menyelamatkan diri.
Tan kemudian dikepung tiga daripada penjenayah itu tetapi bingkas bangun dalam keadaan kesakitan apabila mendapati beberapa ahli kumpulan itu cuba memukul bapanya, yang berusia 70 tahun...(hmetro.com.my, 8.1.08).

Ulasan: Seolah-olah Malaysia tidak selamat lagi untuk warganegara. Rakyat menjadi membayar harganya kerana negara mengimport pekerja asing kerana kerajaan hendakkan segera maju. Sayangnya ada orang yang buat duit dengan import pekerja asing tanpa ikut undang-undang negara. Dan khabarnya penguatkuasa kerajaan yang buat duit dari pekerja asing tanpa permit. Di manakah polis?