KEPALA BATAS: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak 'menswastakan' tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pihak ketiga kerana ia boleh menyebabkan anak rasa terabai dan mudah terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata ada ibu bapa zaman moden menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan membimbing anak mereka kepada orang lain seperti guru sekolah dan guru tuisyen...(BH, 8/1/08).
Ulasan: Semua didikan asas dari ibu bapa dan didikan yang lebih terancang dari guru di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah menjadi SIA-SIA bila kerajaan yang ada membiarkan media elektronik (tv, radio, video dll) dan cetak (majalah, dll) bermaharajalela menyemai benih hedonisme, mencintai aksi ganas dan berunsurkan seks serta membuka seluas-luas lorong-lorong maksiat yang boleh mendorong kepada berlakunya zina (disko, arak, kelab malam, clubbing, GRO, pelacur tempatan dan asing dll yang seumpama).
Masalah bermula dengan diri KITA yang sudah dewasa (dan diantara yang lebih dari setengah umur) dan dikurniakan dengan sedikit kuasa pentadbiran dan pemerintahan akan membuat apa saja untuk mengaut menimbun harta melalui jalan yang tidak sah melalui kroni masing-masing. Apa yang kita buat bagai menyemai anak-anak bangsa menjadi jauh dari jiwa merdeka. Wahai wakil rakyat: Buatlah sesuatu untuk menebus kesalahan kita kepada anak-anak bangsa. Musnah manusia ekoran nafsu kerana nafsu sentiasa muda.
Wanita Indonesia menawan, menggoda
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Rupa paras menawan dan telatah menggoda dikatakan punca wanita Indonesia menjadi pilihan lelaki Malaysia. Pensyarah Politik dan Polisi Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, faktor itu menjadi tarikan kuat kepada lelaki Malaysia untuk mendekati wanita dari negara seberang...(UM, 8/1/08).
Ulasan: Orang tua-tua sudah lama berpesan supaya kita memilih isteri yang beragama dan berakhlak mulia untuk selamat di dunia dan akhirat. Jangan hanya melihat dari sudut nafsu.
Syor sagu hati RM2,000 diteliti
PUTRAJAYA 7 Jan. – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan membawa kepada Perdana Menteri cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung bayaran sagu hati RM2,000 yang diminta oleh kakitangan awam.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, selain mengemukakan saranan itu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Mohd. Sidek juga bersetuju meneliti cadangan melanjutkan umur persaraan kakitangan kerajaan dari 56 kepada 60 tahun...(UM, 8/1/08).
Ulasan: Kalau kerajaan BN beri, kakitangan awam boleh menerimanya dengan syarat dalam pilihan raya akan datang kita sama-sama mengundi selain dari BN. Kerajaan BN sudah terbiasa merasuah pengundi melalui pelbagai cara. Kita memberi kuasa pemerintahan kepada BN sejak merdeka. Tempoh 50 tahun sudah terlalu lama menyebabkan BN merasakan seronok berkuasa tanpa terfikir perjuangannya melalui ras sudah outdated. Apakah rakyat hanya perlu sewaktu mengundi 5 tahun sekali dan lepas itu hanya melihat kekayaan negara di kaut secara tidak sah melalui kroni masing-masing.
Kita perlu menjadi rakyat yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang berakhlak, bermaruah dan tidak mengamalkan rasuah dan mengaut harta kekayaan melalui jalan yang yang tidak betul.
Tiada siapa berhak cakap pasal tarikh pilihan raya
KEPALA BATAS 7 Jan. – Semua pihak termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung tarikh sebenar pilihan raya umum.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya boleh ditentukan dan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.....(UM, 8/1/08).
Ulasan: Negara kita yang telah lama amalkan demokrasi sepatutnya tarikh pilihan raya telah di tentukan selepas pilihan raya yang lepas. Barulah bersih dan adil. Kenapa sebuah negara jadi kalut bila seorang PM menunggu ilham untuk tetapkan pilihan raya?
Tiga dipenjara edar, cetak DVD seks Soi Lek
BATU PAHAT 7 Jan. – Tiga orang termasuk dua wanita masing- masing dihukum penjara lima dan empat hari serta denda RM10,000 dan RM15,000 setelah mengaku bersalah memiliki, mengedar dan mencetak semula cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Pada 1 Januari lalu, Soi Lek mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam kerajaan, parti dan sebagai Ahli Parlimen Labis setelah sehari sebelumnya mengakui beliau merupakan lelaki yang dirakamkan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda dalam DVD yang tersebar luas di Muar dan Batu Pahat. Soi Lek turut mengakui pasangannya itu merupakan rakan baiknya.
Ulasan: Subky Abdul Latif melihat apa jua tujuan pengedaran VCD itu, yang jelas ia telah mendedahkan perangai buruk seorang menteri dan pemimpin negara.
Betapa baik pun seorang pemimpin, tetapi dia melakukan kesalahan berzina, sekalipun sekadar sekali, dia telah melakukan dosa besar. Bagi penganut Islam dosa besar ini ada cara dan kaedah pengadilannya. Tidak terlepas begitu saja sekalipun mengaku salah.
Bagi bukan Islam konsep pahala dan dosa tidak jelas. Tetapi zina tetap satu kesalahan terkutuk bagi semua agama. Jika hukum zina tidak berkuat kuasa di semua negara maju sekarang, bukan kerana ia bukan satu kesalahan, tetapi kerana tidak diketahui siapa antara anggota masyarakat itu yang tidak berzina. Antara ibu bapa yang ada sekarang, yang mana yang tidak pernah berzina? Zina jadi budaya atas nama seks bebas.
Bagi setiap agama samawi yang bertolak dari agama yang ditegakkan oleh Nabi Ibrahim a.s. - Islam, Kristian dan Yahudi - zina adalah kerja terkutuk dan tetap dikutuk. Ia adalah kelakuan orang yang runtuh akhlak atau orang tidak berakhlak.
Orang yang tidak berakhlak seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dalam apa bentuk jua. Bukan sekadar tidak layak jadi wakil rakyat dan jadi menteri, jadi ketua kampung dan ahli JKKK pun tidak layak. Apa lagilah menjadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, gabenor dan raja.
Negara dan masyarakat akan jadi tidak bermaruah dan tidak berakhlak, tidak barakah dan tidak bercahaya, apabila ia berpemimpinkan orang yang pernah berzina yang tidak diketahui taubatnya.
Semua raja tidak mahu ibunya, isterinya, kakak dan adiknya, anak perempuannya ditiduri oleh jantan lain. Perdana Menteri dan menteri-menteri juga begitu. Presiden MCA dan Presiden MIC juga tidak mahu ibu mereka, isteri mereka, kakak dan adik mereka serta anak-anak perempuan mereka ditebuk oleh jantan asing.
Kerana mereka tidak setuju dengan hubungan seks yang disebut zina itu, maka mereka tidak boleh bersikap lunak terhadap kejadian zina seperti yang dilakukan oleh Soi Lek.
Soi Lek mungkin orang baik dalam semua hal kecuali tentang betina. Walaupun ia berlaku dengan seorang kawannya yang baik, tetapi dia berzina dan ia melakukan hal yang terkutuk. Maka perbuatan terkutuknya apabila diketahui mesti didedahkan.
Sama ada tujuannya dengki atau khianat atau mahu mencari untung atas pita lucah atau apa jua, maka kejahatan Soi Lek sudah dapat didedahkan. Orang yang tahu akan kecurangan Soi Lek patut membongkarnya. Bukan mudah untuk membongkarnya. Islam memerlukan empat saksi yang adil. Angkara Soi Lek sudah dirakamkan dalam VCD. Soi Lek mengaku kecurangannya.
Maka apa pun tujuan di sebalik pembuatan video itu, ia telah membongkar kecurangan seorang menteri yang tidak bermoral. Mungkin ia usaha jahat tetapi pembongkaran kecurangan menteri itu juga adalah kejayaan antikecurangan.
Siapa lebih salah antara menteri yang curang akhlak dengan kesalahan membuat dan mengedar VCD lucah?
Jika polis melakukan penyiasatan, biarkanlah sebagai satu kegiatan penyiasatan inteligen, bukan kerana tujuan menghalang menjatuhkan pemimpin. Maruah dan kecurangan pemimpin perlu dipantau. Yang tidak ditemui bukti, tidaklah boleh diapa-apakan. Tetapi yang terbukti curang, mengapa pula diratapi kecurangannya?
Nekad lawan 10 penyamun
MUAR: Walaupun cedera, seorang anak nekad bangun melawan sekumpulan 10 penyamun dipercayai warga asing yang mahu mencederakan bapanya dalam kejadian samun di Kampung Arab, Batu 6, Jalan Bakri di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, peniaga nasi ayam, Tan Zit Shan, 47, cedera di kepala apabila ditetak dengan parang oleh seorang daripada 10 penjenayah yang berada di dapur rumah setingkat tiga bilik itu, ketika cuba menyelamatkan diri.
Tan kemudian dikepung tiga daripada penjenayah itu tetapi bingkas bangun dalam keadaan kesakitan apabila mendapati beberapa ahli kumpulan itu cuba memukul bapanya, yang berusia 70 tahun...(hmetro.com.my, 8.1.08).
Ulasan: Seolah-olah Malaysia tidak selamat lagi untuk warganegara. Rakyat menjadi membayar harganya kerana negara mengimport pekerja asing kerana kerajaan hendakkan segera maju. Sayangnya ada orang yang buat duit dengan import pekerja asing tanpa ikut undang-undang negara. Dan khabarnya penguatkuasa kerajaan yang buat duit dari pekerja asing tanpa permit. Di manakah polis?
No comments:
Post a Comment