BEIRUT: Pemimpin Hizbullah kelmarin membidas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush kerana melemparkan tuduhan kepada Iran sebagai penyokong kepada kumpulan militan di rantau berkenaan yang digelarnya ‘pengganas’.
Sebaliknya, Sheik Hassan Nasrallah berkata, beliau bangga kerana memusuhi ‘syaitan yang terbesar. ’
‘Saya tidak mahu menyembunyikan perasaan saya. Saya begitu bangga apabila Bush bercakap mengenai Hizbullah dan gerakan penentangan yang lain sebab apabila Firaun dan ‘Syaitan Besar’ menuduh kita dan menganggap kita musuhnya, ia adalah kebanggaan bagi kita.’
Ulasan: Bayangkan kalau Malaysia kena marah dengan Presiden Amerika Syarikat.
Rasuah antara punca alam sekitar terabai
BANGKOK: Sekumpulan peguam mendakwa gejala rasuah dan kurangnya usaha politik adalah antara faktor yang menjejaskan rancangan menguatkuasakan undang-undang melindungi alam sekitar di rantau Asia Pasifik.
Bercakap pada satu persidangan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mereka mendakwa biarpun beberapa negara seperti Australia dan India mewujudkan mahkamah khas berhubung isu alam sekitar, campur tangan dan kekangan politik sebaliknya menyukarkan usaha pemulihan alam sekitar.
“Keadaannya amat menyedihkan. Kita ada peraturan tetapi malangnya, sukar dipatuhi,” kata M C Mehta, peguam India yang bertugas di Mahkamah Agung New Delhi.
Ulasan: Kita ada peraturan tetapi malangnya, sukar dipatuhi. Kita pernah dengar ungkapan persis itu di negara kita. Maknanya bila rasuah membelit negara, peraturan dan undang-undang ada tetapi macam tidak ada. Hapuskan rasuah dari negara kita.
18 wanita didera setiap jam di India
NEW DELHI: Setiap jam yang berdetik di India menandakan lebih banyak kekejaman berlaku terhadap wanita dengan dua kes rogol, dua penculikan, empat pencabulan dan tujuh kes kekejaman suami dan saudara mara.
Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB), pada purata setiap jam sekurang-kurangnya 18 wanita di negara itu menjadi mangsa penderaan pada 2006 dan lebih mengganggu, angka itu menunjukkan peningkatan.
Ulasan: Islam datang untuk mengangkat martabat insan sayang kepada semua. Kita perlu berdakwah kepada semua orang.
No comments:
Post a Comment