SHAH ALAM 14 Jan. – Hanya calon yang bebas daripada masalah moral termasuk skandal seks yang layak menjadi calon untuk Barisan Nasional (BN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah dari segi kepimpinan dan keyakinan rakyat terhadap parti.
Ulasan: Calon di mana pun bukan setakat bersih moral, menjauhi zina tetapi juga membenci rasuah dan penyelewengan serta tidak terlibat dalam mengaut harta kekayaan melalui cara yang tidak sah.
Hapuskan rasuah dan penyelewengan dari negara kita.
Lupakan terus PKR – Mahdzir
KAMPUNG GAJAH 14 Jan. – Pengundi perlu menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ia hanya wujud secara bermusim iaitu pada setiap kali tiba pilihan raya umum.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti itu juga terbukti tidak mampu memberi perkhidmatan yang diharapkan sehingga akhirnya ‘ditinggalkan’ oleh majoriti rakyat.
Ulasan: Sila fikir balik bahawa ramai ahli PKR pernah terlibat dengan BN/UMNO dan sangat mengetahui bagaimana kebanyakan pemimpin BN/UMNO dalam semua peringkat mengaut harta kekayaan dengan dengan cara yang halus tapi tidak sah melalui kroni dan sahabat handai mereka. Isinya milik kroni, rakyat hanya dapat kuah kalau baki. Kalau sayangkan negara, tinggalkan BN/UMNO.
Lapan tentera Thai maut -- Serangan ragut korban terbesar sejak Jun 2006
BANGKOK 14 Jan. – Lapan anggota tentera Thailand terbunuh apabila kenderaan mereka diserang hendap oleh puak pemisah di wilayah selatan, kata jurucakap tentera.
Anggota tentera terbabit diserang hendap kira-kira pukul 9.40 pagi (10.40 pagi waktu Malaysia) di Narathiwat, sebuah daripada tiga wilayah bersempadan dengan Malaysia yang bergolak sejak empat tahun lalu, kata jurucakap itu, Acar Tiproch kepada AFP.
Nota: Wilayah selatan dikuasai oleh kesultanan Melayu yang beragama Islam sehinggalah penganut agama Buddha masuk pada 1902, mencetuskan ketegangan di wilayah berkenaan sejak berabad yang lalu.
Lebih 2,800 orang terkorban sejak pemberontakan bermula pada Januari 2004, dengan pembunuhan dan keganasan terus meningkat.
Banyak pihak menyalahkan pendekatan keras bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006, sebagai punca kepada kekacauan di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.
Ulasan: Kerajaan yang melatah dan terlalu cepat menggunakan kekerasan biasanya mendapat balasan tunai bila rakyat sering dihina dan dikeji di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment