KOTA KINABALU 28 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan wakil-wakil rakyat bahawa jawatan yang mereka sandang bukan untuk dipegang selama-lamanya. Perdana Menteri menegaskan, apabila tiba masa yang sesuai, jawatan itu perlu diberikan kepada orang lain pula....
Ulasan: Berdasarkan sejarah BN/UMNO selama ini, dan memang BN/UMNO kaya dengan sejarah seperti ini. Jawatan wakil rakyat walaupun semua orang tahu hanya sementara tetapi menjadi kedudukan yang di cari-cari kerana melaluinya harta dan kekayaan negara boleh di kaut dengan cara yang tidak sah melalui kroni-kroni. Bertopengkan negara, agama dan bangsa tetapi sebenarnya membuncit diri, keluarga, sahabat-handai dan rakan-rakan perniagaan (towkey). Tinggalkan BN/UMNO sekiranya anda menyayangi agama, bangsa dan negara.
Orang Malaysia dari parti lain pun belajar tinggi dan boleh perintah Malaysia dengan SIFAR RASUAH dan PENYELEWENGAN.
BN janji tidak abai pembangkang
KOTA BHARU 28 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjanji tidak akan mengabaikan rakyat di negeri ini termasuk penyokong Pas sekiranya kembali memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, pilihan raya umum ke-12 adalah peluang terbaik untuk menyatukan semula rakyat di negeri ini yang berpecah belah disebabkan fahaman politik....
Ulasan: Tidak susah menilai parti yang telah lama memerintah Malaysia iaitu parti BN/UMNO kerana segalanya berada di depan kita. Kalau depan kita pun pembohongan berlaku, inikan pul di belakang kita. Sepanjang sejarah 50 tahun BN/UMNO memerintag membuktikan penyokong parti pembangkang menerima layanan yang berbeza (baca: buruk) dari kerajaan dalam semua segi. Kalau sudi, sokonglah parti pembangkang kerana anda akan merasa. Sila tanya sendiri untuk menyelami penderitaan mereka. Tanya orang yang pernah menyokong Semangat 46. Mereka mempunyai banyak cerita untuk di kenang.
No comments:
Post a Comment