KUALA LUMPUR 25 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat tidak memberi ruang kepada puak pelampau menjuarai isu-isu membabitkan agama dan kaum kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan memusnahkan negara.
Ulasan: Begitu juga rakyat perlu pastikan negara di perintah oleh orang-orang yang bermaruah, tidak mengamalkan rasuah dan tidak melakukan penyelewengan, tidak mengaut harta kekayaan negara secara tidak sah melalui kroni-kroni. Di depan rakyat atau di belakang rakyat mereka adalah sama dan jujur dalam menolong rakyat.
Riba: PTPTN rujuk jawatankuasa fatwa
KUALA TERENGGANU 25 Dis. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi memastikan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan terhadap peminjam tidak bertentangan dengan hukum syarak. Pengerusinya, Datuk Razali Ismail berkata, langkah itu diambil bagi membersihkan segala dakwaan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap caj yang dikenakan itu.
Ulasan: Jangan menyusahkan pelajar kerana mereka adalah pemimpin masa depan. Mana biasiswa yang menjadi keistimewaan pelajar Melayu di bawah Perlembagaan Negara ini? Gunakan duit keuntungan Petronas untuk memudahkan pelajar.
No comments:
Post a Comment